Upload
li-ting
View
176
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE SONGKHLA, THAILAND
KUMPULAN PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2013 (P2E &P2F)
JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH
Jabatan Pendidikan Seni Visual Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
(IPG KSAH) telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Songkhla, Thailand pada hari
27 Ogos 2013 (Selasa) hingga 29 Ogos 2013 (Khamis). Seramai 42 orang guru pelatih dari
kumpulan PISMP semester 2 Ambilan JAN. 2013 (P2E & P2F) dan 7 orang pensyarah telah
mengambil bahagian dalam lawatan ini. Program ini merupakan usaha pencetus pembinaan
intelektual guru pelatih Pendidikan Seni Visual dalam bidang seni merentasi negara, dan
memberi pendedahan berkaitan dengan budaya seni negara lain serta mendapatkan
sumber inspirasi bagi penghasilan karya kelak. Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi lawatan ini
adalah seperti berikut:
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Tuan Haji Mustafa bin Abd. Hamid
(Pengarah IPG KSAH)
Penasihat 1 : Tuan Haji Mohd. Shobri B Saad
(Timbalan Pengarah IPG KSAH)
Penasihat 2 : En. Mansor bin Abdullah
(Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual)
Ketua Rombongan : En. Othaya Kumaran a/l Kandasamy
Penyelaras Kursus (PSV3103) : En. Othaya Kumaran a/l Kandasamy
Pen. Penyelaras (PSV3103) : En.Hj.Jaafar bin Mahmud
Perhubungan : Tn. Hj. Jaafar bin Mahmud
Pengangkutan : En. Zakariah bin Abd. Ghani
Ahli : 1. En. Mohd. Fauzi bin Fadzil
2. Puan Chin Soo Fong
3. En. Ananthan a/l Nagu
4. En. Mohd. Yusoff Mat Saad
JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Ketua Rombongan : En. Othaya Kumaran a/l Kandasamy
Pengerusi : Suntharamoorthi a/l Kannan
Naib Pengerusi : Devasrilatchumy a/p Thavakumar
Setiausaha : Lau Xin Yi
Naib Setiausaha : Ling Bin Ru
Bendahari : Heng Guet Ying
Naib Bendahari : Lim Li Ting
Buku Program / Banner : Liang Yan Pei
Fotografi : Hong Hui Chin
: Kong Siew Ling
Dokumentasi : Tamarai Selvi a/p Tamil Selvan
: Sathiya Vani a/p Muthusamy
Keselamatan : Wong Ye Chen
Perhubungan : Shirly Ang Yen Nie
Pengangkutan : Ng Hui Yu
Peralatan : Ling Ka Yin
Cenderahati : Ling Ngiik Bing
Pada hari pertama, iaitu 27 Ogos 2013 (Selasa) semua guru-guru pelatih yang
mengambil bahagian dalam lawatan ini telah berkumpul di depan Dewan Munsyi IPG KSAH
pada pukul 5.00 petang bersama pensyarah. Pada pukul 5.15 petang bas persiaran telah
sampai ke kampus dan semua guru pelatih dan pensyarah telah menyimpan beg-beg ke
dalam bas serta bersiap sedia untuk bertolak. Pengerusi lawatan telah memastikan bilangan
para guru pelatih dalam bas. Sebelum bas bertolak bacaan doa telah dibaca oleh para guru
pelatih beragama Islam untuk melalui perjalanan yang selamat. Brosur lawatan turut
diedarkan dalam bas oleh AJK Buku Program. Pada pukul 5.35 petang tepat bas telah
bertolak dari kampus.
Gambar bersama pensyarah dengan guru pelatih sebelum bertolak.
Guru pelatih dan pensyarah bersedia untuk menyimpan beg-beg ke dalam bas.
Pada pukul 7.15 petang kami telah sampai di Changlun untuk menukar wang Ringgit
Malaysia kepada Bhatt di tempat pertukaran wang. Setelah selesai pertukaran wang, suatu
taklimat ringkas telah diberi oleh Encik Azman, pembimbing pelancongan lawatan Thailand
dengan jelas. Beliau telah menjelaskan perjalanan kami sehingga tiba di Bukit Kayu Hitam
Sempadan Malaysia. Setelah tamat pemeriksaan pasport dengan pas sempadan, kami telah
menaik semula ke dalam bas. Pada pukul 8.10 malam kami telah sampai di sempadan
Thailand dengan selamat dan pada pukul 8.40 malam kami telah masuk ke Thailand dengan
sah selepas pemeriksaan pasport para guru pelatih dan pensyarah.
Guru pelatih dan pensyarah menukar wang Ringgit Malaysia kepada Bhatt di tempat
pertukaran wang.
Guru pelatih sedang menguruskan pas sempadan sebelum meneruskan perjalanan
ke Thailand.
