View
219
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
1
Informasi Harta Tanah & AnalisisW32-TK3-9
Prof. Madya Dr. Abdul Hamid b. Hj. Mar ImanPusat Kajian Harta Tanah
Fakulti Kejuruteraan & Sains GeoinformasiUniversiti Teknologi Malaysia
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
2
Teknik Pengumpulan Data
• TIGA teknik utama yang biasa digunakan:
* Pemerhatian
* Temu bual/Soal selidik
* Bukti sekundar
• Ada beberapa teknik lain, tetapi tidak akan dibincangkan.
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
3
1. PEMERHATIAN Melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara
Cuba ceritakan, terangkan, jelaskan, nyatakan fenomenon yang wujud
Contoh: Apakah data/maklumat yang boleh dijana dari dua harta
tanah di atas?
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
4
a) Catatan Lapangan (Field Notes): Rekod atau catatan tentang apa yang dilihat, iaitu mencatatkan apa yang anda perhatikan secara langsung seperti:
* pernyataan verbatim - pernyataan yang didengar dan dicatat secara langsung. E.g. soalan yang ditanya, jawapan yang diberi, arahan yang diberi dan sebagainya; * fenomena yang dilihat seperti keadaan fizikal (e.g. saiz bangunan, keadaan bangunan, usia bangunan, jarak dari satu tempat, dsb.). * Guna instrumen merekod (e.g. borang maklumat/semakan).
b) Catatan Jurnal (Journal Notes): Rekod tentang idea, pendapat, pengalaman, berkaitan dengan sesuatu fenomenon yang diperhatikan. Contoh: * pendapat tentang kekuatan struktur atau tahap keselamatan bangunan; * memikirkan siapa yang bakal membeli sesuatu harta tanah; * komen peribadi terhadap kualiti data yang diperolehi.
PEMERHATIAN (samb.)
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
5
Kaedah mendekati subjek untuk mengungkai sesuatu yang “tersembunyi”. Menanyakan soalan-soalan berdasarkan konsep triangulasi untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu fenomenon. Contoh: Mengapa tidak ramai orang mengunjugi kedai-kedai di Danga Bay.
Mengapa temubual
Data primer pertimbangan utama Tak dapat data dari sumber sekundar Maklumat ‘personalised’ (e.g. sikap, pilihan, citarasa, minat) Kajian kecil-kecilan Menyokong data sekundar
2. TEMUBUAL/SOAL SELIDIK
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
6
A. Persediaan Penentuan sampel dan responden Cara temubual (bersemuka? Telefon?) Penyediaan questionnaire Aturan kerja (jadual, tempat, masa, dll) Peta minda (teknik & komunikasi)
B. Teknik Memilih responden layak (qualified respondent) Cara menghampiri responden (e.g. Kenalkan diri, minta izin)
Temubual Yang Baik
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
7
Pengendalian questionnaire: * Bersahaja dan mod ‘berbual’ * Permudahkan soalan * Soalan open-end/close-end * Mencatat maklumat * ‘Reconstruction’ Komunikasi * Bersopan * Jadi pendengar yang baik * Beri masa kepada responden * Kemahiran berbahasa * Guna ‘body language’
Teknik (samb.)
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
8
Cara Melakukan Temu Bual
a) Kenal pasti dan tentukan fenomenon yang dilihat b) Tanya subjek tentang isu sesuatu fenomenon. Contoh: Berapa kali anda berkunjung ke Danga Bay?.
Ke mana anda lebih suka untuk membeli belah? Mengapa?
Jika jarang atau tidak pernah membeli belah di Danga Bay, mengapa?
c) Rekodkan temu bual dalam pita, di atas kertas, dsb.
Teknik (samb.)
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
9
Perhalusi masalah & objektif kajian Nyatakan soalan-soalan khusus berkaitan masalah Senaraikan keywords dari isu-isu atau soalan-soalan khusus Cari perkaitan di antara keywords berkenaan. Tujuan: * Mengenal pasti cause-and-effect sesuatu fenomena * Mengelakkan penindanan fenomena dan perkaitan sebab musabab. * Mengenal pasti questionnaire list yang menjadi asas soalan selidik. Kenal pasti cause-and-effect dari hubungan kait keywords.
Langkah-langkah membentuk soal selidik
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
10
Langkah-langkah membentuk soal selidik (samb.)
Kenal pasti cara pengoperasian masalah. Langkah-langkah: * Takrifkan konsep-konsep tertentu berdasarkan keywords. * Kenal pasti variable kajian. * Ukur variable berkenaan. Bina questionnaire table dengan mengambil kira cause-and-effect dan senarai soalan. Bentuk soalan-soalan yang saling berkaitan, yang menjurus kepada isu-isu atau soalan- soalan khusus. Jawapan apa yang dihendaki dari soalan?
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
11
Contoh pembentukan soal selidikContoh pembentukan soal selidik • Tajuk kajian – Kesan Kewujudan Industri Baru Terhadap Tajuk kajian – Kesan Kewujudan Industri Baru Terhadap Permintaan Kemudahan Awam Di Sri Alam.Permintaan Kemudahan Awam Di Sri Alam.
• Penyataan masalah: Kewujudan industri baruPenyataan masalah: Kewujudan industri baru mendorong penghijrahanenghijrahan sesuatu kelompok manusia dari tempat lain sesuatu kelompok manusia dari tempat lain Ke tempat berkenaan, menyebabkan Ke tempat berkenaan, menyebabkan peningkatanpeningkatan dalam dalam permintaanpermintaan terhadap terhadap kemudahan awamkemudahan awam di tempat baru itu. di tempat baru itu. Sejauh manakah kewujudan industri baru menyebabkan Sejauh manakah kewujudan industri baru menyebabkan pertambahan dalam permintaan terhadap kemudahan awam pertambahan dalam permintaan terhadap kemudahan awam dari kalangan penghijrah.dari kalangan penghijrah.
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
12
Soalan-soalan khusus:
• Apa makna berhijrah/berpindah?• Siapa penghijrah?• Apa itu kemudahan awam?• Bagaimana mengukur DD?• Bagaimana mengukur
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
13
KeywordsKeywords::
Penghijrahan/perpindahanPenghijrahan/perpindahan
Kemudahan awamKemudahan awam
DDDD Sebab-sebab lain?
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
14
Perkaitan sebab musabab:Perkaitan sebab musabab:
perpindahan perpindahan kemudahan awam kemudahan awam peningkatan permintaan peningkatan permintaan
Cara pengoperasian masalah:Cara pengoperasian masalah:
Takrifkan perpindahan/penghijrahan: siapa penghijrah?Takrifkan perpindahan/penghijrahan: siapa penghijrah? Takrifkan permintaan: apa yang dimaksudkan dalam Takrifkan permintaan: apa yang dimaksudkan dalam kajian?kajian? Takrifkan "kemudahan awam" dan senaraikan.Takrifkan "kemudahan awam" dan senaraikan. Ukur "peningkatan" permintaan: Apa pembolehubah yang Ukur "peningkatan" permintaan: Apa pembolehubah yang boleh digunakan? Bagaimana mengukur?boleh digunakan? Bagaimana mengukur?
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
15
Takrifan-takrifan:Takrifan-takrifan:
Perpindahan: mencari tempat baru untuk menetap secara Perpindahan: mencari tempat baru untuk menetap secara sementara atau kekal. Istilah"menetap" juga membawa makna sementara atau kekal. Istilah"menetap" juga membawa makna bekerja, belajar, atau lain-lain aktiviti kehidupan.bekerja, belajar, atau lain-lain aktiviti kehidupan. Penghijrah: mereka yang bekerja di Sri Alam (pada tarikh Penghijrah: mereka yang bekerja di Sri Alam (pada tarikh kajian) dan tinggal di luar Skudai sebelum tahun…..kajian) dan tinggal di luar Skudai sebelum tahun….. Permintaan: untuk tujuan kajian ini, "permintaan" ditakrifkan Permintaan: untuk tujuan kajian ini, "permintaan" ditakrifkan sebagai "penggunaan" sesuatu jenis kemudahan awam.sebagai "penggunaan" sesuatu jenis kemudahan awam.
