Upload
others
View
28
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN
TAHUNAN
UNIT
DIETETIK
& SAJIAN
2018
Disediakan oleh,
Ong Bee Ean
Pegawai Dietetik U41
- 1 -
Senarai Isi Kandungan
Perkara Muka surat
1.0 Pengenalan 2
2.0 Visi & Misi 3
3.0 Objektif 3
4.0 Carta Organisasi 4
5.0 Senarai Anggota & Perjawatan 4
6.0 Program / Aktiviti Unit 5
7.0 Statistik 6
8.0 Pencapaian 13
9.0 Kesimpulan 14
10.0 Lampiran 15
- 2 -
1.0 Pengenalan
Unit Dietetik Dan Sajian adalah satu unit sokongan yang menyediakan
perkhidmatan sajian makanan untuk pesakit dalam wad, perkhidmatan dietetik
klinikal dan promosi kesihatan dalam membantu proses rawatan dan pemulihan
pesakit. Perkhidmatan yang diberi merupakan satu cabaran kepada proses
rawatan melalui pemakanan serta perlu mengambil kira beberapa aspek seperti
perubahan tabiat makan, pengubahsuaian kandungan nutrien, pengubahsuaian
kaedah memasak, pengubahsuaian resepi dan lain-lain.
Perkhidmatan dietetik merangkumi perkhidmatan dietetik klinikal (MNT)
dan promosi kesihatan. Semua perkhidmatan dietetik klinikal dijalankan oleh
Pegawai Dietetik U41. Aktiviti yang dijalankan ialah konsultasi diet pesakit dalam
dan konsultasi diet pesakit luar. Konsultasi diet pesakit dalam diberikan di dalam
wad manakala untuk pesakit luar, konsultasi dijalankan seminggu sekali di Klinik
Pakar. Antara kes-kes yang biasa dikendalikan ialah kes-kes perubatan seperti
Diabetes Mellitus, Dyslipidemia, kidney diseases; kes-kes paediatrik seperti
Failure to Thrive (FTT), Childhood obesity; obstetrik & ginekologi seperti
Gestational Diabetes (GDM); pemakanan sokongan seperti Enteral Nutrition
atau Oral Nutrition Supplement (ONS) dan sebagainya.
Selain itu, aktiviti-aktiviti kesihatan seperti memberikan ceramah-ceramah
pemakanan, latihan, pendidikan berterusan serta khidmat pakar rujuk juga
dikendalikan mengikut keperluan.
Perkhidmatan Sajian berfungsi untuk merancang, menyedia dan
membekalkan diet kepada pesakit dalam wad, pesakit hemodialisis, doktor
bertugas atas panggilan dan ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu
Diet MAC( Mother Accompanying Child ). Diet Normal dan Diet Teraputik
dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad setiap hari. Pesanan
diet dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Pesanan Diet Medical
33.
Setiap pesakit dalam wad dibekalkan sebanyak 4 waktu makan iaitu
sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Menu bagi
Diet Normal untuk pesakit dalam wad dirancang berdasarkan prinsip-prinsip
makanan seimbang manakala menu-menu bagi diet teraputik ditentukan dengan
mengambil kira keperluan nutrient yang bersesuaian dengan rawatan yang
diperlukan. Antara jenis-jenis Diet Teraputik yang disediakan ialah Diet Diabetik,
- 3 -
Diet Rendah Lemak, Diet Rendah Garam, Diet Modifikasi Protein dan
sebagainya.
Unit Dietetik dan Sajian menjalankan aktiviti kualiti dan pemantauan untuk
memastikan diet yang disediakan adalah selamat, berkualiti dan mencapai
keperluan pesakit.
2.0 Visi & Misi
Visi
Berusaha dalam perkembangan perkhidmatan dietetik klinikal, makanan, dan
juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi
dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia.
Misi
Perkhidmatan Dietetik
Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi
kesihatan berdasarkan amalan ‘evidance-based’ di samping menyumbang
kepakaran dalam bidang berkenaan.
Perkhidmatan Sajian
1. Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien,
tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan,
bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
2. Melaksanakan system pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-
polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
3.0 Objektif
1. Untuk memberikan perkhidmatan dietetik klinikal (Medical Nutrition Therapy –
MNT) dan promosi kesihatan dilaksanakan secara professioanal serta
berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
2. Untuk memberikan perkhidmatan sajian makanan yang selamat, berkualiti
serta berkhasiat kepada pesakit dalam untuk membantu dalam
penyembuhan penyakit.
