43
8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 1/43 1 BUDAYA KEUSAHAWANAN (PPU 2052) ~ LAPORAN SYARIKAT ~ DISEDIAKAN OLEH : BIL NAMA NO. MATRIK 1 SITI NURULHIDAYAH BINTI ZAINAL D20091035651 2 NORHASIMAH BT JAAFAR D20091035584 3 SITI ZUBAIDAH BTE IBRAHIM D20091035632 4 NUR FATIMAH BT ALI D20091035589 5 ROHANI BINTI ABDUL WAHAB D20091035594 6 NUR NABILA AKMAR BTE RAMLI D20091035609 7 NURUL HIDAYAH BT BIDIN D20091035586 8 ERMIE BTE JUNAN D20091034496 9 ZAITUN BTE AZMI D20091035654 10 M. FADHLI B CHE HASSAN D20101037561 KUMPULAN : I DISEDIAKAN UNTUK : PUAN THURAIYA BINTI ZAKARIA

laporan syarikat : keusahawanan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 1/43

1

BUDAYA KEUSAHAWANAN

(PPU 2052)

~ LAPORAN SYARIKAT ~

DISEDIAKAN OLEH :

BIL NAMA NO. MATRIK

1 SITI NURULHIDAYAH BINTI ZAINAL D20091035651

2 NORHASIMAH BT JAAFAR D20091035584

3 SITI ZUBAIDAH BTE IBRAHIM D20091035632

4 NUR FATIMAH BT ALI D20091035589

5 ROHANI BINTI ABDUL WAHAB D20091035594

6 NUR NABILA AKMAR BTE RAMLI D20091035609

7 NURUL HIDAYAH BT BIDIN D20091035586

8 ERMIE BTE JUNAN D20091034496

9 ZAITUN BTE AZMI D20091035654

10 M. FADHLI B CHE HASSAN D20101037561

KUMPULAN : I

DISEDIAKAN UNTUK : PUAN THURAIYA BINTI ZAKARIA

Page 2: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 2/43

1.0 PENGENALAN

Green C Enterprise merupakan syarikat yang telah kami pilih untuk menjalankan

lawatan syarikat bagi menghasilkan laporan sebagai latihan dan langkah awal untuk penghasilan

rancangan perniagaan yang akan dihasilkan oleh kumpulan kami nanti. Green C Enterprise atau

nama komersialnya Restoran Green C dipilih kerana kami merancang untuk memasarkan atau

menjual barangan berasaskan minuman dan makanan pada latihan berniaga kami. Selain itu,

kami melihat Restoran Green C merupakan antara restoran yang masih lagi dibuka di kawasan

Taman Bahtera Baru sedangkan banyak kedai yang menjadi persaingan telah menggulung

  perniagaan mereka. Di samping itu, kami ingin melihat lebih dekat cara pemasaran, promosi,

kewangan dan lain-lain yang berkaitan dengan Restoran Green C. Lebih-lebih lagi, Restoran

Green C terkenal dengan jualan µIce blanded¶ yang istimewa berbanding dengan restoran-

restoran lain yang turut menjualnya selain bertepatan dengan barangan yang hendak kami

niagakan. Oleh itu, kami dapat merasakan dan melihat dengan mata sendiri cara µIce blanded¶

diproses dan dihidangkan kepada pelanggan. Selain itu, kami juga dapat melihat cara restoran ini

 beroperasi secara keseluruhan. Hasil daripada lawatan ke restoran ini sedikit sebanyak membantu

kumpulan kami untuk menghasilkan rancangan perniagaan kami nanti.

1.1  LATAR BELAKANG ORGANISASI.

1.1.1 NAMA FIRMA

Terdapat sedikit kesulitan berlaku apabila pemilik syarikat ingin mendaftarkan

syarikat kerana terpaksa membatalkan nama yang pertama yang telah dicadangkan untuk 

syarikat ini kerana nama yang ingin dipilih sudah didaftarkan di bawah SSM

(Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Akhirnya, pemilik terfikir satu nama yang ingin

didaftarkan dengan SSM iaitu Green C Enterprise yang beroperasi sebagai restoran yang

menjual barangan berupa makanan dan minuman. Selain itu, syarikat ini juga adamenjalakan perniagaan katering jika ada tempahan dan sebut harga yang setimpal dengan

 perkhidmatannya. Hal ini demikian kerana, pemilik restoran ini amat minat akan warna

hijau lalu terilhamlah nama syarikat tersebut iaitu Green C Enterprice. Syarikat ini mula

  beroperasi pada pertengahan bulan Julai 2009 iaitu telah beroperasi selama setahun

setengah.

Page 3: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 3/43

1.1.2 LOKASI PREMIS

Restoran Green C terletak di kawasan yang strategik dimana kawasan yang dipilih

ialah kawasan yang menjadi tumpuan ramai terutamanya pelajar-pelajar Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terletak berhampiran dengan Kolej Harun Aminurrashid

(KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO), restoran ini menerima lebih daripada 100 orang

 pelanggan setiap hari.

1.1.3 ALAMAT TEMPAT PREMIS PERNIAGAAN

Menurut pemilik syarikat ini, alamat yang telah didaftarkan di SSM ialah

 No 24 G,Jalan Bahtera 3

Taman Bahtera Baru,

38900 Tanjung Malim,

Hulu Bernam Selangor.

RAJAH 1.1: KAD PERNIAGAAN

Page 4: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 4/43

1.1.4 TUAN PUNYA DAN PENGURUS

RAJAH 1.2 : Encik Mohd Afifi Bin Mohd Nahrowei

Restoran Green C merupakan milikan tunggal yang hanya dikelola oleh seorang

  pemilik syarikat iaitu Encik Mohd Afifi bin Mohd Nahrowei. Anak muda yang telah

dilahirkan di Sabah ini bertekad untuk berhijrah ke semenanjung untuk membuka

  perniagaan sendiri. Baru sahaja mencecah umur 22 tahun namun semangat kentalnya

menyebabkan impian untuk menubuhkan sebuah restoran telah tercapai. Modal

  permulaan sebanyak RM 45,000.00 menjadi titik mula untuk meneruskan perniagaan

 berasaskan restoran untuk lebih maju di masa akan datang.