Kemudahan awam: kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Kemudahan awam: kemudahan yang disediakan oleh kerajaan atau swasta untuk kegunaan/kemudahan orang ramai seperti atau swasta untuk kegunaan/kemudahan orang ramai seperti masjid, pejabat pos, bank, dan kedai.masjid, pejabat pos, bank, dan kedai.
Sebelum perpindahan ditakrifkan sebagai masa sebelum…Sebelum perpindahan ditakrifkan sebagai masa sebelum…Selepas perpindahan ditakrifkan sebagai masa selepas… Selepas perpindahan ditakrifkan sebagai masa selepas…
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
16
Cara pengukuran variable:
"Penggunaan" diukur seperti berikut:
Bilangan jemaah yang bersembahyang di masjid sebelum dan selepas kewujudan industri baru di Sri Alam.
Bilangan pengguna pejabat pos sebelum dan selepas kewujudan industri baru di Sri Alam.
Bilangan pelanggan bank sebelum dan selepas kewujudan industri baru di Sri Alam.
Bilangan pelanggan kedai sebelum dan selepas kewujudan industri baru di Sri Alam.
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
17
Sebab Senarai soalan Kesan
Penghijrahan/perpindahan Siapa penghijrah?
Bekerja/belajar di Sri Alam?Tinggal di Sri Alam sebelum tahun 1986?Selalu bersembahyang di sini?Selalu berurusan di sini?Pelanggan baru bank ini?Pelanggan baru di sini?
Peningkatan penggunaan
MasjidPejabat posBankKedai
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
18
Contoh soal selidik:
Data: 1- Bekerja/belajar di Sri Alam
Tinggal di Sri Alam sebelum 1986 (4) 2 -Tidak bekerja di Sri Alam
Tinggal di Sri Alam sebelum 1986 (16) 3 - Bekerja di Sri Alam
Tinggal di luar Sri Alam sebelum 1986 (20) 4 - Tidak bekerja Sri Alam
Tinggal di luar di Sri Alam sebelum 1986 (2)
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
19
BUKTI SEKUNDAR
Diperoleh daripada sumber kedua tertentu. Menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual Contoh bukti sekundar:
* Nota / catatan / bahan bertulis (e.g. PMR, buku, artikel jurnal) * Model, arca, kraf tangan, artifek * Pita audio / video / filem * Senarai transaksi harta tanah dari agen * Senarai lelongan harta tanah dari akhbar
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
20
• Kebangkalian dipilih= ni/N• Apabila populasi sangat seragam (e.g. pelajar sekolah,
rumah kos rendah)• Termudah, terpantas, termurah• Mungkin tidak tepat, mengapa?
Persampelan Rawak
Sampel
Populasi tak seragam, salah prosedur, salah jenis pesampelan, kesilapan merekod data, dll
Pilih sebarang elemen
Elemen sampel
Elemen populasi
B T
G K
A T Y W
B P G E S C K L
G N QPopulasi
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
21
1 4 8 12
3 6 13 2 10 20 15 7 14 11 16
3 7
10 16
Populasi rumah Sampel rumah
Stratum 1 = odd no.
Stratum 2 = even no.
