6
LAPORAN Lawatan sambil belajar PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( MASALAH PENDENGARAN ) SMK SULTAN ABDUL SAMAD JALAN LANDASAN, BUKIT KUDA TARIKH: 1 9 - 2 2 j u n 2 0 1 2 TEMPAT: K u c H I n g , s A R A w A K

LaporanLawatan-SambilBelajar-PPKIBDkeSerawak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

share

Citation preview

  • LAPORANLawatan sambil belajar

    PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

    ( MASALAH PENDENGARAN )

    SMK SULTAN ABDUL SAMAD JALAN

    LANDASAN, BUKIT KUDA

    TARIKH:

    1 9 - 2 2 j u n 2 0 1 2

    TEMPAT:

    K u c H I n g , s A R A w A K

  • 1.0 PENGENALAN

    Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran adalah satu program yang diadakan

    untuk murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran. Segala aktiviti yang dijalankan

    melalui program ini adalah bertujuan mempertingkatkan potensi dan jati diri setiap murid.

    Dalam era pendidikan kini, matlamat pendidikan bukan sahaja berfokus kepada

    kecemerlangan dalam akademik malah ia meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti

    yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang demikian, guru-guru Program

    Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pendengaran SMK Sultan Abdul Samad Klang

    sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan agar dapat merealisasikan

    matlamat yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

    Lawatan Sambil Belajar Ke Kuching Sarawak telah dicadangkan sebagai salah satu

    aktiviti pendidikan 2012 di luar bilik darjah bagi memberi peluang kepada murid-murid

    pendidikan khas bermasalah pendengaran untuk memperoleh pengalaman baru seperti

    menghargai dan mengenali kewujudan alam sekitar yang unik, menyemaikan semangat

    berganding bahu, berdikari dan membina keyakinan diri di samping mewujudkan kemahiran

    sosial yang positif bersama ahli masyarakat sekeliling mereka. Selain itu, lawatan ini juga

    bertujuan memberi peluang kepada murid untuk melancong menggunakan pengangkutan

    udara dan darat di samping melihat dan mengalami budaya sosial masyarakat pelbagai etnik

    yang unik di negeri Sarawak yang hanya mereka pelajari berdasarkan buku sahaja.

    Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuching ini telah dijalankan pada 19-22hb Jun,

    2012 (Selasa - Jumaat). Seramai 21 orang murid pendidikan khas bermasalah pendengaran, 5

    orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid telah menyertai lawatan ini. Tempat

    tempat yang menarik telah dilawati seperti Sarakraf Pavilion, Sarawak Muzium,

    Komplek Dewan Bandaraya Kuching Utara, Muzium Kuching, Taman Orkid,Semenggoh

    Orang Utan, Taman Buaya, Kilang Sarang burung, Kampung Budaya Sarawak, dan Kilang

    Kek Lapis.

  • 2.0 OBJEKTIF

    Lawatan Sambil Belajar ini berhasrat membolehkan murid pendidikan khas bermasalah

    pendengaran memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap yang peka dan menggalakkan

    mereka berkecimpung dalam pelbagai aktiviti serta sepadan dengan perkembangan mentaliti

    dan keseimbangan alam. Justeru itu, lawatan ini membolehkan murid pendidikan khas ini :

    2.1Memperoleh pengalaman melawat bersama ahli masyarakat yang selain daripada

    keluarga sendiri, cuba berdikari tanpa bantuan keluarga tersayang dalam pengurusan

    harian.

    2.2Membentuk konsep lawatan sambil belajar secara mendalam supaya mereka dapat

    memahami bahawa lawatan ini bukan hanya sekadar keseronokan malahan mampu

    menjana minda.

    2.3Membolehkan murid membina sikap hormat-menghormati masyarakat luar,

    rakan- rakan dan alam sekitar.

    2.4Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan alam sekitar.

    2.5Menyedari kewujudan masyarakat etnik yang unik di tanah air sendiri dan

    merapatkan perhubungan pelajar dengan masyarakat luar.

    2.6Mewujudkan kemesraan dan silaturahim antara masyarakat luar dengan murid

    pendidikan khas.

    2.7Mengenali dengan melihat dengan mata sendiri tentang keunikan negeri Sarawak

    di tempat-tempat peranginan di Kuching Sarawak seperti Muzium Kucing, Muzium

    Sarawak, Sarakraf Pavilion, Komplek DUN Sarawak dan disamping melihat

    kehidupan etnik-etnik unik di rumah panjang, taman orang utan, taman buaya,

    pembuatan kek lapis dan sebagainya.

