kurikulum ful assg

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    1/47

    MINGGU 2

    KURIKULUM

    1.0 PENDAHULUAN

    Terdapat perkaitan antara konsep kurikulum dengan falsafah dan ianya boleh

    dilihat melalui sains dan teknologi yang telah berkembang dengan pesat, teknologi

    yang semakin canggih dan aplikasi saintifik yang semakin meluas serta kompleks.

    Kebolehan manusia memahami ilmu juga berkembang, oleh itu teori epistemologi

    turut berkembang untuk mencari perhubungan diantara mereka. Teori epistemologi

    atau dikenali sebagai teori ilmu merupakan salah satu cabang falsafah.

    Perkembangan teori ini akan membawa kepada perubahan dalam penggubalan dan

    proses pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

    Melalui teori epistemologi ini, terdapat beberapa persoalan yang menjadi asas

    kepada pembentukan kurikulum iaitu Siapa yang mengajar?, Mengajar siapa?

    Bagaimana hendak mengajar? dan Mengajar apa? (Mok Song Sang, 2003) Persoalan

    inilah yang akan membantu dalam penyediaan matlamat, objektif, kaedah, teknik dan

    isi kandungan kurikulum agar membolehkan pertumbuhan dan perkembangan pelajar

    lebih sistematik dan sesuai mengikut peringkat umur dan tidap membebankan

    pelajar.

    Penyusunan dan perkembangan kurikulum tidak boleh dilakukan secara

    sebarangan. Ia memerlukan landasan yang kukuh dan kuat untuk memastikan

    kurikulum itu dapat bertahan lama. Menurut Robert S. Zaiz (1976) terdapat empat

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    2/47

    landasan dalam pengembangan kurikulum iaitu philosophy and the nature of

    knowledge, society and culture, the individual dan learning theory.

    1.1 PENGERTIAN KURIKULUM

    Kurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan. Tanpa

    kurikulum suatu pendidikan tidak dapat dikatakan sebagai sistem pendidikan yang

    sempurna. Menurut M Ihsan Dacholfany dan Ayi Sofyan (2010), kurikulum

    memiliki fungsi yang holistik dalam sistem pendidikan sebagai media transformasi

    pengetahuan, teknologi, seni dan nilai-nilai kehidupan kepada manusia.

    Terdapat pelbagai definasi tentang kurikulum dan akhirnya membawa kepada

    satu pengertian yang sama antara kesemuanya. Menurut pandangan ahli sosiologi,

    kurikulum ialah alat untuk menyampaikan dan meneruskan sistem budaya danmenilai ilmu penilaian (Abd. Rahim,2007). Selain itu, kurikulum juga dilihat sebagai

    pelan perancangan dalam pendidikan yang melihat dua perkara utama iaitu visi dan

    struktur atau organisasi dalam pendidikan.

    Menurut Mok Soon Sang (2004), ada ahli pendidik yang berpendapat

    kurikulum adalah mata pelajaran yang diajarkan di dalam bilik darjah sahaja

    manakala pelajaran di luar bilik darjah dikenali sebagai extra-curricular. Berdasarkan

    perbincangan di dalam kelas, pandangan kurikulum sebagai mata pelajaran di dalam

    bilik darjah sahaja tidak tepat. Ini kerana aktiviti pembelajaran di sekolah hendaklah

    dipandang secara keseluruhan. Oleh itu, tidak wajar jika hendak di bahagiakan

    kurikulum itu di dalam atau di luar bilik darjah.

    Tambahan pula, terdapat beberapa mata pelajaran yang bukan sahaja

    dijalankan di dalam bilik darjah seperti lawatan, kajian luar, mengumpul data dan

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    3/47

    sebagainya malah pendidikan jasmani yang di masukan sebagai mata pelajaran

    kurikulum juga di jalankan di luar bilik darjah. Selain itu, pendidikan formal dan

    tidak formal juga di rujuk sebagai aktiviti kurikulum. Guru akan menyampaikan

    pengajaran kepada pelajar secara formal dan tidak formal seiringan.

    Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kurikulum merangkumi

    pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun

    oleh ahli pendidikan dan pakar kurikulum dengan teliti dengan profesioanal, demi

    menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang

    dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah untuk semua peringkat persekolahan.

    Walker (1990) menyebutkan lima konsep am yang terdapat di dalam

    kurikulum sekolah seperti pembelajaran yang diinginkan iaitu merangkumi

    matlamat, tujuan dan objektif pengajaran, mata pelajaran iaiatu jenis kursus yang

    disenaraika dan dihuraikan dalam sukatan pelajaran, aktiviti pendidikan sama ada di

    jalankan di dalam dan di luar bilik darjah yang disenaraikan dalam buku huraian

    sukatan pelajaran, pengalaman pelajar merangkumi pengalaman sebenar pelajar di

    bawah arahan dan kawalan pihak sekolah serta pencapaian pembelajaran merujuk

    kepada pembelajaran sebenar yang telah dipelajari termasuk isi kandungan,

    kebudayaan dan sikap positif pelajar (Mok Soon Sang, 1994).

    1.2 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP

    KURIKULUM

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

    rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    4/47

    Sistem pendidikan di Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara

    menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang

    berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu

    menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.

    Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa kepada implikasi-

    implikasi kepada sistem pendidikan seperti perubahan sukatan pelajaran yang

    berorientasikan kepada program bersepadu, perubahan bahan-bahan pelajaran yang

    mengutamakan nilai-nilai murni yang diserapkan dalam semua mata pelajara,

    perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang

    seimbang dan harmonis, perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah

    pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai melatih kemahiran

    pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

    1.3 PERBINCANGAN

    Falsafah merupakan prinsip atau pegangan yang diperlukan untuk mencapai

    tujuan akhir pendidikan menjelaskan kebenaran hakikat kewujudan. Tujuan

    berfalsafah adalah untuk mencari hakikat kewujudan dan kebenaran dan member

    arah tujuan, menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang

    terbatas dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

    Kurikulum pula dikenali sebagai satu bidang mata pelajaran yang dirancang

    serta dikendalikan oleh pihak sekolah dan tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja.

    Ia juga meliputi keseluruhan aktiviti yang ada dalam satu sistem pendidikan yang

    perlu dilaksanakan oleh semua pihak.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    5/47

    Terdapat beberapa jenis falsafah yang mempengaruhi kurikulum Pendidikan

    Teknik dan Vokasinal iaitu Essensialisme, Parenialisme, Progressive dan

    Eksistensialisme. Kurikulum essensialisme berbentuk fleksible kerana ia menerima

    perubahan dan tidak terikat dengan doktrin-doktrin tertentu. Nilai yang jelas dan

    tahan lama serta guru yang memiliki sifat authoriti. Ia mementingkan pembentukan

    peribadi, disusun dari topic yang mudah kepada yang lebih kompleks serta

    menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca.

    Selain itu, kurikulum essensialisme di bahagikan kepada dua bahagian

    kepada mata pelajaran penting seperti matematik dan sains manakala mata pelajaranyang kurang penting ialah seni, musik, Pendidikan jasmani dan vokasional. Bahan

    pengajaran juga disediakan dengan rapi bagi memudahkan pelajar menerima

    pelajaran. Cara pengajaran berpusatkan guru serta berpusatkan peperiksaan.

    Sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan

    sistem pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni

    dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif

    dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang penting, penekanan 3M

    dalam pelaksanaa KBSR serta pengembangan potensi manusia secara keseluruhan.

    Kurikulum parenialisme pula berpegang kepada kembali ke asal kerana yang

    asal itulah yang benar. Pendidkan adalah sama bagi semua orang kerana manusia

    mempunyai potensi yang sama dan guru mempunyai kuasa autoriti di dalam kelas.

    Isi kandungan kurikulum adalah tetap dan tidak berubah tetapi ia menggalakan

    kaedah pembelajaran Socrates. Kebenran dalam kurikulum parenialisme adalah

    sejarah. Sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan untuk membentuk

    manusia menjadi manusia yang rational. Mata pelajaran yang di utamakan adalah

    matematik, bahasa, doktrin-doktrin dan buku-buku ternama. Ia juga menekankan 3M

    dalam kurikulum dan mewujudkan kelas vokasional bagi pelajar yang kurang pandai.

    Kaedah pengajaran yang dicadangkan adalah ingatan, pembacaan, penulisan, latih

    tubi dan ulangkaji.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    6/47

    Bagi progressive pula, mereka menggunakan pendekatan induktif dalam

    mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak memerlukan teori

    tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan sendiri yang akan menerangkan

    fenomena yang didedahkan. Guru hanyalah berfungsi sebagai pembimbing atau

    penasihat dalam penyelesaian masalah. Kurikulum mereka memberi tumpuan kepada

    proses pelajaran manakala kurikulum essensialisme dan parenialisme memberi

    tumpuan kepada mata pelajaran. Pelajar bebas memilih dan membuat keputusan ke

    atas dirinya jika ianya dianggap baik. Mereka menggambarkan pendidikan adalah

    penghidupan dan bukan persedian untuk hidup.

    Pencarian kebenarannya melalui pengalaman dan isi kandungan kurikulum

    adalah pengetahuan asas dan pengalaman. Kaedah pengajaran secara inquiri iaitu

    secara penyelidikan. Kebenaran merupakan milik masyarakat. Sekolah merupakan

    tempat menggalakan kerjasama bukannya persaingan serta sekolah juga

    menggalakkan demokrasi.

    Bagi kurikulum eksistensialisme pula mementingkan kebebasan. Mereka

    tiada kurikulum yang tetap kerana kurikulumnya berdasarkan minat pelajar itu

    sendiri. Pelajar akan memilih program pelajaran tanpa ada paksaan atau hasutan dari

    sesiapa.Guru bukan penyebar ilmu tetapi membantu pelajar berjaya dalam usaha

    mencari kesedaran kendiri. Mereka menyokong kaedah pembelajaran Socrates.

