14
KUMPULAN 5 AHLI-AHLI KUMPULAN: 1. TEE XIN YUAN 2. TAN JING XIAN 3. SELLY CHONG 4. SAHSIREKAH 5. THOO ZHI QING

Kumpulan 5 tenaga alternatif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Persembahan pelajar prau2b3 sekolah tinggi kluang 2012

Citation preview

Page 1: Kumpulan 5 tenaga alternatif

KUMPULAN 5AHLI-AHLI KUMPULAN:1. TEE XIN YUAN 2. TAN JING XIAN3. SELLY CHONG4. SAHSIREKAH5. THOO ZHI QING

Page 2: Kumpulan 5 tenaga alternatif

TAJUK:Sumber tenaga daripada petroleum akan pupus kerana sumber tenaga

ini tidak dapat diperbaharui. Berikan pendapat anda, berserta

contoh yang sesuai, apakah sumber-sumber tenaga lain yang wajar dimajukan di negara kita?

Page 3: Kumpulan 5 tenaga alternatif

PENGENALAN:Penggunaan sumber tenaga

petroleum dengan banyak, bukan sahaja akan menyebabkan sumber

tenaga ini pupus dengan cepat malah juga boleh mencemarkan

alam. Oleh yang demikian, sumber-sumber baru perlu dicari.

Page 4: Kumpulan 5 tenaga alternatif

KUASA HIDROELEKTRIK Malaysia mempunyai banyak sungai dan mengalami

hujan yang banyak sepanjang tahun. hal ini membolehkan negara kita berpotensi untuk

menjana kuasa hidroelektrik bekalan air yang berterusan membolehkan sumber

tenaga ini tidak akan pupus. dengan membina empangan kita bukan sahaja dapat

menjana tenaga elektrik malah menjamin bekalan air yang mencukupi

penggunaan petrol digantikan dengan kuasa hidroelektrik untuk mengoperasi motor pam air bagi mengairi kawasan pertanian

contoh, Empangan Bakun di Sarawak Empangan Tasik Kenyir di Terengganu

Page 5: Kumpulan 5 tenaga alternatif

Empangan Hidroelektrik Kenyir atau Stesen Janakuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Empangan Hidroelektrik Kenyir

Page 6: Kumpulan 5 tenaga alternatif

SUMBER SOLAR cahaya matahari bersinar sepanjang hari di

negera kita. cahaya matahari boleh ditukarkan menjadi

tenaga suria dengan peralatan khas yang dapat menukarkan dan seterusnya menyimpan tenaga suria.

tenaga ini bersih dan mesra alam serta berpotensi menjadi tenaga alternative yang penting.

alat yang digunakan untuk menukar tenaga solar adalah seperti panel solar.

Page 7: Kumpulan 5 tenaga alternatif

KUASA SOLAR DI MALAYSIA

Malaysia sudah pun terlibat dalam teknologi ini sejak lebih dari 10 tahun. Pihak TNB menerusi agensinya, TNRD telah membuat kajian dan mencuba dibeberapa tempat seperti di Kuarters kakitangan dan komuniti luar bandar. Beberapa pakar dari universiti tempatan juga dalam masa yang sama membuat R&D masing-masing.

Solar panel biasanya merujuk kepada sistem solar water heater (seperti yang dipasang di bumbung-bumbung rumah). Solar module biasanya merujuk kepada sistem solar photovoltaic (PV). Ianya dipanggil module sebab sistem ini adalah modular (boleh dipasang mengikut kapasiti yang dikehendaki samada secara siri atau selari bergantung dengan konfigurasi sistem).

Page 8: Kumpulan 5 tenaga alternatif

Secara purata hasil dari kajian R&D tempatan, Energy Yield adalah 1,200 kWh/kWpeak/year. Maksudnya, setiap 1 kWpeak solar PV akan menjana 1,200kWh tenaga elektrik setahun. Sekiranya anda menggunakan tenaga 400kWh/month (12 * 400 = 4800 kWh/year), maka kapasiti yang diperlukan ialah (4800/1200) = 4 kWp.

Page 9: Kumpulan 5 tenaga alternatif

TENAGA NUKLEAR lebih murah berbanding pertroleum penggunaannya lebih produktiviti tidak perlu keluasan yang besar Sumbangan dalam bidang perubatan -Alat pengimbas CAT dan laser digunakan

untuk membuat diagnostic penyakit Sumbangan dalam bidang pertanian -Sinaran gamma dapat mandulkan serangga

perosak jantan -dapat mengubah gen tanaman

Page 10: Kumpulan 5 tenaga alternatif

TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA Jikalau sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan kerajaan

Malaysia berminat untuk membina loji tenaga nuklear selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib melakukan kunjungan hormat ke negara Jepun dan melihat sendiri teknologitenaga nuklear yang dilihat sebagai tenaga alternatif terbaik bagi mereka. Kejayaan dan pandangan positif terhadap nuklear yang diaplikasikan oleh Jepun, telah menjadi contoh kepada negara lain khususnya di Asia Pasifik

Terbaru, Kerajaan Malaysia telah meluluskan usul untuk membina loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi mulai 2021. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mengumumkan pembinaan loji tenaga nuklear. Sehingga ke hari ini, Malaysia bergantung pada bahan bakar fosil serta tenaga hidro untuk menjana elektrik. Namun, dengan harga minyak yang semakin meningkat serta bekalan minyak dan gas asli yang terhad, kerajaan Malaysia terpaksa mencari alternatif lain bagi memenuhi permintaan tenaganya.

Page 11: Kumpulan 5 tenaga alternatif

Buat masa ini, penggunaan elektrik di Malaysia ialah 14,000 megawatt sementara kapasiti maksimum negara ialah 23,000 megawatt. Kebiasaannnya jangka hayat loji tenaga nuklear ialah antara 50 tahun dengan 70 tahun.

Page 12: Kumpulan 5 tenaga alternatif

BIOMASS di negara kita bahan sisa organik

terbuang begitu sahaja, seperti hampas padi dan kelapa sawit

bahan ini boleh diproses untuk menjana sumber tenaga bagi kegunaan setempat

sisa pertanian dan penternakan boleh diproses kepada sumber tenaga dan juga kepada bahan lain seperti baja organik

Page 13: Kumpulan 5 tenaga alternatif

BIOGAS boleh dihasil daripada kitaran semula

bahan buangan domestik dan pereputan bahan buangan pertanian.

Bahan buangan domestik dan bahan buangan pertanian akan menghasilkan gas metana.

Digunakan sebagai bahan api untuk menjalankan jentara.

Memasak dan menyalakan lampu.

Page 14: Kumpulan 5 tenaga alternatif

KESIMPULAN Konklusinya, memang amat penting

bagi kita mencari pelbagai sumber alternatif untuk bekalan tenaga. Sekiranya bekalan tenaga daripada sesuatu sumber terputus, kita masih mempunyai sumber lain untuk menampungnya. Ini penting untuk menjamin kemajuan Negara.