34
1 Kandungan Pendahuluan 1 Pengertian Kudrat 4 Konsepsi Kudrat Wanita 12 Hak dan Kewajipan Wanita 22 Penutup 36 Latarbelakang Penulis 39 Pendahuluan Perkataan ‘kudrat’ adalah satu istilah yang sering digunakan untuk memperkecilkan peranan sosial wanita di dalam masyarakat. Perkataan ‘kudrat’ ini juga sering digunakan untuk menyarankan peranan wanita di sisi agama, agar ia dapat diterima dengan mudah. Istilah ini terus digunakan di dalam masyarakat sehingga kini. Kefahaman yang kurang jelas oleh masyarakat mengenai pengertian kudrat adalah menjadi faktor utama kekalnya budaya patriarki. Kecenderungan wanita untuk menganggap dirinya tidak setaraf dengan lelaki juga sedikit sebanyak adalah berpunca dari kefahaman kudrat yang seperti itu.

Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

1

Kandungan

Pendahuluan 1

Pengertian Kudrat 4

Konsepsi Kudrat Wanita 12

Hak dan Kewajipan Wanita 22

Penutup 36

Latarbelakang Penulis 39

Pendahuluan

Perkataan ‘kudrat’ adalah satu istilah yang sering digunakan untuk

memperkecilkan peranan sosial wanita di dalam masyarakat. Perkataan ‘kudrat’

ini juga sering digunakan untuk menyarankan peranan wanita di sisi agama, agar

ia dapat diterima dengan mudah. Istilah ini terus digunakan di dalam masyarakat

sehingga kini. Kefahaman yang kurang jelas oleh masyarakat mengenai

pengertian kudrat adalah menjadi faktor utama kekalnya budaya patriarki.

Kecenderungan wanita untuk menganggap dirinya tidak setaraf dengan lelaki

juga sedikit sebanyak adalah berpunca dari kefahaman kudrat yang seperti itu.

Page 2: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

2

Untuk memberi kefahaman yang mendalam terhadap makna kudrat, perbahasan

mengenai perbezaan lelaki dan wanita perlu dilakukan dengan cermat dan

berhati-hati, kerana kesimpulan yang keliru tidak hanya akan memberi kesan

kepada persoalan ilmu semata-mata, tetapi juga memberi kesan kepada

persoalan asasi kemanusiaan.

Dengan memberi kesimpulan bahawa lelaki dan wanita adalah berbeza secara

genetik, tanpa memberi penjelasan yang terang, kesimpulan tersebut dapat

dijadikan kesahihan terhadap realiti sosial yang menempatkan wanita sebagai

jantina kelas kedua (the second sex). Pandangan yang membezakan lelaki dan

wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam kehidupan

sosial budaya. Secara tidak disedari, anggapan seseorang mengenai perbezaan

biologi yang berupa zakar pada lelaki dan faraj pada wanita, yang merupakan

sifat gender, ia sekaligus juga menjadi beban gender yang akan menentukan

peranan sosial-budaya di dalam masyarakat. Sedangkan, sifat gender dan

beban gender tidak seharusnya ditentukan oleh sifat biologi

Pandangan ‘menganak-tirikan’ terhadap kudrat wanita seringkali dikaitkan

dengan norma agama. Agama dianggap telah menetapkan ‘ketempangan’

peranan berdasarkan perbezaan jenis jantina seperti yang berlaku dalam sejarah

manusia. Bahkan agama juga dianggap sebagai asal-usul ketempangan

tersebut. Norma budaya juga lebih banyak mendokong konsep agama mengenai

peranan sosial berdasarkan jenis jantina. Tetapi pada dekad terakhir abad ke 20

Page 3: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

3

ini, norma kebudayaan biasanya telah tidak terikat dengan doktrin agama. Kajian

yang lebih baik perlu segera dilakukan bagi menyingkap ketempangan-

ketempangan yang terjadi berdasarkan pandangan terhadap kudrat wanita.

Kajian tersebut perlu samada terhadap perbezaan lelaki dan wanita secara

biologi, mahupun mengenai anggapan sosial-budaya yang sudah meluas di

dalam masyarakat.

Pengertian Kudrat

‘Kudrat’ berasal dari perkataan Arab qadara/qadira-yaqduru/yaqdiru-qudratan.

Dalam kamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam perkataan ini bersamaan

dengan qawiyyun ‘ala al-syai (kuasa mengerjakan sesuatu), ja’alahu ‘ala

miqdarih (pembahagian menurut pecahannya), atau qash-shara

(memendekkan/membataskan). Dari akar kata qadara/qadira ini juga lahir

perkataan taqdir (qaddara-yuqaddiru-taqdir) yang bererti menentukan

(ketentuan) atau menetapkan (ketetapan). Kedua-dua perkataan ini, iaitu kudrat

(qudrah) dan takdir (taqdir) dalam penggunaan Bahasa Indonesia sering

digunakan untuk memberi maksud yang sama dan menunjukkan pada ‘apa yang

telah ditentukan oleh Tuhan’. Sehingga perkataan kudrat dan takdir ini bermuara

pada kekuasaan (mutlak) Tuhan.

Perkataan ‘kudrat (qudrah)’ dalam erti kemampuan, kekuatan atau sifat

menunjukkan adanya kaitan secara aktif antara diri pelaku terhadap apa yang

Page 4: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

4

boleh dan dapat dilakukannya sendiri, tanpa bergantung atau berkait dengan

perkara lain selain dirinya. Perkataan ‘kudrat’ juga lebih bermakna ‘inner power’,

iaitu kemampuan yang berpunca dari dalam diri individu untuk melakukan atau

tidak melakukan sesuatu perkara. Perkataan ‘takdir (taqdir)’ yang bermakna

ketentuan atau ketetapan menunjukkan adanya satu garisan kekuasaan ‘dari

atas ke bawah’, di mana yang berada pada garis bawah harus tunduk pada

(bahkan tidak mampu mengelak dari) ketentuan yang berasal dari atas. Sebagai

contoh, ketetapan atau ketentuan (keputusan) Majlis Perwakilan Rakyat adalah

sesuatu yang harus dilakukan oleh Presiden (eksekutif), atau dalam konteks

agama seperti takdir mengenai ajal yang tidak boleh dihindari atau dielakkan

oleh sesiapa. Ajal tidak ditentukan oleh seseorang. Dia hanya menerima apa

yang telah ditentukan ke atas dirinya.

