Upload
duongtuong
View
269
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Kursus i-THINK Secara Bersemuka
Kepada Guru dan
Pengetua/ Guru Besar (KiSB) 2017
TUJUAN:
Bahan Rujukan Kendiri diguna pakai oleh peserta kursus dua minggu
sebelum menghadiri KiSB sebagai persiapan dan pendedahan awal
terhadap Program i-THINK yang akan dipelajari semasa kursus.
OBJEKTIF:
1. Memastikan guru dan pengetua/ guru besar mendapat
pengetahuan asas tentang Program i-THINK
2. Memastikan guru dan pengetua/ guru besar melaksanakan
tugasan diberi di akhir latihan kendiri.
Bahan Rujukan Kendiri KiSB
| 2
KANDUNGAN
Pengenalan
3
Gambaran Keseluruhan
7
Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran
8
Huraian Peta Pemikiran
11
Bingkai Rujukan 27
Tugasan Kendiri
29
| 3
PENGENALAN Program i-THINK
Program ini bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif di bawah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kemahiran befikir merupakan salah
satu daripada 6 ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk bersaing pada
peringkat global sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Pengetahuan
Kemahiran berfikir
Indentiti nasional
Kemahiran memimpin
Kemahiran dwibahasa
Etika dan kerohanian
Program i-THINK merupakan satu program untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan
murid berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
i-THINK membawa maksud innovative THINKING (Pemikiran Inovatif).
Membudayakan penggunaan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dapat membantu murid berfikir kreatif, kritis dan inovatif. Di samping itu, dapat
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Definisi KBAT
Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (KPM,
2013)
Program i-THINK juga merupakan salah satu inisiatif memperkukuhkan KBAT di
dalam bilik darjah yang dapat membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir,
| 4
menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan
masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam
kalangan murid serta membantu murid ke arah menjadi pelajar Abad Ke-21.
Enam Titik Permulaan Bagi Membudayakan Kemahiran Berfikir
Terdapat Enam Titik Permulaan untuk membangunkan dan memupuk budaya
berfikir di kalangan murid.
Penyoalan reflektif
Kemahiran berfikir
Pemetaan Visual
Rangkaian Kolaboratif
Membangunkan Kecenderungan Peribadi
Penstrukturan Persekitaran
Penyoalan Reflektif
Mencerminkan pemikiran dan pembelajaran anda. Penyoalan Reflektif adalah
penggunaan soalan untuk menarik perhatian murid bukan sahaja melalui apa yang
mereka tahu (memori fakta) tetapi juga bagaimana mereka mengetahuinya (fikiran
kritis) dan mengapa ianya sebegitu (penaakulan). Penyoalan Reflektif membolehkan
murid untuk berfikir tentang pemikiran mereka iaitu metakognitif. Berfikir tentang
pelakuan dan sikap murid yang berkesan iaitu Kecenderungan. Berfikir tentang
bagaimana mereka bekerjasama dengan orang lain untuk menambahkan nilai
pembelajaran mereka iaitu Rangkaian Kolaboratif.
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir merupakan penggunaan proses berfikir atau kognitif yang nyata.
Ahli psikologi, saintis kognitif dan pendidik telah membangunkan banyak model dan
teori yang berbeza untuk mendefinisikan dan menyusun pelbagai jenis kemahiran
berfikir, Lazimnya, model-model ini akan dibahagikan antara kemahiran aras rendah
dan tinggi. Biasanya teori-teori ini merangkumi penerangan mengenai proses
| 5
pemikiran asas untuk menjana dan menyusun maklumat seperti mensintesis,
menganalisa, menilai dan mereka cipta.
Pemetaan Visual
Pemetaan Visual merupakan penggunaan alat visual untuk memetakan idea.
Fikirkan graf, urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di
sekolah. Memandangkan kebanyakan maklumat yang kita perolehi adalah secara
visual, penggunaan kaedah Pemetaan Visual merupakan kaedah yang berkesan
untuk memproses maklumat. Pemetaan Visual merangkumi jaringan sumbangsaran,
pengurus grafik, peta konsep atau rajah di samping bahasa visual yang biasa
diaplikasi di seluruh sekolah seperti Peta Pemikiran.
