KRM 3053 Tg1

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 KRM 3053 Tg1

    1/9

    KRM 3053: Kemahiran Dalam Matematik

    Tugasan 1

    KUMPULAN

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIKS NO. ID NO. TELEFON

    NAMA TUTOR E-LEARNING:

    TARIKH SERAH: 5 APRIL 2014

  • 8/10/2019 KRM 3053 Tg1

    2/9

    KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK D20102042149 TAN SENG YEOW

    TUGASAN 1 UPSI 05

    1

    Pengenalan

    Kemahiran menaakul telah diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    (KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 di samping kemahiran membaca, menulis, dan

    mengira. Penaakulan (reasoning) adalah keupayaan berfikir, memahami sesuatu serta kebolehan

    melahirkan pendapat atau membuat pertimbangan berlandaskan fakta (Longman, 1987). Selain

    daripada itu, penaakulan juga dikenali sebagai kemahiran membuat kesimpulan dan

    pertimbangan berasaskan hujah yang logik dan bersepadu (Ross, 1997). Mengikut Kaur (2009),

    kemahiran menaakul boleh dianggap sebagai satu proses membuat kesimpulan berdasarkan

    kepada suatu badan pengetahuan tertentu.

    Murid harus diberi pendedahan awal terhadap kemahiran menaakul pada usia yang muda.

    Pada usia muda ini, kebolehan murid untuk menerima dan memproses maklumat adalah amat

    tinggi. Ianya dapat membantu murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis, dengan

    menggunakan fakta, pengetahuan dan strategi penyelesaian masalah bagi menyelesaikan masalah

    dan membuat keputusan. Murid yang mempunyai kemahiran menaakul yang tinggi akan

    memiliki ciri-ciri seperti berfikiran kreatif, kritis, berani, bijak menyoal, rasa ingin tahu yang

    tinggi, daya berfikir sendiri, berani mengambil risiko serta berpandangan jauh.

    Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa menggunakan ilmupengetahuan yang sedia ada serta fakta-fakta bagi membuat penaakulan bagi menyelesaikan

    masalah dan membuat keputusan. Contohnya membuat ramalan cuaca.

    Penaakulan Matematik dibahagikan kepada penaakulan induktif dan penaakulan deduktif,

    penaakulan Matematik membolehkan kita berfikir secara logik menembusi masalah-masalah

    Matematik dalam usaha mencari penyelesaian masalah. Dalam erti kata lain, penaakulan

    matematik tidak sahaja terdiri daripada bukti matematik tetapi juga merangkumi semua bentuk

    penjelasan yang mengarah kepada pembinaan hujah yang menyakinkan.

  • 8/10/2019 KRM 3053 Tg1

    3/9

    KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK D20102042149 TAN SENG YEOW

    TUGASAN 1 UPSI 05

    2

    Cabaran 1:

    Penggabungan alat teknologi yang moden dalam proses P&P

    Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-

    alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin

    sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea,

    manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna

    dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama

    ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang

    terpenting.

    Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan

    kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Ia membantu guru untuk menghasilkan bahan

    pengajaran yang lebih menarik dan tidak membosankan. Malahan, guru juga dapat menerapkan

    kemahiran penaakulan dalam prose P&P dengan bantuan alat teknologi di dalam kelas.

    Contoh penggunaan aplikasi seperti power point, flash atau video dapat menjadikan

    proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Ini akan menghasilkan proses pengajaran

    dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

    Walaupun penggunaan teknologi dapat meningkatkan kualiti serta minat murid di dalam

    proses pembelajaran, namun pada dewasa ini masih banyak lagi guru yang kurang arif atau tidak

    mahir langsung di dalam penggunaan teknologi dalam P&P. Masalah yang selalu dijumpai ialah

    guru tidak tahu menyambung kabel-kabel komputer ke alat pemancar (LCD projektor), guru

    tidak arif menggunakan aplikasi Power-Point ataupun Flash, guru tidak tahu bagaimana hendak

    mengendalikan komputer, dan yang paling mencabarkan ialah sesetengah guru masih

    mengatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana hendak menghidupkan sesebuah komputer.