1.1.5 TENAGA KERJA

Syarikat ini tidak mempunyai sebarang carta organisasi kerana beroperasi secara

  persendirian. Sudah menjadi kemestian pemilik restoran akan menjadi ketua kepada

seluruh kumpulan pekerja. Menekankan cara kerja yang santai, tidak nampak ada jurang

antara pekerja dan pemilik. Perhubungan yang dipupuk ialah semangat kekeluargaan

kerana antara pekerja yang ada ialah sahabat yang terdekat disamping mengimport

tukang masak dari Thailand. Mempunyai sembilan orang pekerja di bawah kelolaan

  pemilik restoran ini. Tenaga pekerja ini terdiri daripada dua orang tukang masak yang

diimport khas daripada Thailand manakala seorang lagi pekerja ditugaskan untuk 

membuat air. Selain itu, pelayan restoran terdiri daripada 3 orang dan 3 orang lagi

 berkerja di bahagian dapur yang akan meliputi kerja membasuh pinggan, mengemas dan

Page 5: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 5/43

lain-lain kerja di bahagian dapur. Pengambilan tenaga kerja adalah dengan cara temuduga

  pekerja yang sesuai dengan tugas masing-masing disamping pengalaman bekerja yang

 pernah dimiliki oleh setiap bakal pekerja restoran ini.

1.1.6 OPERASI PERNIAGAAN

Setiap perniagaan mempunyai strategi tertentu untuk menjalankan sesuatu

 perniagaan. Waktu operasi perniagaan amat penting kerana perlu ada kesesuaian waktu

  bagi mengelakkan berlakunya kerugian disebabkan keriadaan atau kekurangan

 pelanggan. Restoran ini beroperasi pada jam 4.30 petang sehingga jam 12.30 malam yang

merupakan waktu puncak para pelanggan menikmati makan malam. Berbeza dengan

  bulan Ramadhan, mereka akan beroperasi pada jam 5.30 petang hingga 12.30 malam

sebelum dibuka pada jam 3.00 pagi hingga 5.00 pagi untuk tujuan bersahur khususnya

 buat mereka yang beragama Islam. Sasaran pelanggan restoran ini ialah pelajar, justeru

  pemilihan waktu untuk beroperasi dilihat begitu ideal kerana ramai pelajar akan sibuk 

 pada sebelah pagi kerana aktiviti kuliah dan lain-lain. Oleh itu,waktu lapang adalah pada

waktu malam. Restoran ini akan dibuka setiap hari tanpa cuti memandangkan kedai ini

hanya akan bercuti apabila pelajar UPSI menjalani cuti semester mereka iaitu kira-kira 3

 bulan setahun.

1.1.7 MISI SYARIKAT

Antara misi yang telah diterapkan di restoran ini ialah cuba mengekalkan harga

yang berpatutan walaupun keadaan ekonomi yang tidak stabil di samping mencapai

segala kehendak para pelanggan. Restoran ini bekerja keras untuk merealisasikan misinya

dengan pelbagai cara untuk mengekalkan harga barangan dan meningkatkan kepuasan

  pelanggan. Bagi mengekalkan harga, pemilik restoran ini memilih untuk berusaha

mencari pembekal yang dapat menyediakan barangan mentah dan kering dengan harga

yang konsisten dan murah. Mencapai kepuasan pelanggan dengan cara mengimport khas

  pekerja Thailand untuk memasak untuk memastikan rasa makanan yang lain daripada

yang lain dan yang lebih penting ialah lazat. Selain itu, pengubahan susun atur restoran

Page 6: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 6/43

Page 7: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 7/43

sendiri. Setelah perniagaannya menampakkan hasil, beliau terus mengorak langkah untuk 

memajukan perniagaannya. Beberapa perancangan jangka panjang dan jangka pendek telah

dibuat untuk memastikan perniagaannya terus maju pada masa akan datang.

2.1 PERANCANGAN JANGKA MASA PENDEK 

Antara perancangan jangka masa pendek adalah menambahkan bilangan pekerja

yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang masakan. Setakat ini Restoran Green

C hanya mempunyai 2 orang pekerja dalam bidang masakan yang mahir dalam masakan

Melayu dan Thailand. Menurut Encik Afifi, beliau ingin menambah pekerja yang mahir 

dalam masakan Western food dan seafood untuk mempelbagaikan lagi jenis masakan di

Restorannya. Hal ini kerana, makanan seafood dan western food semakin diminati oleh

  pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja. Jika pekerjanya dapat

ditambah, operasi pengeluaran makanan di restorannya akan bertambah, seterusnya akan

meningkatkan pendapatannya.

Rancangan jangka pendek seterusnya adalah untuk menambahkan menu di

restorannya. Disebabkan menu yang sedia ada di restoran ini mendapat sambutan yang

agak menggalakkan, Encik Afifi merancang untuk mempelbagaikan menu di restorannya

sama ada menu masakan Melayu mahupun Thailand. Selain itu, jika beliau mendapat

  pekerja yang mahir dalam masakan Western food dan seafood dalam masa terdekat,

 beliau juga akan mempelbagaikan menu masakan tersebut supaya pelanggan mempunyai

  pelbagai pilihan untuk menjamu selera. Hal ini akan dapat menarik lebih ramai

 pengunjung untuk menjamu selera di restorannya.

2.2 PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG

Seterusnya, bagi perancangan jangka panjang pula, pemilik restoran ini ingin

menambah cawangan restorannya terutamanya di sekitar kawasan Tanjong Malim untuk 

memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat. Selain itu, jika cawangan

restoran ditambah, operasi perniagaan akan dapat ditingkatkan seterusnya akan menjana

Page 8: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 8/43

  pendapatan yang lebih lumayan. Jika penambahan cawangan dilakukan, hal ini akan

dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan tetap Restoran Green C

yang tinggal agak jauh dari restoran ini untuk menjamu selera. Pemilik restoran ini turut

mempunyai perancangan untuk memperluaskan perniagaannya ke serata negeri. Bagi

  beliau, jika sesuatu usaha dilakukan dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil

impiannya akan tercapai suatu hari nanti. Dalam usia yang muda, Encik Afifi sudah

  berjaya mempunyai restorannya sendiri,tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan

menjadi usahawan yang terkenal.