    Kebenaran eksistensialisme berakhir pada diri.

    1.4 PENUTUP

    Secara kesimpulannya falsafah memberi sumbangan yang besar dalam

    pembentukan kurikulum di Negara kita. Falsafah juga digunakan untuk mencari

    penyelesaian masalah pendidikan. Daripada himpunan falsafah ini, perkara yang baik

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    7/47

    di ambil dan yang sebaliknya di tapis maka muncul pula Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang menjadi arah dan tujuan bagi membentuk kurikulum yang

    seimbang. Kurikulum yang dibentuk dapat mengembangkan potensi manusia dengan

    seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek serta manusia dapat menyedari

    hakikat kebenaran kewujudan dan berusaha untuk merealisasikan matlamat

    pendidikan iaitu mencapai self-actualisation.

    1.5 RUJUKAN

    1. Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Universiti Teknologi

    Malaysia: Skudai, Johor.

    2. Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI(Edisi ketiga). Kuala

    Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

    3. Mok Soon Sang (2010).Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (Edisi ketiga).

    Perak: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    8/47

    MINGGU 3

    PEMBANGUNAN KURIKULUM

    2.0 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

    Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) merupakan satu cabang

    dalam pendidikan di Malaysia. Teknikal bermaksud perlaksanaan sesuatu kerja yang

    mengkhusus kepada sesuatu pengetahuan manakala menurut Kamus Dewan

    vokasional pula bemaksud bidang yang berkaitan dengan aspek praktik sesuatu

    pendidikan. PTV bermula daripada kaedah pendidikan aperentis secara tidak formal

    seperti bapa akan mengajarkan anak dalam bidang kemahiran mencari sara hidup

    mereka. Apabila masyarakat berkembang maju, Pendidikan Teknik dan Vokasional

    telah disusun menjadi pendidikan yang formal dengan tertubuhnya Bahagian

    Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) oleh kementerian Pendidikan Malaysia

    (KPM) pada tahun 1974 (Ghazali, 2006). Fungsi utama bahagian ini ialah

    merancang, melaksana dan menyelia program pendidikan teknik dan vokasional di

    peringkat sekolah dan politeknik dan pada tahun 1995 BPTV telah dinaiktaraf

    menjadi Jabatan Pendidikan Teknikal (Yahya Emat, 1993).

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    9/47

    Matlamat utama PTV adalah untuk menyediakan bidang latihan dalam

    memperkembangkan asas-asas kemahiran vokasional bagi tujuan pekerjaan dan

    untuk pelajar yang tamat pelajaran menengah rendah serta mempunyai minat dan

    kecenderungan untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan teknik asas dengan

    tujuan bagi mendapatkan pekerjaan di industri sebagai pekerja ketukangan (Naza,

    2010).

    2.1 CIRI KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

    Terdapat beberapa ciri penting dalam kurikulum Pendidikan Teknik dan

    Vokasional yang membolehkan kurikulum ini dapat dibezakan dengan kurikulum

    yang lain. Kebanyakan ciri-ciri ini lebih cenderung berfokuskan kepada persedian

    kepada pekerjaan dan mengembangkan potensi individu dalam bidang kemahiran.

    Menurut Curtis dan John (1999) antara ciri-ciri kurikulum PTV ialah orientasi

    kurikulum, justifikasi, fokus, piawai kejayaan dalam sekolah, piawai kejayaan luar

    sekolah, perhubungan sekolah, industri dan masyarakat, penglibatan kerajaan,

    anggapan, logik dan perbelanjaan.

    Secara umumnya, kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional merupakan

    kurikulum yang akan menghasilkan produk atau graduan. Keutamaan kurikulum

    PTV adalah pelajar dapat mencapai kejayaan dalam hasil pembelajaran. Kejayaan

    pelajar diukur berdasarkan hasil atau kemahiran yang dihasilkan selepas

    pembelajaran bukan sekadar kejayaan akademik sahaja. Kurikulum Pendidikan

    Teknik Vokasional berorientasikan proses dan produk dimana proses dalam mancari,

    mengajarkan pengalaman, aktiviti dan kemahiran manakala produk daripada kesan

    dari pengalaman dan aktiviti yang dilakukan.

    Kurikulum PTV berkaitan dengan mengajarkan kemahiran dan keperluan

    pekerjaan yang diperlukan dalam industri. Keperluan ini akan dipenuhi sehinggalah

    tiada persoalan yang timbul tentang pekerja dalam pemilihan dunia pekerjaan. Maka,

    jusifikasi kurikulum akan menjangkau rancangan sekolah kepada kemasyarakatan.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    10/47

    Oleh itu, kurikulum PTV akan berorientasikan pelajar serta dapat menyediakan

    pelajar kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam dunia pekerjaan.

    Pendidikan Teknik Vokasional tidak menghadkan perkembangan

    pengetahuan sesuatu perkara. Pendidikan Teknik Vokasional membantu pelajar

    dalam mengembangkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan perlakuan yang diberi

    keutamaan dalam pemilihan pekerja. Pendidikan Teknik Vokasional juga

    mementingkan pengalaman pelajar dalam menghadapi dunia dan cara menyesuaikan

    diri dengan persekitaran.

    Kejayaan akademik dan pengetahuan tentang selok belok pekerjaan penting

    kepada pelajar dalam kursus yang diambilnya tetapi dalam penilaian sebenar dalam

    kejayaan pelajar adalah melalui kemahiran hands-on atau kemahiran-kemahiran

    generik yang diperolehinnya. Piawai kejayaan dalam sekolah hendaklah seiring

    dengan kemahiran yang di jangkakan dalam dunia pekerjaan dan kriteria yang

    digunakan oleh tenaga pengajar dalam proses pengajaran.

    Piawai kejayaan luar sekolah pula dimaksudkan dengan kejayaan seseorang

    pelajar selepas tamat pelajaran. Kemahiran-kemahiran yang telah diajarkan

    digunakan untuk kebaikan bersama. Antara kemahiran diluar sekolah adalah

    kemahiran dalam pekerjaan, kemahiran teknikal, kemahiran mencari pekerjaan,

    kemahiran peniagaan dan kemahiran dalam kelangsungan hidup.

    Pendidikan Teknik Vokasional bertanggungjawab dalam menjalinkan

    hubungan antara dunia pertanian. Perniangaan dan pelbagai jenis hubungan

    pekerjaan dengan industri. Ini kerana industry berminat dalam pengambilan graduan

    sebagai pekerja mereka. Oleh itu, kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional

    hendaklah memenuhi kehendak industri dalam menyediakan graduan yang

    berkebolehan dalam bidang yang dipilih.

    Pihak berkuasa telah terlibat ke atas Pendidikan Teknik Vokasional sejak

    dahulu lagi. Pihak berkuasa akan menyokong proses pendidikan vokasional agar ia

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    11/47

    menepati kehendak industri. Penglibatan pihak berkuasa akan membawa kesan

    kepada kurikulum PendidikanTeknik Vokasional dengan penyusunan kurikulum

    PTV bertambah jelas dan licin dan menepati kehendak pihak berkuasa.

    Selain itu, ciri kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional yang lain pula ialah

    tanggapan perubahan teknologi dalam kehidupan masyarakat. Ini kerana perubahan

    dalam teknologi amat pesat. Oleh itu, kurikulum PTV hendaklah bersedia dengan

    perubahan teknologi pada masa akan datang. Kurikulum PTV juga hendaklah

    diserapkan dengan perkembangan baru teknologi agar para graduan dapat bersaing

    dalam mencari pekerjaan.

    Logistik dalam penglibatan menjaga kesesuaian kurikulum kadangkala akan

    membawa kepada situasi yang kompleks dan ia juga mengambil masa yang lama

    tetapi faktor ini juga yang membawa kepada kejayaan atau kegagalan dalam

    pelaksanaan kurikulum teknik dan vokasional. logistik akan mengambil berat tentang

    keperluan dan kehendak pelajaran. Peralatan dan bahan Fizik dan Kimia mestila

    cukup untuk dilakukan semasa membuat eksperimen di makmal. Peralatan elektronik

    yang disediakan juga hendaklah berfungsi dan diselenggara. Bahan dan peralatan

    yang digunakan bagi kurikulum hendaklah dibeli, disimpan, dibuat inventori, diganti

    dan kadangkala akan dijual. kesemua perkara seperti di atas hendaklah dijaga untuk

    mengelakkan berlakunya masalah logistik.

    Kos dalam meyelenggara kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional tidaklah

    begitu tinggi tetapi kos dalam operasi sesetengah kurikulum vokasional sangat tinggi

    sehingga melebihi kos pengajian akademik. Kos ini meliputi kos elektrik, air,

    pembelian, peyelenggaraan, penggantian peralatan dan sebagainya. Kos pendidikan

    vokasioanal tinggi disebabkan penggunaan mesin-mesin yang digunakan semasa

    proses pembelajaran seperti welding dan lain-lain. Selain itu, untuk membeli

    peralatan kurikulum vokasional juga memerlukan kos yang besar disebabkan untuk

    pembelian barangan yang berkualiti tinggi memerlukan kos yang tinggi.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    12/47

    2.2 RASIONAL PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN

    TEKNIK DAN VOKASIONAL

    Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu

    kurikulum. Kadang kala faktor itu bergerak sendiri atau bergabung. Antara faktor-

    faktor itu ialah kewujudan atau perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Seperti yang

    sedia maklum, kedudukan ilmu sentiasa berkembang dan pelbagai ilmu telah Berjaya

    dikaji olah para saintis terutamanya berkaitan dengan kehidupan harian manusia.

