4
Laporan Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Sungai Baru 2014 Sekolah Kebangsaan Sungai Baru telah mengadakan latihan kebakaran pada 10 April 2014. Latihan kebakaran ini telah diadakan kira-kira Jam 9.30 pagi. Program ini telah dijalankan oleh unit Hal Ehwal Murid (HEM). Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah. Setelah lonceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas untuk ke tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Kawasan yang telah ditetapkan untuk murid-murid berkumpul ketika berlaku kebakaran adalah di padang sekolah. Kawasan ini dipilih memandangkan kedudukannya yang strategik dan mudah untuk dijadikan kawasan tempat berkumpul ketika berlaku kecemasan. Murid-murid dikawal oleh guru-guru kelas masing-masing. Guru yang mengajar di dalam kelas ketika itu telah bertugas untuk memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang telah ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang pun murid yang tertinggal di dalam kelas. Bagi kelas yang tidak mempunyai guru pula, pengawas kelas akan bertindak sebagai pengganti guru dengan menunjukkan laluan kepada kelas tersebut menuju ke padang sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sungai Baru sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, para pelajar juga didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti ribut kuat dan gempa bumi. Tahniah kepada

Laporan Fire Drill Sksb

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh laporan fire drill(SK Sg Baru)

Citation preview

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN

Laporan Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Sungai Baru 2014

Sekolah Kebangsaan Sungai Baru telah mengadakan latihan kebakaran pada 10 April 2014. Latihan kebakaran ini telah diadakan kira-kira Jam 9.30 pagi. Program ini telah dijalankan oleh unit Hal Ehwal Murid (HEM). Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah.

Setelah lonceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas untuk ke tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Kawasan yang telah ditetapkan untuk murid-murid berkumpul ketika berlaku kebakaran adalah di padang sekolah. Kawasan ini dipilih memandangkan kedudukannya yang strategik dan mudah untuk dijadikan kawasan tempat berkumpul ketika berlaku kecemasan.

Murid-murid dikawal oleh guru-guru kelas masing-masing. Guru yang mengajar di dalam kelas ketika itu telah bertugas untuk memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang telah ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang pun murid yang tertinggal di dalam kelas. Bagi kelas yang tidak mempunyai guru pula, pengawas kelas akan bertindak sebagai pengganti guru dengan menunjukkan laluan kepada kelas tersebut menuju ke padang sekolah.

Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sungai Baru sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, para pelajar juga didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti ribut kuat dan gempa bumi. Tahniah kepada pihak HEM sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

Disediakan oleh;12 APRIL 2014

......................................................

(AMY ANAK TABOL)

Guru Pelatih,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Darulaman.

LAPORAN BERGAMBAR LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU

Gambar 1: Pelajar sedang berkumpul di padang sekolah

Gambar 2: Guru kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar