Upload
truongtram
View
340
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 1
KAJIAN IMPAK
PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
1. ABSTRAK
Kajian impak ini dilakukan bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai
pendapat dan penilaian pengguna terhadap Portal Rasmi Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar (NRE). Pengumpulan data kajian dilaksanakan melalui soal-
selidik secara dalam talian yang diiklankan dalam Portal NRE pada 23 Jun 2015
hingga 23 September 2015. Seramai 111 orang pengguna Portal NRE telah
mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Dapatan kajian menunjukkan
pengguna berpuas hati dengan aspek kebolehgunaan (usability), kefungsian
(functionality) dan kualiti maklumat yang terkandung dalam Portal NRE. Pengguna
juga telah memberikan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk
menambah baik Portal NRE.
2. PENGENALAN
Laman web NRE telah diwujudkan sejak mula penubuhan kementerian ini pada
tahun 2004 hingga sekarang. Contoh-contoh antaramuka laman web NRE yang
dibangunkan sepanjang tempoh tersebut adalah seperti di LAMPIRAN A. Semasa
awal laman web NRE diwujudkan, kandungan laman web tersebut bersifat statik
di mana ia hanya memaparkan informasi mengenai sejarah kementerian,
pengumuman, carta organisasi, piagam pelanggan dan berita. Namun begitu,
sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, NRE telah
meningkatkan fungsi laman web dengan membangunkan portal interaktif pada
tahun 2011.
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 2
Portal NRE dibangunkan dengan merujuk pekeliling dan garis panduan yang
disediakan oleh MAMPU iaitu:
a) Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 Pengurusan Laman Web/Portal
Sektor Awam
b) Garis Panduan Pembangunan Kandungan Sektor Awam
c) Panduan Penyediaan dan Penyiaran Berita Online di Laman Web/Portal
Agensi-Agensi Kerajaan
d) Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam
e) Provider-Based Evaluation (ProBE) 2015
3. TUJUAN KAJIAN
Kajian impak ini dilakukan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan pandangan
pengguna berkaitan topik yang menjadi kegemaran dan sering dikunjungi, ciri-ciri
kebolehgunaan (usability), kefungsian (functionality), kualiti maklumat serta
cadangan untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti Portal NRE. BPM
berharap hasil daripada penilaian impak yang diperolehi berdasarkan persepsi
pengguna ini dapat membantu usaha berterusan NRE dalam menyediakan Portal
yang berinformasi dan memenuhi ekspektasi pengguna.
4. OBJEKTIF KAJIAN
a) Mengenal pasti kategori pengguna laman web NRE.
b) Mengenal pasti kekerapan penggunaan laman web NRE.
c) Mengenal pasti topik yang sering dilayari oleh pengguna.
d) Melihat apakah persepsi pengguna terhadap ciri-ciri Portal NRE daripada
aspek kebolehgunaan (usability) dan kefungsian (functionality).
e) Melihat apakah persepsi pengguna terhadap kualiti maklumat dalam
Portal NRE.
f) Mengenal pasti kelemahan Portal NRE.
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 3
g) Mengesyorkan cadangan bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti
Portal NRE.
5. SOALAN KAJIAN
a) Apakah organisasi, jantina dan umur pengguna?
b) Nyatakan Kekerapan Anda Melayari Portal NRE?
c) Laman Dalam Portal NRE Yang Sering Dikunjungi?
d) Apakah Pendapat Anda Tentang Portal NRE Secara Keseluruhan?
e) Kualiti Maklumat Dalam Portal NRE
f) Cadangan anda untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti Portal
NRE
6. REKA BENTUK DAN TEMPOH KAJIAN
Kajian ini berbentuk kuantitatif iaitu teknik mengumpul data adalah melibatkan
instrumen soal selidik yang dibangunkan menggunakan Google Forms. Soal
Selidik Berkenaan Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
dipaparkan pada muka utama Portal NRE bermula pada 23 Jun 2015 dan berakhir
pada 23 September 2015.