    Kurikulum yang telah dibentuk perlu sentiasa dikemaskini supaya pelajar-pelajar

    dapat mempelajari ilmu-ilmu terkini dan tidak terkongkong dengan ilmu yang sudah

    ketinggalan zaman dan lapuk serta tidak releven digunakan lagi.

    Seterusnya kehendak masyarakat yang berubah. Kehendak masyarakat

    sentiasa berubah dan pelbagai ragamnya. Begitu juga dengan keadaan sesuatu benda

    tiada yang kekal dan sering berubah. Perubahan ini menyebabkan perbezaan diantara

    zaman dahulu dan kini. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi perubahan dalam

    kehendak masyarakat seperti elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu sendiri.

    Kurikulum akan berubah mengikut keperluan masa. Terdapat beberapa

    rasional dalam pembangunan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. Menurut

    Curtis dan John (1999) rasional pengembangan kurikulum Pendidikan Teknik

    Vokasional berkaitan dengan pangkalan data, dinamik, hasil eksplisit, kejelasan

    penuh, realistik, berpusatkan pelajar, penilaian terancang, berpusatkan masa hadapan

    dan fokus kepada world class.

    Pangkalan data digunakan untuk membentuk kurikulum PTV pada masa

    dahulu. Data akan dikaji dan dikumpul daripada masyarakat sekitar sebelum

    memutuskan untuk membuat kursus-kursus PTV agar kursus yang akan digubal ini

    sesuai bagi memajukan kehidupan masyarakat. Data yang dikumpul berkaitan

    dengan ciri-ciri pelajar dan peluang pekerjaan yang bakal disediakan pada masa itu.

    Data ini akan dikumpul dan di kaji dengan teliti bagi menghasilkan kualiti kurikulum

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    13/47

    yang sempurna. Oleh itu, tanpa mengumpul dan menganalisis data, kurikulum PTV

    sukar untuk dibangunkan.

    Kurikulum yang dinamik diperlukan dalam PTV. Ini kerana, kurikulum

    secara statik samalah dikatakan sebagai kurikulum yang mati. Pentadbir, pengajar

    dan penggubal kurikulum hendaklah terlibat dalam mengetahui sejauh mana

    keberkesanan kurikulum dalam mencapai kehendak pelajar. Penilaian berterusan

    juga hendaklah di lakukan keatas pelajar bagi melihat hasil pengajaran yang telah

    dirancang samaada ia telah mencapai matlamat dan objektif kurikulum atau tidak.

    Kurikulum PTV bukan sekadar untuk menyediakan peluang pekerjaan sahaja

    tetapi ia juga ada menerapkan kemahiran-kemahiran generik untuk menjadikan

    pelajar itu lebih fleksible. Seseorang itu juga perlu tahu cara berkomunikasi dengan

    pentadbir, guru, pelajar, keluarga dan pekerja. Dalam mencapai matlamat kurikulum

    ini, hasil yang tersirat seperti kemahiran generik ini akan diserapkan kepada pelajar

    agar dapat menghasilkan pekerja yang lebih berkualiti.

    Kejelasan kurikulum melibatkan penerangan aktiviti-aktiviti kokurikulum

    seperti organisasi pelajar vokasional, menjadi pendukung kurikulum atau kursus

    teknikal. Ia hendaklah jelas antara isi kandungan kurikulum vokasional dan teknikal

    serta kursus pendidikan umum. Kejelasan ini juga melibatkan keseluruhan peringkat

    sekolah. Ianya dilakukan agar tidak berlaku perulangan pelajaran pada peringkat

    menengah mahupun rendah. Kejelasan ini juga diperlukan bagi menentukan apa yang

    terbaik yang perlu diajar oleh tenaga pengajar kepada para pelajar dan pengajar juga

    dapat mengajar dengan penuh berhemah.

    Kurikulum dalam pendidikan vokasional tidak hanya memfokuskan kepada

    apa yang perlu pelajar tahu, malah kurikulum ini mementingkan tentang apa yang

    boleh pelajar lakukan. Isi kandungan Pendidikan Teknik dan Vokasional ini mestilah

    menggambarkan situasi sebenar pekerja seperti pemberian tugasan yang relevan,

    pengetahuan, kemahiran, perlakuan dan nilai sebagai asas kepada pelajaran.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    14/47

    Pengajaran secara hands-on juga diamalkan kepada pelajar untuk memberikan

    pelajar pengalaman dengan memantapkan kemahiran pelajar.

    Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional juga hendaklah berpusatkan

    kepada pelajar serta memenuhi keperluan dan kehendak pelajar. Kaedah yang

    digunakan dalam kurikulum ini ialah pengajaran secara kumpulan dan pengajaran

    individu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pelajar. Kurikulum berpusatkan

    pelajar dapat membantu pelajar bersifat kretif dalam menyelesaikan pelbagai kerja

    dan memberikan mereka pengalaman dan kemahiran dalam dunia perkerjaan pada

    masa akan datang.

    Penilaian tidak dirancang oleh pihak pentadbiran dan tenaga pengajar

    dilakukan bagi mengukur sejauh mana pelajar itu dapat menguasai pelajaran yang

    diajarkan kepadanya. Penilaian yang dibuat hendaklah dilakukan secara sistematik

    dan ia hendaklah dilakukan secara berterusan kerana Pendidikan Tenknik dan

    Vokasional melibatkan prestasi kemahiran dan kemahiran ini tidak boleh di ukur

    pada peperiksaan akhir sahaja. Setelah penilaian dibuat, data-data yang telah

    diperolehi akan dikumpul dan dianalisis untuk melihat hasil pembelajaran pelajar dan

    tindakan susulan akan dibuat untuk menambahbaik sesuatu kurikulum itu.

    Pengajaran Pendidikan Teknik Vokasional juga amat mementingkan masa

    hadapan pelajar. Mereka akan memikiran soalan-soalan seperti Apakah kesan kepada

    pelajar ke atas perubahan teknologi? Apakah jenis bengkel yang sesuai yang

    diperlukan oleh pelajar? dan Apakah pelajaran yang sesuai bagi pelajar pada setiap

    peringkat? dalam menentukan masa depan pelajar. Kurikulum yang digubal

    hendaklah mempunyai kaitan dengan kehidupan masa depan pelajar. Oleh itu,

    penggubalan kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional hendaklah Berjaya

    dilaksanakan dan tetap dalam jangka masa yang lama bergantung kepada keperluan

    masa depan pelajar.

    Apa yang dikatakan sebagai fokus kepada world class ialah dimana

    kurikulum ini dapat melahirkan seseorang yang berkemahiran tinggi, berkualiti,

    mempunyai pencapaian akademik yang baik, menyediakan perkhidmatan yang baik

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    15/47

    dan bertaraf kelas pertama. Kurikulum ini mementingkan world class fokus kerana

    untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengalaman dalam dunia pekerjaan

    kerana alam pekerjaan mempunyai banyak cabaran dan halangan. Pengalaman

    pelajar dalam menempuh alam pekerjaan akan membuatkan pelajar itu matang dan

    tidak mudah berputus asa dalam pekerjaannya. Kurikulum ini akan menjadikan

    pelajar besifat fleksibel dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Semakin banyak

    cabaran dalam pekerjaan semakin luas pengalaman yang akan diperolehi oleh pelajar

    serta dapat mematangkan cara pemikiran pelajar.

    2.3 PERBINCANGAN

    Tujuan pembangunan kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional adalah untuk

    menyediakan kemahiran, etika kerja dan sikap pelakar supaya dapat menghasilkan

    tenaga kerja yang berguna dan produktif. Susunan kandungan kurikulum juga dapat

    menyediakan asas kepada pelajar untuk menyambung pendidikan ke peringkat yang

    lebih tinggi jika mereka masih berminat untuk belajar. Kurikulum ini juga dapat

    memantapkan lagi proses perindustrian dan permodenan.

    Disini dapat dibincangkan bahawa ciri-ciri kurikulum Pendidikan Teknik

    Vokasional menjurus kepada pengembangan kemahiran pelajar. Kemahiran ini

    diperolehi melalui aktiviti hands-on dan aktiviti yang telah dirancang. Selain itu,

    kemahiran generik juga diterapkan dalam kurikulum kerana industri memerlukan

    seorang pekerja yang berkebolehan. Bukan dari segi akademik malah dari segi

    komunikasi juga. Kemahiran-kemahiran yang telah diajar juga akan membolehkan

    pelajar mengaplikasikan ke dalam kehidupan harian mereka. Kurikulum yang

    digubal akan membekalkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran dalam dunia

    pekerjaan serta melahirkan pelajar yang mampu hidup berdikari dan boleh

    meneruskan kelangsungan hidup.

    Kurikulum ini juga mempunyai hubungan antara sekolah, industri dan

    masyarakat. Disini dapat dilihat bahawa dalam penggubalan kurikulum, pihak

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    16/47

    sekolah akan berhubungan dengan pihak industri untuk mendapatkan maklumat

    tentang ciri-ciri pekerja yang dikehendaki oleh industri. Jadi peluang pekerjaan bagi

    graduan akan terbuka luas. Graduan yang telah diterima bekerja pula akan

    bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan masyarakat. Graduan ini akan

    menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk menyediakan keperluan masyarakat

    supaya kehidupan masyarakat lebih mudah dan selesa.

    Untuk menghasilkan graduan yang berjaya, proses penghasilan graduan juga

    hendaklah diambilkira. Bagi melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran,

    pihak sekolah hendaklah menyediakan peralatan dan bahan yang secukupnya kepada

    pelajar agar pelajar berpeluang menimba pengalaman dalam penggunan teknologiyang ada. Pihak sekolah akan menyediakan pelbagai keperluan pelajar untuk

    membantu mereka menajamkan lagi kemahiran praktikal. Untuk mendapatkan

    peralatan-peralatan ini, modal yang besar diperlukan. Penglibatan pihak berkuasa

    atau badan kerajaan atau swasta secara tidak langsung dapat memberikan dana dan

    sokongan bagi pihak sekolah untuk mendapatkan peralatan dan bahan. Peralatan-

    peralatan yang telah dibeli ini hendaklah dijaga dan diselenggara atau ditukar bagi

    memastikan ia boleh berfungsi dengan baik.

    Melalui rasional kurikulum yang telah dibincangkan, pengumpulan data amat

    penting dalam perangkaan kurikulum kerana data yang dikumpulkan ini hanya untuk

    mengetahui apakah jenis keperluan pekerjaan yang diperlukan di kawasan itu.

    Sekiranya kurikulum yang digubal tidak mempunyai sebarang data, maka graduan

    yang dihasilkan sukar untuk mendapat pekerjaan kerana graduan itu tidak memenuhi

    ciri-ciri pekerja yang dikehendaki oleh industri. Situasi ini akan membawa kepadapembaziran masa, wang dan tenaga kerana ia tidak membawa sebarang hasil atas

    sekeping sijil yang diperolehi oleh graduan. Oleh itu, kepentingan data sebelum

    penggubalan kurikulum diutamakan untuk melihat peluang pekerjaan yang wujud di

    kawasan tersebut.

    Kerasionalan kurikulum yang dinamik akan menjadikan isi pelajaran lebih

    menarik kerana pelajar akan sentiasa dipantau untuk melihat pencapaian pelajar

    tersebut. Kurikulum ini juga dapat melihat sejauh mana ia dapat memenuhi

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    17/47

    keperluan pelajar dan mudah untuk diubah bagi memperbaiki isi kandungan

    kurikulum itu.

    Jika tenaga pengajar kerap memantau pelajar, maka mereka boleh menjangka

    kebolehan dan kemahiran yang ada pada pelajar. Secara tidak langsung, pengajar

    boleh membantu pelajar dalam mengembangkan lagi kemahiran mereka dan

    kejayaan pelajar itu akan terjamin. Hubungan tenaga pengajar dan pelajar akan

    menjadi rapat dan mereka akan sentiasa berinteraksi. Keadaan ini membolehkan

    pelajar mengasah kemahiran komunikasi mereka. Pengalaman ini akan dibawa ke

    dunia pekerjaan akan datang antara pekerja dan ketua.

    Kurikulum yang mempunyai kandungan yang jelas dan tersusun akan

    melicinkan pelaksaan pengajaran. Ini kerana, tenaga pengajar tahu apa yang hendak

    di ajarkannya mengikut peringkat umur. Jika isi kandungan kurikulum tidak jelas dan

    kabur, kemungkinan tenaga pengajar akan mengajar topik pelajaran yang sama pada

    tahun yang berlainan. Ia menyebabkan pelajar akan mengulangi pelajaran yang sama

    dan ia membuang masa atas pertindanan pelajaran. Oleh itu, kejelasan kurikulum

    memudahkan pengajaran dilakukan dengan lebih terancang dan teliti.

    Jika kurikulum ini jelas, tersusun dan terancang, maka mudah untuk membuat

    penilaian keatas pelajar. Melalui proses penilaian, kebaikan dan keburukan

    kurikulum boleh dilihat dan penambahbaikan kurikulum akan dilakukan jika

    terdapatnya ralat dalam penggubalan sesuatu kurikulum. Kurikulum akan berubah

    untuk memenuhi keperluan industri dalam menyediakan graduan yang berkemahiran

    dan berilmu tinggi pada masa akan datang. Menurut Mohamed Nor (1990), dengan

    penilaian yang telah dilakukan akan diketahui keperluan dan masalah dan hendaklah

    digubal kurikulum yang baru agar dapat memberikan pengajaran dan pengalaman

    dengan lebih berkesan.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    18/47

    2.4 PENUTUP

    Diketahui bahawa, fungsi Pendidikan Teknik Vokasional adalah untuk

    menyediakan pelajar ke alam pekerjaan, oleh itu kurikulum pendidikan ini hendaklahselari dengan pemintaan industri masa kini. Kurikulum PTV hendaklah

    menghasilkan pelajar yang bersifat universal kerana pemimpin yang berkualiti adalah

    pemimpin yang universal maka ciri kurikulum yang diperlukan oleh PTV hendaklah

    cenderung kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri.

    Rasional pembangunan kurikulum PTV penting bagi membentuk kemahiran,

    kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja dan tanggungjawab dalam diri pelajarsupaya dapat digunakan dengan lebih berfaedah dan produktiviti. Selain itu,

    kurikulum ini juga dapat membantu mempercepatkan proses pembangunan dan

    mempertingkatkan daya pengeluaran di sektor perindustrian dengan memberi

    sumbangan guna tenaga untuk menjadikan industri lebih produktif serta membantu

    mengembangkan potensi pelajar dan memperbaiki taraf hidup mereka dengan cara

    meluaskan alam kecerdasan sambil memperbaiki kemahiran dan pengetahuan.

    2.5 RUJUKAN

    1. Muhamad Ghazali bin Mohd Saaid, persepsi guru pelatih tahun lima

    pendidikan teknik dan vokasional (awam, elektrik dan jentera) terhadap

    tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan di

    fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

    2. Naza idris bin saadon Bahagian pembangunan kurikulum (ptv) Kementerian

    pelajaran Malaysia Perkembangan aliran kemahiran di smt

    3. Mohamed Nor Che Nor (1990). Asas-asas Pendidikan Satu Pengenalan

    (Edidi Pertama). Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    19/47

    4. Curtis R.Finch dan John R. Crunkilton (1999). Curriculum Development in

    Vocational and Technical Education (Edisi kelima). United States, America:

    Allyn and Bacon, a Viacom Company.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    20/47

    MINGGU 4 & 5

    MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM

    3.0 PENDAHULUAN

    Unruh dan Unruh (1984) mengatakan bahawa proses pembangunan

    kurikulum sebagai a complex process af assessing needs, identifying desired learning

    outcomes, preparing for instruction to achieve the outcomes, and meeting the

    cultural, social and personal needs that the curriculum is to serve. Secara ringkas

    dapat dikatakan bahawa dalam pembangunan kurikulum memberi pertunjuk apakah

    kurikulum yang dikembangkan itu dalam pandangan tradisional atau moden.

    Model pembangunan biasanya digunkan dalam proses perkembangan

    kurikulum. Dalam model ini kurikulum digunakan sebagai rencana dan kegiatan.

    Idea dalam perkembangan ini mengutamakan kepada kualiti yang harus dimiliki

    dalam memperlajari suatu ilmu, teknologi, agama, seni dan sebagainya.

    Dalam peringkat pengembangan idea, masalah pendidikan hanya terbatas

    kepada permasalahan pemindahan. Kemudian kegiatan penilaian dijalankan untuk

    mencari kelemahan kurikulum yang ada pada model yang tersedia ada dan dianggap

    tidak sesuai untuk kurikulum baru dan diakhiri dengan melihat hasil kurikulum

    berdasarkan tujuan yang terbatas.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    21/47

    3.1 A SYSTEM VIEW OF CURRICULUM DEVELOPMENT

    Berdasarkan teori kurikulum dari model sistem, terdapat empat sistem dalam

    pelaksanaan pengajaran iaitu kurikulum, pengajaran, mengajar dan belajar.

    Penggunaan model sistem dapat membantu ahli teori kurikulum jenis dan lingkungan

    konsep kurikulum yang diperlukan. Kurikulum pula dikata sebagai suatu dokumen

    atau rencana yang mengandungi kualiti pendidikan yang perlu ada oleh pelajar

    melalui pengalaman pembelajaran mereka.

    3.2 MODEL TERPILIH

    3.2.1 SYSTEM MODEL FOR PERFORMANCE IMPROVEMENT

    Sejak 400 tahun dahulu kajian sains telah bermula untuk mempengaruhi

    pemahaman kita tentang bagaimana bumi ini bekerja. Kajian sains ini cuba

    menjelaskan cara dunia bekerja sebagai satu mesin yang besar. Manusia selalu

    bekerja pada bahagian mesin, maka para saintis mempelajari setiap bahagian mesin

    secara berasingan untuk memahaminya. Para saintis percaya bahawa dengan

    meningkatkan beberapa bahagian akan meningkatkan keseluruhan prestasi sesuatu

    mesin. Pendekatan yang dilakukan ini telah berjaya dan mampu meningkatkan

    prestasi dan kemampuan indutri untuk membuat produk melalui kilang pemasangan

    dan pengurusan.

    Idea ini kemudian dibawa dan dipindahkan ke atas sekolah bagi

    membangunkan tingkatan kelas, tujuan pelajaran dan struktur institusi berdasarkan

    hirarki. Maka mereka percaya bahawa kita boleh memecahkan barang dan bekerja ke

    atas satu-satu barang sahaja dan kita dapat menjangka perkara yang baru dan

    dimasukkan kedalam barang tersebut.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    22/47

    Pendekatan model ini memfokuskan kepada interaksi antara bahagian dan

    keseluruhan yang lebih besar yang dikenali sebagai pendekatan sistem. Para saintis

    juga mula memahami tentang alam dan masyarakat dan harus melihat bahagian-

    bahagian individu.

    Secara umumnya sistem teori merupakan sebuah sistem yang mempunyai

    bahagian-bahagian yang saling berkaitan dan bersama-sama bekerja dalam satu

    kumpulan yang besar. Bahagian komponen atau elemen dalam sistem ini akan

    berkait rapat antara satu sama lain sama ada secara langsung atau secara tidak

    langsung dan setiap perubahan elemen ini akan mempengaruhi prestasi keseluruhan

    sistem.