Rangkaian Kolaboratif
Rangkaian kolaboratif ialah pembelajaran bersama. Terdapat banyak model dan
teknik untuk mewujudkan kumpulan kolaboratif di dalam bilik darjah dan sekolah.
Pembelajaran kolaboratif di sekolah boleh digalakkan dengan saling berkongsi
pengetahuan dan saling berhubung dengan rakan sekerja yang lain, pemikiran
saling bergantungan. Teknologi baru telah mengubah cara bagaiman kita boleh
berkongsi dan memperolehi pengetahuan. Kini media sosial merupakan salah satu
kaedah baru untuk berkongsi maklumat dalam kumpulan.
Membangunkan Kecenderungan Peribadi
Membangunkan kecenderungan peribadi merujuk kepada perlakuan yang diamalkan
oleh pelajar-pelajar yang berjaya. Pendidik yang berminat dalam bidang pemikiran
biasanya bermula dengan membezakan antara kemahiran berfikir atau kemahiran
kognitif dengan perlakuan dan sikap yang dipanggil kecenderungan. Kemahiran
kognitif mungkin merangkumi penaakulan, sebab dan akibat manakala
kecenderungan merangkumi sikap gigih atau menguruskan sifat impulsif.
Kecenderungan lazimnya dikatakan dengan kecerdasan emosi dan perkembangan
sifat empati pada orang lain.
Penstrukturan Persekitaran
Penstrukturan persekitaran ialah bagaimana ruang fizikal di susun dan sumber
digunakan. Penstrukturan fizikal bilik darjah, sekolah dan kawasan persekitaran
| 6
akan memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran. Susun atur tempat
duduk murid dalam bilik darjah dan kemudahan untuk mengakses bahan
pembelajaran merupakan sebahagian daripada penstrukturan persekitaran.
Penggunaan sumber yang didapati dari dalam dan persekitaran sekolah serta dalam
komuniti yang lebih luas adalah penting untuk menarik perhatian murid.
Dengan itu, sebanyak lapan (8) peta pemikiran diperkenalkan dalam program
i-THINK digunakan sebagai alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.
Kursus i-THINK Secara Bersemuka (KiSB)
Kursus KiSB mempunyai dua fasa iaitu kendiri dan bersemuka.
Fasa pertama - kendiri, peserta kursus diberi bahan rujukan KiSB untuk dibaca
selama dua minggu sebagai persediaan sebelum menghadiri kursus bersemuka.
Dalam tempoh tersebut peserta kursus juga diminta menyiapkan tugasan diberi.
Fasa kedua - bersemuka, peserta kursus dikehendaki menghadiri kursus secara
bersemuka bersama jurulatih kebangsaan di pusat latihan yang ditetapkan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mendapat pengetahuan dan pendedahan
yang lebih mengenai Program i-THINK serta hubungan antara lapan peta pemikiran
dan proses pemikiran yang berkaitan dalam membudayakan kemahiran berfikir di
sekolah. Manakala pengetua dan guru besar pula akan didedahkan dengan modul
kepimpinan dalam membudayakan KBAT di sekolah.
Peraturan Asas
Peraturan asas yang perlu diikuti sepanjang KiSB:
Berfikir di luar kotak
Bersedia menerima idea-idea baru
Bersedia mengambil beberapa risiko
Bersedia menerima kesilapan
Tidak membenarkan pengalaman dan amalan lalu mempengaruhi pemikiran
| 7
GAMBARAN KESELURUHAN Proses pembelajaran melibat penggunaan pelbagai proses pemikiran. Kadangkala
satu proses pada satu-satu masa dan kadangkala melibatkan pelbagai kombinasi
proses pemikiran yang berlainan.
Pembelajaran berkesan dan efektif hadir apabila guru dapat mengenal pasti proses
pemikiran atau proses-proses pemikiran yang boleh digunakan untuk menjalankan
tugas tertentu atau menyelesaikan masalah.
Selain itu pembelajaran berkesan dan efektif datang daripada keupayaan untuk
mengimbas kembali tugas atau masalah yang telah dijalankan serta boleh mengenal
pasti proses pemikiran atau proses-proses pemikiran yang telah digunakan.
Proses-proses pemikiran adalah sebagai salah satu hasil dari inisiatif penyelidikan
sains kognitif dengan lapan proses pemikiran yang asas.
| 8
PETA PEMIKIRAN DAN PROSES PEMIKIRAN
Apakah Peta Pemikiran?
Peta Pemikiran merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam lapan bentuk
Peta Pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentasi
kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri.
Penggunaan peta ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran
berdasarkan ilustrasi Peta Pemikiran seperti dalam Jadual 1 berikut.
Jadual 1: Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran
1. Peta Bulatan
Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks
Peta bulatan membantu aktiviti sumbang saran
dan menyenaraikan semua yang diketahui
tentang perkara atau idea tertentu supaya
perkara tersebut boleh diteroka.
Sebagai contoh, jika mahu berkongsi idea
tentang sistem suria, tulis perkara yang muncul
dalam fikiran dalam lingkungan bulatan luar.
2. Peta Buih
Proses pemikiran: Menerangkan atau memerihalkan
menggunakan adjektif
Peta buih membantu menerangkan sesuatu
perkara atau idea dengan menyenaraikan kata
adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh
menerang dan memahami sesuatu dengan lebih
baik.
Sebagai contoh, jika mahu memahami
tumbuhan Rafflesia dengan lebih baik,
senaraikan kata adjektif yang menerangkannya
dalam bulatan-bulatan yang berada di sekitanya.
3. Peta Buih Berganda
Proses pemikiran: Banding beza
Peta Buih Berganda membantu menyenaraikan
persamaan dan perbezaan antara dua perkara
atau idea supaya dapat membezakan kedua-
duanya dengan membanding dan membeza.
Sebagai contoh, jika mahu membandingkan
| 9
kapal terbang dan kereta api, senaraikan
persamaan antara kedua-dua jenis sistem
pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di
tengah menakala perbezaan pula disenaraikan
di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.
4. Peta Pokok
Proses Pemikiran: Membuat pengelasan
Peta Pokok membantu menyusun maklumat
supaya berada dalam kumpulan yang berbeza
agar boleh memahami maklumat tersebut dalam
gambaran besar secara menyeluruh.
Sebagai contoh, jika mahu menyusun senarai
makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang
sama dalam kumpulan yang sama dan labelkan
kumpulan-kumpulan tersebut.
5. Peta Dakap
Proses Pemikiran: Hubungan seluruh-bahagian
Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu
kepada cirri-ciri selanjutnya supaya dapat
memahami cara sesuatu benda berfungsi.
Sebagai contoh, jika mahu memahami peta
dunia, senaraikan semua benua, dan
seterusnya negara-negara di setiap benua.
6. Peta Alir
Proses Pemikiran: Urutan
Peta Aliran membantu menyenaraikan langkah-
langkah yang terlibat dalam sesuatu proses
supaya dapat memahami apa yang perlu
dilakukan untuk mencapai sesuatu.
Sebagai contoh, jika ingin tahu langkah-langkah
untuk bersiap sedia ke sekolah, tulis langkah-
langkah yang perlu diambil dan susun dalam
urutan yang harus diikuti.
| 10
7. Peta Pelbagai
Alir
Proses Pemikiran: Sebab dan akibat
Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab
dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh
memahami akibat tindakan-tindakan yang
diambil dan cara untuk mengubahnya.
Sebagai contoh, jika ingin mengetahui kesan-
kesan kerosakan gigi dan sebab perkara ini
berlaku, senaraikan perkara-perkara yang
menyebabkan kerosakan gigi di sebelah kiri dan
kesan kerosakan gigi di sebelah kanan.
8. Peta Titian
Proses Pemikiran: Analogi (hubungan yang sama,
mencari faktor penghubungan)
Peta Titi membantu menyenaraikan beberapa
pasangan butiran yang berkaitanantara satu
sama lain supaya dapat memahami hubungan
yang serupa (analogi).
Sebagai contoh, jika ingin mengetahui
hubungan antara haiwan dengan anaknya,
mulakan dengan menamakan sesuatu haiwan
dan anaknya, yang anda tahu, kemudian
senaraikan pasangan-pasangan yang lain.
RF
as as
| 11
HURAIAN PETA PEMIKIRAN
1. Peta Bulatan
Langkah Membina Peta Bulatan
1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan
topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbang saran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan
atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik?
2. Bagaimana anda tahu tentang...................?
3. Adakah anda tahu bahawa...........................?
4. Bagaimana mendefinisikan/memperkenalkan idea/topik ini?
5. Apakah yang anda fikir tentang.......................?
PETA BULATAN
(CIRCLE MAP)
Proses Pemikiran:
MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS
(DEFINING IN CONTEXT)
CADANGAN PENGGUNAAN
Meningkatkan kosa kata Sumbangsaran idea dalam
penulisan Menguji pengetahuan sedia ada
murid Menguji pemahaman murid
selepas pengajaran dan pembelajaran
KATA KUNCI
Konteks/senaraikan Jelaskan Tuliskan semua yang anda
tahu ..... Sumbangsaran Kenalpasti Kaitkan dengan pengetahuan
sedia ada Meneroka makna/maklumat
| 13
2. Peta Buih
Langkah Membina Peta Buih
1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di
dalamnya.
2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif/kata
sifat bagi topik tersebut.
3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis
lurus.
4. Senaraikan seberapa banyak kata/frasa adjektif berkaitan sama ada
positif/negatif. Warna yang berbeza boleh digunakan.
5. Contoh:
Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
Frasa Adjektif – bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.
Soalan-soalan berkaitan
1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea,
konsep, gambar?
2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini?
4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?
CADANGAN PENGGUNAAN
Adjektif
Fakta
Pendapat
KATA KUNCI
Terangkan Jelaskan Gunakan lima pancaindera
untuk menerangkan ....... Kualiti Sifat Ciri-ciri
PETA BUIH
(BUBBLE MAP)
Proses Pemikiran:
PENERANGAN MENGGUNAKAN KATA / FRASA ADJEKTIF
(DESCRIBING QUALITIES)
| 15
3. Peta Buih Berganda
Langkah Membina Peta Buih Berganda
1. Lukiskan dua bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis
dua topik (objek/idea) yang ingin dibandingkan.
2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara dua bulatan
utama.
4. Sambungkan semua bulatan dengan dua topik utama menggunakan garis lurus.
5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara dua topik, gabungkannya
dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang
hanya bersambung dengan satu topik sahaja.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau
perbezaan sahaja.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah persamaan dan perbezaan antara dua topik ini?
2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya?
CADANGAN PENGGUNAAN
Membanding beza ciri-ciri
bentuk 2D dan 3D
Membandingkan sifat manusia
Membandingkan dua idea
KATA KUNCI
Bandingkan
Bezakan
Persamaan
Bezakan antara ....
dengan .....
Perbezaan
PETA BUIH BERGANDA
(DOUBLE BUBBLE MAP)
Proses Pemikiran:
MEMBANDING BEZA
(COMPARING & CONTRASTING)
| 17
4. Peta Pokok
Langkah Membina Peta Pokok
1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa
kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.
Soalan-soalan berkaitan
1. Bagaimanakah anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan?
2. Bolehkah anda mengasingkan/mengelaskan objek-objek ini
mengikut kumpulannya?
3. Apakah idea/penjelasan yang menerangkan/menyokong idea utama ini?
4. Apakah contoh bagi setiap kategori ini?
5. Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah dipilih?