    Kesemua masalah yang dijumpai di atas telah menjadi satu penghalang guru-guru

    menggunakan teknologi di dalam kelas, malahan ia telah menjadi satu beban tambahan kepada

    guru disebabkan tidak mahir mengendalikan komputer, masa dan tenaga yang banyak perlu

    dihabiskan bagi membuat sesuatu aplikasi untuk digunakan di dalam P&P. Justeru guru

    menggunakan kaedah yang lama yang mana akan membuat murid kehilangan minat untuk

    belajar, maka kemahiran penaakulan tidak dapat diterap dengan berkesan kepada murid di dalam

    kelas.

  • 8/10/2019 KRM 3053 Tg1

    4/9

  • 8/10/2019 KRM 3053 Tg1

    5/9

    KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK D20102042149 TAN SENG YEOW

    TUGASAN 1 UPSI 05

    4

    cara ini juga guru dapat mengetahui sejauh manakah murid dapat memahami pengajaran yang

    dijalanka oleh guru dan sejauh manakah pembelajaran kemahiran penaakulan murid.

    Cabaran 3 :

    Memupuk minat murid dalam pembelajaran Matapelajaran Matematik

    Adakah seorang murid yang langsung tidak berminat dalam Matematik akan menguasai

    kemahiran penaakulan? Jawapannya semestinya tidak. Seperti kita juga, kita tidak akan

    mempelajari dengan serius apa yang kita tidak minati, begitu jugalah yang terjadi apabila murid

    yang tidak berminat di dalam pembelajaran Matematik dipaksa untuk mempelajarinya.

    Anak-anak pada masa kini banyak terlibat dengan pelbagai permainan di internet dan

    permainan berasaskan komputer menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar. Ini telah

    menjadi satu cabaran yang hebat bagi menarik minat di dalam mempelajari Matematik.

    Menanam minat supaya anak rajin belajar memerlukan beberapa usaha seperti motivasi,

    galakan dan rangsangan yang berterusan. Tanpa usaha ini anak-anak tidak memahami apa tujuan

    mereka mempelajari Matematik.

    Lantaran itu, keseimbangan ilmu pengetahuan dengan akhlak mesti dipupuk di sanubari

    murid-murid dan diperkukuhkan di dalam pembelajaran kelas bagi pembentukan insan

    seimbang. Peranan guru adalah memberi rangsangan kepada murid-murid di samping memupuk

    minat murid untuk belajar. Guru mesti memahami pengajaran di sekolah ialah aktiviti atau

    proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan peningkatan kemahiran anak-anak. Ia

    meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan

    penilaian yang bertujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada anak-anak dengan

    cara yang berkesan.

    Selain itu guru juga bertanggungjawab mendidik akhlak, budaya, adab dan

    mencambahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak. Melalui pengalaman dan penceritaan anak-

    anak akan dapat memahami dan belajar tentang makna kehidupan pada masa depan. Natijahnya,

    merangsang anak minat dan rajin belajar memerlukan usaha gigih dan berterusan. Tanpa usaha

    gigih ia tidak akan berjaya. Sementara pengajaran di sekolah memperteguhkan apa yang diajar

    dan dididik di rumah. Pengajaran yang baik mesti melibatkan proses pemikiran, komunikasi,

    penggunaan bahasa yang berkesan secara berterusan.

  • 8/10/2019 KRM 3053 Tg1

    6/9

    KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK D20102042149 TAN SENG YEOW

    TUGASAN 1 UPSI 05

    5

    Pelbagai cara atau kaedah perlulah dilaksanakan demi memupuk minat murid. Oleh itu

    guru haruslah memupuk rasa ingin tahu murid-murid, menjalankan perbincangan semasa P&P

    dan menggunakan kaedah bermain sambil belajar.

    Cabaran 4:

    Memantapkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran seseorang guru.

    Guru memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan ibarat watak utama

    dalam sebuah filem terkenal. Penerapan kemahiran penaakulan pada murid padahal amat

    bergandung kepada cara dan teknik pengajaran guru semasa proses P&P dalam kelas. Oleh itu,

    pengalaman guru telah menjadi satu harta yang tidak dapat diabaikan kepada semua pihak dalam

    usaha membantu murid-murid menguasai kemahiran penaakulan.