    Sistem model digunakan untuk menunjukkan bagaimana setiap fasa

    berpadanan ke langkah seterusnya dan bertindak balas bagi memudahkan proses

    semakan dan penilaian. Halangan daripada persekitaran semasa proses pengajaran

    dan persekolahan dipertimbangkan dan kesesuaian yang sistematik dalam

    penyelesaian masalah pertimbangan berbanding daripada alternatif yang dilakukan.

    Kelas dikatakan sebagai suatu sistem dimana guru akan berkolaberasi

    bersama pelajar untuk pengembangan ilmu dan mencari makna pendidikan dalam

    konteks menjadi harapam masyarakat dan ia terikat dengan halangan masa dan

    sumber yang diperlukan.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    23/47

    Rajah 3.1: System Model For Performance Improvement.

    Kebaikan model ini ialah ianya tidak khusus kepada sesebuah organisasi.

    Oleh itu, model ini boleh digunakan dalam seua proses organisasi. Selain itu ia juga

    merupakan satu langkah proses yang sistematik kerana model ini akan menerangkandan memandu organisasi sehingga mendapatkan produk yang diharapkan. Selain itu,

    tindak balas yang diambil adalah untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi.

    Model ini juga tidak memfokuskan kepada produk dan ia dapat digunakan di mana-

    mana peringkat dalam organisasi.

    Kelemahan yang dapat dilihat pada model ini ialah terdapa tekanan daripada

    persekitaran terutama dalam pembangunan ekomomi, meringankan beban kewangan

    dan pada industri, masyarakat dan kerajaan. Guru pula tidak diutamakan dan

    digunakan sebagai robot yang bekerja menyampaikan ilmu dan segala keputusan

    hanya terletak ditangan pihak berkuasa seperti pemaju dan pengurus sahaja.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    24/47

    3.2.2 CURRICULUM PEDAGOGY ASSESMENT MODEL

    Konsep asas model Curriculum Pedagogy Assesment ialah pengetahuan,

    kemahiran dan hasil pembelajaran dibincangkan terlebih dahulu. Kandungan kursus

    akan menentukan penggunaan model dan hasilnya perkara yang dipelajari dan

    diajarkan akan dikenalpasti secara sistematik.

    Selain itu, tenaga pengajar yang menilai dan mengajar akan terlibat dalam

    perancangan kurikulum dan ia akan memaksimumkan peluang untuk menjayakan

    pelaksanaan kurikulum manakala pelajar adalah sasaran untuk perancangan

    kandungan, penyampaian dan penilaian.

    Setiap tujuan kandungan yang dianalisa oleh pengajar untuk domain, tahap

    frekuensi, kesulitan, tujuan dan aturan pelajaran. Analisis ini akan menghasilkan

    check and balance untuk menentukan apa, mengapa, dimana dan bila kandungan

    dibekalkan atau dikeluarkan dari kursus.

    Cara penyampaian kandungan dilakukan secaradipilih berhati-hati dan

    dimanipulasikan untuk memastikan bahawa perancangan, penyampaian dan

    penilaian terhadap pengajaran adalah sejajar. Hasilnya, segala yang telah dirancang

    diajarkan dan seterusnya setiap pengajaran akan dinilai.

    Setiap tujuan kandungan memerlukan sekitar tiga jam dari masa belajar

    pelajar. Hal ini akan menghasilkan perbandingan langsung antara tujuan kandungan

    dan sasaran perstasi. Selain itu ia juga akan menghasilakan perbandingan langsung

    antara isi pelajaran dan tujuan kuliah atau makmal dan sistuasi yang memudahkan

    perkongsian bahan pengajaran dan item penilaian.

    Keputusan mikro yang dibuat tentang program kandungan pengajian akan

    menghasilkan data makro yang boleh digunakan untuk menggambarkan dan

    menentukan sistem pembelajaran kerana data ini boleh diagregasi oleh program,

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    25/47

    institusi dan Negara. Pengajar dapat saling berkongsi perancangan pembelajaran

    data, bahan pengajaran dan item ujian.

    Terdapat lapan konsep yang diintegrasikan dalam model Curriculum

    Pedagogy Assesment (CPA) dari segi perancangan, penyampaian dan penilaian

    dengan menggunakan perisisan computer (IPSI). IPSI ini dapat membantu tenaga

    pengajar membina silibus, pelan mengajar, modul serta membantu membina bahan

    untuk ujian. Berikut merupakan rajah Curriculum Pedagogy Assesment (CPA).

    Rajah 3.2: Curriculum Pedagogy Assesment (CPA)

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    26/47

    3.2.3 INTEGRATED SYSTEM FOR WORKFORCE EDUCATION CURICULA

    Integrated System for Workforce Education Curicula or ISWEC telah

    reka oleh Edling dan Roling pada tahun 1996. Projek yang telah dirancang ini

    dilakukan untuk menyambung dunia pekerjaan dan pendidikan dalam pendekatan

    pembangunan kurikulum.

    Tujuan model ini adalah untuk mengintegrasikan pendidikan akademik

    dan pekerjaan dalam merangka kurikulum dari umur pelajar 9 tahun sehingga 14

    tahun. Kurikulum tradisional hanya mengorganisasikan sekitar bahan pengajaran dan

    integrasi tidak diambil berat dalam merekabentuk kursus.

    Rajah 3.3: Model ISWEC

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    27/47

    Integrasi menegak berkaitan antara pendidikan menengah dan

    menengah atas manakala integrasi mendatar pula antara kursus, sekolah kepada

    pekerjaan yang menyokong pelbagai strategi untuk mengaitkan pendidikan dan

    pekerjaan.

    Kelemahan model ini ialah gred atau tahap pendidikan yang tidak

    sesuai dengan pendidikan di Malaysia. Kemudian, tiada integrasi antara pendidikan

    awal, model ini berdasarkan orientasi kerjaya dan garis pengintegrasian tidak

    memiliki kesinambungan antara satu sama lain.

    3.2.4 SISTEM PERFORMANCE-BASED INSTRUCTIONAL DESIGN

    Sistem Performance Based Instructional Design (PBID) dianjurkan kerana ia

    merupakan system yang menyeluruh dari kurikulum pembangunan termasuk analisis

    isi, pemilihan kandungan, susunan isi, penataan pelajaran, pembelajaran format

    penghantaran dan penilaian prosedur pembangunan (Pucel, 1989).

    PBID akan digunakan untuk membuat program individu atau modul yang

    dirangka secara berkaitan antara satu isi dengan isi yang lain. Hasil daripada kursus

    ini akan menghasilkan kurikulum program dengan tujuan belajar yang ditakrifkan

    sebagai perubahan perilaku dan membawa pemahaman melalui arahan (Pucel, 1989).

    Setiap komponen didalam sistem PBID ini akan menyumbang kepada hasil

    kurikulum.

    Dalam sistem PBID, keterangan program akan mendefinasikan tujuan

    pembelajaran akan dibangunkan. Dua komponen utama yang akan dijelaskan adalah

    keterangan kandungan dunia pekerjaan dan kandungan tentang apa yang perlu

    diajarkan kepada pelajar. Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang kerja

    merancang, membina, mengendalikan peralatan akan membentuk isi kurikulum

    pelajaran. Berikut merupakan gambaran Sistem Performance Based Instructional

    Design (PBID).

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    28/47

    Rajah 3.4 Sistem Performance Based Instructional Design (PBID)

    Terdapat tujuh komponen Sistem Performance Based Instructional Design

    (PBID) iaitu penerangan program, analisis isi, isi pilihan, kendungan sekuensing,

    penataan pelajaran, pelajaran format penghantaran dan evaluasi pembangunan

    prosedur maklum balas. Setiap daripada komponen ini telah dijelaskan dengan cara

    terperinci bagi memudahkan proses pelaksanaannya.

    Penerangan progam meliputi menerangkan tentang tujuan sesuatu program

    dan konteks itu dilakukan dari sudut tahap setiap program, tempoh program yang

    akan dilaksanakan, tumpuan program yang dibuat, tetapan pembelajaran, hubungan

    progam yang dibuat dengan program yang lain serta kusus pelajar yang istimewa.

    Analisis isi mencari isi yang sesuai untuk disampaikan kepada pelajar. ia juga

    akan memfokuskan kepada psikomotor dan kognitif dari segi fungsi pengenalan,

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    29/47

    analisis kelakuan dan perilaku terperinci. Selain itu, pengalaman latihan hands-on

    yang disediakan hendaklah serupa dengan kerja nyata. Analisi ini juga dapat

    membantu mengenali potensi masalah dan mengesahkan punca khusus dari masalah

    yang timbul.

    Isi pilihan meliputi jenis maklumat yang akan diajarkan kepada pelajar.

    prosedur pemilihan isi kandungan ini juga ditentukan dari perlakuan pelajar

    kemudian menggangarkan masa yang diperlukan bagi setiap arahan untuk mengajar

    tentang perilaku. Seterusnya menentukan perlakuan yang hendak diterapkan

    berdasarkan kepentingan dan masa membentukknya, diikuti dengan keutamaan yang

    tinggi dalam menentukan perilaku yang boleh diajar.

    Bagi kandungan sekuensing pula menentukan kepentingan stategi

    pembelajaran yang hendak dilakukan. Perlakuan yang hendak diajarkan hendaklah

    digabungkan dalam urutan pengajaran supaya ia lebih tersusun. Isi kandungan

    sekuensing ini membolehkan pelajar menerima ilmu secara berperingkat dan tidak

    akan membebankan pelajar dengan meyampaikan pelajaran secara keseluruhan pada

    masa yang singkat.

