2
Langkah-langkah Pertolongan Cemas 1. BETULKAN KEPALA. Duduk di sebelah mangsa – sama betul dengan bahunya – letak satu tangan di atas dahinya di bawah sedikit dari garis rambutnya dan tolak sedikit kepala mangsa ke belakang. Mulut mangsa akan jadi terbuka sedikit. 2. ANGKAT DAGU. Letakkan dua batang jari anda dari tangan satu lagi pada hujung dagu mangsa, kemudian angkatnya. Tindakan ini akan membuatkan lidah mangsa terangkat dari belakang kerongkongnya, membuka laluan udara ke paru- parunya. Periksa pernafasan mangsa. Rasa hembusan nafas dengan muka dan lihat pergerakan dada mangsa. 3. PERIKSA PERNAFASAN. Letakkan telinga anda sedekat boleh dengan mulut dan hidung mangsa sambil melihat pada dadanya. Dengar bunyi bernafas, rasa hela nafasnya dengan kulit muka anda dan perhatikan sama ada dadanya bergerak. Lakukan ini selama 10 saat. 4. JIKA TIDAK BERNAFAS. Panggil bantuan kecemasan. Mulakan resusitasi kardiopulmonari (CPR) . Jika anda di tempat awam, minta seseorang untuk mendapatkan mesin AED , yang boleh membetulkan ritma jantung.

Lang Kah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Lang Kah

Citation preview

Page 1: Lang Kah

Langkah-langkah Pertolongan Cemas1. BETULKAN KEPALA.  Duduk di sebelah mangsa – sama betul dengan bahunya –

letak satu tangan di atas dahinya di bawah sedikit dari garis rambutnya dan tolak sedikit kepala mangsa ke belakang.  Mulut mangsa akan jadi terbuka sedikit.

2. ANGKAT DAGU.  Letakkan dua batang jari anda dari tangan satu lagi pada hujung dagu mangsa, kemudian angkatnya.  Tindakan ini akan membuatkan lidah mangsa terangkat dari belakang kerongkongnya, membuka laluan udara ke paru-parunya.

Periksa pernafasan mangsa. Rasa hembusan nafas dengan muka dan lihat pergerakan dada mangsa.

3. PERIKSA PERNAFASAN.  Letakkan telinga anda sedekat boleh dengan mulut dan hidung mangsa sambil melihat pada dadanya.  Dengar bunyi bernafas, rasa hela nafasnya dengan kulit muka anda dan perhatikan sama ada dadanya bergerak.  Lakukan ini selama 10 saat.

4. JIKA TIDAK BERNAFAS.  Panggil bantuan kecemasan.  Mulakan resusitasi kardiopulmonari (CPR).  Jika anda di tempat awam, minta seseorang untuk mendapatkan mesin AED, yang boleh membetulkan ritma jantung.

5. JIKA BERNAFAS SEPERTI BIASA.  Periksa dan rawat sebarang keadaan yang menjejaskan peredaran, seperti pendarahan teruk atau lecur.  Panggil bantuan kecemasan.  Jika mungkin, letakkan mangsa dalam posisi pemulihan.  Perhatikan sebarang perubahan keadaan mangsa sepanjang anda menunggu bantuan tiba.

Amaran Jika mangsa tidak bernafas, jantung boleh berhenti berdegup, jadi lakukan CPR serta-

merta. Jika mangsa adalah kanak-kanak atau bayi, rujuk kanak-kanak pengsan atau bayi

pengsan terdapat perbezaan cara mengendalikan mangsa yang tidak sedarkan diri golongan ini.

Page 2: Lang Kah

Dapatkan Bantuan Lihat sama ada mangsa yang pengsan ini bernafas atau tidak sebelum membuat

panggilan perkhidmatan bantuan kecemasan, kerana ini mungkin soalan yang pertama yang akan ditanya pada anda oleh anggota bantuan cemas.

Jika anda tidak bersendirian, hantar seseorang untuk mendapatkan pertolongan sejurus anda mempastikan pernafasannya.  Minta orang itu untuk datang kembali pada anda dan pastikan panggilan telah dibuat.

Jika anda ada rakan membantu, apabila anda meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan, seorang boleh memberi sokongan kepada kepala mangsa semasa anda memusingkan mangsa kepada keadaan mengiring.