    Oleh yang demikian, pemantapan pengalaman pengajaran dan pembelajaran seseorang

    guru telah menjadi satu cabaran kepada Kementerian Pendidikan, Unit sekolah malahan guru

    sendiri. Perlulah diingatkan pengalaman tidak dapat dipelajari tetapi hanya dapat dikumpulkan

    tahun demi tahun.

    Walaubagaimanapun, usaha yang boleh dilaksanakan demi membantu pemantapan

    pengalaman masih tidak kurang dan bersifat seberikut:

    Memantapkan kaedah pengajaran yang berinovatif, sentiasa relevan, dinamik dan terkinibagi menyediakan murid-murid yang berketerampilan. Kaedah pengajaran yang berkesan

    membantu murid memahami soalan atau teknik menjawab soalan dengan baik. Malahan,

    kemahiran penaakulan dapat dipupul dengan senang sekali apabila murid memahami

    soalan.

    Memantapkan sistem kurikulum pelbagai disiplin dan pendekatan pembelajaran bagi

    pelajar. Penggunaan kaedah seperti pembelajaran berasaskan masalah dan kajian kes

    serta pembelajaran secara berpasukan adalah digalakkan bagi meningkatkan kemahiran

    berfikir secara kritis dan saintifik, menguruskan maklumat, menambah keyakinan melalui

    percakapan serta mahir berinteraksi.

    Mempergiatkan aktiviti sukan dan kebudayaan secara meluas di setiap sekolah bagi

    melahirkan murid yang berilmu dan berprestasi tinggi dalam bidang sukan dan

    kebudayaan.

  • 8/10/2019 KRM 3053 Tg1

    7/9

    KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK D20102042149 TAN SENG YEOW

    TUGASAN 1 UPSI 05

    6

    Memantapkan sistem penilaian pelajar dengan memberikan perhatian kepada taksiran

    pencapaian semua hasil pembelajaran. Hal ini memerlukan sekolah menggunakan

    pelbagai kaedah penilaian selain ujian bertulis.

    Sentiasa tingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman serta pendedahan ilmu pengetahuan

    merujuk kepada usaha untuk menyelidik, menemu dan meningkatkan pemahaman

    manusia dari berbagai segi kenyataan. Meningkatkan ilmu pengetahuan penting kerana

    seseorang dapat mengikuti atau mengetahui perkara-perkara baru

    Meningkatkan kemahiran diri Keyakinan diri akan lebih terserlah apabila mempunyai

    kemahiran dan ilmu yang diperlukan. Sebagai contohnya, seorang guru yang mempunyai

    kemahiran dan ilmu yang mencukupi akan lebih yakin dalam sesi pengajaran.Pelbagai

    cara boleh digunapakai bagi memantapkan kemahiran diri termasuklah menghadiri

    kursus-kursus atau seminar-seminar yang berkaitan.

  • 8/10/2019 KRM 3053 Tg1

    8/9

    KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK D20102042149 TAN SENG YEOW

    TUGASAN 1 UPSI 05

    7

    Rujukan:

    http://maklumatku.files.wordpress.com/2012/07/11-challenges-270911_040512.pdf

    http://www.slideshare.net/sifatpgsr/buku-panduan-kemahiran-menaakul

    Su Luan, Wong. (2002). Development and Validation of an Information Technology (IT)

    Based Instrument to Measure Teacher's IT Preparedness. Doctor of Philosophy Thesis.

    Universiti Putra Malaysia.

    Su Luan, Wong, Sidek Abdul Aziz, Aida Suraya Mohd Yunus, Zakaria Sidek, Kamariah

    Abu Bakar dan Hamidah Maseran. (2005).

    Gender Differences in ICT Competencies among Academicians at Universiti Putra

    Malaysia. Malaysian Online Journal of Instructional Technology 2(3): 62-69.

    Sunal, D. W. (1996). The Impact of Network Communication Technology on Science

    Teacher Education. Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching 11(2):

    143-153.

    Taylor, R. P. (1980). The Computer In The school: Tutor, Tool, Tutee. New York:

    Teacher College Press.

    Mohd Uzi, D/ (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Melalui Penyelesaian

    Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • 8/10/2019 KRM 3053 Tg1

    9/9

    KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK D20102042149 TAN SENG YEOW

    TUGASAN 1 UPSI 05

    8