Persampelan Rawak Berlapis
• Pecahkan populasi kepada strata yang “bermakna” dan ambil sampel rawakdari setiap stratum
• Boleh jadi berkadar atau tidak berkadar di dalam strata• Apabila: * populasi sangat seragam (e.g. pembeli, rumah) * sub-kumpulan utama perlu diwakili → lebih jitu * variabiliti di dalam kumpulan mempengaruhi keputusan * Inferens sub-kumpulan di perlukan
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
22
• Dalam satu kajian, sampel 500 pengujung pusat membeli belah dirancang seperti berikut:
* Blok hari: 7 hari (Isnin – Ahad)
* Blok masa: 12-3 p.m.; 3-6 p.m.; after 6-9 p.m.
* Blok etnik: Melayu (30%), Cina (30%),
* India (30%), and Lain-lain (10%).
* Blok status responden: “Berkeluarga” and “Bujang”.
• Skema reka bentuk sampel adalah seperti berikut:
Persamplen Rawak Berlapis – Contoh (samb.)
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
23
Blok Hari
Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
Blok Masa
2-3 p.m.
3-6 p.m.
6-9 p.m.
Blok Etnik
Melayu Cina India Lain-lain
Blok StatusIndividu
Berkeluarga
Bujang
Persamplen Rawak Berlapis – Contoh (samb.)
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
24
Persamplen Sistematik
• Rawak mudah atau berstrata• Sistematik dalam “memilih” elemen. E.g. setiap
rumah yang ke-5, ke-10; setiap 15 minit• Langkah-Langkah:• * Nomborkan populasi (1,…,N)• * Tentukan saiz sampel, n• * Tentukan saiz sela, k = N/n• * Pilih integer di antara 1 dan k• * Ambil kes bagi setiap unit ke-kth
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
25
Persamplen Sistematik - Contoh
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
26
Soalan: Rujuk kes kajian ke atas pengunjung pusat membeli belah tadi…
Responden ulangan tidak dibenarkan dalam persampelan. Sela “memilih” kes (case pick-up interval) perlukan.
Tentukan pelan sampel anda termasuk tempoh sela “memilih rawakan”
Kombinasi Kaedah Persampelan
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
27
ASAS STATISTIK
• Kuantiti yang “bermakna” tentang sesuatu sampel objek, benda, orang, peristiwa, fenomena, dsb.
• Sesuatu yang berkaitan dengan “data”.• Digunakan dengan meluas dalam disiplin sains• Digunakan untuk menyelesaikan pelbagai isu
mudah/rumit. • Tiga kategori utama:
* Statistik deskriptif
* Statistik inferens
* Teori kebangkalian
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
28
Kecenderungan Memusat – “Mean”
• Untuk pemerhatian individu, . E.g.
X = {3,5,7,7,8,8,8,9,9,10,10,12}
= 96 ; n = 12 • Maka, = 96/12 = 8• Pemerhatian boleh disusun menjadi jadual kekerapan dan
mean dikira berdasarkan kekerapan berkenaan.
= 96; = 12
Thus, = 96/12 = 8
x 3 5 7 8 9 10 12
f 1 1 2 3 2 2 1
f 3 5 14 24 18 20 12
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
29
Kecenderungan Memusat – “Mean” dan “Titik Antara”
• Katakan kita mempunyai data berikut:
Lokasi Min Max
Taman A 228 450
Taman B 320 430
Harga (RM ‘000/unit) Rumah Kedai di Skudai
• Kira mean harga rumah kedai di Skudai?
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
30
Kecenderungan Memusat – “Mean” dan “Titik Antara”
• Katakan kita kira seperti berikut:
* Pekan A: (228+450)/2 = 339
* Pekan B: (320+430)/2 = 375
• Adakah angka-angka ini mean?
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
31
Kecenderungan Memusat – “Mean” dan “Titik Antara”
• Katakan, sekarang data sebenar seperti berikut:
* Taman A: 228, 295, 310, 420, 450 * Taman B: 320, 295, 310, 400, 430
• Kira mean?
* Taman A:_______ * Taman B:_______
• Adakah keputusannya sama seperti sebelumnya? Berhati-hati dengan salah guna statistik!