Suatu taklimat ringkas telah diberi oleh pembimbing pelancongan berkaitan lawatan
serta beliau telah mengajar beberapa perkataan yang mudah dalam Bahasa Siam yang
boleh digunakan semasa membeli-belah di sana. Pada pukul 9.50 malam kami telah sampai
di Restoran Kai Tod Daycha & Seaafood Hat Yai untuk makan malam. Kami telah menikmati
nasi ayam Thailand yang cukup sedap di situ bersama para pensyarah. Seterusnya, pada
pukul 10.40 malam kami menaik semula ke dalam bas selepas makan malam untuk menuju
ke hotel. Pada pukul 10.46 petang tepat kami telah sampai di hotel dan mengemas barang-
barang daripada bas untuk memasuki ke dalam hotel. Suatu taklimat malam telah diberi oleh
Encik Zakariah, pensyarah pengangkutan dan Encik Azman, pembimbing pelancongan
mengenai pengurusan bilik serta aktiviti hari kedua. Pada pukul 11.00 malam para guru
pelatih dan para pensyarah telah beredar ke bilik masing-masing bagi penginapan diri serta
tidur.
Encik Azman, pembimbing pelancongan dan Encik Zakariah, pensyarah
pengangkutan telah memberi taklimat ringkas.
Para guru pelatih bersedia untuk menikmati makan malam.
Inilah restoran makan malam pada hari tersebut.
Pada hari kedua, semua guru pelatih telah berkumpul di lobi bersama pensyarah
selepas penginapan diri pada pukul 8.30 pagi. Encik Zakariah, pensyarah pengangkutan
telah memberi taklimat ringkas tentang aktiviti seterusnya. Selepas mendengar taklimat
tersebut kami telah bertolak ke kedai makan untuk mengambil sarapan pagi. Pada pukul
8.50 pagi kami tiba di Restoran Shah Alam Seafood. Kami dihidangkan roti canai dengan
teh oh panas yang sedap. Selepas itu, kami bertolak ke kedai membeli-belah dan sampai di
situ pada pukul 9.25 pagi. Di situ kami mendapat peluang untuk membeli barang-barang
hiasan serta cenderahati dengan harga yang berpatutan. Pada pukul 10.25 pagi, kami telah
bergerak dari situ dan tiba di kedai pemborong makanan ringan seperti kacang, keropok,
gula-gula, asam dan sebagainya. Kami berpeluang untuk membeli makanan ringan dengan
harga yang murah di situ.
Seterusnya, kami telah sampai di kedai madu pada pukul 11.00 pagi. Di situ kami
telah dialu-alukan oleh pembantu-pembantu kedai tersebut dan kami telah duduk dalam
suatu bilik serta diberi taklimat mengenai madu serta kami dihidangkan segelas minuman
madu yang manis amat sedap. Mereka telah memberi penjelasan yang baik tentang madu
yang asli dan mengajar cara-cara memeriksa madu yang asli. Kami juga mengetahui
tentang jenis-jenis madu yang dijual di kedai itu serta kegunaannya. Setelah tamat taklimat
tersebut, kami diberi masa untuk membeli madu dan barang-barang yang diperbuat
daripada madu seperti sabun.
Inilah kedai madu yang dilawati oleh guru pelatih dan pensyarah.
Pada pukul 11.46 pagi kami telah bertolak dari situ dan menuju ke Chang Kuak
Camp tempat pemeliharaan gajah di Hat Yai, Thailand. Kami telah tiba di situ pada pukul
11.56 pagi dan memberi peluang untuk mengambil gambar bersama gajah. Selain melihat
gajah, aktiviti memandu motor ATV turut terdapat di sana. Selepas melawat tempat tersebut,
kami telah bertolak ke restoran Sami Kitchen untuk makan tengah hari. Kami sampai di
restoran tersebut pada pukul 1.05 petang bersama para pensyarah dan menikmati makanan
yang cukup sedap di situ.
Pensyarah dan guru pelatih tiba di Chang Puak Camp.
Selepas itu, kami beredar ke Masjid besar dan sampai di sana pada pukul 2.15
petang di Hat Yai untuk sembahyang. Pelajar yang lain menurun dari bas dan menikmati
keindahan persekitaran Masjid Besar tersebut. Masjid Besar itu sedikit serupa dengan Taj
Mahal di India. Setelah sesi sembahyang habis kami beredar dari sana dan menuju ke Bukit
Tang Kuan di Songkhla, Hat Yai pada 3.00 petang. Bukit itu adalah sebuah bukit yang
sangat cantik dan dikelilingi banyak monyet. Kami sekumpulan menaiki lif untuk sampai di
puncak bukit tersebut. Di sana kami jumpa kuil Buddha yang sangat unik dengan mengikuti
sami – sami Buddha. Tambahan pula di sana terdapat sami yang menganugerahi kami
teman hidup. Jikalau kita mendoakan untuk mendapatkan teman hidup, beliau akan
merestui kita. Seterusnya kami mengambil banyak foto di sana juga kerana tempat itu
sangat cantik dengan pemandangannya. Selepas menurun dari puncak bukit, kami makan
aiskrim kelapa yang sangat enak sekali.
Seterusnya, pada 5 petang kami sampai di Samila Beach Songkhla untuk tengok
dan menghayati estetika arca ikan duyung yang merestui lelaki – lelaki yang mendoakan
teman hidup mereka. Selain itu, kami mengadakan aktiviti melakarkan pemandangan
kawasan itu serta dua orang pensyarah kami melukis orang tempatan dengan amat cantik
sekali. Seterusnya pada pukul 6.15 petang kami melawat tempat arca “ The Surphan Nag”
yang sangat besar sekali serta kami mengambil foto kumpulan. Pada 6.30 petang kami
bergerak ke hotel kami serta kami bersiap sedia untuk membeli – belah.
Pada pukul 8.00 malam En. Azman memberi taklimat sebelum bergerak ke open
market di Bandar Hat Yai. Beliau memberi taklimat bahawa semua pelajar harus berjaga-
jaga semasa membeli - belah. Pada jam 8.30 malam kami tiba di Open Market Hat Yai untuk
membeli - belah. Kami sangat suka tempat Open Market tetapi tidak cukup masa untuk
melawat semua kedai di Open market. Setelah habis sesi membeli-belah kami bergerak ke
Hotel sekurang-kurangnya pada pukul 11.30 malam.
Pada hari ketiga kami bangun pada pukul 7.00 pagi. Setelah pengurusan diri masing-
masing kami makan sarapan kami di suatu restoran. Sarapan kami ialah roti canai juga
dengan memberi kupon yang mendapatkan daripada pensyarah. Selepas sarapan pagi kami
pulang ke hotel untuk mengambil barang kami dan meletakkannya di dalam bas. Semua
barang-barang telah ambil menyerahkan kad bilik hotel di lobi hotel. Pada 9.50 pagi kami
diberi taklimat oleh En.Azman dan sedia untuk bergerak ke Sekolah Saengthong Vitthaya
School di Bandar Hat Yai. Di sekolah tersebut kami dijemput dengan baik sekali dan
seorang guru di sekolah tersebut bernama Encik Sam memberi taklimat kepada kami
mengenai sekolah itu. Sekolah itu sangat cantik, dan canggih. Pada pukul 10.30 pagi Rektor
Tuan En..Anthony memberi sedikit ucapan untuk kami. Sekolah itu sangat bagus dalam
akademik dan kokurikulum. Bangunannya sangat besar dan banyak murid. Pada masa yang
sama kami mengambil gambar kumpulan dan kami menikmati keindahan alam sekolah
tersebut. Pihak sekolah tersebut telah menyediakan minuman ringan untuk kami. Setelah
sesi minum minuman ringan habis kami beredar dari sekolah tersebut pada pukul 12.30
tengah hari.
Dewan Saengthong Vitthaya School
Pensyarah bersama murid-murid di sekolah tersebut.
Para pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual.
Pengarah sekolah sedang memberikan taklimat ringkas tentang sekolah tersebut.
Rektor Tuan En.Anthony memberikan sedikit ucapan.
Ketua Jabatan PSV, Encik Mansor menyampaikan cenderahati kepada Rektor Tuan
En.Anthony.
Ketua Jabatan PSV, Encik Mansor menyampaikan cenderahati kepada seorang guru
sekolah tersebut, Encik Sam yang telah menyampaikan taklimat ringkas kepada kami.
Sesi fotografi para pensyarah Jabatan PSV, pensyarah HEP bersama Rektor Tuan
En.Anthony.
Sesi fotografi para pensyarah, guru-guru pelatih bersama Rektor Tuan En.Anthony.
Seterusnya kami beredar ke Plaza Shopping Centre di Hat Yai dan kami sampai di
sana pada pukul 12.45pm. Selama tiga jam kami membeli-belah dan makan makanan
tengah hari kami di tempat itu. Plaza itu sangat besar dan penuh dengan kedai-kedai yang
jualan murah di Bandar Hat Yai. Pada pukul 3 petang kami berkumpul di depan Plaza dan
menunggu untuk bas. Pada masa yang sama kami mengambil gambar kumpulan di sana.
Setelah bas sampai kami menaiki bas dan sampai di sempadan Negara Thailand pada
pukul 4.30 petang. Di situ pihak imigresen telah memeriksa pasport kami. Seterusnya kami
sampai di sempadan Malaysia dan mereka memeriksa pasport dan pas sempadan kami
pada pukul 5.00 petang. Selepas itu kami berhenti di Gurun untuk makan malam dan
sembahyang. Akhirnya pada pukul 10.00 malam kami sampai di IPG Kampus Sultan Abdul
Halim dengan selamat.
Di sediakan oleh,
(TAMARAI SELVI TAMIL SELVAN) AJK LAPORAN 1
(SATHIYA VANI MUTHUSAMY)AJK LAPORAN 2