    3.0 PENYERTAAN PESERTA:

  • Lawatan sambil Belajar ini melibatkan lima orang guru, seorang pembantu pengurusan murid

    dan 21 orang murid Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran SMK Sultan Abdul

    Samad, Klang.

    4.0 PELAKSANAAN LAWATAN

    4.1 Tarikh : 19- 22hb Jun 2012 (Isnin-Khamis)

    4.2 Masa : Sepanjang hari

    4.3 Bil guru : 5 orang

    4.4 Bil Pembantu Pengurusan Murid : 1 orang

    4.4 Bil Pelajar : 21 orang

    4.5 Pengangkutan : Darat dan udara

    4.6 Tempat Lawatan :Kuching, Sarawak - Komplek

    Dewan Bandaraya Kuching Utara

    Muzium Kucing,Sarawak Muzium

    Kuching Waterfront, Kampung

    Budaya Sarawak ,Semenggoh Orang

    Utan, Sarakraf Pavilion,Taman

    Orkid,Kilang kek lapis, Taman

    Buaya,Taman Sahabat dan Kilang

    Sarang burung.

  • 5.0 JADUAL LAWATAN

    Hari 1: 19Jun 2012 Selasa

    0730 Kumpul di sekolah

    0830 Bertolak ke LCCT dengan bas

    1255 Bertolak ke lapangan terbang Kuching dengan flight AK5208 dan AK5210

    0340 Tiba di lapangan terbang Kuching

    0400 Berjumpa dengan pemandu pelancongan

    0430 Check-in hotel

    0500 Pengurusan diri

    0600 Makan malam di Restoran

    Hari 2: 20 Jun 2012 Rabu

    0730 Sarapan di hotel.

    0830 Sarakraf Pavilion

    1030 Muzium Kucing

    1230 Makan tengah hari di Restoran Sarakraf Pavilion

    0130 Taman Orkid

    0230 Muzium Sarawak0600 Makan Malam di restoran

    0800 Pulang ke hotel

    Hari 3: 21 Jun 2012 Khamis

    0730 Sarapan di hotel

    0830 Semanggoh Orang Utan

    1000 Taman Buaya

    1230 Makan tengah hari

    0200 Kilang memproses sarang burung

    0400 Taman Sahabat

    0500 Kilang membuat kek lapis

    0600 Makan malam dan kembali ke hotel

    Hari 4: 22 Jun 2012 Jumaat

    0730 Sarapan di hotel

    0800 Kampung Budaya Sarawak

    1230 Makan tengah hari

    0200 Pejabat Wah Tung Travel

  • 0400 Check-out hotel

    0600 Tiba di Lapangan Kuching ( penerbangan AK5219 0930mlm )

    1120 Tiba di LCCT

    1245 Tiba di sekolah.

    6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

    Kekuatan dari segi:

    1. Pelajar dapat mengetahui pelbagai budaya etnik masyarakat Sarawak.

    2. Pelajar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ketua dengan penuh komited

    3. Pelajar memberi kerjasama sepanjang lawatan yang dijalankan.

    4. Pelajar dapat berkerjasama di antara satu sama lain dan membina sikap bertoleransi

    dan hormat menghormati.

    5. Kebanyakkan pelajar mampu menguruskan diri sepanjang tempoh lawatan.

    Kelemahan dari segi:

    1. Terdapat segelintir pelajar tidak tahu untuk berbelanja secara berhemah.

    2. Pelajar tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan makanan tempatan yang

    disajikan semasa makan tengah hari dan malam

    3. Terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat berdikari dan cuai untuk menjaga

    barang-barang mereka.

    9.0 PENAMBAHBAIKAN

    Melalui kelemahan dan kekuatan yang dinyatakan, lawatan ini perlu ditambahbaikan bagi

    mencapai matlamat serta sasaran yang diinginkan. Antara penambahbaikan yang dicadangkan

    ialah:

    1. Pelajar perlu diberi pendedahan untuk berbelanja secara berhemah dengan

    mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan jual beli barang. .

    2. Lawatan ini perlu dijalankan pada masa akan datang supaya murid lebih terdedah

    dengan persekitaran di luar dan dapat lebih berdikari.

    10.0 PENUTUP

    Diharapkan Lawatan Sambil Belajar ini mendapat sokongan dan diteruskan pada masa akan

    datang supaya pelajar berpeluang untuk lebih berdikari dan melibatkan diri mereka dengan

    pelbagai lapisan masyarakat.