6. Adakah kaedah yang lebih baik untuk mengelaskan bahan/alatan ini?
CADANGAN PENGGUNAAN
Mengelaskan kumpulan haiwan Mengelaskan jenis alatan muzik Mengelaskan elemen penting cerita Mengkategorikan kosa kata
KATA KUNCI
Kelaskan
Asingkan
Kategorikan
Kenal pasti antara idea
utama dan penjelasannya
PETA POKOK
(TREE MAP)
Proses Pemikiran:
MEMBUAT PENGELASAN
(CLASSIFYING)
| 19
5. Peta Dakap
Langkah Membina Peta Dakap
1. Digunakan untuk mengkaji/menganalisis objek secara fizikal/maujud.
2. Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.
3. Tuliskan bahagian/pecahan utama.
4. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
5. Lukiskan ({ ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah nama objek ini?
2. Apakah bahagian/komponen utama objek ini?
3. Apakah komponen yang lebih kecil bagi setiap komponen utama objek ini?
4. Adakah bahagian/komponen ini merupakan sebahagian daripada.....?
5. Bahagian/komponen manakah yang telah hilang/tiada dalam gambar rajah ini?
CADANGAN PENGGUNAAN
Matematik (nilai tempat nombor)
Komponen alatan muzik
Analisa struktur objek
KATA KUNCI
Sebahagian daripada .....
Tunjukkan struktur .....
Ambil sebahagian daripada .....
Kenal pasti struktur
Komponen fizikal
Anatomi
PETA DAKAP
(BRACE MAP)
Proses Pemikiran:
HUBUNGAN SELURUH-BAHAGIAN
(WHOLE – PARTS RELATIONSHIP)
| 21
6. Peta Alir
Langkah Membina Peta Alir
1. Tuliskan tajuk (peristiwa/langkah)
2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama
untuk menghasilkan/membina/membuat......
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu).
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah
langkah utama berkenaan.
8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah?
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah tajuk bagi peristiwa ini?
2. Apakah langkah/peringkat bagi setiap peristiwa?
3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu?
4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang
sedang di bincang?
5. Apakah yang berlaku selepas itu?
6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini?
CADANGAN PENGGUNAAN
Sains (proses dan kitaran hidup) Penyelesaian masalah Peristiwa sejarah dan garis masa
Proses menanam sayur (KH)
KATA KUNCI
Susunkan mengikut aturan yang betul
Ceritakan/kira semula Kitaran
Tunjukkan proses
Selesaikan masalah .....
Mengkaji corak (trend)
PETA ALIR
(FLOW MAP)
Proses Pemikiran:
URUTAN
(SEQUENCING)
| 23
7. Peta Pelbagai Alir
Langkah Membina Peta Pelbagai Alir
1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.
2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam
kotak berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah
kanan.
6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.
8. Cadangan Topik – Saya berjaya dalam peperiksaan.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah sebab dan kesan peristiwa ini?
2. Mengapakah peristiwa ini berlaku? (sebab/cause)
3. Apakah pengajaran di sebalik peristiwa ini?
4. Apakah yang akan berlaku jika .................. berlaku?
CADANGAN PENGGUNAAN
Analisis sejarah
Meramalkan kejadian
Pengurusan sikap
KATA KUNCI
Sebab dan kesan Bincangkan kesan/pengajaran Apakah yang akan berlaku sekiranya... ? Jika ................... maka ............... Terangkan perubahan ....................... Mengenal pasti pengajarannya Mengenal pasti keputusan daripada ....... Apa yang berlaku jika .......
PETA PELBAGAI ALIR
(MULTI – FLOW MAP)
Proses Pemikiran:
SEBAB DAN KESAN
(ANALYZING CAUSE & EFFECT)
| 25
RF as as as
8. Peta Titi
Langkah Membina Peta Titi
1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan
faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.
2. Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang
mengaitkan analogi.
3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya
pasangan yang berkaitan.
4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.
5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh puncak.( ).
6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.
7. Sentiasa meletakkan ‘as’ yang bererti sama seperti pada peta titi.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah faktor penghubung antara dua contoh ini?
2. Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan?
3. Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini?
4. Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan?
5. Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama?
