Laporan Mingguan Pasukan Pandu Puteri Kadet

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Laporan Mingguan Pasukan Pandu Puteri Kadet

    1/2

    LAPORAN MINGGUAN PASUKAN PANDU PUTERI KADET

    Pada hari Rabu yang lepas iaitu pada 23 Januari 2013, pasukan Pandu Puteri

    telah mengadakan perjumpaan di Bangunan Unit Kokurikulum dan di gelanggang

    Bola Tampar (berhadapan dengan Kolej Kediaman), IPG Kampus Darulaman.

    Perjumpaan itu telah dipimpin oleh 2 orang pemimpin iaitu Puan Azizah Binti Aziz

    dan Puan Zuraida Binti Ahmad.

    Pada hari tersebut, kami telah diperkenalkan dengan seorang pensyarah baru

    iaitu Puan Zetty. Puan Zetty merupakan salah seorang pemimpin baru bagi Pandu

    Puteri Kadet di IPG Kampus Darulaman. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah

    perhimpunan unit beruniform bersama dengan persatuan-persatuan yang lain iaitu

    seperti Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam dan sebagainya.

    Setelah selesai perhimpunan beruniform, kami telah bergerak ke gelanggang

    bola tampar bagi melaksanakan aktiviti ladam kuda. Kami telah dilatih dengan

    bersungguh-sungguh oleh para pemimpin kami agar aktiviti ladam kuda dapat

    dijalankan dengan sempurna.

    Semasa menjalankan aktiviti ladam kuda, kumpulan Cempaka telah diberi

    tugas untuk melakukan bacaan doa dan kata-kata hikmah manakala saya Asma

    Azyyati telah ditugaskan untuk membuat laporan mengenai perjumpaan pada hari

    tersebut. Bacaan doa telah disampaikan oleh saudari Mufidah Ramizah Binti Mihat

    manakala saudari Ng Wei Cin menyampaikan kata-kata hikmah semasa

    melaksanakan aktiviti ladam kuda.

    Secara keseluruhannya, aktiviti ladam kuda pada hari tersebut berjalan

    dengan lancar. Setiap kumpulan telah melakukan aktiviti ladam kuda dengan

  • 7/29/2019 Laporan Mingguan Pasukan Pandu Puteri Kadet

    2/2

    bersungguh sungguh dan bersemangat agar semangat berkumpulan sentiasa

    dikekalkan dan dieratkan.