Selain menambah cawangan, pemilik restoran ini juga mempunyai perancangan

untuk memperbesar ruang di restorannya. Jika restorannya diperbesarkan, jumlah ruang

makan dan ruang dapur akan dapat ditambah seterusnya operasi penghasilan dan

 penyediaan makanan akan dapat dilakukan dengan lebih cepat untuk memenuhi kehendak 

dan keselesaan pelanggan. Ruang makan yang besar dan selesa serta penyediaan

makanan yang cepat dan lazat akan dapat menarik minat pelanggan untuk memilih

restoran ini sebagai restoran pilihan mereka. Hal ini akan dapat meningkatkan jumlah

 pelanggan yang mengunjungi Restoran Green C pada masa akan datang.

Selain itu, perancangan jangka panjang restoran ini adalah untuk memperoleh

modal yang banyak bagi mengukuhkan kewangan mereka. Hal ini kerana, selamarestoran ini beroperasi, pemilik restoran hanya menggunakan modal keluarga sahaja

tanpa mendapat modal daripada badan-badan lain sama ada badan kerajaan atau badan

swasta. Dengan bantuan kewangan ini sudah tentulah Encik Afifi akan dapat

merealisasikan keinginannya untuk memperbesarkan dan nenambah cawangan

restorannya disamping mempelbagaikan keluaran produk makanan di restorannya. Hal ini

 juga akan dapat memberi peluang kepada kaum bumiputera seperti En.Afifi untuk terus

maju dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Jika Encik Afifi berjaya membuka

cawangan baru bagi restorannya, sudah tentulah beliau akan dapat menawarkan peluang

 pekerjaan kepada anak-anak muda yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang

masakan untuk bekerja.

Page 9: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 9/43

3.0 REKA BENTUK DALAMAN DAN LUARAN RESTORAN GREEN C

Setiap pemilik restoran sudah pasti inginkan perubahan dalam mereka bentuk premis

mereka sama ada reka bentuk dalaman mahupun luaran. Begitu juga dengan Restoran Green C

yang mempunyai reka bentuk dan susunan yang berbeza untuk menarik perhatian para

 pelanggan. Banyak idea-idea baru diaplikasikan untuk mereka bentuk restoran ini dan ternyata

restoran ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar UPSI terutama mereka

yang tinggal berhampiran Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO).

Walaupun reka bentuk restoran ini kelihatan begitu sederhana,namun restoran ini masih lagi

mempunyai keunikannya yang tersendiri.

3.1 REKA BENTUK LUARAN

3.1.1 Papan Tanda

Rajah3.0: Papan tanda Restoran Green C

Papan tanda merupakan satu faktor yang sangat penting dalam sesebuah

 perniagaan. Untuk meningkatkan keberkesanan fungsi papan tanda itu Restoran Green C

telah menggunakan warna asas pada papan tanda Restoran Green C seperti hijau dan

merah, ini menjadikannya lebih menarik dan mempunyai daya tarikan. Selain itu, papan

tanda yang digunakan juga jelas dan terletak di bahagian atas muka hadapan premis.

Page 10: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 10/43

10

3.2 REKA BENTUK DALAMAN

Rekabentuk dalaman merupakan peragaan ataupun susunatur hiasan semua yang

terdapat di dalam sesebuah premis. Ia merupakan faktor yang sangat penting dan tidak 

sepatutnya diketepikan. Reka bentuk dalaman lebih mementingkan keselesaan pelanggan,

keselamatan pelanggan dan yang paling penting adalah mampu menarik pelanggan untuk 

datang mengunjungi sesebuah premis seterusnya membeli perkhidmatan atau barangan

yang ditawarkan di premis tersebut. Antara reka bentuk dalaman yang terdapat di

Restoran Green C adalah seperti bunyi-bunyian, corak susun atur dan konsep dalaman

kedai. 

3.2.1 Bunyi- bunyian

Faktor bunyi-bunyian adalah sangat penting dalam sesebuah premis

  perniagaaan, kerana ia boleh mewujudkan suasana yang harmoni dan gembira

namun bergantung kepada jenis muzik yang diperdengarkan. Di Restoran Green

C muzik jenis pop dan rock diperdengarkan kerana ianya lebih sesuai dalam

konteks dan konsep umum. Selain itu, muzik yang santai diperdengarkan dan

yang lebih penting ialah penggunaan muzik tersebut adalah sesuai untuk semua

lapisan masyarakat dan peringkat umur. Ia juga dapat membantu pelanggan

menghilangkan tekanan belajar terutamanya bagi pelajar UPSI yang

sememangnya banyak dengan tugasan-tugasan yang harus disiapkan. Hal ini

kerana, Restoran Green C merupakan salah sebuah restoran yang pelanggannya

majoriti pelajar-pelajar UPSI yang tinggi berdekatan dengan restoran ini. Secara

tidak sedar sebenarnya faktor bunyi-bunyian juga dapat mengelakkan rasa bosan

ataupun suasana yang murung seseorang pelanggan itu.

3.2.2 Penglihatan dan pandangan

Faktor penglihatan dan pandangan adalah sangat penting kerana setiap

  pelanggan yang masuk ke Restoran Green C pasti akan melihat keadaan

keseluruhan restoran. Persekitaran yang menarik dan selesa pasti akan

menjanjikan pelanggan itu tidak merasa ragu-ragu untuk datang lagi. Antara

Page 11: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 11/43

11

elemen yang dititikberatkan oleh pemilik Restoran Green C adalah seperti sistem

  pencahayaan yang baik, cat dinding yang menarik, penyusunan barang yang

teratur serta elemen-elemen lain yang diperlukan semasa menghias restoran.

Pencahayaan yang baik akan membantu pelanggan memilih barangan yang

mereka inginkan, manakala cat dinding dan cara susun atur pula mampu

memastikan pelanggan berasa sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan

tenteram. Keadaan susun atur yang kucar-kacir misalnya sudah pasti tidak 

membantu dalam menarik lebih ramai lagi pelanggan untuk terus datang ke

restoran tersebut.

Restoran Green C menggunakan konsep yang santai. Hal ini jelas dapat

dilihat melalui reka bentuk dalaman kedai yang begitu menarik. Di setiap sudut-

sudut dinding dihiasi dengan pelbagai bingkai gambar yang tidak hanya tertumpu

kepada satu tema sahaja. Misalnya, terdapat bingkai ayat-ayat suci Al-Quran,

  bingkai gambar dan bunga-bungaan. Dengan adanya koleksi bingkai gambar 

ini,maka pelanggan yang datang tidak hanya melihat dinding ±dinding kosong

sahaja, bahkan mereka juga dapat melihat hiasan-hiasan yang terdapat di

sekeliling dinding.

Rajah 3.1 : Bingkai ayat suci Al-Quran yang terdapat di Restoran Green C

Page 12: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 12/43

12 

Rajah 3.2 : Bingkai gambar dan bunga-bungaan yang terdapat di restoran ini

Di dalam restoran ini, terdapatnya lampu ±lampu tanglung yang dipasang

  bagi menimbulkan teknik pencahayaan yang menarik. Dalam pada masa yang sama

lampu pendaflour masih digunakan bagi mengimbangi pencahayaan restoran ini. Cahaya

lampu melalui tanglung ini menjadikan restoran ini tidak terlalu terang dan tidak terlalu

gelap. Para pelanggan yang memasuki restoran ini juga akan merasa selesa dengan

keadaan persekitaran restoran ini.

Rajah 3.3: Lampu-lampu tanglung dan televisyen yang menghiasi kedai

Page 13: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 13/43

13 

Warna yang dipilih di sesebuah premis memainkan peranan yang penting

dalam menarik perhatian pelanggan. Justeru itu, warna yang digunakan sebagai

warna latar restoran ini ialah warna hijau muda bersesuaian dengan konsep yang

diketengahkan iaitu santai. Pelanggan dapat merehatkan minda dengan melihat

warna hijau ini di samping susun atur yang selesa di dalam restoran ini. Restoran

ini boleh memuatkan 50 orang pada satu-satu masa sama ada di dalam restoran

mahupun di bahagian luar restoran. Meja makan yang digunakan juga bukanlah

meja makan mudah lipat seperti kebanyakkan kedai tetapi pemilik restoran ini

menggunakan meja makan yang diperbuat daripada kayu jati dan kebanyakkan

 perabot di restoran ini dibeli di Pekan Tanjung Malim.

Selain itu, pelanggan juga boleh merehatkan minda melalui tontonan

drama-drama yang terdapat di siaran astro kerana restoran ini dilengkapi dengan

kemudahan astro. Pelanggan juga boleh menonton tayangan perlawanan bola

sepak seperti Fifa World Cup yang diadakan baru-baru ini kerana kebanyakkan

  pelanggan mereka adalah golongan muda yang sememangnya tidak dapat lari

daripada dunia sukan seperti bola sepak.

Di suatu sudut kedai ini, terdapatnya sebuah meja untuk pembayaran

selepas menjamu selera. Walaupun tidak mempunyai kemudahan seperti mesin

  juru wang dan sebagainya, namun kaunter pembayaran masih tetap ada bagi

memudahkan urus niaga perniagaan mereka.

Page 14: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 14/43

14 

Rajah 3.4: Tempat pembayaran

Restoran ini juga turut dihiasi dengan pelbagai hiasan dalaman lain seperti

tumbuhan hajau yang mana ia bersesuaian dengan warna tema restoran ini iaitu

hijau. Bunga-bungaan juga turut digunakan dan dihias dengan menarik bagi

menarik minat pelanggan terutamanya pelanggan wanita. Kreativiti pemilik 

restoran ini menghias premis mereka menjadi tarikan utama kepada pengunjung

kerana tidak semua restoran yang berada berhampiran Restoran Green C

mempunyai ruang hiasan kecil seperti ini.

Rajah 3.5 : Ruang hiasan tumbuh-tumbuhan

Page 15: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 15/43

Page 16: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 16/43

16 

restoran yang kami kunjungi ialah Ice blended yang terdiri daripada tujuh perisa

seperti coklat, strawberi, mangga dan lain-lain. Dengan adanya ruang pamer yang

disediakan, ia mampu memudahkan pelanggan untuk memesan menu yang

disediakan.

3.2.3 Susun atur premis perniagaan.

Susun atur Restoran Green C menggunakan susun atur grid. Reka bentuk 

ini sangat sesuia untuk Restoran Green C kerana ia begitu menarik, kemas dan

teratur. Restoran Green C begitu mementingkan keselesaan pelanggan kerana

dapat memudahkan pelanggan bergerak bebas dan juga mampu menjimatkan

ruang.

Page 17: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 17/43

17 

Rajah 3.8: Gambar rajah susun atur premis perniagaan

PETUNJUK: MEJA MAKAN

Page 18: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 18/43

18 

3.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

3.3.1 Menambahkan ruang hiasan restoran

Pada masa akan datang, untuk menjadikan restoran ini menjadi lebih

menarik, pemilik restoran boleh menghias ruang-ruang kosong yang terdapat pada

dinding restoran dengan pelbagai hiasan yang tidak hanya tertumpu kepada hiasan

  bingkai-bingkai gambar sahaja, malah sesuatu yang baru dan berwarna-warni.

Contohnya pemilik restoran boleh meletakkan peta-peta seperti peta dunia dan peta

Malaysia di bahagian dinding. Pemilik juga boleh meletakkan gambar berunsurkan

alam yang bertepatan dengan konsep yang cuba diketengahkan. Dalam pada masa

yang sama, pemilik restoran juga boleh meletakkan gambar-gambar kejayaannya

dalam mengusahakan perniagaan restoran.

3.3.2 Menukarkan konsep restoran kepada konsep-konsep yang berlainan

Bagi menarik minat pelanggan untuk terus berkunjung ke restoran,

  pemilik restoran boleh mengambil inisiatif dengan mempelbagaikan konsep

restoran dan tidak hanya tertumpu pada konsep asal restoran itu sahaja. Namun

  begitu, dalam pada masa yang masa, pemilik masih lagi boleh mengekalkan

warna tema restoran ini iaitu warna hijau. Pemilik boleh menukar konsep

restoran kepada konsep komtemporari, tradisional dan juga barat. Hal ini pasti

akan menarik minat pengungjung kerana mereka pasti merasakan suatu kelainan

apabila konsep restoran ini berubah.Namun, perubahan konsep ini haruslah

mengikut pendapatan yang ada agar perubahan ini tidak keterlaluan sehinggakan

menjadi suatu masalah baru kepada pemilik restoran. Selain itu, pemilik restoran

 juga boleh menukar konsep yang sedia ada kepada suatu konsep baru yang manaia berubah mengikut sesuatu musim seperti musim perayaan dan sebagainya. 

Page 19: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 19/43

19 

3.3.3 Menambahbaik kemudahan yang ada.

Bagi menjamin keselesaan para pengunjung, pemilik restoran haruslah

meningkatkan kemudahan yang terdapat di restoran ini. Antaranya menambahkan

 bilangan kipas siling, kebersihan tandas dan juga sinki. Memandangkan restoran

ini mempunyai satu pintu utama sahaja, maka jumlah kipas yang sedia ada

haruslah ditambah bagi meningkatkan kadar peredaran udara di dalam restoran.

Kebersihan tandas dan sinki juga haruslah dijaga kerana sekiranya keadaan tandas

dan singki berada dalam keadaan yang kurang bersih dan kemas, sudah pasti akan

member perspektif yang negatif kepada pelanggan yang berkunjung ke restoran

tersebut. Penambahbaikkan dari segi kemudahan yang sedia ada ini adalah

  bertujuan meningkatkan lagi keselesaan dalam kalangan pelanggan seterusnya

µmemikat¶ hati mereka untuk terus dating berkunjung ke Restoran Green C.

4.0 Promosi barangan dan produk 

4.1 Jenis produk yang dipasarkan

Promosi dalam sesebuah restoran memainkan peranan yang amat penting dalam

memperkenalkan sesebuah restoran kepada masyarakat. Ia mudah diukur keberkesanannya

dan ini membantu perniagaan dalam menjayakan matlamat sesuatu perniagaan. Ia merupakan

intensif jangka pendek bagi meningkatkan jualan ke atas sesuatu keluaran dan perkhidmatan.

Restoran Green C menyediakan pelbagai jenis masakan ala Thailand dan masakan panas.

Makanan yang terdapat di Restoran Green C adalah berkonsepkan masakan ala Thailand.

Makanan laut atau lebih dikenali sebagai ³sea food´ juga boleh diperolehi dengan mudah

oleh pelanggan. Antara masakan laut yang boleh diperolehi oleh penggemar makanan ini

ialah sotong, ikan, ketam, kerang, dan udang.

Tanpa minuman sudah pasti makanan kita tidak akan menjadi lengkap. Sehubungan

dengan itu, pelbagai minuman panas dan sejuk dijual dan sudah pastinya ³Ice blended´

mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar minuman sejuk. Antaranya

Page 20: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 20/43

20

  perasa buah kiwi, buah jambu batu, strawberi, mangga, laici, kelapa laut, durian belanda,

nanas, pala, limau, coklat, moka, cappuccino dan madu.

Selain itu, terdapat hidangan roti bakar dan burger turut boleh dibuat pesanan oleh

 pelanggan.

Rajah 4.0 : Encik Afifi di hadapan gerai burger yang dijual di hadapan restorannya

Page 21: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 21/43

21

n

Merupakan salah satu menu yang mendapat

sambutan yang menggalakkan terutamanya

daripada pelanggan cina yang amat

menggemarinya.

NASI GORENG

PATAYA

Ini merupakan salah satu menu masakan

Thailand yang digemari oleh pelanggan

yang mengunjungi restoran ini.

NASI GORENG

TOMYAM

Page 22: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 22/43

22 

Ini juga merupakan menu yang turut

mendapat sambutan daripada pelanggan.

Rata-rata daripada pelanggan menyatakan

ada kelainan pada menu ini berbanding

kedai-kedai yang lain

NASI

GORENG

LADNA

Ice blanded perisa mocca ini amat digemari

oleh kebanyakkan pelanggan. Rasanya yang

lebih sedap berbanding ice blanded di

restoran lain menyebabkan ia menjadi pilihan

elan an. 

ICE BLANDED

SPECIAL

Page 23: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 23/43

23 

PROSES PEMBERSIHAN BARANGAN MENTAH

PROSES PEMOTONGAN BAHAN MASAKAN

Page 24: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 24/43

24 

PROSES PENGHASILAN MAKANAN/MEMASAK 

PROSES PENGHANTARAN PESANAN PELNGGAN

Page 25: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 25/43

25 

MEMASUKKAN SEMUA BAHAN ³ICE BLANDED SPECIAL´ KE DALAM

PENGISAR 

KESEMUA BAHAN DIKISAR SEHINGGA HANCUR 

Page 26: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 26/43

26 

³ICE BLANDED´ YANG HAMPIR SIAP

SEDIA DIHIDANG

Cara-cara penyediaan ³Ice blanded special´

Page 27: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 27/43

27 

Perisa cappuccino

Bahan-bahannya :

1 ) 4 sudu cappuccino (mengikut perasa yang dikehendaki)

2 ) 3 sudu susu

3 ) ½ pengisar ais batu

4 ) ½ cawan air 

5 ) Krim secukup rasa

6 ) Serbuk koko secukup rasa

Cara-caranya :

1)  Masukkan serbuk cappuccino, susu, serbuk koko dan air ke dalam pengisar yang

sudah berisi air batu.