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
32
• Sewa atau harga harta tanah di dalam PMR sering dijadualkan sebagai julat sesuatu nilai. E.g.
• Apakah paras mean sewa di kawasan berkenaan?
= 23; = 3317.5
Maka, = 3317.5/23 = 144.24
Sewa (RM/month) 135-140 140-145 145-150 150-155 155-160
Nilai titik-antara (x) 137.5 142.5 147.5 152.5 157.5
Bilangan Taman (f) 5 9 6 2 1
fx 687.5 1282.5 885.0 305.0 157.5
Kecenderungan Memusat – “Mean” dan “Titik-Antara”
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
33
Kecenderungan Memusat – “Median”Data taburan biasa
• Nilai sesuatu elemen yang berada di tengah-tengah data yang disusun secara menaik atau menurun
• Contoh: Data: 1,5,3,9,8 (i.e. n = 5)
• Disusun: 1,3,5,8,9
• Median = (n+1)/2 = 6/2 = 3
• Median ialah nilai elemen ke-3 = 5.
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
34
Kecenderungan Memusat – “Median”Data taburan kekerapan
• Katakan sewa di sebuah bandar adalah seperti berikut:
• Pengiraan “median” sewa perlukan bantuan graphik →
Sewa (RM/bulan) 130-135 135-140 140-145 155-50 150-155
Bil. Taman (f) 3 5 9 6 2
Sewa (RM/bulan) > 135 > 140 > 145 > 150 > 155
Kekerapan melonggok 3 8 17 23 25
1. Median = (n+1)/2 = (25+1)/2 =13th. (Taman ke-13)
2. (i.e. antara titik 10 – 15 paksi tegak ogif).
3. Berkaitan dengan sewa RM 140-145/bulan pada paksi melintang
4. Terdapat (17-8) = 9 taman dalam julat sewa RM 140-145/bulan
5. Taman ke-13 adalah urutan ke-5
daripada 9 Taman
6. Sela sewa bulanan ialah 5
7. Maka, median sewa:
140 + (5/9 x 5) = RM 142.8
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
35
Kecenderungan Memusat – “Median”Data taburan kekerapan
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
36
“Variabiliti”
• Menunjukkan bencaran/serakan/variasi/sisihan• Untuk populasi tunggal atau data sampel:
apabila σ2 dan s2 = varian populasi dan sampel, xi = pemerhatian individu, μ = mean populasi, = mean sampel, dan n = jumlah bilangan pemerhatian.
• Punca kuasa dua ialah:
sisihan piawai (populasi) sisihan piawai sampel)
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
37
“Variabiliti” (samb.)
• Mengapa ukuran “serakan” penting?• Pertimbangkan pulangan dari dua jenis saham: * Saham A (%) = {1.8, 1.9, 2.0, 2.1, 3.6} * Saham B (%) = {1.0, 1.5, 2.0, 3.0, 3.9} Mean A = mean B = 2.28% Tetapi, variabiliti berbeza! Var(A) = 0.557, Var(B) = 1.367
* Anda akan melabur dalam saham A or B?
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
38
“Variabiliti” (samb.)
• Pekali variasi – COV – % sisihan piawai daripada mean:
• Mungkin ukuran yang lebih baik daripada std. dev.
COV(A) = 32.73%, COV(B) = 51.28%
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
39
“Variabiliti” (samb.)• Jadual berikut menunjukkan taburan umur pembeli rumah
kedua:
x^
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
40
Soalan-Soalan:1. Bincangkan langkah-langkah yang akan anda ikuti dalam
mengumpul data menggunakan pendekatan pemerhatian.
2. Apakah yang anda faham tentang sampel rawak berlapis? Dengan memberi contoh yang sesuai, bincangkan cara anda menggunakannya dalam kajian harta tanah.
Kursus PTK3 2008 Bagi Pegawai W32 JPPH
41
Sekian, terima kasih