- 4 -
4.0 Carta Organisasi
5.0 Senarai Anggota & Perjawatan
Sehingga 31 Disember 2018, Unit Dietetik & Sajian mempunyai seramai 10
anggota iaitu;
i. Seorang Pegawai Dietetik U41 yang bertindak sebagai ketua unit.
ii. 2 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29.
iii. 1 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29 (KUP).
iv. 6 orang Pembantu Penyediaan Makanan N19
Pembantu Penyediaan Makanan akan bertugas mengikut giliran bagi 2 shif iaitu
shif pagi dari 6.30 am hingga 1.30 pm dan shif petang dari 11.30 am hingga 6.30
pm.
Senarai Anggota Unit Dietetik & Sajian
Nama Jawatan 1 Ong Bee Ean Pegawai Dietetik U41
2 Azmi Bin Abdul Rashid Pen. Peg. Peny. Makan C29
3 Nor Nadiah Bt Khalil Pen. Peg. Peny. Makan C29
4 Ahmad Shahir Bin Kamarudin Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29 (KUP)
5 Abd. Hadi bin Hj. Omar Pembantu Penyediaan Makanan N19
6 Zanariah bt. Abd. Rani Pembantu Penyediaan Makanan N19
7 Marlina bt Yahya Pembantu Penyediaan Makanan N19
8 Norazizan b Md Sidi Pembantu Penyediaan Makanan N19
9 Normi Bt Nordin Pembantu Penyediaan Makanan N19
10 Ahmad Afifi Bin Mohd Kasfol Pembantu Penyediaan Makanan N19
- 5 -
6.0 Program & Aktiviti Unit
Aktiviti/Program Tarikh Tujuan
1. Mesyuarat Unit 6/2/18
7/5/18
15/8/18
12/11/18
Membincangkan hal-hal operasi unit
dan menyampaikan pesanan penting
kepada semua anggota unit.
2. Continuous Catering Education
(CCE)
- Diet Terapeutik & Modifikasi
Diet
- Penyediaan Kek & Cara
potongan sayur
- Penyediaan kek pisang, kuih
kacang hijau dan cara
potongan ayam
- Penyediaan agar-agar lumut &
kek batik
- Diet manual hospital & HACCP
17/1/18
15/3/18
15/5/18
16/7/18
7/9/18
Menggalakkan perkongsian
pengetahuan dan kemaharian anggota
unit untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran masing-masing.
3. Gotong-royong 1 kali/
bulan
Memastikan kebersihan dan sanitasi
premis/peralatan adalah dalam
keadaan optimum
4. Audit dalaman GMP/HACCP 27/9/18 Memastikan pematuhan sistem
GMP/HACCP. 5. Audit Survelliance GMP/HACCP 26/10/18
6. Audit klinikal Dietetik 20/9/18 Memastikan pegawai dietetik adalah
kompeten dalam melaksanakan tugas
klinikal.
7. Anjuran Perhimpunan pagi
(bersama Unit Hemodialisis dan
Unit Rehabilitasi)
27/9/18 Mengeratkan hubungan anggota unit
dalam penyediaan aktiviti/jamuan dan
mewujudkan semangat kekeluargaan
yang kukuh. 8. Jamuan Raya Hospital 27/6/18
- 6 -
7.0 Statistik
7.1 Perkhidmatan Klinikal Dietetik
Bulan
Kes Baru Kes Ulangan Jumlah
Pesakit Dalam
Pesakit Luar
Pesakit Dalam
Pesakit Luar
Januari 40 24 25 4 93
Februari 18 15 14 5 52
Mac 42 19 32 9 102
April 40 7 16 1 64
Mei 34 12 17 6 69
Jun* 34 11 17 5 67
Julai* 41 31 17 1 90
Ogos* 29 18 11 6 64
September 17 7 6 1 31
Oktober 32 35 15 3 85
November 16 15 4 6 41
Disember 13 24 4 6 47
Jumlah 356 218 178 53 805
Jumlah Keseluruhan 574 231
Jadual 1: Rujukan kes kepada Pegawai Dietetik untuk perkhidmatan Medical
Nutrition Therapy (MNT) & perkhidmatan susulan yang diberi oleh Pegawai
Dietetik untuk Tahun 2018.
- 7 -
Jumlah kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan dan
dilihat oleh Pegawai Dietetik untuk perkhidmatan MNT sepanjang Tahun
2018 adalah sebanyak 805 kes di mana 28.7% (231 kes) daripada jumlah
kes adalah kes susulan. Sebanyak 574 kes baru (356 dari wad dan 218
pesakit luar) dirujuk oleh Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan dan dilihat
oleh Pegawai Dietetik dalam Tahun 2018 dan sebanyak 231
perkhidmatan dietetik susulan telah diberikan untuk kes-kes tertentu
terutamanya kes sokongan pemakanan dalam wad dan kes-kes pesakit
luar yang memerlukan pemantauan berterusan.
7.2 Perkhidmatan Sajian
Jumlah Hidangan
Diet Normal Jumlah Hidangan Diet Terapeutik Jumlah
Jan 5,632 2,628 8,260
Feb 5,852 2,832 8,684
Mac 6,104 3,072 9,176
April 5,752 3,004 8,756
Mei 5,200 3,328 8,528
Jun 5,500 2,776 8,276
Julai 6,360 3,340 9,700
Ogos 6,004 2,612 8,616
September 6,136 2,240 8,376
Oktober 6,840 2,512 9,352
November 6,364 2,556 8,920
Disember 6,032 2,616 8,648
Jumlah 71,776 33,516 105292
Jadual 2: Jumlah hidangan diet normal dan diet terapeutik
- 8 -
Sejumlah 105292 hidangan diet dibekalkan oleh Unit Dietetik dan Sajian sepanjang
Tahun 2018 di mana 32% (33516 hidangan) daripada diet yang dibekalkan adalah
diet terapeutik yang khas disediakan untuk pesakit terutamanya pesakit yang
menghidapi penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, dislipidemia,
penyakit buah pinggang dan sebagainya.
7.3 Aktiviti Kualiti
7.3.1 Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan Pelanggan untuk Unit Dietetik & Sajian dijalankan
setiap bulan dan data dikumpul untuk analisa 2 kali setahun.
Borang ‘maklumbalas kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan
makanan’ diguna untuk pengumpulan data kajian di mana data
diambil daripada pesakit yang tinggal dalam wad oleh Pembantu
Penyediaan Makanan (PePM) setiap bulan.
- 9 -
Bulan
Bil. Pesakit yang berpuas hati dengan
diet yang dihidangkan Jumlah sampel
pesakit %
pencapaian
Jan-Jun Jan 70 75 100
Feb 69 75 100
Mac 74 75 100
April 68 75 100
Mei 70 75 100
Jun 70 75 100
Purata 421 450 93.6
Jul-Dis Julai 75 75 98.7
Ogos 75 75 100
Sep 75 75 100
Okt 75 75 100
Nov 75 75 100
Dis 74 75 98.7
Purata 449 450 99.8
Jadual 3: Keputusan Kajian Kepuasan perkhidmatan Dietetik & Sajian
untuk Januari-Jun dan Julai-Disember 2018
- 10 -
Pencapaian kajian kepuasan pelanggan untuk perkhidmatan Unit Dietetik &
Sajian adalah memuaskan di mana tahap kepuasan pelanggan mencapai 93.56%
dari Januari hinggan Jun 2018 dan 99.8% dari Julai hingga Disember 2018.
Majoriti pesakit adalah berpuas hati dengan perkhidmatan makanan yang
diberikan oleh Unit Dietetik & Sajian di Hospital Parit Buntar. Unit Dietetik & Sajian
akan berusaha untuk memastikan perkhidmatan makanan yang disediakan
adalah menepati keperluan nutrient, berkualiti dan selamat.
7.3.2 Kajian Piagam Pelanggan
a) Pesakit dalam yang dirujuk dilihat dalam masa 24 jam (hari
bekerja) ≥ 90%
Jumlah kes baru pesakit dalam yang dilihat oleh Pegawai Dietetik dalam masa 24 jam (hari bekerja)
Jumlah kes baru pesakit dalam yang dilihat oleh Pegawai Dietetik
Peratusan kes baru pesakit dalam yang dilihat oleh Pegawai Dietetik dalam masa 24 jam (hari bekerja)
Januari 39 40 97.50%
Februari 17 18 94.44%
Mac 42 42 100.00%
April 38 40 95.00%
Mei 33 34 97.06%
Jun 32 34 94.12%
Julai 41 41 100.00%
- 11 -
Ogos 26 29 89.66%
September 17 17 100.00%
Oktober 32 32 100.00%
November 16 16 100.00%
Disember 13 13 100.00%
Jumlah 346 356 97.19%
Standarad yang ditetapkan adalah tercapai untuk perkhidmatan Dietetik di
mana 97.19% daripada kes (standard 90%) yang dirujuk telah dilihat oleh
Pegawai Dietetik dalam masa 24 jam. Ada kes yang tidak dapat dilihat
dalam masa 24 jam disebabkan mesyuarat atau kursus yang wajib hadir
atau pegawai bercuti. Kelewatan tersebut tidak dapat dielakkan
memandangkan hanya ada seorang Pegawai Dietetik yang bertugas di
hospital dan tiada pengganti sekiranya pegawai tiada.
