Langkah Teknik Ramalan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

langkah teknik ramalan

Citation preview

1. Guru membuat pemilihan sebuah cerita yang sesuai untuk dibuat teknik ramalan.2. Bahan petikan cerita dipotong mengikut perenggan-perenggan seperti dalam urutan cerita.

3. Guru mengedarkan keratan perenggan pertama dan meminta murid membaca dengan teliti dan meramal cerita seterusnya berdasarkan maklumat dalam petikan tersebut.

4. Guru meminta murid menulis ramalan cerita seterusnya dalam lima baris ayat. 5. Guru meminta murid membacakan ramalan yang dibuat secara kuat.

6. Guru mengedarkan keratan potongan perenggan kedua.

7. Murid membaca dan membuat perbandingan dengan ramalan yang telah mereka lakukan.

8. Guru mengedarkan potongan perenggan yang seterusnya dan meminta murid membuat ramalan seperti proses sebelum itu sehingga habis semua potongan perenggan.

9. Murid akan mencantumkan semua potongan perenggan dan menjadikannya satu petikan lengkap.

10. Guru menjalankan aktivti kefahaman bacaan mengikut kemahiran/objektif yang dipilih/ditentukan dalam rancangan pengajaran.