    Penataan pelajaran adalah kaedah mempelajari rancangan program dan

    kandungan. Ia menjawab persoalan Bagaimana rancangan program akan

    disampaikan kepada pelajar dan Bagaimana penilaian akan dilakukan. Pelajaran juga

    hendaklah berstruktur dan disampaikan melalui pengembangan perilaku objektif,

    menentukan kandungan yang akan diajarkan, pemilihan format penghantaran

    pelajaran, pemilihan kaedah pembelajaran, pemilihan media pembelajaran bagi

    setiap peringkat sekolah, pemilihan prosedur penilaian dan pemilihan prosedur

    maklum balas.

    Pelajaran format penghantaran pula merupakan langkah-langkah atau proses

    untuk melaksanakan rancangan pelajaran. Selain itu, ia akan membangunkan kaedah

    khusus, media, penilaian dan prosedur maklum balas.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    30/47

    Konteks yang terakhir pula berkaitan dengan evaluasi dan pembangunan

    prosedur maklum balas. Evaluasi yang dilakukan bertujuan untuk melihat sama ada

    pelajaran yang telah disampaikan telah mencapai tujuan dan sasaran yang telah

    ditetapkan atau tidak, ia juga dilakukan bagi mengenalpasti kesulitan belajar selama

    proses pembelajaran yang telah dilakukan serta untuk mengetahui pelajar sudah

    menguasai isi kurikulum, laporan kemajuan dan dapat memberikan maklum balas

    kepada pelajaran yang telah disampaikan kepadanya.

    3.2.5 THE THEMATIC CURRICULUM FRAMEWORK

    Sebelum mendalami model ini, perlu diketahui definisi yang menjadi prinsip

    bagi model ini iaitu Thematic, Curriculum dan Framework. Menurut Kamus Dewan

    (2002), Thematik merupakan tema, topik, bidang atau pengkhususan, curriculum

    ialah bidang pelajaran di sekolah atau sukatan pelajaran dan framework bermaksud

    kerangka, keseluruhan prinsip atau idea.

    Oleh itu, The Thematic Curriculum Framework merupakan satu prinsip yang

    mengkaji tentang sukatan pelajaran bagi sesuatu bidang pengkhususan tertentu

    contohnya fesyen, elektronik, mekanikal, pertanian dan sebagainya. Kurikulum ini

    dipecahkan secara fokus dalam bidang-bidang yang dipilih mengikut sukatan yang

    telah digubal atau dirancang.

    The Thematic Curriculum Framework juga merupakan satu set pengalaman

    belajar yang terancang melalui program-program, aktiviti, yang mendedahkan pelajar

    kepada satu tema atau bidang atau pengkhususan sesuatu pelajaran supaya mereka

    dapat menonjolkan bakat dan memotivasikan diri mereka apabila keluar ke dunia

    pekerjaan mengikut bidang yang mereka pilih.

    Nilai yang diterapkan dalam Thematic Curriculum ini ialah peluang pelajaruntuk belajar melalui pengalaman. Selain itu, ia juga akan memaparkan hubungan

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    31/47

    antara pembelajaran berasaskan sekolah dan pengalaman sebenar ditempat kerja.

    Model ini juga memberi peluang untuk meneroka pelbagai pengalaman dalam bidang

    yang diceburi.

    Pelajar juga mendapat pendedahan yang mendalam dalam bidang yang

    diminati dan dapat memilih dan mengkaji peluang yang ditawarkan dalam pekerjaan.

    Mereka juga akan berpotensi besar dalam menyiapkan diri keperingkat yang lebih

    tinggi dan berkeupayaan menentukan sesuatu yang baru. Berikut merupakan model

    Thematic Curriculum Framework:

    Rajah 3.5 The Thematic Curriculum Framework

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    32/47

    3.3 PERBINCANGAN

    Berdasarkan model-model yang telah disenaraikan diatas, masing-masing

    mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Antara kelima-lima model ini, model

    Thematic Curriculum bersesuaian dengan kurikulum Pendidikan Teknik dan

    Vokasional kerana model ini lebih cenderung kepada mengembangkan potensi dan

    kemahiran pelajar. walaubagaimanapun, model ini mempunyai kelemahan dan

    penambahbaikan diperlukan bagi memperolehi model yang terbaik. Dalam

    perbincangan ini, penulis akan memberikan pandangan terhadap pembaikan model

    yang dirasakan sesuai.

    Kelebihan model Curriculum Pedagogy Assesment ialah guru atau pengajar

    itu sendiri terlibat secara langsug dalam penggubalan kurikulum. Selain itu,

    penggubalan kurikulum yang dilakukan adalah bersifat progresif. Model ini dapat

    mengenalpasti apa yang hendak diajarkan secara sistematik serta terdapatnya piawai

    dalam penggubalan model ini.

    Kelemahan yang dapat dilihat dalam model ini pula model ini terlalu

    bergantung kepada perisian computer (IPSI). Para pelajar juga sentiasa dijadikan

    bahan ujikaji dalam penghasilan kurikulum malah dalam kurikulum ini, mereka tidak

    menerapkan nilai-nilai murni didalamnya serta dalam menggunakan perisian IPSI ini

    ia memerlukan kepakaran yang tinggi dan masa yang lama untuk menguasai

    kemahiran menggunakan perisian IPSI.

    Model yang seterusnya ialah Sistem Performance Based Instructional Design

    (PBID). Kelebihan ialah model ini telah direka untuk membantu pelajar untuk

    meningkatkan prestasi mereka dengan lebih berkesan. Selain itu, setiap komponen

    yang dirancang akan saling berkaitan dan memberi kesan kepada output. Model ini

    juga akan memberikan kefahaman yang jelas tentang isi pelajaran dengan cara

    member arahan atau panduan secara berperingkat.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    33/47

    Selain itu, model ini juga memfokuskan pelajaran terhadap perkembangan

    psikomotor dan kognitif pelajar dengan memperbanyakkan latihan hands-on.

    Pengajaran yang disampaikan juga dilakukan mengikut peringkat umur pelajar agar

    ia tidak membebankan mereka dan model ini juga menetapkan jangka masa yang

    sesuai bagi pelajar itu menamatkan pelajaran mereka serta ia juga memfokuskan

    program yang dirancang dengan keperluan pekerjaan semasa.

    Seterusnya, program yang disediakan sesuai untuk pelajar normal dan juga

    yang kurang upaya (OKU). Kurikulum yang dirangka akan mengajar pelajar dalam

    mendapatkan pengalaman dan kemahiran dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

    PBID merupakan sistem yang lengkap dan menyeluru dari kurikulum pembangunan.

    Terdapat tiga kelemahan yang dapat dikesan melalui model Sistem

    Performance Based Instructional Design (PBID). Pertama, model ini kurang

    menerapkan nilai-nilai murni dalam kurikulum serta tidak mempunyai matlamat

    yang jelas. Menurut model ini, pelaksaanan model ini tidak akan dipengaruhi atau

    tergugat dengan anasir luar atau persekitaran. Dan yang terakhir ialah dalam model

    ini tiadanya tindakan balik atau maklum balas keatas penilaian yang telah dilakukan.

    Ini menunjukan model ini tidak akan melalui penambahbaikan atau pembahruan

    dalam perangkaan kurikulum.

    Melihat kelebihan atau kelebihannmodel The Thematic Curriculum

    Framework pula, didapati bahawa model ini menunjukkan bahawa guru dapat

    bekerjasama dengan pelajar sebagai satu pasukan professional dalam menggunakan

    strategi belajar yang mendalam. Kaunselor juga dapat memberikan kesan yang

    positif terhadap tingkah laku pelajar serta model ini juga membantu dalam

    menunjukkan kepimpinan pentadbiran sekolah dalam meningkatkan iklim sekolah

    dan membantu pelajar memiliki pengalaman belajar yang menyeronokan.

    Kelemahan model ini pula menunjukkan tidak terdapatnya unsur persekitaran

    yang boleh mempengaruhi dalam pelaksanaan kurikulum serta model ini tidakmenunjukkan matlamat pendidikan yang jelas dalam penggubalan kurikulum ini.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    34/47

    Oleh itu, bagi penambahbaikan model ini, unsur-unsur persekitaran

    hendaklah dimasukan didalam model ini. Selain itu, penambahan matlamat yang

    jelas juga hendaklah disertakan malah penerapan nilai-nilai murni juga tidak

    dilupanakan.

    Berikut merupakan rangka model thematic yang telah diubahsuai. Penulis

    mencadangkan menggubalan advance holistic thematic curriculum.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    35/47

    Rajah 3.6 Advance Holistic Thematic Curriculum

    PERSEKITARAN DAN PENYERAPAN NILAI

    MATLAMAT

    Sedar

    kendiri

    Memahami

    Thematic

    Curriculum

    Mengambil

    Kira

    Keperluan

    Organisasi

    Mengambil

    kira

    Keperluan

    Kontekstual

    Mengambil

    Kira

    Keperluan

    Penyampaian

    Penilaian

    dan Kajian

    Semula

    Kurikulum

    Mengaitkan

    Kurikulum

    dengan

    Panduan

    Mengambil Kira

    Keperluan

    Kandungan

    Kurikulum

    MengambilKira

    Keperluan

    Industri

    PRODUK

    Pelajar

    Berkemahiran

    dan Berpotensi

    Jenis-jenis

    Keperluan

    Kurikulum

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    36/47

    3.4 KESIMPULAN

    Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan model-model yang telah

    dibincangkan ialah setiap menggubalan model ini mempunyai tujuan yang tersendiri.

    Semua model kurikulum yang telah dirangka menginginkan agar kaedah pengjaran

    yang diajarkan boleh sampai kepada semua pelajar. Mereka berharap segala

    perancangan pelaksanaan kurikulum ini akan Berjaya mencapai matlamat atau

    objektif yang telah dirancang.

    Selain itu, model-model ini juga bertujuan dapat menyampaikan pengajaran

    dengan lebih sistematik dan lebih tersusun agar pejalanan pelaksanaan kurikulumbertambah licin dan barjaya. Kurikulum ini juga bertujuan untuk melahirkan pekajar

    yang Berjaya dari segi akademik dan juga kemahiran dan seterusnya mempunyai

    persediaan dalam dunia pekerjaan.

