Upload
others
View
127
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
(1) KERTAS KERJA PROGRAM :JELAJAH AMAL 2014# SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH #
JELAJAH AMAL 201420 APRIL 2014
“Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”
JELAJAH AMAL 2014
BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUSAR, BANGI SELANGOR
TARIKH:
20 APRIL 2014
TEMPAT PROGRAM:
MUZIUM NEGARA KUALA LUMPUR, ISTANA NEGARA LAMA KUALA LUMPUR,
MASJID NEGARA KUALA LUMPUR, DAN TAMAN METROPOLITAN KEPONG
TEMA:
“Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”
(2) KEDUDUKAN DAN SENARAI TUGAS DALAM PROGRAM JELAJAH AMAL 2014
JAWATAN YANG DIPEGANG DALAM PROGRAM: BENDAHARI
SENARAI TUGAS YANG DILAKSANAKAN:
Mendapatkan dana daripada pihak-pihak yang ingin menghulurkan bantuan bagi menjayakan program.
Menyiapkan surat-surat untuk mendapatkan dana daripada badan-badan kerajaan untuk mendapatkan dana yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti di luar yang memakan kos yang sangat besar.
Menyediakan laporan / belanjawan program semasa serta sebelum program berlangsung untuk mengelakan berlakunya kebocoran aliran wang.
Membuat serta sentiasa mengubahsuai belanjawan program supaya tidak berlakunya kekurangan atau terlebih wang yang tidak akan terjangka.
Sentiasa berhubung dengan pihak JPPEL untuk mendapatkan dana bagi menjayakan lagi program.
Menjalankan kutipan dana di sekitar kawasan yang terdekat bersama ahli-ahli kumpulan yang lain untuk mendapatkan dana yang lebih.
CONTOH BELANJAWAN PROGRAM JE;AJAH AMAL 2014.
ANGGARAN PENDAPATAN BAGI PENGANJURAN PROGRAM
JELAJAH AMAL 2014
Anggaran Pendapatan
Bil. Perkara Jumlah (RM)
1)
2)
3)
4)
Pihak JPPel
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Syarikat Faiza
Yang Berhormat Dato' Shafie
200.00
200.00
200.00
200.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 800.00
REFLEKSI DIRI TERDAHAP PROGRAM JELAJAH AMAL 2014
Berdasarkan pengalaman saya sepanjang program ini dijalankan bersama anak-anak yatim Rumah Bakti Al-Kausar, walaupun program ini hanya berlangsung selama sehari tetapi sangat mendatangkan manfaat yang cukup besar kepada saya.Melalui program ini, saya mempelajari pelbagai pengalaman khususnya sebagai bendahari program untuk menguruskan serta mendapatkan dana dengan cara yang sistematik untuk menjayakan program dengan lancar.
Pengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi dari kursus Matematik, kami menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik serta mencabar akal dan minda mengenai ilmu-ilmu matematik yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Pelabagai pengalaman yang menarik dapat saya pelajari daripada program ini khususnya bersama golongan yang kurang bernasib baik ini tentang erti sebenar kehidupan tanpa orang yang tersayang dalam mencorak kehidupan serta kejaya pada masa akan datang.Kekurangan kasih sayang daripada anak-anak yatim ini meebabkan ada sebilangan kecil daripada mereka tertekan dengan pelajaran serta hidup yang mereka lalui sangat perit untuk meneruskan perjalanan yang sangat mencabar di luar sana.
Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik di tempat yang dapat menenangkan jiwa bersama mereka secara tidak langsung daat mengurangkan tekanan belajar kami sebagai mahasiswa untuk meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.Pada saya, program seperti ini sangat membantu kami untu meningkatka kemahiran-kemahiran insaniah yang telah dipelajari dalam kuliah dan dapat dipraktikkan bersama orang lain.
KELEBIHAN PROGRAM JELAJAH AMAL 2014
Membantu meningkatkan kemahiran insaniah yang telah dipelajari dalam kuliah serta dapat mengaplikasikan nilai-nilai berikut dengan lebih sistematik.
Meningkatkan keyakinan diri mahasiswa untuk berkomunikasi dengan pihak luar terutamanya untuk mendapatkan dana bagi menjayakan program.
Dapat memanfaatkan masa terluang sebagai seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dengan aktiviti yang bermanfaat ke arah kerohanian dan kebaikan serta mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
KELEMAHAN PROGRAM JELAJAH AMAL 2014
Kami mengalami kesulitan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak tertentu berkenaan tempat yang ingin digunakan untuk menjalankan progran bersama anak-anak yatim.
Kami juga mengalami masalah untuk mempercepatkan perjalanan program Jelajah Amal bersama anak - anak yatim kerana mereka mempunyai lawatan daripada Jabatan Kebajikan pertubuhan mereka.
CADANGAN PEMBAIKAN JIKA PROGRAM INI DIJALANKAN PADA MASA AKAN DATANG
Sentiasa mendapatkan serta berurusan dengan lebih sistematik dengan perancangan yang lebih awal khususnya jika berurusan dengan pihak atasan atau golongan badan kerajaan.
Memastikan kebenaran untuk menggunakan tapak projek yang akan digunakan dengan lebih awal supaya program yang bakal dijalankan tidak mengalami sebarang kesulitan yang mengganggu perjalan program.
Semua ahli kumpulan haruslah beerjasama dengan efisien serta menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan betul supaya program yang bakal berlangsung mendapat sambutan yang menggalakan daripada para peserta.
SENARAI TUGAS YANG SAYA JALANKAN SEPANJANG PROGRAM
Menyiapkan belanjawan program setiap kali terdapatnya pengaliran wang masuk serta keluar untuk mengelakkan keboran wang berlaku.
Membuat laporan kewangan berdasarkan barang-barang serta belanjawan program supaya kewangan program sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.
Menbentangkan kewangan dari semasa ke semasa kepada ahli kumpulan terutamnaya terhadap ketua program pada setiap kali mensyuarat dijalankan supaya sistem kewangan tiada penyelewengan yang berlaku.
AKTIVITI- AKTVITI SEPANJANG PROGRAM JELAJAH AMAL 2014
BARISAN FASILITATOR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014
SESI MELAWAT TAPAK PROGRAM DI MUZIUM NEGARA
FASILITATOR (SAYA) MEMBERI TAKLIMAT SEBELUM AKTIVITI DIJALANKAN DALAM KUMPULAN
FASILITATOR (SAYA) BERSAMA SALAH SEORANG AHLI KUMPULAN
SEMASA AKTIVITI BERKUMPULAN MENCIPTA CHEERS KUMPULAN
MELAWAT MASJID NEGARA KUALA LUMPUR
PESERTA PROGRAM JELAJAH AMAL 2014
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM JELAJAH AMAL 2014
SURAT KELULUSAN DARIPADA PIHAK JPPEL
LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014
1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Program Jelajah Amal 2014 Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Bakti Al-
Kausar ini dijalankan sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan ukhuwah yang lebih
erat dalam pertalian silaturahim antara mahasiswa/i dan para peserta. Program ini juga
bertujuan memenuhi spesifikasi tugas yang harus digalas oleh mahasiswa/i sekali gus
merealisasikan misi Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu “Mengilhamkan Harapan,
Mencipta Masa Depan”.Selain itu, program ini dijalankan bertujuan untuk melahirkan
perasaan belas kasihan dan rasa simpati dalam kehidupan seharian yang mencabar
akal dan minda generasi muda pada era globalisasi dunia kini. Di samping itu,
program ini dilakukan untuk mempraktikkan hasil-hasil pembelajaran yang telah
dipelajari di dalam kursus umum ZZZT 1052 Pembangunan Diri I.
2.0 KAEDAH KAJIAN
(1) Survey
Melakukan survey di kawasan berdekatan UKM untuk memilih rumah anak -
anak yatim di kawasan Bangi atau Kajang dan kami berjaya mendapatkan kebenaran
daripada Rumah Bakti Al-khausar, Bangi sebagai peserta program kami.Semasa
mengadakan lawatan ke Muzium Negara, kami telah mengedarkan borang soal selidik
tentang Sejarah Tanah Melayu kepada anak-anak yatim untuk mengetahui tentang
pengetahuan mereka mengenai Tanah Melayu.
(2) Sasaran
Kami mendapatkan anak - anak yatim dari Rumah Bakti tersebut seramai 25
orang, iaitu 15 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta perempuan. Anggaran umur
para peserta antara 7 tahun hingga 16 tahun.
(3) Latar Belakang
Para peserta dari rumah anak - anak yatim ini majoritinya adalah anak yatim serta
golongan fakir miskin.Selain itu, peserta juga haruslah berstatus agama Islam yang
terdiri daripada perempuan atau lelaki.
(4) Kelulusan
(1) Kelulusan JPPEL
Kami mendapatkan kelulusan daripada pihak JPPEL terutamanya dalam urusan
sijil, cenderamata, serta urusan pengangkutan iaitu tempahan bas UKM.