2)  Kisar sehingga lumat.

3)  Setelah lumat, tuang ³ice blanded´ yang telah dikisar ke dalam cawan.

4)  Akhir sekali, hias cawan tersebut dengan meletakkan krim di atasnya.

4.2 Promosi yang dijalankan

Page 28: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 28/43

28 

Pemilik restoran ini iaitu Encik Afifi telah mempromosi restoran beliau melalui

 pengiklanan dan membuat publisiti menggunakan media elektronik iaitu menerusi laman

sesawang ³Facebook´. Kecanggihan teknologi pada hari ini menerusi ³online´

membolehkan maklumat terbaru tentang restorannya dapat disebar dengan pantas kepada

masyarakat teruatama penduduk di kawasan sekitar. Secara tidak langsung publisiti

Restoran Green C dapat dipertingkatkan.

Pada masa yang sama, pemilik restoran ini telah menyebarkan edaran ³flyers´

kepada penduduk sekitar terutamanya di kawasan KHAR, KUO, Taman Bahtera dan

  perumahan di sekitar kawasan kampus induk UPSI. Edaran tersebut terkandung

  pemberitahuan tentang kewujudan restoran ala Thai di Taman Bahtera Baru selain

memberitahu promosi yang sedang dijalankan.

Khidmat pelanggan menerusi kaedah perkhidmatan dan cara berinteraksi dengan

 pelanggan turut diambil berat dalam mencorakkan suasana restoran yang harmoni. Sikap

  bermanis muka antara pelayan dengan pelanggannya telah menjadi piagam bagi setiap

warga kakitangan di Restoran Green C.

Page 29: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 29/43

29 

Rajah 4.1 : Encik Afifi berbual bersama salah seorang pelanggannya mengenai

aduan yang telah diberikan

Strategi utama yang dijalankan untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk 

datang menjamu selera diRestorant Green C adalah mengambil tukang masak profesional

yang didatangi khas dari Thailand untuk menyediakan menu utama yang merupakan

makanan ala Thailand. Kewujudan tukang masak dari Thailand ini mampu menarik 

  perhatian pelanggan untuk datang ke restoran mereka kerana kelainan rasa makanan

yang wujud dengan adanya tukang masak yang professional dari Thailand. Hal ini dapat

memberi perbezaan kepada restoran ini berbanding dengan restoran yang lain. Hal ini

kerana pelanggan dapat merasai masakan daripada Thailand yang disediakan oleh tukang

masak dari Thailand walaupun berada di Malaysia. Kelainan yang dilakukan oleh pemilik 

Restoran Green C dapat membantu untuk meluaskan lagi perniagaanya.

Promosi lain yang diberikan oleh pemilik restoran ini kepada pelanggan setia

mereka yang rata-rata adalah golongan masyarakat yang datang dari Kelantan dan

Terengganu, pemberian budu secara percuma sebanyak 150 botol kepada pelanggan.

Page 30: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 30/43

30

Selain itu, pemilik ini juga meletakkan beberapa botol budu di atas meja untuk dinikmati

  pelanggan bersama-sama hidangan mereka. Hari pemberian budu ini ternyata dapat

menarik lebih ramai penggemar makanan ala Thailand seterusnya meningkatkan lagi

 publisiti restoran tersebut.

4.3 Cadangan penambahbaikkan

4.3.1 Pengiklanan restoran yang lebih berkesan

Pengiklanan mengenai promosi dan sebagainya mengenai restoran ini

tidak hanya dilakukan melalui laman sesawang ³Facebook´ sahaja malah mereka

  juga boleh meningkatkan lagi pengedaran ³flyers´ kepada penduduk sekitar 

memandangkan setiap semester baru bermula, sudah pasti akan terdapat ramai

  pelajar baru yang masih lagi tidak mengetahui tentang kewujudan restoran ini

terutamanya yang berhampiran dengan kediaman mereka. Pemilik restoran juga

  boleh mengambil langkah dengan mempromosikan lebih banyak lagi produk 

  berasakan makanan dan minuman melalui ³banner´ yang dipasang di laluan

masuk ke Taman Bahtera Baru. Hal ini dapat membolehkan orang ramai

mengetahui tentang kewujudan dan keistimewaan restoran ini.

4.3.2 Mempelbagaikan menu sedia ada

Memandangkan di restoran ini terdapat pengunjung yang tidak hanya

 berbangsa melayu, inisiatif untuk mempelbagaikan lagi menu sedia ada perlulah

diambil sebagai langkah memikat dan menarik hati pelanggan bukan melayu ke

dalam restoran ini. Masakan cina dan india misalnya boleh ditambah bagi menarik 

golongan bukan melayu untuk makan di restoran tersebut.

Page 31: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 31/43

31

4.3.3 Kreativiti dalam penghasilan ³Ice blanded´ yang lebih menarik 

Dari segi penyediaan minuman, inovasi dalam penghasilan³Ice blanded´

  boleh dilakukan yang mana pihak pengurusan restoran boleh melakukan

 penambahbaikkan ke atas minuman mereka. Sebagai contoh, ³Ice blanded´ yang

sedia ada boleh diletakkan buah-buahan segar mengikut jenis perisa bagi menarik 

minat pelanggan untuk mencuba dan meningkatkan pengeluaran produk ³Ice

 blanded´. Buah-buahan sebenar juga boleh digantikan dengan serbuk perisa yang

digunakan bagi menghasilkan rasa yang sebenar. Penggunaan buah-buahan yang

sebenar sudah pasti akan memberikan rasa yang sebeanr dan berbeza dengan ³Ice

  bladed´ yang menggunakan serbuk perisa selain dapat meninggalkan kesan

kepada pelanggan untuk terus menikmati hidangan tersebut di lain masa.

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERNIAGAAN

5.1 KEKUATAN

Restoran Green C merupakan sebuah restoran yang memiliki kekuatannya yang

tersendiri dalam memasarkan produk keluarannya dan menjalankan operasi seharian.

Restoran ini mempunyai kekuatan kerana menghasilkan pelbagai jenis masakan panas

dan istimewa seperti daging rusa black pepper dan daging rusa filipino. Makanan yang

dihidangkan kepada pelanggan memiliki rasa yang lazat serta asli kerana menggunakan

  bahan mentah yang segar dan berkualiti. Selain itu, restoran ini juga turut menjual

minuman panas dan sejuk yang menggunakan bahan perisa yang berkualiti untuk 

memberi kepuasan kepada pelanggan. Sebagai contoh, ³ Ice blanded´ di restoran ini

mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, berbanding restoran yang

lain.

Page 32: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 32/43

32 

Restoran 100% bumiputera ini memiliki kekuatan tersendiri kerana Restoran

Green C merupakan salah satu restoran yang menggunakan tenaga kerja dari negara

Thailand sehingga menyebabkan restoran ini dikenali oleh ramai pelanggan terutamanya

mereka yang menggemari masakan Thai. Restoran ini mempunyai kekuatan yang luar 

  biasa kerana sepanjang operasinya, restoran ini tidak pernah mengabaikan kesegaran

  bahan mentah yang digunakan dalam masakan, apatah lagi mengubah resepi masakan

keluarannya. Hal ini kerana pelanggan sudah terbiasa dengan rasa makanan dan minuman

keluarannya yang asli dan lazat itu.

Kekuatan seterusnya dapat dilihat dari aspek harga bagi setiap menu yang

ditawarkan. Encik Afifi menawarkan harga makanan yang berpatutan di Restoran Green

C kerana sasaran pelanggannya ialah para pelajar. Harga masakan panas di Green C

adalah 10 peratus lebih rendah berbanding restoran lain. Misalnya harga sepinggan nasi

goreng pataya di restoran ini adalah RM 4.00 berbanding RM4.50 di restoran lain. Hal ini

menyebabkan para pelanggan lebih tertumpu di restorannya terutamanya pelajar .

Restoran ini mempunyai kekuatan kerana dapat bertahan sehingga sekarang,

walaupun restoran di kawasan sekitarnya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini

menunjukkan bahawa, walaupun terdapat banyak persaingan , namun restoran ini masih

mampu bertahan dan mempunyai pelanggan yang setia.. Sokongan daripada anggota

keluarga serta pelanggan yang setia merupakan kekuatan yang tidak ternilai oleh

Restoran Green C. Hal ini kerana, tanpa sokongan daripada anggota keluarga dan

  pelanggan yang setia, Restoran Green C mungkin tidak mampu bertahan sehingga

sekarang.

5.2 KELEMAHAN

Restoran Green C umumnya tidaklah mempunyai kelemahan yang banyak.

  Namun hanya terdapat beberapa kelemahan yang dapat digariskan di sini. Antara

kelemahan syarikat ini yang dapat dilihat ialah Restoran ini tidak mempunyai cawangan

lain selain cawangan induknya yang terdapat di Taman Bahtera Baru. Faktor ini bukan

disebabkan oleh ketiadaan permintaan oleh pelanggan di kawasan sekitar Tanjong

Page 33: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 33/43

33 

Malim, tetapi faktor kewangan yang masih tidak kukuh menyebabkan Restoran Green C

tidak dapat mengembangkan perniagaannya ke kawasan lain.

Selain daripada itu, Restoran Green C mempunyai kelemahan dari segi

kekurangan tenaga kerja. Hal ini menyebabkan terdapatnya rungutan daripada pelanggan

yang rata-rata mengatakan bahawa pesanan yang diminta lambat sampai kepada

  pelanggan terutamanya ketika waktu puncak. Keadaan ini berlaku kerana pada waktu

  puncak, bilangan pelanggan adalah ramai dan bilangan pekerja yang ada tidak dapat

menampung bilangan permintaan yang banyak, seterusnya menyebabkan operasi

 penyediaan makanan pelanggan semakin lambat.

Kekurangan seterusnya adalah dari segi saingan. Saingan yang sengit daripada

restoran lain yang banyak terdapat di sekitarnya menyebabkan restoran ini terpaksa

membuat pelbagai strategi untuk menarik pelanggan datang ke restorannya. Di kawasan

restoran ini terdapat lebih daripada 5 restoran yang menjadi saingan kepada Restoran

Green C ini. Antaranya adalah seperti Restoran Easy, dan Restoran Syahira.

Restoran Shahira Tomyam

Page 34: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 34/43

34 

Restoran Easy

Kelemahan Restoran Green C ini juga dapat dilihat dari segi keadaan tempat atau

tapak perniagaan yang kurang strategik. Lokasinya yang terletak jauh dari jalan besar 

menyebabkan orang ramai yang melalui jalan besar jarang singgah ke restoran ini.

Keadaan inilah yang menyebabkan pelanggan yang berkunjung ke Restoran Green C

kebanyakannya merupakan pelajar yang tinggal berdekatan dengan restoran ini. Jika

lokasi restoran ini terlatak berdekatan dengan jalan besar, kemungkinan restoran ini akan

lebih maju berbanding sekarang.

5.3 Cadangan

5.3.1 Menambah bilangan pekerja

Dari segi sumber manusia Restoran Green C boleh menambahkan bilang

  pekerja, kerana bilangan pekerja yang sedia ada tidak cukup untuk melakukan

kerja-kerja di dalam restoran tersebut. Majoriti pekerja di Restoran Green C ini

adalah terdiri daripada pekerja lelaki. Hanya tukang masak dari Thailand sahaja

yang merupakan wanita. Oleh itu, untuk penambahbaikkan Restoran Green C,

  pemilik haruslah menambah bilangan pekerja wanita untuk menjadi pelayan

dalam bahagian penyediaan makanan iaitu mengambil pesanan dan menghantar 

Page 35: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 35/43

35 

makanan ke meja pelanggan. Dengan cara demikian, segala urusan kerja lebih

teratur dan kebanyakkan pelanggan yang datang tidak menunggu lama untuk 

memberikan pesanan dan mendapatkan makanan yang dipesan terutamanya

semasa waktu puncak iaitu sekitar jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.