Jumlah responden soal selidik yang diterima adalah seramai 111 orang.
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 4
7. ANALISIS DAN PENEMUAN SOALAN KAJIAN 1: Organisasi
Pernyataan Bilangan Responden Peratus (%)
Kerajaan 109 98.2
Swasta 1 0.9
Lain-lain 1 0.9
Rajah 1.0 menunjukkan majoriti pengguna Portal NRE adalah daripada sektor kerajaan
iaitu seramai 109 orang atau 98.2%. Selain itu, 0.9% masing-masing adalah pengguna
daripada sektor swasta dan penyelidik.
Rajah 1.0
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 5
SOALAN KAJIAN 2: Jantina
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Lelaki 32 28.8
Wanita 79 71.2
Merujuk kepada Rajah 2.0, didapati 71.2% pengguna adalah wanita iaitu seramai 79
orang, diikuti dengan pengguna lelaki seramai 32 orang (28.8%).
Rajah 2.0
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 6
SOALAN KAJIAN 3: Umur
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
18 tahun ke bawah 1 0.9
19-34 tahun 55 49.5
35 –54 tahun 50 45
55 tahun keatas 5 4.5
Rajah 3.0 menunjukkan pengguna Portal NRE yang paling ramai adalah diantara
lingkungan umur 19 hingga 34 tahun, iaitu seramai 55 orang (49.5%). Peratus kedua
tertinggi terdiri daripada pengguna dalam kategori umur 35 hingga 54 tahun iaitu
seramai 50 orang (45%). Pengguna yang berada dalam lingkungan umur 55 tahun ke
atas adalah seramai lima orang (4.5%) dan hanya seorang berumur 18 tahun ke bawah
(0.9%).
Rajah 3.0
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 7
SOALAN KAJIAN 4: Nyatakan Kekerapan Anda Melayari Portal NRE?
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Setiap hari 66 59.5
Sekali seminggu 12 10.8
Beberapa kali dalam sebulan 21 18.9
Sekali atau kurang dalam sebulan 12 10.8
Merujuk Rajah 4.0, seramai 66 orang (59.5%) didapati melayari Portal NRE setiap hari
untuk mendapatkan maklumat. Seramai 21 orang (18.9%) melayari Portal NRE
beberapa kali dalam sebulan. Pengguna yang melayari Portal NRE dalam kekerapan
sekali seminggu adalah sebanyak 10.8%, begitu juga pengguna yang berkunjung sekali
atau kurang dalam sebulan adalah sebanyak 10.8%.
Rajah 4.0
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 8
Rajah 5.0
SOALAN KAJIAN 5: Laman Dalam Portal NRE Yang Sering Dikunjungi?
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Berita & Pengumuman 54 48.6
Bidang Utama NRE 15 13.5
Perkhidmatan Dalam Talian 52 46.8
NRE Eco-Park 7 6.3
Pustaka Media 10 9
Direktori 99 89.2
Tender dan Sebutharga 3 2.7
Piagam Pelanggan 4 3.6
Soal Jawab Parlimen 4 3.6
Koleksi Ucapan 8 7.2
Maklumat Warga NRE 42 37.8
Lain-lain 8 7.2
Merujuk kepada Rajah 5.0, pengguna diminta memilih satu atau lebih laman atau topik
yang sering dilayari semasa mereka berkunjung ke Portal NRE.
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 9
Topik yang menjadi kegemaran pengguna disusun mengikut jumlah peratusan tertinggi
adalah seperti berikut:
1. Direktori Pegawai (89.2%)
2. Berita & Pengumuman (48.6%)
3. Perkhidmatan Dalam Talian (46.8%)
4. Maklumat Warga NRE (37.8%)
5. Bidang Utama NRE (13.5%)
6. Pustaka Media (9.0%)
7. Koleksi Ucapan (7.2%)
8. NRE Eco-Park (6.3%)
9. Piagam Pelanggan (3.6%)
10. Soal Jawab Parlimen (3.6%)
11. Tender dan Sebutharga (2.7%)
12. Lain-lain (7.2%)
Hasil jawapan di bawah kategori “Lain-Lain” adalah MyMesyuarat, NRE RIM, Log
Latihan, Log Transformasi, link ke webmail, Ruangan Warga NRE dan pengurusan
alam.