(2) Rumah Bakti Al-Khausar, Bangi
Kami menghantar surat serta membuat panggilan melalui telefon ke Rumah Anak
Yatim di sekitar Bangi atau Kajang untuk mendapatkan kelulusan membawa anak -
anak yatim tersebut bagi menyertai program kami. Kami selalu berhubung melalui
sistem pesanan ringkas(sms) untuk sentiasa update segala maklumat.
(3) Muzium Negara
Kami membuat panggilan telefon 2 minggu lebih awal untuk mendapatkan
persetujuan daripada pihak mereka untuk melakukan aktiviti di sana.
(4) Taman Metropolitan Kepong
Kami membuat insiatif untuk pergi ke Dewan Bandaraya Kuala lumpur 3
(DBKL 3) untuk mendapatkan kelulusan mengadakan “Amazing Race”.
3.0 HASIL KAJIAN
Pada akhir projek ini, kami akan mencapai hasil pembelajaran berikut:
Pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan
dalam pelbagai situasi. Daripada program ini, kami dapat meningkatkan lagi
kemahiran komunikasi dengan anak-anak yatim. Berkomunikasi dengan anak-anak
yatim yang berumur lingkungan 7 hingga 16 tahun amatlah menyeronokkan bagi
kami kerana mereka seolah-olah sudah pandai berdikari seperti orang dewasa serta
mereka memberi kerjasama yang cukup bagus kepada kami. Oleh itu, wujudlah
komunikasi dua hala antara kami.
Selain itu, Pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan
dapat menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan saintifik. Kemahiran ini
dapat kami pertingkatkan semasa mengawasi anak-anak yatim ketika berada di Taman
Metropolitan Kepong dan Muzium Negara. Hal ini sangat sukar bagi kami sebagai
fasilitator untuk menjaga dan mengawasi mereka di tempat awam. Oleh itu, kami
membuat keputusan dengan hasil perkongsian idea daripada semua ahli fasilitator
dengan mempertanggungjawabkan dua orang fasilitator kepada 5-6 orang anak-anak
yatim dalam setiap kumpulan. Tambahan pula, sebelum program ini berlangsung,
kami mengumpul idea-idea daripada setiap fasilitator untuk mencipta pelbagai
permainan yang sesuai untuk aktiviti “Amazing Race” yang diadakan di Taman
Metropolitan Kepong seperti “Bila Orang Pelat Jumpa Orang Buta” dan ianya amat
menarik perhatian mereka.
Pelajar berkebolehan mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam memimpin
diri sendiri dan orang lain serta mampu bekerja secara berpasukan.Kami sebagai
fasilitator dapat meningkatkan kemahiran ini kerana daripada sebelum, semasa dan
selepas program kami akan sentiasa dapat memberikan kerjasama yang baik serta
setiap masalah yang kami hadapi, kami sentiasa akan berbincang untuk mendapatkan
jalan penyelesaian yang terbaik. Dengan perjumpaan yang kerap diadakan, kami dapat
menjana pelbagai idea yang bernas bagi menambahbaikkan program kami ini.
Daripada segi kepimpinan, kami dapat melatih dan meningkatkan kemahiran
kepimpinan dalam diri mahupun memimpin orang lain. Kami juga dapat membina
keyakinan diri untuk mengendalikan program seperti ini.
Tambahan pula, pelajar berkebolehan mengaplikasikan kemahiran pengurusan
maklumat dan menjadikan proses pembelajaran sepanjang hayat sebagai cara
pembelajaran mereka. Dari segi pengurusan, kami dapat meningkatkan cara untuk
mengurus diri sendiri, masa, orang lain malah menguruskan sesuatu program.
Mengurus dan berpogram bukanlah sesuatu yang mudah. Bak kata pepatah “Bulat air
kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat”. Oleh itu, pengurusan yang baik
ialah dengan hasil perbincangan dalam ahli kumpulan yang dapat menghasilkan
perlaksanaan aktiviti yang terbaik. Dan semestinya, mengurus dan berprogram
bersama anak-anak yatim merupakan sesuatu pengalaman yang tidak mungkin dapat
kami lupakan kerana ia memberi sesuatu nilai yang sangat berharga kepada kami
sebagai fasilitator.Seterusnya, kami dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat dengan nilai-nilai yang kami peroleh daripada program ini. Ini kerana
pembelajaran seperti ini kita tidak akan dapat peroleh di dalam dewan kuliah ataupun
kelas tutorial.