5.3.2 Memilih lokasi yang lebih strategik 

Untuk pembukaan cawangan yang akan datang, pemilik restoran perlu

memilih lokasi yang lebih strategik berbanding dengan lokasi cawangan induk 

yang terletak jauh dari jalan utama. Pemilihan lokasi yang strategik amat penting

kerana akan mempengaruhi jumlah pelanggan yang dating. Hal ini kerana, lokasi

yang terletak berhampiran dengan jalan utama, sudah pasti akan mudah dilihat

oleh orang ramai terutamanya penduduk dari kawasan lain. Kedudukan lokasi

  perniagaan yang strategik juga secara tidak langsung akan dapat mengurangkan

kadar persaingan antara restoran.

6.0 KEWANGAN 

Restoran Green C ditubuhkan hasil daripada modal kewangan daripada keluarga.

Perniagaan ini memerlukan modal permulaan sebanyak RM45 000 dan hanya menggunakan

tenaga kerja dari rakan-rakan serta beberapa pekerja dari Thailand. Sumber bahan mentah yang

digunakan juga banyak seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Pada tahun 2009,

Restoran Green C ini bertambah maju kerana perniagaan ini mendapat sambutan dalam kalangan

  pelajar UPSI dan penduduk setempat. Restoran ini mengalami peningkatan keuntungan pada

setiap bulan hasil daripada peningkatan permintaan pelanggan.

Pada permulaan pembukaan restoran ini, menu yang disediakan adalah terhad dan sedikit

tetapi setelah mendapat sambutan menu restoran ditambah mengikut kehendak pelanggan. Menu

Page 36: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 36/43

36 

yang digunakan pada permulaannya tidak mempunyai banyak pilihan tetapi setelah pembaharuan

dibuat terdapat banyak pilihan baru seperti menu daging rusa black pepper dan ais blended.

Menu ini menjadi tarikan kepada pelanggan untuk memilih Restoran Green C sebagai lokasi

utama ketika hendak menjamu selera. Restoran Green C turut menyediakan perkhidmatan

katering untuk pelanggan yang berminat pada harga berpatutan.

Berdasarkan penyata pendapatan tahunan, Restoran Green C memperoleh hasil jualan

sebanyak RM1 200 sehari. Restoran ini beroperasi hanya selama sembilan bulan dan

memperoleh hasil jualan sebanyak RM324 000 setahun. Aliran keluar tunai setiap hari bagi kos

  barangan ialah RM 720 dan dianggarkan sebanyak RM 194 400.00 setahun. Setelah dihitung

untung kasar bagi restoran ini adalah RM 470 bagi sehari dan RM126 900 setahun. Perbelanjaan

 perniagaan Green C adalah sebanyak RM 9 600 sehari dan RM 86 400 setahun. Setelah dihitung

  jumlah pendapatan dan ditolak dengan perbelanjaan, keuntungan bagi restoran adalah RM 34

300 setahun. ( RUJUK LAMPIRAN A) 

Page 37: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 37/43

37 

LAMPIRAN A

PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN BAGI RESTORAN GREEN C

BUTIRAN RM

ALIRAN TUNAI MASUK 

Jualan

(RM 36 000 X 9 BULAN) RM 324 000.00

ALIRAN TUNAI KELUAR 

Kos barangan

(RM 21 600 X 9 BULAN) RM 194 400.00

Untung kasar RM 129 600.00

PERBELANJAAN LAIN

Sewa

Bil Utiliti

(Elektrik, air, astro, telefon)

Tenaga kerja

Pengangkutan

Bayaran lain-lain

RM 19 200.00

RM 9 600.00

RM 56 700.00

RM 6 600.00

RM 3 200.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 95 300.00

UNTUNG BERSIH RM 34 300.00

Page 38: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 38/43

38 

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Restoran Green C merupakan syarikat tempatan Malaysia yang

menawarkan pelbagai menu masakan kepada pelanggan. Syarikat 100% bumiputera ini bermula

  pada tahun 2008 dengan resipi istimewa yang berkonsepkan ala Thai dan melayu. Walaupun

telah lama berkecimpung dalam industri makanan namun restoran ini mampu bertahan sehingga

ke hari ini. Dengan mengekalkan keunikan rasanya, menu di Restoran Green C dihasilkan

dengan menggunakan bahan mentah yang segar selain menyediakan minuman istimewa iaitu

³Ice blanded special´.

Kegigihan Encik Afifi dan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan tercetus

apabila mendapati kurangnya restoran yang menawarkan masakan ala Thai sedangkan rata-rata

  penduduk di sekitar Taman Bahtera Baru berasal dari Kelantan dan Terengganu. Selain itu,

  beliau ingin membuka perniagaan berasaskan makanan disebabkan harga yang ditawarkan di

restoran lain adalah tinggi sedangkan kebanyakkan pelanggan restoran di kawasan tersebut

merupakan golongan pelajar. Dengan kegigihan yang ditonjolkan bukan sahaja mampu

memasarkan produk di sekitar Taman Bahtera Baru, malah telah berjaya mengorak langkah ke

hadapan dengan menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis keramaian. Kini, beliau

mampu berbangga dengan perniagaan beliau dalam usia yang masih muda.

Page 39: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 39/43

39 

BERGAMBAR DI HADAPAN RESTORAN GREEN C

Page 40: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 40/43

40

BERGAMBAR BER  SAMA PEMILIK RESTORAN, EN.AFIFI BIN MOHD NAHROWEI

Page 41: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 41/43

41

SIJIL AKUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN GREEN C ENTERPRISE

Page 42: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 42/43

42 

ANTARA MENU YANG DITAWARKAN

Page 43: laporan syarikat : keusahawanan

8/8/2019 laporan syarikat : keusahawanan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-syarikat-keusahawanan 43/43

MENU ´ICE BLANDED´ YANG TERDAPAT DI RESTORAN GREEN C