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 10
Dalam soalan kajian nombor 6, pengguna diminta menentukan sama ada Portal NRE
memiliki ciri-ciri seperti profesional, reka bentuk menarik, mudah dilayari, mesra
pengguna dan masa capaian yang singkat dan menilai sama ada ciri-ciri tersebut berada
di bawah jangkaan, menepati jangkaan atau melepasi jangkaan.
SOALAN KAJIAN 6: Apakah Pendapat Anda Tentang Portal NRE Secara
Keseluruhan?
1. Profesional
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Di Bawah Jangkaan 5 4.5
Menepati Jangkaan 88 79.3
Melepasi Jangkaan 18 16.2
Merujuk kepada Rajah 6.1 bagi kriteria laman web yang bercirikan “Profesional”,
seramai 88 orang atau 79.3% pengguna menilai Portal NRE telah menepati jangkaan,
seramai 18 orang atau 16.2% pengguna menilai telah melepasi jangkaan dan lima orang
atau 4.5% menilai di bawah jangkaan.
Rajah 6.1
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 11
2. Reka Bentuk Menarik
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Di Bawah Jangkaan 6 5.4
Menepati Jangkaan 79 71.2
Melepasi Jangkaan 26 23.4
Merujuk kepada Rajah 6.2 bagi kriteria “Reka Bentuk Menarik”, seramai 79 pengguna
atau 71.2% menilai Portal NRE telah menepati jangkaan. Seramai 26 orang atau 23.4%
menilai Portal NRE telah melepasi jangkaan. Seramai 6 orang pengguna atau 5.4%
menilai Portal NRE berada di bawah jangkaan.
3. Mudah Dilayari
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Di Bawah Jangkaan 5 4.5
Menepati Jangkaan 85 76.6
Melepasi Jangkaan 21 18.9
Rajah 6.2
Rajah 6.3
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 12
Merujuk kepada Rajah 6.3 bagi kriteria “Mudah Dilayari”, seramai 85 pengguna atau
76.6% menilai Portal NRE menepati jangkaan. Seramai 21 orang atau 18.9% menilai
Portal NRE melepasi jangkaan. Seramai 5 orang atau 4.5% menilai Portal NRE berada
di bawah jangkaan.
4. Mesra Pengguna
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Di Bawah Jangkaan 7 6.3
Menepati Jangkaan 85 76.6
Melepasi Jangkaan 19 17.1
Merujuk kepada Rajah 6.4 bagi kriteria “Mesra Pengguna”, seramai 85 pengguna atau
76.6% menilai Portal NRE menepati jangkaan. Seramai 19 orang atau 17.1% menilai
Portal NRE melepasi jangkaan. Seramai 7 orang pengguna atau 6.3% menilai Portal
NRE berada di bawah jangkaan.
Rajah 6.4
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 13
5. Capaian Yang Singkat
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Di Bawah Jangkaan 8 7.2
Menepati Jangkaan 87 78.4
Melepasi Jangkaan 16 14.4
Merujuk kepada Rajah 6.5 bagi kriteria “Capaian Yang Singkat”, seramai 87 pengguna
atau 76.6% menilai Portal NRE menepati jangkaan. Seramai 19 orang atau 17.1%
menilai Portal NRE melepasi jangkaan. Seramai tujuh orang pengguna atau 6.3%
menilai Portal NRE berada di bawah jangkaan.
Rajah 6.5
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 14
Dalam soalan kajian nombor 7, pengguna diminta menilai kualiti maklumat dalam Portal
NRE berdasarkan ciri-ciri seperti terkini, mudah dibaca, relevan dan berinformasi.
Pengguna perlu menilai sama ada ciri-ciri tersebut berada di bawah jangkaan, menepati
jangkaan atau melepasi jangkaan.
SOALAN KAJIAN 7: Kualiti Maklumat Dalam Portal NRE
1. Terkini
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Di Bawah Jangkaan 13 11.7
Menepati Jangkaan 84 75.7
Melepasi Jangkaan 14 12.6
Merujuk kepada Rajah 7.1 bagi kriteria “Terkini”, seramai 84 orang atau 76.6% pengguna
menilai Portal NRE menepati jangkaan. Seramai 14 orang atau 12.6% pengguna menilai
Portal NRE melepasi jangkaan. Seramai 13 orang atau 11.7% pengguna menilai Portal
NRE berada di bawah jangkaan.
Rajah 7.1
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 15
2. Mudah Dibaca
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Di Bawah Jangkaan 4 3.6
Menepati Jangkaan 84 75.7
Melepasi Jangkaan 23 20.7
Merujuk kepada Rajah 7.2 bagi kriteria “Mudah Dibaca”, seramai 84 orang atau 75.7%
pengguna menilai Portal NRE menepati jangkaan. Seramai 23 orang atau 20.7%
pengguna menilai Portal NRE melepasi jangkaan. Seramai empat orang atau 3.6%
pengguna menilai Portal NRE berada di bawah jangkaan.
3. Relevan
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Di Bawah Jangkaan 6 5.4
Menepati Jangkaan 86 77.5
Melepasi Jangkaan 19 17.1
Rajah 7.2
Rajah 7.3
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 16
Merujuk kepada Rajah 7.3 bagi kriteria “Relevan”, seramai 86 orang atau 77.5%
pengguna menilai Portal NRE menepati jangkaan. Seramai 19 orang atau 17.1%
pengguna menilai Portal NRE melepasi jangkaan. Seramai enam orang atau 5.4%
pengguna menilai Portal NRE berada di bawah jangkaan.
4. Berinformasi
Pernyataan Bilangan Peratus (%)
Di Bawah Jangkaan 5 4.5
Menepati Jangkaan 88 79.3
Melepasi Jangkaan 18 16.2
Merujuk kepada Rajah 7.4 bagi kriteria “Berinformasi”, seramai 88 orang atau 79.3%
pengguna menilai Portal NRE menepati jangkaan. Seramai 18 orang atau 16.2%
pengguna menilai Portal NRE melepasi jangkaan. Seramai lima orang atau 4.5%
pengguna menilai Portal NRE berada di bawah jangkaan.
Rajah 7.4
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 17
Bagi soalan kajian nombor 8, pengguna diminta untuk memberikan cadangan dengan
menaip pada borang soal selidik. Berikut adalah maklum balas yang diterima:
SOALAN KAJIAN 8: Kami mengalu-alukan cadangan anda untuk menambah baik
dan meningkatkan kualiti Portal NRE
1. Teruskan dengan apa yang ada.
2. Sederhana. Lebih padat jika pengisian dari apa yang berlaku di luar negara tentang
yang utama isu pengurusan alam sekitar. Portal fokusnya lebih pada aktiviti dan
berita pada dasar kerajaan. Tampilan Portal agak formal perlu diserikan dengan
design yang terkini agar lebih menarik.
3. Teruskan kekal prestasi.
4. Dapat diwujudkan gambar pegawai-pegawai bagi memudahkan orang ramai
berhubungan dalam capaian direktori pegawai
5. Sangat bagus dan menarik...tahniah!
6. 1. Saya suka mencadangkan supaya sentiasa dikemaskini mengikut keadaan
semasa dan warna yang ceria dengan latar belakang keadaan senje ketika matahari
hendak terbenam, matahari terbit yang menceriakan dengan sawah padi atau pun
gunung-ganang, laut atau tasek serta air terjun yang boleh di dapati di banyak tempat
di seluruh malaysia. 2. Bentuk tulisan pada paparan perlu di tukar design lain yang
tidak rasa membosankan warna tema hijau boleh ditukar ke warna lain yang
bersesuaian
7. Please make it more interactive and user friendly. Because the information provided
was not updated and easy to search.
8. NRE dicadangkan sentiasa menggunakan teknologi web yang dapat membantu
pengguna mendapatkan maklumat dengan pantas. Paparan maklumat yang
sentiasa up to date dan kuantiti yang memuaskan.
9. Sangat berinformasi dan menarik...tingkatkan lagi kualiti Portal anda.
10. Cadangan supaya didalam direktori, memasukkan gambar pegawai bagi
memudahkan urusan pada masa akan datang. Boleh mengambil contoh seperti
direktori JPA. Sekian, Terima Kasih.
11. Buat masa ini semuanya berpuas hati
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 18
12. Make it less wordy and straight to the point like KBS website
13. Permudahkan untuk memasuki ke semua aplikasi
14. Pengemaskinian Data Direktori perlu lebih kerap dan tepat.
15. Mohon update Direktori NRE kerana setiap bulan ada pegawai baru dan keluar
supaya memudahkan perhubungan antara NRE.
KAJIAN IMPAK PORTAL RASMI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 19
RUMUSAN KEPADA PENEMUAN
1. Majoriti pengguna Portal NRE adalah daripada sektor kerajaan.
2. Secara purata, 76.42% pengguna memilih menepati jangkaan, 18% pengguna
memilih melepasi jangkaan dan 5.58% pengguna memilih di bawah jangkaan
ketika menilai Portal NRE secara keseluruhan berdasarkan ciri-ciri profesional,
rekabentuk menarik, mudah dilayari, mesra pengguna dan capaian yang singkat.
3. Secara purata, 77.05% pengguna memilih menepati jangkaan, 16.65% pengguna
memilih melepasi jangkaan dan 6.3% pengguna memilih di bawah jangkaan ketika
menilai kualiti maklumat dalam Portal NRE berdasarkan ciri-ciri terkini, mudah
dibaca, relevan dan berinformasi.
4. Kandungan Portal NRE yang mencapai peratusan pengunjung yang tinggi bagi
skala lebih 10% adalah Direktori Pegawai (89.2%), Berita & Pengumuman
(48.6%), Perkhidmatan Dalam Talian (46.8%), Maklumat Warga NRE (37.8%) dan
Bidang Utama NRE (13.5%).
5. Kandungan Portal NRE yang mencapai peratusan pengunjung bagi skala kurang
10% adalah Pustaka Media (9.0%), Koleksi Ucapan (7.2%), NRE Eco-Park (6.3%),
Piagam Pelanggan (3.6%), Soal Jawab Parlimen (3.6%) dan Tender dan
Sebutharga (2.7%).
6. Pengguna mencadangkan selain fokus pada aktiviti, berita dan dasar kerajaan,
lebih padat jika pengisian dari apa yang berlaku di luar negara terutama isu
pengurusan alam sekitar.
7. Pengguna mencadangkan rekabentuk Portal NRE ditukar kepada rekabentuk baru
dan menukar penggunaan tema warna hijau kepada warna lain.
8. Pengguna menyatakan keperluan mengemaskini direktori pegawai dengan segera
dan gambar pegawai dipaparkan bersama maklumat direktori.
9. Pengguna menyarankan portal perlu lebih interaktif, mesra pengguna,
memudahkan pencarian maklumat dan sentiasa dikemaskini.
10. Fungsi carian perlu ditambah baik.
11. Pengguna mencadangkan penggunaan perkataan yang ringkas dan tepat.
Kurangkan penggunaan ayat yang panjang.
LAMPIRAN A
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 20
Reka Bentuk Antaramuka Laman Web / Portal NRE Tahun 2004 - 2015
Tahun 2015
LAMPIRAN A
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 21
Tahun 2013-2014
LAMPIRAN A
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 22
Tahun 2011-2012
LAMPIRAN A
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 23
Tahun 2007-2008
LAMPIRAN A
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 24
Tahun 2005-2006
LAMPIRAN A
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 25
Tahun 2004