4
LAPORAN PROGRAM IMAN, KUFUR DAN IMPLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM Tempat : Musolla Ar Raudhah Sk Ledang Kehadiran : 74 Orang Jam : 11.00 Pagi-1.10 Tengahari Tarikh : 26 Ogos 2014 Pada tarikh 26 Ogos 2014, kami telah menjalankan program yang ditugaskan dengan jayanya. Tajuk program kami ialah, Iman, Kufur dan Implikasinya Dalam Kehidupan Muslim. Sasaran utama kami pada program ini ialah murid tahap 2. Memandangkan usia mereka yang sedang meningkat remaja, maka bertepatan kami memilih mereka sebagai sasaran utama program. Alhamdulillah dengan kerjasama pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Ledang iaitu guru besar, Puan Noraini Hayati binti Ahmad kami dibenarkan berkolaborasi menjalankan program. Program ini juga mendapat sokongan daripada Panitia Pendidikan Islam SK Ledang. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid bahawa pentingnya akidah dalam kehidupan manusia sebagai muslim yang mukmin. Berbeza pendapat dan pandangan adalah lumrah bagi manusia, berbeza dalam pekara yang berkaitan dengan fekah diharuskan dalan Islam namun berbeza fahaman aqidah menyebabkan munculnya beberapa aliran Mazhab dalam Ilmu Kalam,memahami Islam,Iman yang sebenar, menjaga dan memantapkanya serta menganalisis perkara yang merosakkan dan

Laporan Program

  • Upload
    ayie

  • View
    225

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

praktikum 2

Citation preview

Page 1: Laporan Program

LAPORAN PROGRAM

IMAN, KUFUR DAN IMPLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Tempat : Musolla Ar Raudhah Sk Ledang

Kehadiran : 74 Orang

Jam : 11.00 Pagi-1.10 Tengahari

Tarikh : 26 Ogos 2014

Pada tarikh 26 Ogos 2014, kami telah menjalankan program yang

ditugaskan dengan jayanya. Tajuk program kami ialah, Iman, Kufur dan Implikasinya

Dalam Kehidupan Muslim. Sasaran utama kami pada program ini ialah murid tahap 2.

Memandangkan usia mereka yang sedang meningkat remaja, maka bertepatan kami

memilih mereka sebagai sasaran utama program. Alhamdulillah dengan kerjasama

pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Ledang iaitu guru besar, Puan Noraini Hayati binti

Ahmad kami dibenarkan berkolaborasi menjalankan program. Program ini juga

mendapat sokongan daripada Panitia Pendidikan Islam SK Ledang.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid bahawa pentingnya

akidah dalam kehidupan manusia sebagai muslim yang mukmin. Berbeza pendapat

dan pandangan adalah lumrah bagi manusia, berbeza dalam pekara yang berkaitan

dengan fekah diharuskan dalan Islam namun berbeza fahaman aqidah menyebabkan

munculnya beberapa aliran Mazhab dalam Ilmu Kalam,memahami Islam,Iman yang

sebenar, menjaga dan memantapkanya serta menganalisis perkara yang merosakkan

dan membatalkan adalah tanggungjawab setiap muslim. Oleh itu, sebagai daie, kami

berperanan untuk menyampaikan asas ini kepada mereka.

Kami mendahului program dengan pengenalan yang dipengerusikan oleh Cik

Nurul Ain Anisha binti Mohd Ali. Menggunakan teknik fokus dalam program adalah

salah satu elemen daya tarikan murid kepada penyampaian yang hendak disampaikan.

Aturcara program berjalan sepertimana yang dirancang :

Page 2: Laporan Program

Aturcara pelaksanaan:

11.00 pagi : Murid berkumpul di tempat taklimat

11.10 pagi : Ucapan aluan pengenalan diri.

11.20 pagi: Slot Pertama- Pengenalan Akidah

( En. Abdul Hanan)

12.00 tengahari: Slot kedua- Slot Semangat ( Cik

Nurul Ain Anisha dan Cik Nurul Iklimah)

12.20 tengahari: Slot ketiga-Kesan Iman dan Isu-

Isunya. ( En. Mohammad Alif Haiqal dan En.

Mohamad Arif bin Masri)

1.00 tengahari: Penutup

1.10 tengahari: Bersurai

Diantara isi-isi yang disampaika ialah, pengenalan akidah islamiah, kesan iman dan isu-

isu akidah yang sedang hangat disekeliling kita. Pendekatan yang dijalankan ialah

nasyid dan juga aktiviti ice-breaking murid-murid bersama kami.

Selain itu, pengukuhan dan penilaian juga dijalankan dengan menguji

kefahaman murid tentang penyampaian-penyampaian isi yang disampaikan oleh Encik

Abdul Hanan, Encik Mohammad Alif Haiqal dan Encik Mohd Arif Masri. Soalan-soalan

diutarakan dan pemberian kupon sahsiah baik kepada murid dijalankan bagi yang

menjawab dengan betul.Respon yang baik daripada murid kami perolehi dengan

jayanya sepanjang program berlangsung.

Tambahan lagi, sebagai bakal guru Pendidikan Islam yang bakal berjuang di

medan dakwah satu hari nanti, kami sangat berpuashati kerana diberi peluang

menjalankan tugasan seperti ini. Ini kerana, program seperti ini banyak membantu kami

Page 3: Laporan Program

dalam mengorganisasi dan menguruskan persediaan menghadapi penerimaan murid.

Ini kerana, mereka merupakan klien yang kami tidak kenali dan dari situ kami belajar

bagaimana untuk mengadaptasikan suasana baru dalam dakwah.

Program tamat pada jam 1.00 tenghari dan digulung kesimpulannya oleh Cik

Siti Nurul Iklimah binti Sazali. Murid-murid bersurai pada jam 1.10 tengahari.

Alhamdulillah, program kami berjalan dengan jayanya. Kami berterima kasih kepada

pihak sekolah

Yang menjalankan tugas,

__________________

(Nurul Ain Anisha binti Mohd Ali)

Setiausaha,

Program Iman, Kufur dan Implikasinya.