    3.5 RUJUKAN

    1. Pucel, David E. Performance-Based Instructional Design. New York:

    McGraw-Hill, 1989.

    2. Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

    3. Unruh G.G dan Unruh. A (1984). Curriculum Development: Problem,

    Process and Progress. California:McCutchan Publishing Corporation.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    37/47

    MINGGU 6

    PENYUSUNAN KURIKULUM, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

    4.0 PENGENALAN

    Kurikulum merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi terutamanya

    dalam bidang pendidikan. Terdapat pelbagai andaian dan definisi yang boleh dibuat

    berdasarkan perkataan ini kerana kurikulum mempunyai pengertian yang sangat luas.

    Menurut kajian Kamarudin dan Siti Hajar (2004), Kurikulum berasal daripada

    perkataan latin curere yang membawa maksud laluan atau jejak. Perkataan ini

    memghasilkan kurikulum sebagai laluan dari satu peringkat ke satu peringkat.

    Kurikulum ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum boleh dibina dan digubal semula untuk

    kesesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran berlandaskan kepada Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan. Guru menjadikan kurikulum itu sebagai panduan bagi

    merancang pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif

    pengajaran dapat dicapai.

    Dalam sistem pendidikan Malaysia, segala bentuk aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran adalah berpandukan objektif pembelajaran yang dibina dan dibentuk

    oleh pakar-pakar pendidikan. Setiap aktiviti pendidikan perlu menyatakan objektif

    pendidikan dengan jelas dan boleh dicapai apabila dilaksanakan (Abdul Rahim,

    2007).

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    38/47

    4.1 HASIL KURIKULUM

    Penentuan hasil pembelajaran penting dalam menyatakan apa yang perlu

    dikuasai oleh pelajar, menolong member tumpauan dalam penguasaan hasil,

    membantu merancang dan menggunakan kaedah pembelajaran dan alat bantu

    mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran. Hasil

    pembelajaran ialah hasil daripada pengetahuan yang telah disampaikan kepada

    pelajar melalui kebolehannya membuat sesuatu perkara.

    Hasil kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional menunjukkan bahawa

    pelajar dapat mengaplikasikan sesuatu perkara yang telah dipelajarinya kadalam

    kehidupan seharian mereka. Oleh itu, penggubal kurikulum hendaklah mengenali

    beberapa jenis hasil kurikulum seperti hasil yang boleh diukur atau tidak.

    Menurut Curtis dan John (1999), hasil kurikulum yang boleh diukur dalam

    Pendidikan Teknik dan Vokasional ialah seperti pelajar dapat mengenal, melakukan,

    menambah, memberi sebab dan menerangkan. Hasil yang boleh diukur membawa

    maksud dimana hasil pembelajarannya boleh dinilai dalam pengukuran data secara

    objektif.

    Manakala bagi hasil kurikulum yang tidak dapat diukur ialah dimana pelajar

    itu menghargai nilai pekerjaannya, mengembangkan potensi kemahirannya dan

    mengarahkan pergerakan kumpulan. Untuk mengukur penghargaan nilai sukar untuk

    dilakukan maka ia dikatakan sebagai nilai yang tidak boleh diukur.

    Dalam kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional, hasil pembelajaran

    pembelajaran hendakah mempunyai jenis yang boleh diukur dan tidak boleh diukur.

    Penggubal kurikulum PTV hendaklah dapat menyenaraikan beberapa hasil

    pembelajaran yang boleh diukur agar prestasi pelajar dapat dikenalpasti. Ia

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    39/47

    memudahkan pihak pentadbir untuk menilai pelajar dan mengetahui sejauh mana

    pelajar menguasai sesuatu kemahiran atau pelajaran.

    4.2 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

    Matlamat digunakan bagi merujuk kepada deskripsi matlamat umum atau

    secara menyeluruh bagi sesebuah kurikulum manakala objektif pula merujuk kepada

    deskripsi matlamat yang lebih spesifik dan konkrit (Jack C. Richard, 2001).

    Menurut Mohd Ridhuan (2006) tujuan matlamat dibina adalah untuk

    menyediakan definisi yang jelas daripada tujuan pembelajaran, untuk menyediakan

    garis panduan guru, pelajar dan penggubal subjek atau kurikulum, untuk membantu

    melengkapi tumpuan terhadap pembelajaran dan untuk menggambarkan kepentingan

    dan kesedaran terhadap pembelajaran.

    Objektif berasal daripada penyata falsafah iaitu hasil pengajaran dan

    penilaian. Perancangan kurikulum adalah berharap supaya pelajar dapat mencapainya

    sebagai hasil pendedahan segmen-segmen atau semua program di sekolah. Objektifkurikulum menentukan standard pencapaian pelajar di mana kurikulum telah

    dirangka.

    Setelah objektif pendidikan ditetapkan, maka aktiviti pendidikan dapat

    dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Tyler (1950), terdapat lima pendidikan

    untuk menentukan objektif pendidikan dan pembelajaran iaitu mengkaji pelajar

    sebagai sumber objektif. Ia bermaksud kajian yang dilakukan ke atas pelajar

    membolehkan mereka mengesan perubahan yang berlaku dan perubahan ke atas

    kurikulum perlu dilakukan agar ia bersesuaian dengan kemajuan teknologi kini.

    Selain itu, cara penentuan objektif dengan cara mengkaji cara hidup diluar

    sekolah. Apabila kajian tentang cara hidup diluar sekolah, mereka boleh menentukan

    apa jenis pengetahuab, kemahiran, sikap dan kebolehan yang diperlukan oleh

    masyarakat dalam pendidikan.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    40/47

    Seterusnya ialah mengkaji cadangan yang telah dikemukakan oleh pakar

    mata pelajaran kerana cadangan mereka amat berpengaruh dan mereka selalu

    digunakan sebagai penjana idea untuk membentuk objektif pendidikan. Objektif iniakan menjadi lebih mantap dan menyeluruh dan menggambarkan sistem pendidikan

    yang sedia ada.

    Dengan menggunakan falsafah untuk memilih dan menentukan objektif

    dapat mentafsir dan mencirikan penghidupan masyarakat yang baik dan cara yang

    terakhir dalam penentuan objektif ialah dengan menggunakan psikologi

    pembelajaran untuk memilih dan menentukan objektif. Berdasarkan psikologi

    pembelajaran, objektif pendidikan diperlukan kerana objektif pendidikan merupakan

    satu matlamat pendidikan yang perlu dicapai melalui proses pembelajaran.

    Jika matlamat pendidikan tidak seimbang dengan keadaan pembelajaran,

    maka matlamat pendidikan itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tujuan

    pendidikan. Oleh itu, penggubal objektif hendaklah mengambil kira peringkat umur

    pelajar yang ada dalam sistem pendidikan kerana objektif pendidikan yang hendak

    digubal perlu mengikut turutan yang logik dan sesuai.

    4.3 ASAS PEMBENTUKAN MATLAMAT PENDIDIKAN

    Peranan dan matlamat pendidikan akan berubah dari semasa ke semasa

    mengikut peredaran zaman. Menurut Yahya (1993), bagi mencapai matlamat

    perpaduan Negara dan penghasilan tenaga rakyat untuk keperluan pembangunan

    Negara, pelaksanaan sistem pendidikan telah ditumpukan kepada keutamaan-

    keutamaan tertentu.

    Sistem pendidikan di Malaysia perlu melihat peranannya dalam konteks yang

    lebih luas dengan menumpukan kepada pembentukan suatu bangsa Malaysia yang

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    41/47

    berdaya maju, berdaya saing, dinamik dan Berjaya. Ia adalah asas ke arah

    merealisasikan cita-cita pedidikan Malaysia bagi membentuk insan yang sempurna.

    Falsafah Pendidikan Negara telah digubal untuk merealisasikan cita-cita ini.

    Falafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu

    usaha berterusan ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

    Pendidikan vokasional pula ditakrifkan sebagai sebarang pendidikan pada

    mana-mana peringkat yang cuba menyediakan manusia untuk kerjaya-kerjaya

    tertentu. Jelasnya pendidikan vokasional bererti sebarang bentuk pendidikan yang

    dirancang dengan tujuan utama untuk menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan

    sosial yang berfaedah (Yahya,1993).

    Pendidikan vokasional dapat memenuhi kehendak individu dan Negara dalam

    menyediakan peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran dalam sesuatu bidang

    dan hasrat Negara yang memerlukan pekerja-pekerja mahir. Oleh itu, satu program

    pendidikan vokasional yang baik hendaklah dirancang untuk memenuhi keperluan

    kemahiran individu dan masyarakat.

    Terdapat dua objektif pendidikan vokasional iaitu sesuai dengan kehendak

    masyarakat atau Negara dan ianya disediakan untuk menjamin keperluan latihan

    kemahiran masyarakat iaitu untuk mempertingkatkan kualiti hidup manusia supaya

    mereka menjadi lebih produktif, berdikari, boleh menyumbang dan dan menjadi

    rakyat yang dapat memenuhi kehendak diri serta membantu memenuhi keperluan

    ekonomi masyrakat.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    42/47

    Objektif kedua ialah untuk memenuhi keperluan individu dalam masyarakat

    seperti mengadakan latihan awal bagi individu supaya mereka berpeluang memilih

    kerjaya. Selain itu, menyediakan latihan untuk mengemaskinikan kemahiran pekerja

    dan mewujudkan peluang latihan semula bagi pekerja-pekerja yang ingin menukar

    kerja mereka atas sebab peribadi (Yahya, 1993).

    4.4 PERSEDIAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF

    Matlamat pendidikan digunakan oleh guru bagi menyelidik perkara yang

    dilakukan oleh meeka, menetapkan keutamaan, memberikan sepenuh perhatian dan

    membuang semua perkara yang tidak relevan semasa pengajaran. Matlamat penting

    bagi menentukan kejayaan atau kegagalan pendidikan (Najeemah, 2007). Matlamat

    mencadangkan penyusunan aktiviti mengikut arah tertentu. Prosedur pula ialah

    proses yang mengandungi arahan berkaitan dengannya.

    Menurut Mohd Ridhuan (2006), panduan memilih objektif mestilah berkaitan

    dengan spesifikasi tujuan dan objektif kurikulum yang sedia ada, mengenalpasti

    kedua-dua tahap tinggi dan rendah dalam pendidikan dengan penekanan yang lebih

    dan menggunakan cara penulisan yang ringkas. Tiga penekanan yang perlu diambil

    perhatian dalam spesifikasi objektif ialah pembangunan kemahiran pemikiran,

    integrasi kurikulum melalui unit disiplin dan mengiktiraf kebijaksanaan sebagai

    kelebihan berbanding global.

    Terdapat tiga faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan

    perkembangan matlamat Pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu kesan

    perkembangan matlamat ke atas individu seseorang, perkembangan matlamat adalah

    seragam dengan matlamat asal dan setiap perkembangan matlamat yang digubal

    diambil perhatian.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    43/47

    Pendidikan Teknik dan Vokasional yang digubal adalah kurikulum yang

    direka untuk pelajar dan falsafah pendidikan ini melibatkan pelajar secara aktif

    semasa aktiviti pembelajaran diadakan. Seseorang itu akan lebih cenderung

    mengikuti sesuatu matlamat sekiranya ia terlibat secara langsung dalam penyedian

    matlamat pendidikan.

    Beberapa faktor hendaklah diberi pertimbangan dalam penyediaan objektif

    yang boleh diukur seperti pengenalan, pemilihan, klasifikasi dan spesifikasi objektif.

    Dalam pengenalan objektif, penggubal hendaklah mengenalpasti jenis objektif yang

    hendak disediakan. Disebabkan kurikulum PTV cenderung kepada kemahiran, maka

    penyediaan objektif hendaklah memfokuskan tentang kecekapan tahap prestasipelajar bagi memenuhi kehendak mereka Curtis dan John (1999).

    Setelah pengenalan objektif dibuat, ia diikuti dengan proses pemilihan.

    Dalam proses pemilihan terdapat tiga kriteria yang diambil kira iaitu berkaitan

    dengan isi kandungan, pelajar dan sumber yang releven.

    Setelah objektif disediakan, pengelasannya dilakukan berdasarkan mengikut

    susunan agar ia tidak hanya menumpukan pada satu atau dua kategori sahaja, untuk

    memastikan bahawa arahan yang diberikan untuk tujuan prasyarat sebelum mencuba

    teknologi yang lebih kompleks dan untuk memastiksn bahawa instrumen yang tepat

    digunakan sebelum membuat keputusan.

    Dalam penyediaan objektif supaya ia dapat dilaksanakan dengan jayanya,

    maka spesifikasi cara pelaksanaan hendaklah diterangkan dengan jelas. Spesifikasi

    ini mengandungi tiga elemen utama iaitu aktiviti, keadaan dan piawai. Dalam elemen

    aktiviti mengandungi perkara-perkara yang boleh dilakukan pelajar dan perkara yang

    tidak boleh dilakukan oleh pelajar.

    Pelaksaan yang berjaya memerlukan keadaan dimana ia selalu dipantau untuk

    melihat sejauh mana keberhasilan sesuatu progam itu dijayakan manakala piawai

    yang dikehendaki ialah piawai dalam menentukan prestasi yang dikehendaki

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    44/47

    daripada pelajar. Prestasi pelajar boleh diukur dalam kecekapan, ketepatan, frekuansi

    dan penghasilan pelajar itu sendiri.

    4.5 URUTAN OBJEKTIF DALAM KURIKULUM

    Langkah terbaik bagi memikirkan tentang urutan objektif dalam kurikulum

    adalah dengan menggunaana susunan akal logik dalam penyusunan. Semasa

    penyusunan objektif ini terdapat beberapa faktor mempengaruhi penyusunan

    objektif yang perlu dipertimbangkan. Faktor yang boleh memberikan kesan dalam

    penyusunan objektif adalah logistik, persedian kerja dan pengesahan muka.

    Penyusunan objektif mestilah dilakukan dan dibuat ujian mengikut logik akal

    dalam sesebuah sekolah. Logik akal akan memberi arahan berkaitan dengan

    keperluan kemudahan, arahan kepada pekerja yang disediakan, perkakasan yang

    disediakan serta tatacara perjalanan. Perkara-perkara ini hendaklah dikaji dengan

    lebih teliti kerana ia boleh memberikan pengaruh kepada penyusunan objektif.

    Penyusunan objektif ini juga memerlukan penekanan kepada penyediaan

    kemahiran yang perlu dipelajari oleh pelajar. ini kerana apabila pelajar meninggalkan

    sekolah, mereka dapat bersaing dalam dunia pekerjaan. Yang terakhir ialah

    pengesahan muka. Tidak kira seberapa logik sesuatu objektif itu ia tidak bermakna

    jika tidak dilaksanakan. Maka pengesahan ini meliputi penerimaan pengajar dalam

    penyusunan objektif dan mereka rela melaksanakan objektif ini di dalam kelas.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    45/47

    4.6 PERBINCANGAN

    Objektif secara keseluruhannya banyak membantu proses perancangan

    kepada guru-guru. Objektif adalah asas dalam perancangan mengajar dengan lebih

    berkesan. Sesetengah guru enggan menggunakan objektif kerana mereka merasakan

    objektif terlalu menghadkan atau tidak sesuai untuk kandungan tertentu.

    Dalam erti peranan, pengajaran, objektif dapat memberi peluang kepada guru

    untuk merangka pernyataan tentang tujuan pelajar belajar melalui arahan. Perbezaan

    antara standard kandungan dan pencapaian ialah standard pencapaian merupakan

    tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar dimana pengetahuan diperkukuhkan di dalamtugas dan pengetahuan kemahiran digunakan secara tertentu oleh pelajar.

    Kebaikan objektif ialah ia merupakan pernyataan-pernyataan yang jelas

    tentang apa yang boleh dilakuka oleh pelajar, ia juga membolehkan guru merancang

    pelajaran mereka dengan lebih fleksibel. Kurang penekanan dalam kandungan yang

    perlu dirangkumi dan lebih penekanan ke atas kemahiran yang perlu dicapai. Ia juga

    memberikan butiran yang lebih konkrit mengenai prestasi pelajar serta membolehkan

    pihak pentadbiran menitikberatkan standard pelajar. Objektif juga membolehkan

    pelajar mengemukakan kemahiran berfikir dengan lebih tinggi.

    Walaubagaimanapun, objektif menyebabkan kerja atau beban guru semakin

    meningkat tetapi ia dapat menyediakan latihan perkembangan professional yang

    mencukupi kepada guru-guru. Ia juga dapat menyediakan penyataan hasil-hasil yang

    bermakna dan boleh dinilai serta dapat menyediakan sistem ekonomikal untuk

    memantau sama ada hasil telah dicapai atau tidak. Selain itu, objektif membolehkan

    pihak pentadbiran mendapatkan bukti dimana pendekatan hasil pembelajaran akan

    meningkatkan pembelajaran.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    46/47

    4.7 KESIMPULAN

    Sistem pendidikan di Malaysia terlibat dalam tugas pengkhususan tujuan dan

    objektif kurikulum. Tujuan kurikulum adalah program yang luas dan hadilnya

    dijangka tanpa cirri-ciri pencapaian. Objektif kurikulum adalah khusus kepada hasil

    penguasaan dan situasi sama ada rumusan atau situasi itu untuk dicapai oleh pelajar

    dalam kumpulan sekolah.

    Tujuan kurikulum dan objektif penting adalah untuk mengadakan keperluan

    penilaian yang lengkap untuk mengetahui keperluan tidak dicapai, melaksanakan

    fasa model cadangan untuk peningkatan kurikulum, mengeluarkan tujuan dan

    objektif pengajaran, menyediakan asas untuk menilai kurikulum dan member arahan

    kepada program atau kursus.

    Objektif dan matlamat hendaklah diberi penekanan dalam penggubalan

    kurikulum. Ini kerana objektif bertujuan untuk membimbing pemilihan isi, bahan dan

    kaedah yang harus dirujuk setiap masa apabila penentuan-penentuan mengenaikurikulum hendak dilakukan.

    4.8 RUJUKAN

    1. Mohd Ridhuan Hj Jusoh (2006). Matlamat dan Objektif Kulrikulum Bahasa

    Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    2. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd Aziz (2004). Pedagogi Asas

    Pendidikan. Kuala Lumpur: Karyazano Enterprise.

    3. Jack C. Richards (2001 ). Curriculum Development in Language Teaching.

    Cambridge University Press.

    4. Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Universiti Teknologi

    Malaysia: Skudai, Johor.

  • 8/3/2019 kurikulum ful assg

    47/47

    5. Curtis R.Finch dan John R. Crunkilton (1999). Curriculum Development in

    Vocational and Technical Education (Edisi kelima). United States, America:

    Allyn and Bacon, a Viacom Company.

    6. Tayler R. W (1950).Basic Principle of Curriculum and Instruction. Chicago:

    University of Chicago Press.

    7. Najeemah Md Yusof (2007). Konsep Pendidikan (Edisi Kedua). Kuala

    Lumpur: PTS Profesional Publishing. Sdn Bhd

    8. Yahya Emat (1993). Pendidikan Teknik Vokasional di Malaysia. Selangor:

    IBS Buku Sdn Bhd.