Melalui pengertian ini adalah jelas bahawa dalam makna ‘takdir’ terdapat dua

pelaku serentak. Pertama, mereka yang membuat keputusan, dan kedua,

mereka yang menjalankan keputusan. Di sinilah letaknya perbezaan perkataan

‘kudrat’ dan ‘takdir’. ‘Kudrat’, pelaku tidak terkait atau harus tunduk pada perkara

lain selain dari kemampuan dirinya sendiri, yang menentukan adalah

kemampuannya untuk melakukan sesuatu yang ingin dilakukan. ‘Takdir’, pelaku

tidak berkuasa untuk menentukan apa yang diinginkan, kerana dia terikat

dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Kerana itulah sebuah aliran teologi

yang sangat berpegang teguh pada pendapat bahawa manusia mampu atau

memiliki kemampuan untuk melakukan apa sahaja digelar sebagai golongan

Page 5: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

5

Qadariyyah dan bukan Taqdiriyyah. Mereka yang mempercayai takdir dan

ketidakmampuan manusia untuk melakukan kehendaknya pula digelar golongan

Jabariyyah.

Penggunaan bahasa harian kita seringkali mengabaikan perbezaan makna

tersebut, sehingga perkataan kudrat dan takdir membawa pengertian yang

sama. Perkara ini tentu sahaja memberi kekeliruan kefahaman. Secara tidak

disedari perkara inilah yang menyebabkan ‘kudrat wanita’ difahamkan sebagai

‘takdir wanita’. Akibatnya, wanita terperangkap dalam batasan-batasan yang

sesungguhnya bukan ketentuan mutlak yang ditentukan ke atasnya dan

kemudian mengabaikan untuk melihat secara lebih jauh dan seimbang pada

persepsi kemampuan individu wanita. Dari pengertian ini, kudrat wanita tidak

semestinya harus dikaitkan dengan sesuatu yang penuh dengan bidang

terlarang, yang akhirnya menempatkan wanita pada kedudukan yang lebih

rendah dari lelaki dan tersisih dari peranan sosial-budayanya di dalam

masyarakat.

Dalam keadaan sosial yang berkembang, kefahaman yang khusus mengenai

kudrat, terutamanya ke atas wanita, lebih banyak bersifat larangan atau batasan

peranan sosial-budaya wanita. Dengan menggunakan alasan ‘sudah kudratnya’,

wanita dianggap sebagai pemikul beban kerja rumahtangga sepenuhnya, dan

peluang untuk mereka bekerja secara aktif di dalam sektor awam telah

diketepikan. Kudrat wanita telah sarat dengan muatan-muatan budaya tempatan.

Page 6: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

6

Kudrat bukan lagi sesuatu yang berdasarkan faktor biologi. Kudrat bukan lagi

sesuatu yang diberikan (berkat) Tuhan, tetapi terdapat unsur-unsur pembinaan

sosial-budaya masyarakat.

Ketika seorang bayi dilahirkan, pada saat itu juga telah boleh dikenali jantinanya

berdasarkan anggota jantina yang dimiliki. Anggota biologi yang membezakan

antara bayi lelaki atau perempuan disebut sebagai sifat gender (gender

attribute).

Jika sifat gender sudah jelas, contohnya jika seorang anak mempunyai zakar,

maka dia akan dianggap sebagai anak lelaki. Dia diberikan pakaian yang

mempunyai motif dan bentuk seperti kanak-kanak lelaki lain. Jika dia mempunyai

faraj (vagina) maka dia akan dianggap sebagai anak perempuan. Dia akan

diberikan pakaian dengan motif dan bentuk seperti kanak-kanak perempuan lain.

Pengkhususan yang diberi kepada diri anak itu disebut sebagai identiti gender

(gender identity).

Apabila seorang bayi dilahirkan, dia bukan sahaja dijemput dan disediakan

dengan identiti budaya tetapi juga dipersiapkan oleh nilai budaya. Jika dia

seorang lelaki maka masyarakat yang menganggapnya sebagai lelaki akan

menunggu dia menjalankan peranannya sebagai seorang lelaki seperti yang

dituntut oleh budaya. Sebaliknya jika dia seorang perempuan maka masyarakat

yang menganggapnya sebagai seorang perempuan akan menunggu dia

Page 7: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

7

berperanan sebagai seorang wanita seperti yang dituntut oleh budaya.

Perbezaan peranan budaya ini biasanya diistilahkan sebagai beban gender

(gender assignment).

Kudrat sering dikenalpasti dengan beban gender walaupun ia lebih berkaitan

dengan sifat gender. Jika kudrat diertikan sebagai beban gender maka kudrat –

yang selama ini mendapat pengesahan agama – akan merugikan wanita. Ini

adalah kerana di dalam konteks sosial-budaya yang sedang menantinya, dia

sudah ‘dicap’ untuk melakukan peranan suri rumahtangga secara penuh, dan

kehidupannya dipenuhi dengan berbagai larangan dan pantang untuk dipatuhi

yang akan menyempitkan lagi peluang dan ruang bergerak wanita.

Beban gender seseorang adalah bergantung kepada nilai-nilai budaya yang

berkembang di dalam suatu masyarakat. Dalam masyarakat patrilineal dan

andocentris – di mana kaum lelaki lebih dominan daripada kaum wanita – sejak

dari kecil beban gender seorang anak lelaki lebih dominan dibanding anak

perempuan. Sebaliknya dalam masyarakat matrilineal beban gender seorang

wanita adalah lebih dominan.

Pola pemberian beban gender dalam lintasan budaya masyarakat (cross cultural

society) lebih banyak dibentuk oleh jenis jantina. Penilaian terhadap beban

gender yang kurang adil adalah satu tugas yang berat kepada manusia.

Mengenalpasti bahawa beban gender adalah lebih dari sekadar pengenalan

Page 8: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

8

terhadap anggota jantina, tetapi ia adalah berkaitan dengan nilai-nilai asasi yang

telah mempengaruhi nilai budaya masyarakat. Istilah yang lebih tepat dalam

masalah tersebut bukan penilaian semula beban gender, tetapi adalah penilaian

sistem gender di dalam masyarakat, kerana konsep beban gender pada seorang

anak adalah akibat stereotaip gender di dalam masyarakat.

Beban gender sentiasa berkait dengan proses pembentukan identiti gender.

Perbezaan kedua ialah, beban gender lebih ditentukan oleh adat masyarakat,

sedangkan identiti gender merujuk kepada perasaan yang dimiliki seseorang,

samada dia lelaki atau wanita. Identiti gender ialah apa yang dirasakan paling

tepat oleh seseorang sebagai identiti dirinya, lelaki atau wanita, dengan

mengenepikan sifat gender yang diberikan orang lain kepada dirinya.

Identiti gender tidak semestinya sama dengan sifat gender yang ditampilkan.

Seorang anak lelaki boleh hidup bertahun-tahun berwatakan sebagai seorang

wanita, tanpa mempunyai sifat gender wanita, walaupun adalah amat sukar

menyembunyikan percanggahan di dalam dirinya sebagai seorang yang bersifat

lelaki, sebagaimana yang telah dianggap oleh masyarakat dan kecenderungan

dirinya yang dipengaruhi oleh identiti gender wanita.

Mereka yang bersifat begini dituntut untuk membuat pilihan samada ingin

menjadi lelaki atau wanita. Contoh tersebut tidak sahaja menunjukkan kesulitan

menentukan identiti gender seseorang, ia juga menunjukkan betapa berhubung-

Page 9: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

9

kait sifat gender yang dianggap orang lain ke atas diri seseorang. Cara terbaik

untuk menentukan identiti gender seseorang ialah dengan bertanya kepada yang

berkaitan atau menilai aktiviti peranan gender yang bersangkutan.

Kesulitan yang dihadapi dalam menanyakan identiti gender kepada seseorang –

contohnya bertanyakan, ‘Apakah kamu seorang lelaki/wanita?’ – ialah selain dari

soalan itu sendiri berat sebelah kerana merujuk kepada aspek biologi, jawapan

yang sering diberikan ialah ‘saya tidak tahu’, ‘kedua-duanya’ atau ‘bukan kedua-

duanya’. Pada Januari 1995, penulis telah menyaksikan rancangan yang

disiarkan oleh program televisyen London. Sekelompok orang yang ditemuduga

telah menyatakan bahawa diri mereka adalah kelompok jenis jantina ketiga, dan

dengan bangga dan penuh keyakinan menjawab pertanyaan penemuduga.

Mereka tidak mahu disebut sebagai lelaki atau wanita, walaupun mereka

mempunyai sifat lelaki dan wanita.

Identiti gender sentiasa mengalami perkembangan. Seorang anak lelaki semasa

kecil mungkin mempunyai identiti gender bersamaan dengan sifat gender yang

dimilikinya, tetapi setelah dewasa mungkin dia bertukar menjadi lebih

kewanitaan, demikian juga sebaliknya. Peranan identiti gender sentiasa

mengalami perkembangan. Walaupun peranan identiti gender sering merujuk

kepada peranan identiti jantina, namun rujukan utama peranan identiti gender

ialah seberapa banyak terlibatnya seseorang dalam mengikuti kecenderungan

Page 10: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

10

identiti gender yang dipilihnya (lelaki atau wanita). Oleh itu, peranan identiti

gender tidak semestinya selari dengan sifat gender.

Kesulitan dalam mengenalpasti identiti gender adalah kerana tidak semua orang

menampilkan diri menurut sifat gender yang lazim dalam masyarakat. Seorang

lelaki kadang-kala menampilkan identiti gender wanita. Begitu juga sebaliknya,

seorang wanita menampilkan gender lelaki.

Konsep Kudrat Wanita

Adalah menarik untuk dikaji secara mendalam bagaimana sesungguhnya

pandangan Islam (al-Quran dan hadith) dalam menempatkan perbezaan jenis

gender dalam konsep sosialnya.

Tiada penjelasan khusus yang terperinci mengenai kudrat wanita dalam al-Quran

dan hadith. Tetapi, jika kudrat wanita dimaksudkan sebagai keupayaan wanita

maka ia terdapat di dalam beberapa ayat dan hadith. Bahkan wanita adalah

seharusnya yang pertama untuk bersyukur dengan kedatangan Islam. Betapa

tidak, sebelum kedatangan Islam, wanita ditempatkan sebagai objek yang

hampir tidak mempunyai hak-hak peribadi. Seorang wanita tidak berhak untuk

mendapat harta warisan, bahkan dirinya sendiri menjadi ‘harta warisan’. Dia tidak

mempunyai hak-hak politik seperti kaum lelaki. Mereka harus tunduk di bawah

Page 11: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

11

tekanan dan keinginan suami, dan berkewajipan untuk mengamankan dan

menyempurnakan rumahtangga dan sebagainya. Kehadiran Islam mengangkat

darjat wanita kepada tahap yang sepadan dengan lelaki. Al-Quran memberikan

pandangan optimis terhadap wanita. Antaranya adalah dengan menekankan

bahawa prinsip kemuliaan di sisi Tuhan adalah prestasi dan mutu tanpa

perbezaan kaum dan jantina. Al-Quran memandang wanita dalam struktur

kesamarataan gender (gender equality) dengan kaum lelaki.

Catatan sejarah mengenai kedudukan wanita dalam struktur sosial, khususnya

dalam masyarakat Arab sebelum Islam, adalah sangat menyedihkan. Wanita

dipandang tidak lebih dari ‘objek’ perlakuan seks kaum lelaki dan dianggap

sebagai beban di dalam strata sosial. Bukan hanya kerana mereka dipandang

sebagai tidak dapat mengangkat darjat keluarga, bahkan menjadi beban

ekonomi. Ini juga adalah kerana budaya kabilah yang begitu kental dalam

masyarakat Arab yang sering berperang di antara kabilah. Keadaan ini memaksa

mereka untuk menempatkan lelaki pada darjat yang lebih terhormat dari wanita

kerana mereka dianggap sebagai berkemampuan untuk mengangkat

kehormatan kabilah dalam peperangan. Wanita pula ‘dianggap’ tidak mampu

untuk melakukan perkara tersebut.

Oleh kerana itu dalam budaya masyarakat Arab pada masa tersebut adalah

bukan satu perkara yang asing untuk ‘menyingkirkan’ wanita dalam kehidupan

dan pergaulan mereka. Tidak segan-segan mereka membunuh, bahkan

Page 12: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

12

menguburkan hidup-hidup anak perempuan mereka. Al-Quran sendiri secara

langsung menyentuh hal ini dan menyindir mereka yang berfikiran cetek yang

menganggap anak, khususnya anak perempuan, hanya sebagai beban sosial

dan ekonomi.

Surah al-An’am/6:151:

INSERT AYAT

‘…Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan.

Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu

mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak diantaranya

maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang

diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang

benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu

memahami(nya).’

Surah al-Isra’/17:31

INSERT AYAT

Page 13: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

13

‘Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan.

Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu.

Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.’

Secara perlahan tetapi dengan keyakinan, kehadiran Islam mengubah

pandangan masyarakat terhadap kaum wanita. Wanita yang sebelumnya hanya

ditempatkan sedarjat dengan ‘objek’ yang hampir-hampir tidak memiliki hak dan

peranan sosial, telah ditempatkan kembali kepada darjat yang selayaknya.

Bahkan dalam teks-teks agama boleh ditemui banyak hadith yang memuliakan

wanita. Dengan sendirinya, wanita selain sebagai objek juga lebih dipandang

sebagai subjek yang mempunyai hak-hak dan kewajipan.

Ungkapan al-Quran mengenai wanita memang hampir semuanya dalam bentuk

dan kedudukan sebagai objek (maf’ul bih) dan umumnya menjadi pihak ketiga

(ghaibah), sedangkan kaum lelaki lebih berkedudukan sebagai pelaku (fa’il) dan

pihak kedua (mukhathab). Walaupun demikian, ia tidak bererti bahawa al-Quran

tidak membantah adanya struktur sosial berdasarkan jenis jantina. Kita harus

maklum mengenai struktur bahasa Arab – iaitu bahasa yang dipergunakan untuk

memberi makna kepada al-Quran – gender lelaki sememangnya dominan. Malah

bukan sahaja dalam bahasa Arab; pada umumnya dalam bahasa-bahasa yang

ada di dunia ini, struktur gender lelaki adalah lebih dominan. Walaupun dari segi

nahu bahasa terdapat kesan ke atas struktur sosial berdasarkan jantina tetapi

prinsip yang lebih popular dalam al-Quran adalah Innaakramakum ‘indallahi

Page 14: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

14

atqakum [yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa – tanpa ada

perbezaan jantina] (Surah al-Hujurat/49:13).

Sumber ajaran Islam, asal-usul, isi kandungan dan proses kejadian tidak

menjelaskan kejadian wanita secara terperinci. Bahkan nama Hawa – yang

dianggap sebagai wanita pertama dan sekaligus menjadi isteri kepada Adam –

sama sekali tidak pernah disentuh dalam al-Quran. Ini adalah berbeza dari

sumber ajaran Kristian (Injil) yang banyak menjelaskan asal-usul wanita

(Hawa/Eve), seperti dalam Kitab Kejadian (Genesis) 1:26-27; 2:18-24, Tradisi

Immat 2:7, Tradisi Yahwis 2:18-24, Tradisi Imamat 5:1-2. Di antara naskah yang

paling berpengaruh ialah Kitab Kejadian 2:21-23 yang menyatakan:

‘Lalu Tuhan membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika tidur, Tuhan mengambil

salah satu tulang rusuk daripadanya, lalu menutup tempat itu dengan daging.

(22) Dan dari tulang rusuk yang diambil Tuhan dari manusia itu, dibangunNyalah

seorang perempuan, lalu dibawaNya kepada manusia itu (23)’

Dunia Islam banyak terpengaruh dengan anggapan sebegini, seperti yang

dinyatakan oleh Muhammad Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar :

‘Seandainya tidak tercantum kisah kejadian Adam dan Hawa dalam Kitab

Perjanjian Lama (Kejadian 2:21) nescaya pendapat yang keliru (merendahkan

wanita) tidak pernah terlintas dalam benak seorang Muslim’

Page 15: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

15

Dalam hadith dapat ditemui beberapa riwayat yang menerangkan asal-usul

kejadian wanita yang amat mirip dengan Kitab Kejadian dalam Injil, dan hadith-

hadith tersebut terkumpul dalam kitab tafsir yang mu’tabar.

Di antara hadith-hadith tersebut adalah seperti berikut:

‘Ketika Allah mengusir Iblis keluar dari Taman, lalu di dalamnya ditempatkan

Adam. Kerana dia tidak mempunyai teman bermain maka Allah menidurkannya,

kemudian mengambil unsur dari tulang rusuk kirinya lalu Dia menggantikan

daging di tempat itu semula, kemudian Dia menciptakan Hawa daripadanya.

Ketika bangun, Adam bertemu seorang wanita duduk dekat kepalanya. Adam

bertanya: ‘Siapa Anda?’ Hawa menjawab: ‘Perempuan.’ Adam bertanya lagi:

‘Kenapa engkau diciptakan?’ Hawa menjawab: ‘Supaya engkau mendapatkan

kesenangan dari diri saya.’ Para malaikat berkata: ‘Siapa namanya?’ Dijawab:

‘Hawa.’ Mereka bertanya: ’Mengapa dipanggil Hawa?’ Dijawab: ‘Kerana

diciptakan dari sebuah benda hidup.’

Dalam hadith lain dijelaskan:

‘Jagalah wanita itu baik-baik, kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk.

Bahagian tulang rusuk yang paling rapuh adalah di bahagian atas. Jika engkau

Page 16: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

16

berusaha meluruskannya, ia akan patah, jika engkau membiarkannya maka ia

akan terus bengkok, oleh kerana itu jagalah wanita itu baik-baik.’

Hadith-hadith tersebut ada yang diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi, Ahmad ibn

Hanbal, dan Ibnu Majah. Akan tetapi, ada ulama yang mempersoalkannya dari

segi pengertian kerana ia telah dinilai sebagai tidak selari dengan al-Quran,

khususnya dalam surah an-Nisa’/4:1:

INSERT AYAT

‘Hai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan

kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan pasangannya, dan

dari keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang

banyak.’

Jumhur mufasir menafsirkan perkataan minha dalam ayat tersebut ‘dari bahagian

tubuh (tulang rusuk) Adam’ dengan berdasarkan hadith-hadith di atas walaupun

terdapat penafsiran yang berbeza, seperti yang dikemukakan dalam Tafsir ar-

Razi:

‘Yang dimaksudkan dengan ‘dan daripadanya Allah menciptakan zauj-nya’ iaitu

dari genetik Adam, sebagaimana firman Allah: Sungguh telah datang dari ‘diri’

kamu sekalian seorang Rasul. Dan Allah menjadikan untukmu sekalian

Page 17: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

17

pasangan-pasangan dari kamu. Sekiranya Hawa adalah makhluk pertama (dari

tulang rusuk) maka nescaya manusia diciptakan dari dua nafs, bukan dari satu

nafs (nafs wahidah). Dapat pula ditegaskan bahawa perkataan ‘min’ pada ayat

tersebut (min nafs wahidah) adalah li ibtida al-ghayah, sekiranya ia menunjuk

kepada penciptaan awal (ibtida at-takhliq) maka Adam-lah yang sewajarnya

disebut sebagai manusia pertama. Jika dikatakan kamu sekalian diciptakan dari

nafs yang satu, dan Allah dengan kehendakNya menciptakan Adam dari tanah

(turab), maka dengan kehendakNya juga menciptakan Hawa dari turab. Jika

demikian adanya maka apa gunanya mengatakan bahawa Hawa diciptakan dari

tulang rusuk Adam?’

Dari segi matan (pengertian), hadith di atas adalah sahih, maka ada ulama

tertentu, seperti Muhammad Abduh, cenderung menakwilkannya (menafsirkan

dengan lebih mendalam). Antara mereka yang cenderung kepada pendapat ini

ialah Quraish Shihab, kerana beliau juga menghendaki istilah ‘tulang rusuk yang

bengkok’ difahami secara majazi (kiasan), iaitu memperingatkan kepada kaum

lelaki agar bijaksana dalam menghadapi kaum wanita, terutama sekali apabila

perkataan ‘kiri’ dalam tradisi intelektual Arab berunsur negatif dan sebaliknya

perkataan ‘kanan’ berunsur positif. Hadith tersebut dapat memperkecilkan

keperibadian (depersonalized) sumber ciptaan kaum wanita, kerana rusuk

adalah bukan manusia. Akibatnya kefahaman ini boleh memperkukuhkan kesan

androsentrieme – fahaman yang menganggap lelaki sebagai mempunyai

peranan utama dalam masyarakat – di kalangan kaum lelaki kerana

Page 18: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

18

menganggap wanita sebagai kaum rendah yang berfungsi sebagai pelengkap

diri mereka dan dengan demikian akan memberikan perasaan rendah diri

kepada wanita.

Konsep teologi lain yang memberi unsur negatif kepada wanita adalah anggapan

bahawa Hawa adalah punca terkeluarnya Adam dari syurga ke bumi. Kerana

rayuannyalah Adam menjadi cuai dan memakan buah terlarang. Punca kejadian

‘dosa asal’ ini diletakkan kepada Hawa dan ia telah memberi kesan yang sangat

mendalam ke atas wanita. Tanpa disedari mereka merelakan diri mereka untuk

sentiasa berada di bawah perintah dan penguasaan kaum lelaki.

Dalam Islam, ‘kes’ Adam bukan semata-mata ditimpa kerana Hawa tetapi di atas

mereka berdua secara bersama-sama. Ini dapat difahami dari penegasan al-

Quran yang selalu menggunakan kata ganti (dhamir) huma apabila mengungkap

kisah Adam (contohnya, Surah al-Baqarah/2:35-36, al-A’raf/7:20-23). Tiada satu

pun ayat atau hadith yang mengisyaratkan Hawa sebagai pelaku utama atau

penyebab utama terjadinya kes Adam. Bahkan rasa penyesalan dan taubat

mereka kepada Tuhan dinyatakan bersama-sama dan Tuhan mengampuni

keduanya (Surah al-A’raf/7:23). Rangkaian ayat-ayat al-Quran yang

menceritakan kisah Adam menegaskan keterlibatan Adam dan Hawa secara

bersama dalam drama kosmik yang menyebabkan keduanya terkeluar dari

syurga, tempat kehidupan mereka yang pertama, ke bumi tempat mereka

berkembang-biak.

Page 19: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

19

Perkembangan pendapat di dalam Islam bahawa wanita adalah lebih rendah

darjatnya dari lelaki boleh didapati dari sejarah perkembangan agama Islam.

Ramai pengikut dan juga tokoh dari ajaran Kristian yang telah memeluk Islam

membawa warisan intelektual dari agama sebelumnya. Ajaran lama tidak mudah

ditinggalkan, apalagi jika agama yang baru dianutinya mempunyai persamaan

dengan ajaran agama sebelumnya.

Samada disedari atau tidak, beberapa mufasir telah banyak mengumpul kisah-

kisah Israiliyat apabila menjelaskan ayat-ayat mengenai wanita. Begitu juga

dengan para fuqaha. Kebanyakan di antara mereka mendapat wawasan

intelektual dari Timur Tengah di mana peradaban masyarakatnya mengikuti

sistem kekerabatan kebapakan (patriarki) yang sangat kental (mungkin boleh

dikatakan melampau).

Hak dan Kewajipan Wanita

Islam mengakui adanya perbezaan di antara lelaki dan wanita tetapi Islam tidak

membenarkan diskriminasi di antara mereka. Perbezaan yang ada adalah

berdasarkan keadaan fizik-biologi wanita yang ditakdirkan berbeza dari lelaki.

Namun perbezaan itu tidak bermakna Islam memuliakan salah satu di antara

mereka dan merendahkan yang lain.

Page 20: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

20

Ajaran Islam tidak membezakan secara terperinci faktor perbezaan lelaki dan

wanita tetapi melihat kedua insan tersebut secara utuh. Kedua-duanya secara

biologi dan sosio-peradaban saling memerlukan dan masing-masing mempunyai

peranannya sendiri. Sesuatu peranan mungkin boleh dilakukan oleh kedua-dua

makhluk seperti kerja pejabat, tetapi peranan tertentu hanya boleh dilakukan

oleh satu jantina sahaja, seperti hamil, melahirkan dan menyusui anak yang

hanya boleh dilakukan oleh wanita. Terdapat juga peranan yang lebih khusus

kepada lelaki iaitu pekerjaan yang memerlukan tenaga otot yang lebih besar.

Islam telah memainkan peranan yang besar dalam menaikkan status dan

martabat wanita. Di dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam, wanita

diperlakukan sebagai ‘barang’ yang hampir-hampir langsung tidak mempunyai

hak. Islam pula memperlakukan wanita sebagai ‘manusia’ yang mempunyai hak-

hak tertentu sebagaimana layaknya kaum lelaki.

Banyak ayat-ayat al-Quran yang menegaskan keseimbangan hak dan kewajipan

antara lelaki dan wanita, contohnya:

Surah an-Nisa’/4:32 :

INSERT AYAT

Page 21: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

21

‘Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada

sebahagian kamu, lebih banyak dari sebahagian yang lain (Kerana) bagi orang

lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun)

ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah

sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala

sesuatu.’

Surah al-Hujurat/49:13 :

INSERT AYAT

‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan

seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku

supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di

antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.’

Semua ayat-ayat yang menyatakan ketinggian darjat manusia tidak

membezakan antara kedua jenis jantina, seperti di dalam Surah al-Isra’/17:70 :

INSERT AYAT

Page 22: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

22

‘Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka

di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami

lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan yang telah

Kami ciptakan.

Di dalam hadith juga tedapat banyak petunjuk yang memberi hak kepada kaum

wanita yang tidak wujud sebelum kedatangan Islam. Contoh kepada hak-hak

tersebut adalah:

1. Mahar.

Mahar (maskahwin) telah wujud di zaman jahiliyah, lama sebelum kedatangan

Islam. Walaubagaimanapun ia tidak diperuntukkan bagi calon isteri, malah diberi

kepada bapa atau kerabat lelaki dari pihak isteri. Konsep perkahwinan menurut

hukum adat ketika itu samalah dengan proses jual-beli iaitu calon lelaki sebagai

pembeli dan bapa atau saudara lelaki terdekat calon isteri sebagai pemilik

barang. Apabila al-Quran diturunkan, adat pemberian mahar terus dikekalkan

tetapi konsepnya telah diubah. Mahar kini diperuntukkan untuk calon isteri. Al-

Quran telah mengubah status wanita dari ‘barangan’ kepada pihak yang turut

terbabit di dalam satu kontrak.

2. Poligami

Page 23: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

23

Poligami (ta’addud az-zaujat) adalah sebahagian dari budaya masyarakat

sebelum Islam. Seorang lelaki boleh mengahwini seberapa ramai wanita tanpa

batasan, malah jumlah isteri menjadi simbol kehebatan seorang lelaki. Al-Quran

dan hadith membatasi poligami dengan memberi isyarat-isyarat dan syarat-

syarat yang berat disertai juga had tidak lebih dari empat orang. Dari satu segi,

al-Quran memberikan kebenaran berpoligami bagi mereka yang memenuhi

syarat, iaitu mampu berkelakuan adil terhadap isteri-isterinya: Fankihu ma thaba

lakun mi-nan-nis’a matsna wa tsulatsa wa ruba fa in khiftum alla ta’dilu fa

wahidatan [kahwinilah perempuan-perempuan lain yang kamu senangi, dua, tiga

atau empat, tetapi jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah

seorang sahaja] (Surah an-Nisa’/4:3). Pada ayat lain, al-Quran telah menyatakan

mustahilnya syarat tersebut dipenuhi: Wa lan tastathi u an ta’dlu bai-nan-nisa’ wa

lau harashtum [dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-

isterimu, walaupun kamu ingin berbuat demikian] (Surah an-Nisa’/4:129)

3. Talak

Institusi talak juga telah wujud di zaman jahiliyah tetapi ia merupakan hak khusus

kepada kaum lelaki. Mereka boleh menceraikan isteri mereka pada bila-bila

masa dan di mana-mana tempat. Al-Quran mengiktiraf institusi talak ini tetapi

dengan batasan. Bahkan secara halus di dalam sebuah hadith Rasulullah

mengisyaratkan untuk menghindarinya dengan menyatakan: ‘Talak adalah

sesuatu yang halal tetapi dibenci oleh Allah.’ Walaupun talak diharuskan, ia

Page 24: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

24

hendaklah dilakukan dengan cara yang baik: Wa idza thallaqtumun-nisa’fa

balaghna ajalahun-na fa amsikuhunna bi ma’ruf au sarrihuhunna bima’ruf

[apabila kamu mentalak isteri-isteri kamu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya,

maka rujuklah mereka dengan cara yang ma’ruf atau lepaskanlah mereka

dengan cara yang ma’ruf] (Surah al-Baqarah/2:231). Satu perkara yang

membataskan talak ialah terdapatnya tempoh iddah untuk memberi kesempatan

kepada suami untuk merujuk kembali isterinya. Wa bu’ulatu hunna ahaqqu bi

raddihinna fi dzalika in aradu ishlahan [suami mereka lebih patut kembali

kepadanya (rujuk) ketika itu, jika mereka mengkehendaki islah] (Surah al-

Baqarah 2:228). Seorang isteri berhak untuk mendapat nafkah dari suaminya

semasa dalam tempoh iddah. Semasa zaman sebelum kedatangan Islam, tiada

batasan di dalam institusi talak.

4. Pusaka

Konsep pusaka sebelum Islam adalah berkait langsung dengan konsep

pemilikan dan struktur masyarakat ketika itu. Seperti yang diketahui, masyarakat

Arab ketika itu berstruktur masyarakat kabilah yang berpandukan sistem

kekerabatan patrilineal yang hanya mengikuti garis keturunan lelaki. Masyarakat

kabilah yang selalu dibayangi peperangan di antara kabilah menetapkan bahawa

hanya keluarga lelaki yang terdekat dengan si mati boleh mewarisi harta.

Turutannya adalah anak (lelaki), bapa, saudara lelaki dan anak lelakinya, datuk

dari keluarga bapa dan pakcik serta keturunannya. Bagi anak lelaki kecil yang

Page 25: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

25

tidak boleh berperang untuk mempertahankan kabilahnya, dia akan diibaratkan

mempunyai kedudukan yang sama dengan wanita. Kedatangan Islam telah

memperkenalkan konsep pusaka yang membenarkan wanita mewarisi harta

walaupun ia tidak sebanyak yang diterima lelaki: lidz-dzakari mitslu hazhzhil-

untsayain [bahagian seorang anak lelaki adalah bersamaan dengan bahagian

dua orang anak perempuan] (Surah an-Nisa’/4:11).

Perubahan kepada warisan pusaka yang diperolehi oleh wanita adalah berkaitan

dengan konteks sejarah masyarakat Arab yang ketika itu tidak lagi bertumpu

kepada kepentingan kabilah dan sedang menuju ke alam masyarakat yang

bertumpu pada kepentingan keluarga, seperti yang diperkenalkan oleh Islam.

Pada logiknya, pecahan dua berbanding dengan satu dalam hukum pusaka

Islam bukanlah muktamad. Ia seperti juga dengan hukum-hukum lain adalah

untuk mewujudkan keadilan (al-‘adl) dan menegakkan amanah dalam

masyarakat (add al-amanah). Dengan kata lain, Islam secara beransur-ansur

merubah konsep ekonomi kabilah ke konsep ekonomi keluarga. Dalam Islam,

wanita sentiasa diletakkan di tempat yang diuntungkan secara fisik-ekonomi.

Sebagai isteri dia adalah di bawah tanggungjawab suami, sebagai anak dia

dijaga oleh bapa dan sebagai saudara dia berada di bawah perwalian saudara

lelakinya. Oleh itu pandangan stereotaip terhadap wanita yang dikaitkan dengan

pembahagian pusaka satu berbanding dua tidak sepatutnya menimbulkan

masalah jika pendirian masyarakat Islam selaras dengan keadaan dan sistem

sosial dalam Islam.

Page 26: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

26

Dalam Islam, wanita mempunyai berbagai hak seperti yang ada pada kaum

lelaki. Kita dapat melihat contohnya di dalam beberapa perkara berikut:

1. Hak dalam Bidang Politik

Tiada ayat atau hadith yang melarang wanita untuk aktif di dalam dunia politik.

Sebaliknya al-Quran dan hadith banyak mengisyaratkan kebolehan wanita dalam

dunia tersebut.

Surah at-Taubah/9:71 menyatakan:

INSERT AYAT

‘Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka

(adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh

(mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat,

menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu

akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha

Bijaksana.’

Perkataan auliya’ dalam ayat tersebut, menurut Dr. Quraish Shihab, ia

merangkumi kerjasama, bantuan dan penguasaan; sedangkan ‘menyuruh

Page 27: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

27

mengerjakan yang ma’ruf’ merangkumi segala segi kebaikan termasuk memberi

kerjasama dan kritikan terhadap kerajaan.

Dalam beberapa riwayat telah disebutkan bagaimana kaum wanita semasa

permulaan Islam banyak memegang peranan penting dalam kegiatan politik.

Bahkan dalam Surah al-Mumtahanah/60:12 membenarkan wanita untuk bergiat

di dalam politik:

INSERT AYAT

‘Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk

mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu

pun dengan Allah; tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh

anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan

dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka

terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk

mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’

Isteri-isteri Rasulullah, terutama Aisyah, telah menjalankan peranan yang penting

dalam politik. Selain Aisyah, ramai wanita lain yang terlibat dalam politik

sebagaimana terlibatnya mereka di medan perang. Ramai dari mereka yang

telah gugur di medan perang seperti Ummu Salamah (isteri Rasullulah),

Shafiyyah, Lailah al-Ghaffariyah dan Ummu Sinam al-Aslamiyah. Wanita yang

Page 28: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

28

turut terlibat dalam dunia politik ketika itu adalah seperti: Fatimah binti

Rasulullah, Aisyah binti Abu Bakar, Atika binti Yazid ibn Mu’awiyah, Ummu

Salamah binti Ya’qub, al-Khaizaran binti Athak dan sebagainya.

2. Hak untuk Bekerja

Seperti dalam bidang politik, tiada larangan bagi wanita untuk bekerja samada di

dalam atau di luar rumah, secara sendiri atau berkumpulan, bersama pejabat

kerajaan atau bidang swasta – selagi pekerjaan tersebut dilakukan dalam

suasana terhormat, sopan dan memelihara agamanya. Dia juga harus

menghindari apa-apa kesan negatif ke atas diri dan persekitarannya.

Islam memberi kaum wanita kebebasan untuk bekerja selagi mereka memenuhi

syarat dan mereka mempunyai hak untuk bekerja dalam apa-apa bidang yang

halal. Perkara ini adalah terbukti di zaman Rasulullah di mana kaum wanita telah

terjun dalam pelbagai bidang pekerjaan. Contohnya Khadijah binti Khuwailid

(isteri Rasulullah) yang dikenali sebagai pengusaha, Zainab binti Jahsy yang

bekerja sebagai penyamak kulit binatang, Ummu Salim binti Malhan yang tekun

sebagai mak andam, isteri Abdullah ibn Mas’ud dan Qillat Ummi Bani Anmaar

yang dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya, al-Syifa yang bekerja

sebagai setiausaha dan pernah diberi tugas oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab

sebagai petugas untuk mentadbir pasar kota Madinah dan ramai lagi.

Page 29: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

29

Kaum wanita adalah amat aktif di zaman Rasulullah dan Aisyah pernah berkata;

‘Alat pemintal di tangan wanita lebih baik daripada tombak di tangan kaum lelaki.’

Dalam satu riwayat lain, Rasulullah pernah mengatakan: ‘Sebaik-baik permainan

seorang Muslimah di dalam rumahnya adalah memintal/menenun.’

Pekerjaan yang menjadi kontroversi bagi wanita adalah sebagai pemimpin

negara. Sebahagian ulama masih menganggap jawatan ini tidak layak disandang

oleh seorang wanita namun kalangan masyarakat yang menyokong pendapat ini

semakin berkurangan. Bahkan al-Maududi yang dikenali sebagai ulama yang

mempertahankan ajaran Islam secara tekstual telah memberi sokongan untuk

wanita menjadi Perdana Menteri di Pakistan.

Aktivis di zaman Rasulullah yang disebut di dalam buku-buku hadith (Kutub as-

Sittah) banyak memasukkan bab-bab khusus mengenai wanita, contohnya

dalam kitab Sahih al-Bukhari, mengandungi beberapa bab perbahasan

mengenai wanita.

3. Hak Mendapat Pendidikan

Kalimah pertama yang diturunkan dalam al-Quran adalah kalimah perintah, iaitu

perintah untuk membaca (iqra’), lalu disusul sumpah pertama Allah dalam al-

Quran iaitu: Nun wal-qalami wa ma yasthurun [Nun, demi kalam dan apa yang

dituliskannya] (Surah al-Qalam/68:1). Perkara ini menegaskan betapa

Page 30: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

30

pentingnya ilmu pengetahuan dalam Islam. Perintah untuk menuntut ilmu

pengetahuan tidak hanya kepada lelaki tetapi juga kepada kaum wanita. Ini

ditegaskan dalam hadith yang popular: ‘Menuntut ilmu pengetahuan difardukan

kepada kaum Muslim lelaki dan wanita.’

Al-Quran dan hadith banyak memberikan pujian kepada lelaki dan wanita yang

mempunyai prestasi dalam ilmu pengetahuan. Dalam satu riwayat disebutkan

bahawa Rasulullah pernah didatangi sekelompok wanita yang memohon

kesediaan Rasulullah untuk memberi mereka masa bagi mengajar mereka.

Dalam sejarah Islam klasik juga boleh ditemui beberapa nama yang menguasai

ilmu pengetahuan yang penting seperti Aisyah isteri kepada Rasulullah,

Sayyidah Sakinah, puteri Husain ibn Ali ibn Abi Thalib, al-Syekhah Syuhrah yang

digelari Fikhr an-Nisa’ (kebanggaan kaum wanita) yang juga adalah salah

seorang guru Imam Syafi’e, Mu’nisat al-Ayyubi (saudara Salahuddin al-Ayyubi),

Syamiyat at-Taimiyah, Zainab (puteri sejarahwan al-Baghdadi), Rabi’ah al-

Adawiyah dan lain-lain.

Kebebasan wanita untuk menuntut ilmu pengetahuan banyak dijelaskan dalam

hadith, seperti hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad. Ia menyatakan bahawa

Rasulullah melaknat wanita yang menyerupai lelaki tetapi tidak dilarang

mengadakan penyerupaan dalam hal kecerdasan dan amal ma’ruf.

Page 31: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

31

Peranan sosial wanita dalam lintasan sejarah Islam mengalami kemerosotan

setelah abad kedua, terutama setelah pembukuan kitab-kitab hadith dan kitab-

kitab fiqah. Penelitian yang lebih jauh jarus dilakukan untuk memastikan samada

terdapat kaitan antara pembukuan dan pembakuan kitab fiqah dengan proses

penurunan peranan wanita.

Penutup

Al-Quran menempatkan kaum lelaki dan wanita sebagai dua jenis makhluk yang

mempunyai martabat yang sama, samada dalam kedudukan dan keupayaannya

sebagai pengabdi kepada Allah (‘abid), ataupun sebagai wakil Allah di bumi

(khalifah). Tiada keutamaan diberikan kepada salah satu daripada mereka, baik

dari segi asal-usul dan proses penciptaan, ataupun dari segi struktur sosial

masyarakat Islam. Jika terdapat perbezaan, ia hanyalah dalam bentuk struktur

biologi yang memang sudah ditentukan sejak asalnya sebagai identiti gender

yang membezakan antara lelaki dan wanita. Perbezaan struktur biologi inilah

yang merupakan kudrat, bagi lelaki atau wanita tetapi perkara ini tidak

seharusnya melahirkan anggapan negatif yang membatasi peranan sosial wanita

dan menjadikan lelaki sebagai pelaku utama (malah ada yang menganggapnya

pelaku tunggal) dan pemegang keseluruhan tanggungjawab peranan sosial dan

selanjutnya dianggap sebagai ketua kepada wanita.

Page 32: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

32

Adanya perbezaan dalam beberapa perkara antara al-Quran dan hadith tidak

bererti keduanya tidak seiringan atau bertentangan. Dalam perkara-perkara

dasar seperti akidah tiada kemungkinan keduanya berbeza. Di dalam urusan

masyarakat di mana Rasulullah turut menjadi sebahagian anggota

masyarakatnya berkemungkinan terdapat keputusan yang subjektif dan

berdasarkan keadaan setempat. Dari sinilah munculnya pendapat kontroversi.

Adakah pandangan-pandangan Nabi Muhammad s.a.w. terhadap sesuatu

masalah berdasarkan kedudukannya sebagai seorang Rasul atau sebagai

seorang anggota masyarakat (Arab suku Quraisy). Dari segi ini pula terdapat

kalangan pemikir kontemporari bukan Arab yang mengasingkan nilai-nilai dari

Timur Tengah, mana yang ‘Islam’ dan mana yang ‘Arab’.

Anggapan mengenai kudrat wanita dalam masyarakat adalah amat berkait

dengan konsep hubungan kekerabatan yang diikuti oleh masyarakat tersebut.

Seandainya al-Quran turun di dalam masyarakat matriarchal, suatu masyarakat

yang memberi peranan yang lebih besar kepada wanita, berkemungkinan

susunan ayat dan hadith berbeza dengan apa yang ada sekarang. Walaupun

susunan tersebut berbeza tetapi intinya adalah untuk mewujudkan keadilan dan

kesejahteraan dalam masyarakat.

Perlu dimaklumkan bahawa kenyataan-kenyataan dalam hadith yang banyak

menetapkan ‘bidang terlarang’ bagi kaum wanita adalah bukan untuk

merendahkan kaum wanita tetapi sebaliknya adalah untuk kebaikan (maslahat)

Page 33: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

33

yang lebih luas. Perlu diingat bahawa perbahasan yang paling banyak ‘menyita’

ayat dan hadith adalah mengenai wanita yang telah berkeluarga. Perkara ini

adalah kerana prasyarat dalam mewujudkan satu masyarakat ideal harus dimulai

dari lingkungan terkecil (keluarga) dan di dalam keluarga, wanita adalah dominan

dalam beberapa perkara. Oleh itu adalah wajar jika ayat-ayat al-Quran dan

hadith banyak berbincang mengenai wanita.

Kegunaan bahasa yang mencampuradukkan erti kudrat (qudrah) dan takdir

(taqdir) juga perlu diperbaiki semula. Setidak-tidaknya perkara ini akan memberi

kefahaman yang lebih jernih mengenai kudrat wanita yang selama ini dijadikan

alasan untuk merendahkan wanita.

Latarbelakang Penulis

Dr. Nasaruddin Umar, MA menamatkan S1 di IAIN Alauddin Ujung Pandang,

S2 dan S3 di IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta. Beliau pernah mengkaji isu

gender di Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah, dan

menjadi pelajar lawatan di McGill University, Canada, Leiden University dan

Paris University. Beliau kini adalah Pembantu Reaktor IV IAIN Jakarta.

Page 34: Kudrat Wanita dalam Islamsista1.sistersinislam.org.my/sites/default/files/Kudrat_Wanita...Latarbelakang Penulis 39 ... wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam

34