9
Lampu Pendarfuor Litar lampu pendarfluor Lampu pendarfluor

lampu

  • Upload
    nazif-

  • View
    472

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 2: lampu

1. Tiub pendarfluorDiperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon.Bahagian dalam tiub disalur dengan lapisan fosfor.Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua hujung tiub.Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu.Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.2. PerumahPerumah lampu pendarfluor mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, dan suis penghidup.3. CokDigunakan untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.

4. Pemegang tiubPemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung perumah.Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub pendarfluor.5. Pemegang suis penghidupPemegang suis penghidup berfungsi untuk menempatkan suis penghidup.6. Suis penghidupSuis penghidup hanya berfungsi untuk menghidupkan lampu.Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.

Kapasitor dalam litar lampu kalimantang adalah untuk memperbaiki faktor kuasa. Tanpa kapasitor, litar ini akan mewujudkan faktor kuasa rendah dan seterusnya akan memberi kesan

Page 3: lampu

kepada pendawaian lampu tersebut dalam jangkamasa panjang.

Kelebihan Lampu pendaflourWarnanya putih terang dan tidak menyilaukan mataCahayanya sejukMenjimatkan elektrikTidak meninggalkan bayang hitam

Pemilihan jenis lampu yang sesuai aspek di ambil kira :-

keselamatan - jenis lampu harus mempunyai ciri-ciri keselamatan ( IP rating) - Ingress Protection seperti kalis air bagi lampu kolam,bilik mandi, atau lampu  taman ,- juga cara teknik  pemilihan lampu seperti  sensor light  iaitu mengesan kehadiran tetamu tak diundang atau binatang mencerobohi kediaman anda.

Rekaan yang sesuai dengan konsep untuk rumah anda - modern, klasik,contemporary ,neo-klasik atau balinese konsep.

Silauan- lampu yang tidak sesuai akan menyebabkan silauan yang ketara justeru pasti menjejaskan penglihatan anda terutama semasa membaca ,memasak dan menjahit .

Jenis bulb - (lamp and gear) yang di gunakan haruslah tahan lama -jimat tenaga (energy saving lamp). beberapa jenama terkemuka seperti Philips, Osram dan Sylvania disyorkan.

dimmer - mengubahsuai peratusan keterangan cahaya lampu.

Pendek kata pemilihan jenis lampu yang sesuai merangkumpi banyak aspek diambil kira bagi untuk menyinari rumah anda dengan selesa.

Teknik pencahayaan lampu

general  spotlight task

View Full-Size Image

LAMPU JALAN TENAGA SURYA

Lampu jalan tenaga surya sangat sesuai digunakan di daerah perkebunan maupun jalan raya yang jauh dari jangkauan listrik konvensional.

Page 4: lampu

View Full-Size Image

Lampu jalan tenaga surya mempunyai 5 komponen utama :

Modul Surya

Tegangan Nominal : 12 V

Power (maks) : 50 Wp

V (maks) : 17.0 V

Dimensi : 942 x 502 x 50 mm

Berat : 6.3 kg

Lampu

Tipe : PLC-18 W

Daya : 18 W

Tiang

Tinggi : 570 VDc

Regulator

Tipe : T12.10 PA dengan sensor LDR

Baterei : Lead acid 40AH, 12 V

Lampu jalan merupakan punca cahaya yang ditinggikan di tepi jalan raya, yang

Page 5: lampu

akan menyala pada waktu tertentu pada setiap malam. Lampu jalan moden dihidupkan sama ada dengan menggunakan suis peka cahaya ataupun suis pemasa supaya ia boleh dinyalakan pada waktu senja atau semasa cuaca gelap, serta dimatikan pada waktu subuh. Lampu jalan boleh dipasang sama ada pada tiang lampu khas ataupun pada tiang elektrik.

Isi kandungan[sorok]

1 Cara berfungsi 2 Kebaikan

o 2.1 Peningkatan tahap keselamatan jalan raya o 2.2 Penurunan kadar jenayah

3 Kelemahan o 3.1 Bahaya o 3.2 Pencemaran cahaya

4 Lihat juga 5 Rujukan 6 Pautan luar

[sunting] Cara berfungsi

Terdapat dua kaedah utama bagi menghidupkan lampu jalan, iaitu sama ada dengan menggunakan suis peka cahaya ataupun dengan menggunakan suis pemasa. Di Malaysia, suis peka cahaya digunakan untuk menghidupkan lampu jalan individu yang dipasang pada tiang elektrik di kawasan luar bandar, di mana ia dibilkan kepada pengguna secara kadar rata (flat rate) berikutan ketiadaan meter elektrik.

Bagi kawasan bandar pula, lampu jalan dihidupkan dengan menggunakan suis pemasa di dalam satu kotak khas yang turut menempatkan meter elektrik. Suis peka cahaya turut ditempatkan untuk menghidupkan lampu jalan sekiranya suis pemasa gagal berfungsi ataupun semasa cuaca gelap. Lampu jalan dipasang sama ada pada tiang lampu ataupun pada tiang elektrik. Lampu jalan di kawasan bandar yang dipasang pada tiang elektrik disambungkan ke wayar neutral serta ke wayar lampu jalan. Bagi lampu jalan yang dipasang pada tiang lampu, sambungan lampu jalan dilakukan melalui kabel bawah tanah.

Untuk menerangi kawasan jalan raya luar bandar yang jauh daripada sumber bekalan elektrik, terdapat juga lampu jalan yang menggunakan panel solar bagi mengecas bateri yang membekalkan tenaga elektrik kepada lampu jalan tersebut serta dihidupkan dengan menggunakan suis peka cahaya.

[sunting] Kebaikan

Kebaikan utama pemasangan lampu jalan termasuklah peningkatan tahap

Page 6: lampu

keselamatan jalan raya serta penurunan kadar jenayah.

[sunting] Peningkatan tahap keselamatan jalan raya

Kajian telah membuktikan bahawa keadaan gelap telah menjadi antara penyumbang utama kepada jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi, terutamanya yang melibatkan pejalan kaki; pejalan kaki adalah 3 hingga 6.75 kali lebih berisiko berdepan kemalangan jalan raya semasa gelap berbanding semasa terang[1]. Lampu jalan didapati berupaya mengurangkan kemalangan melibatkan pejalan kaki sehingga lebih kurang 50%[2][3][4].

Selain itu, persimpangan searas serta persimpangan bertingkat yang dipasang lampu jalan didapati kurang cenderung berlaku kemalangan berbanding persimpangan searas serta persimpangan bertingkat yang gelap dan tidak dipasang lampu jalan[5].

[sunting] Penurunan kadar jenayah

Sistem pencahayaan yang sangat baik mampu mengurangkan kadar jenayah terutamanya yang melibatkan jenayah harta-benda seperti samun, ragut, curi kenderaan serta pecah masuk kediaman. Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, pemasangan lampu jalan terbukti mampu mengurangkan kadar jenayah terutamanya di kawasan bandar dan perumahan.[6][7]

[sunting] Kelemahan

Kritikan utama terhadap penggunaan lampu jalan ialah dalam keadaan tertentu ia sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya jika disalah guna, serta boleh menyebabkan pencemaran cahaya.

[sunting] Bahaya

Terdapat dua fenomena optikal utama yang perlu diambil perhatian semasa memasang lampu jalan.

Keadaan rabun malam atau kehilangan penglihatan malam disebabkan refleks akomodasi mata pemandu menjadi ancaman utama. Setelah pemandu keluar dari kawasan gelap ke kawasan yang diterangi cahaya lampu jalan, anak mata pemandu dengan pantas mengecut untuk menyesuaikan mata dengan cahaya yang lebih terang, tetapi setelah meninggalkan kawasan cahaya tersebut, keupayaan anak mata untuk menyesuaikan kembali dengan cahaya yang lebih malap adalah lebih perlahan, jadi pemandu memandu dengan penglihatan yang kurang baik. Semasa pemandu semakin meningkat usianya, pemulihan mata menjadi lebih perlahan, maka masa serta jarak memandu di bawah keadaan penglihatan kurang baik semakin meningkat.

Lampu kepala dari arah hadapan lebih mudah dilihat pada latar belakang hitam daripada latar belakang kelabu. Kontars yang lebih tinggi menghasilkan tahap

Page 7: lampu

kewaspadaan yang lebih baik terhadap kenderaan dari arah hadapan.

Voltan terbiar menimbulkan kebimbangan di banyak kawasan bandar. Voltan terbiar terhasil akibat kebocoran voltan elektrik pada tiang lampu, menjadikan tiang lampu menjadi "hidup" dengan arus elektrik yang berpotensi untuk mencederakan atau membunuh sesiapa sahaja yang menyentuhnya.[8] Sesetengah bandar raya menggunakan teknologi Penutup Perlindungan Keselamatan yang melindungi orang ramai daripada risiko renjatan elektrik serta membunyikan siren amaran serta mengelipkan lampu untuk memberi amaran kepada orang awam apabila terdapat kebocoran arus elektrik pada tiang lampu.

Terdapat juga bahaya fizikal akibat penggunaan lampu jalan. Tiang lampu menimbulkan risiko kemalangan kepada pemandu. Ia boleh dikurangkan dengan mereka bentuknya supaya mudah remuk apabila dilanggar, melindunginya dengan rel pengadang, serta mengecat bahagian bawah tiang supaya lebih mudah dilihat. Angin kencang serta kelesuan tiang juga boleh menyebabkan tiang lampu tumbang.

[sunting] Pencemaran cahaya

Di kawasan bandar, pencemaran cahaya menyebabkan bintang tidak dapat dilihat sekaligus mengganggu kajian astronomi. Di kawasan berhampiran teleskop astronomi serta balai cerap, lampu natrium bertekanan rendah digunakan. Lampu sebegini mempunyai kelebihan berbanding lampu jenis lain seperti lampu raksa atau logam halida berikutan lampu natrium bertekanan rendah menghasilkan cahaya monokromatik berkeamatan rendah. Balai cerap boleh menapis panjang gelombang natrium di luar pencerapan mereka serta melenyapkan gangguan daripada pencahayaan bandar berhampiran secara maya.

Lampu isyaratDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Page 8: lampu

Lampu isyarat dengan penentu waktu

Lampu isyarat pejalan kaki

Lampu isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki, atau lokasi-lokasi lain untuk menunjukkan keadaan aman untuk mengendarai atau berjalan sesuai dengan kod warna sejagat (dan suatu urutan yang persis bagi orang-orang yang menderita buta warna).

Sistem pengaturan lampu lalu-lintas pertama kali diperkenalkan di England, iaitu di daerah Westminster pada 10 Disember 1868. Lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual. Penggunaannya tidak bertahan lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah. Kemudian pada tahun 1918 di New York. sistem lampu isyarat sebagai pengendali untuk mengawal lampu lalu-lintas diperkenalkan dengan penggunaan lampu 3 warna.

Sistem lampu isyarat berkait pertama kali digunakan di Salt Lake City pada 1917, dengan enam simpang yang dikawal menggunakan suis manual. Pada tahun 1926 di Wolverhamton, England, sistem pengaturan lampu isyarat

Page 9: lampu

automatik dicuba untuk pertama kalinya.

Biasanya lampu isyarat terdiri dari tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. Di dalam keadaan biasa,

Lampu hijau: Meneruskan perjalanan sekiranya tiada halangan. Lampu kuning: Bersedia untuk berhenti; jika terlalu hampir dengan garisan dan

tidak selamat untuk berhenti, teruskan perjalanan. Lampu merah: Berhenti.

Biasanya lampu merah mempunyai warna jingga di dalamnya dan lampu hijau pula mempunyai warna biru untuk membantu orang yang buta warna mengenali warna merah dan hijau.