3
LAPORAN PROJEK / AKTIVITI LAPORAN KE- NAMA : NUR ATIKAH BINTI YAHYA PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2011 TARIKH : 23 APRIL 2013 TEMPAT : DATARAN SEKOLAH PROJEK : PERHIMPUNAN RASMI Setiap minggu pada hari Selasa, Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1 akan mengadakan perhimpunan rasmi pagi di dataran sekolah. Di sini saya ingin membuat laporan perhimpunan minggu terakhir kami di sekolah ini. Seperti biasa perhimpunan akan dimulai dengan bacaan doa oleh pengawas yang ditugaskan. Kemudian, murid-murid dan guru- guru akan menyanyikan tiga buah lagu wajib yang mesti dinyanyikan semasa perhimpunan iaitu Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah. Para murid dan guru menyanyikan lagu ini dengan peuh semangat. Kemudian, acara penyampaian hadiah oleh Guru Besar, Puan Hasenah Binti Ibrahim kepada wakil sekolah dalam pertandingan Bola Tampar peringkat negeri yang memenangi tempat ketiga dalam pertandingan itu. Pihak sekolah sangat berbangga dengan pencapaian mereka.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

LAPORAN PROJEK / AKTIVITILAPORAN KE-NAMA :NUR ATIKAH BINTI YAHYAPROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2011TARIKH :23 APRIL 2013TEMPAT :DATARAN SEKOLAHPROJEK:PERHIMPUNAN RASMI

Setiap minggu pada hari Selasa, Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1 akan mengadakan perhimpunan rasmi pagi di dataran sekolah. Di sini saya ingin membuat laporan perhimpunan minggu terakhir kami di sekolah ini. Seperti biasa perhimpunan akan dimulai dengan bacaan doa oleh pengawas yang ditugaskan. Kemudian, murid-murid dan guru-guru akan menyanyikan tiga buah lagu wajib yang mesti dinyanyikan semasa perhimpunan iaitu Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah. Para murid dan guru menyanyikan lagu ini dengan peuh semangat.Kemudian, acara penyampaian hadiah oleh Guru Besar, Puan Hasenah Binti Ibrahim kepada wakil sekolah dalam pertandingan Bola Tampar peringkat negeri yang memenangi tempat ketiga dalam pertandingan itu. Pihak sekolah sangat berbangga dengan pencapaian mereka.Kemudian, guru yang bertugas akan menyampaikan ucapan dalam slot Bicara Topik. Guru yang bertugas akan memilih satu topik dan berbicara mengenainya. Dalam slot ini, guru yang bertugas, Encik Shabri telah berbicara mengenai kebersihan diri. Murid-murid diingatkan supaya menjaga kebersihan supaya tidak mudah ditimpa penyakit.Akhir sekali, Guru Besar SKDK 1 akan berucap. Beliau mengingatkan pelajar supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan menjaga disiplin sebagai pelajar. Pelajar juga dinasihati supaya tidak melakukan perkara yang memburukkan nama baik sekolah. Selepas guru besar berucap, majlis perhimpunan ditamatkan dan murid-murid bergerak masuk ke kelas masing-masing.Minggu terakhir praktikum sangat menyedihkan kami. Kami terpaksa berpisah dengan guru-guru dan murid-murid. Berat hati kami hendak meninggalkan sekolah ini. Namun apakan daya, kami hanya sebulan di sini. Kami berharap warga SKDK 1 akan sentiasa mengingati kami.Berikut merupakan gambar semasa kami berada di dalm perhimpunan.