b) Diet diberikan empat kali sehari mengikut jadual
Diet yang dihidang yang menepati
waktu Jumlah Diet yang
Dihidang %
pencapaian
Jan 8,260 8,260 100
Feb 8,684 8,684 100
Mac 9,176 9,176 100
April 8,756 8,756 100
Mei 8,528 8,528 100
Jun 8,276 8,276 100
Julai 9,700 9,700 100
- 12 -
Ogos 8,616 8,616 100
September 8,376 8,376 100
Oktober 9,352 9,352 100
November 8,920 8,920 100
Disember 8,648 8,648 100
Jumlah 105292 105292 100
Sebanyak 105292 hidangan diet yang dibekalkan sepanjang
Tahun 2018 dan 100% daripada diet yang dihidangkan
menepati waktu menghidang yang telah dijadualkan seperti
berikut:
Sarapan pagi: 7.30am – 8.00am Makan tengahari: 11.30am – 12.00pm Minum petang: 3.00pm – 3.30pm Makan malam: 5.30pm – 6.00pm
c) Diet yang disediakan pada pesakit selamat dan tidak mengalami pencemaran fizikal.
Diet yang tidak mengalami
pencemaran fizikal Jumlah Diet yang
Dihidang %
pencapaian
Jan 8,260 8,260 100
Feb 8,684 8,684 100
Mac 9,176 9,176 100
April 8,756 8,756 100
Mei 8,528 8,528 100
Jun 8,276 8,276 100
Julai 9,700 9,700 100
Ogos 8,616 8,616 100
- 13 -
September 8,376 8,376 100
Oktober 9,352 9,352 100
November 8,920 8,920 100
Disember 8,648 8,648 100
Jumlah 105292 105292 100
Tiada aduan dietima tentang pencemaran fizikal dalam diet yang
dihidangkan sepanjang tahun 2018 di mana kajian piagam
pelanggan ini adalah tercapai.
8.0 Pencapaian
Persijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good
Manufacturing Practice (GMP) - 8 Disember 2017 hinggan 7 Disember 2020
Unit Dietetik & Sajian telah mendapat pengiktirafan sijil Hazard Analysis Critical
Control Point (HACCP) bagi tempoh sah 3 tahun berkuatkuasa dari 8 Disember
2017 hingga 7 Disember 2020. Pada masa yang sama sijil Good Manufacturing
Practice (GMP) juga diiktirafkan bagi tempoh yang sama berikutan pensijilan
HACCP.
HACCP atau sistem kawalan kritikal analisis bahaya adalah sistem kawalan
untuk kenalpasti unsur bahaya yang mungkin timbul dalam proses pengeluaran
makanan seperti bahan pencemar mikrobiologi/kimia/fizikal dan
- 14 -
memastikantindakan ketat diambil untuk elakkan bahaya daripada berlaku.
Pengiktirafan HACCP menunjukkan Unit Dietetik dan Sajian Hospital Parit
Buntar mengamalkan sistem HACCP untuk memastikan makanan yang
dihasilkan adalah selamat.
9.0 Kesimpulan
Unit Dietetik Dan Sajian mernagkumi perkhidmatan dietetik klinikal dan
perkhidmatan sajian makanan yang berfungsi untuk membantu proses rawatan
dan pemulihan pesakit. Unit Dietetik dan Sajian masih mengekalkan status
persijilan HACCP dan GMP untuk tahun 2018. Unit Dietetik dan Sajian
menghidangkan 105292 diet kepada pesakit Hospital parit Buntar pada tahun
2018, di mana 32% adalah diet terapeutik. Kajian kepuasan pelanggan
menunjukkan 93.6% tahap kepuasan dan 99.8% tahap kepuasan untuk Jan-Jun
dan Jul-Dis masing-masing. Ketiga-tiga kajian piagam pelanggan yang
dijalankan adalah tercapai. Untuk perkhidmatan Dietetik, sejumlah 805 kes telah
diberi konsultasi diet oleh Pegawai Dietetik sepanjang Tahun 2018 dan 97.19%
daripada kes yang dirujuk dalam wad dapat dilihat oleh Pegawai Dietetik dalam
masa 24 jam.
- 15 -
10.0 Lampiran
Gambar Aktiviti
Penyampaian Sijil HACCP oleh Pengarah Hospital kepada Unit Dietetik
dan Sajian sempena Perhimpunan Bulanan Januari anjuran Unit
Farmasi
CCE
Menjawab soalan ‘pre-test’ CCE Diet
terapeutik
CCE cara pemotongan ayam
- 16 -
CCE Penyediaan kek CCE cara potongan sayur
Jamuan Raya Hospital
Dipertanggungjawabkan ‘booth’ buah-
buahan
Kreativiti staf – pokok buah kurma
- 17 -
Gotong-royong
- 18 -
- 19 -
Sijil Pencapaian
o Sijil HACCP & Sijil GMP
- 20 -