CADANGAN PENGGUNAAN
Konsep Sains
Peristiwa Sejarah
Perkaitan Matematik
KATA KUNCI
Kenalpasti perkaitan
Meneka peraturan
Simbol
Analogi
Kesetaraan
Relating factor = RF = Faktor penghubung
as = sama seperti/seperti mana /seperti juga/sama dengan
PETA TITI
(BRIDGE MAP)
Proses Pemikiran:
ANALOGI (HUBUNGAN YANG SAMA, MENCARI
FAKTOR PENGHUBUNG)
(SEEING ANALOGIES)
| 26
Contoh Hasil Kerja Murid
Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Cara membaca peta titi di atas: Antonim bermula ialah berakhir sama seperti antonim berjaya ialah gagal sama seperti antonim jujur ialah penipu….....
Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Cara membaca peta titi di atas:
Simpulan bahasa ringan tulang bermaksud sikap rajin bekerja sama seperti
simpulan bahasa ulat buku bermaksud suka membaca sama seperti simpulan
bahasa ala kadar bermaksud seadanya.
| 27
BINGKAI RUJUKAN
Gambar A Gambar B
Apakah perbezaan antara gambar A dan B?
Apakah Bingkai Rujukan (Frame of Reference)?
Bingkai rujukan merupakan rangka fikiran tentang apa yang difikirkan berdasarkan
pemikiran berikut:
1. Bagaimana anda tahu apa yang anda tahu?
2. Apakah maklumat yang mempengaruhi peta pemikiran anda?
3. Mengapa maklumat itu penting?
Peta ini mempunyai
Bingkai Rujukan
Frame of reference
| 28
Membina Bingkai Rujukan
“Bingkai rujukan boleh digunakan dalam semua lapan Peta Pemikiran. Ia adalah
‘Bingkai Metakognitif’ dan meminta murid berfikir tentang apa yang telah difikirkan
sebelum ini. Ia digunakan oleh murid untuk memikirkan kembali sumber rujukan bagi
isi-isi yang telah mempengaruhi pemikiran mereka.” (Hyerle & Yeager, 2007)
Keterangan:
1. Bingkai rujukan dilukis pada bahagian luar
Peta Pemikiran setelah semua maklumat di
dalamnya sudah diisi.
2. Ia bertujuan untuk menyatakan sumber
rujukan atau sudut pandangan daripada
pelbagai pihak.
3. Contohnya: Ibu bapa
Huraian: Ia bermaksud maklumat yang
didapati telah diambil daripada ibu bapanya.
Kata Kunci:
1. Bagaimana kamu tahu tentang topik ini?
2. Adakah maklumat tersebut kamu dapat
daripada sumber tertentu?
| 29
ARAHAN:
Terdapat tiga bahagian yang perlu diisi dan dibawa ketika sesi
perjumpaan KiSB.
TUGASAN KENDIRI
KURSUS i-THINK KEPADA GURU
DAN PEMIMPIN SECARA
BERSEMUKA (KiSB)
2017
| 30
BAHAGIAN A:
Arahan: Sila jawab SEMUA soalan.
1. Terdapat _________ peta pemikiran.
2. Sila namakan jenis-jenis petak pemikiran
Peta Pemikiran
a
b
c
d
e
| 31
Peta Pemikiran
f
g
h
3. Namakan proses pemikiran bagi setiap peta
Proses Pemikiran
a
b
c
RF as as
| 33
BAHAGIAN B
Bina peta pemikiran yang sesuai untuk menjelaskan punca dan kesan obesiti
di Malaysia.
BAHAGIAN C
Sila bawa satu peta pemikiran hasil kerja murid semasa kursus.
Maklumat Peserta:
Nama Penuh (mengikut kad Pengenalan):
Nombor Kad Pengenalan:
Nombor Telefon Bimbit:
Kod Sekolah:
Nama dan Alamat Sekolah:
Tandatangan Peserta: Disahkan oleh JU KiSB:
__________________________ ____________________________
Nama:
Tarikh:
Cop sekolah: