3
Statistik merupakan satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan,  pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data. Terdapat pelbagai kegunaan statistik dalam kehidupan seharian kita sama ada dari persepsi pendidikan , sains sosial , ekonomi , perubatan , mahupun politik. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang kegunaan konsep-konsep statistik yang berikut: 1. Pengumpulan dan Pengurusan Data Pengumpulan data merupakan suatu cara atau kaedah yang digunakan untuk mengumpul sesuatu data atau maklumat. Manakala pengurusan data pula merupakan satu kaedah  penyusunan data yang diperolehi dalam pelbagai bentuk yang lebih mudah untuk di fahami. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam proses mengumpul dan mengurus data. Antaranya adalah menggunakan data kualitatif, data kuantitatif, data diskret dan data selanjar. Data akan dikumpul dan dipersembahkan dalam bentuk jadual yang ringkas dan di fahami. Data kuantitatif adalah melibatkan maklumat yang boleh dihitung. Manakala, data kualitatif ialah nilai yang tidak boleh dihitung. Data kualitatif terdiri daripada data yang tidak mempunyai nilai kuantiti. Data kuantitatif adalah data yang terdiri daripada nilai berangka. 2. Perwakilan Data Perwakilan data melibatkan beberapa proses penting yang merangkumi peringkat mengumpul di mana peringkat ini melibatkan proses mengemukakan soalan untuk memperolehi data. Apabila data diperolehi, data tersebut akan dianalisis dan peringkat ini dikenali sebagai menganalisis data. Seterusnya, data tersebut akan diinterpretasikan kepada bentuk yang lebih mudah untuk difahami secara visual seperti carta dan graf. Contohnya, piktogram ialah perwakilan data yang paling mudah untuk difahami kerana ia menggunakan gambarajah yang diwakili oleh siri simbol yang piawai iaitu sama nilai. Selain itu, carta palang juga merupakan salah satu perwakilan data di mana carta palang ialah graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data terutamanya bagi data kualitatif. Kesimpulannya, perwakilan data dapat memudahkan  pengiraan dengan penggundalan. Malahan perwakilan data juga merupakan suatu cara yang efektif kerana keputusan direkod dengan cepat dan tepat.  3. Sukatan Kecenderungan Memusat. Sukatan kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam statistik. Ianya menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan nombor. Sukatan kecenderungan memusat boleh dikira bagi data tak terkumpul dan juga data terkumpul. Terdapat tiga cara pengukuran atau statistik iaitu:

Krm3043

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FORUM

Citation preview

Statistik merupakan satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan, pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data. Terdapat pelbagai kegunaan statistik dalam kehidupan seharian kita sama ada dari persepsi pendidikan , sains sosial , ekonomi , perubatan , mahupun politik. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang kegunaan konsep-konsep statistik yang berikut:

1. Pengumpulan dan Pengurusan DataPengumpulan data merupakan suatu cara atau kaedah yang digunakan untuk mengumpul sesuatu data atau maklumat. Manakala pengurusan data pula merupakan satu kaedah penyusunan data yang diperolehi dalam pelbagai bentuk yang lebih mudah untuk di fahami. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam proses mengumpul dan mengurus data. Antaranya adalah menggunakan data kualitatif, data kuantitatif, data diskret dan data selanjar. Data akan dikumpul dan dipersembahkan dalam bentuk jadual yang ringkas dan di fahami. Data kuantitatif adalah melibatkan maklumat yang boleh dihitung. Manakala, data kualitatif ialah nilai yang tidak boleh dihitung. Data kualitatif terdiri daripada data yang tidak mempunyai nilai kuantiti. Data kuantitatif adalah data yang terdiri daripada nilai berangka.

2. Perwakilan DataPerwakilan data melibatkan beberapa proses penting yang merangkumi peringkat mengumpul di mana peringkat ini melibatkan proses mengemukakan soalan untuk memperolehi data. Apabila data diperolehi, data tersebut akan dianalisis dan peringkat ini dikenali sebagai menganalisis data. Seterusnya, data tersebut akan diinterpretasikan kepada bentuk yang lebih mudah untuk difahami secara visual seperti carta dan graf. Contohnya, piktogram ialah perwakilan data yang paling mudah untuk difahami kerana ia menggunakan gambarajah yang diwakili oleh siri simbol yang piawai iaitu sama nilai. Selain itu, carta palang juga merupakan salah satu perwakilan data di mana carta palang ialah graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data terutamanya bagi data kualitatif. Kesimpulannya, perwakilan data dapat memudahkan pengiraan dengan penggundalan. Malahan perwakilan data juga merupakan suatu cara yang efektif kerana keputusan direkod dengan cepat dan tepat.

3. Sukatan Kecenderungan Memusat.Sukatan kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam statistik. Ianya menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan nombor. Sukatan kecenderungan memusat boleh dikira bagi data tak terkumpul dan juga data terkumpul. Terdapat tiga cara pengukuran atau statistik iaitu:

i. MinMin ialah purata satu kumpulan data dan dikira dengan menjumlahkan semua nombor dan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut

ii. Mod Mod merupakan kekerapan yang tertinggi. Bagi data terkumpul, mod adalah titik tengah kelas mod. Jika terdapat dua atau lebih data yang tidak mempunyai kekerapan tertinggi, maka terdapat lebih mod bagi set data tersebut. Sebaliknya, jika setiap data mempunyai kekerapan yang sama, maka set data tersebut tidak mempunyai mod. Terdapat dua cara untuk mengira mod iaitu dengan formula dan kaedah histogram.

iii. Median.Median ialah titik tengah bagi sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik. Jika bilangan data ganjil, median ialah nombor yang ditengah. Jika bilangan data adalah genap, median ialah purata dua nombor yang terletak di tengah-tengah.

4. Sukatan SerakanSukatan serakan digunakan untuk menerangkan serakan atau taburan sesuatu set data. Berikut merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengira sukatan serakan:

i. JulatJulat digunakan untuk mencari ukuran serakan dengan menghitung perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam senarai suatu set data tidak terkumpul. Sebaliknya bagi data terkumpul, julat dikira berdasarkan perbezaan antara titik tengah kelas tertinggi dengan titik tengah kelas terendah.

ii. Sisihan piawai Sisihan piawai menunjukkan sejauh mana nilai-nilai dalam suatu set data terkumpul sekitar nilai min set data berkenaan. Nilai sisihan piawai yang rendah menunjukkan nilai-nilai dalam set data tersebar dalam julat yang kecil secara relatifnya di sekitar nilai min set itu dan begitu juga sebaliknya. Sisihan piawai boleh ditentukan dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa dua varian.

iii. VariansVarian terdiri daripada varian populasi dan varian sampel.

iv. Kuartil Kuartil adalah suatu sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun.

v. Persentil Persentil adalah sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama.