15
TARIAN INANG KOSTUM : FUNGSI & LAMBANG DISEDIAKAN OLEH : (KUMPULAN 9) AINA NABILA BT. AHMAD | 20113031 NOR FARIHALINA BT. PARSI | 21123026 NOOR FAREIENA BT. MUHAMMAD | 21123024 NURSHAMIRA SURAYA BT. HAMIDDON | 21123042

Kostum tarian inang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Slide ini memperincikan beberapa hal mengenai kostum Melayu dalam Tarian Tradisional Inang.

Citation preview

Page 1: Kostum tarian inang

TARIAN INANG KOSTUM : FUNGSI & LAMBANG

DISEDIAKAN OLEH : (KUMPULAN 9)

AINA NABILA BT. AHMAD | 20113031NOR FARIHALINA BT. PARSI | 21123026

NOOR FAREIENA BT. MUHAMMAD | 21123024NURSHAMIRA SURAYA BT. HAMIDDON | 21123042

Page 2: Kostum tarian inang

LATAR BELAKANG TARIAN INANG

Inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Tarian Inangmemberi gambaran bagaimana lembut dan sopan santunnyaperibadi seseorang wanita pengasuh.

Penari lelaki merupakan pasangan untuk menggambarkankeserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat.

Lenggok Tari Inang yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang,

Ayam Didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yang diragakan di dalamtarian tersebut.

Page 3: Kostum tarian inang

ASAL-USUL TARIAN INANG

Tarian Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Mak Inang suatu ketika dahulu  dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.

Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian Melayu. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.

Rentak tariannya adalah sangat lemah gemalai dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.

Page 4: Kostum tarian inang

Kini tarian Mak Inang lebih dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dan seringkali dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

Page 5: Kostum tarian inang

CARA PERSEMBAHAN

Tarian Inang ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita memakai selendang dan berbaju kebaya bersama hiasan cucuk sanggul sementara penari lelaki pula memakai sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping.

Pergerakan tariannya banyak tertumpu kepada bahagian tangan yang diangkat selaras bahu baik oleh penari lelaki mahupun penari wanita.

Tempo pergerakan Tarian Inang yang sederhana ialah 2/4diselangi dengan paluan gong. Inang juga boleh ditarikandengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri.

Ianya ditarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempoh yang pantas dan di iringi dengan alat muzik REBANA, BIOLA, dan GENDANG

Page 6: Kostum tarian inang

KOSTUM TARIAN INANG

Page 7: Kostum tarian inang

a) KOSTUM PENARI WANITA

CUCUK SANGGUL

SELENDANG

BAJU KURUNG/ BAJU KEBAYA

SAMPING SONGKET

Tambahan : SAPU TANGAN

Page 8: Kostum tarian inang

Di dalam Tarian Inang, pakaian penari perempuan boleh dibahagikan kepada dua jenis pakaian iaitu pertamanya, baju kurung, yang siap dengan kain, baju dan selendang. Selendang dipakai dan dilekatkan di bahu dengan kemas dan biasanya tidak melingkar di leher pemakai. Dan kedua, baju kebaya labuh, yang terdiri daripada kain, baju dan juga selendang.

A. B.

Page 9: Kostum tarian inang

Panjang lengan baju adalah kira-kira dua jari dari pergelangan tangan sehingga gelang yang dikenakan oleh kaum perempuan dapat dilihat. Lebar lengan baju kira-kira tiga jari dari permukaan lengan. Kedalaman baju adalah bervariasi dari sampai batas betis atau sedikit ke atas, tetapi tidak singkat. Biasanya penari perempuan akan memegang sapu tangan kecil berwarna-warni sebagai tambahan bagi menyerikan tarian.

Bagi penari perempuan yang berpakaian lengkap, akan dihiasi dengan siput sanggul (cucuk sanggul) yang terdiri daripada 3 jenis iaitu, siput tegang, siput cekak, dan siput lintang. Boleh juga disesuaikan dengan selendang atau penutup kepala.

Page 10: Kostum tarian inang

b) KOSTUM PENARI LELAKI

SONGKOK

BAJU MELAYU (CEKAK MUSANG)

SAMPING

Page 11: Kostum tarian inang

Bagi penari Inang lelaki terdapat 3 jenis pakaian Melayu. Pertama, baju Melayu Cekak Musang yang terdiri dari samping, kain dan songkok. Baju ini biasa digunakan pada acara-acara keluarga seperti kenduri, perayaan dan aktiviti keramaian.

Kedua, baju Melayu Gunting Cina, baju ini biasa digunakan dalam situasi sehari-hari di rumah bagi acara yang tidak rasmi. Terakhir ialah baju Melayu Teluk Belanga, baju ini terdiri dari samping, kain, dan songkok.

Kebiasaannya penari Inang lelaki menggunapakai baju Melayu Cekak Musang mengikut kesesuaian majlis, yang biasanya melibatkan majlis-majlis formal.

Page 12: Kostum tarian inang

LAMBANG DAN FUNGSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Bagi orang Melayu, pakaian selain berfungsi sebagai penutup aurat dan pelindung tubuh dari panas dan dingin, juga menyerlahkan lambang-lambang yang membawa makna. Lambang-lambang itu mewujudkan nilai-nilai luhur yang dijunjung tinggi oleh masyarakatnya.

Dengan sebatinya lambang-lambang budaya dengan pakaian, kedudukan dan peranan, pakaian menjadi sangat mustahak dalam kehidupan orang Melayu. Berbagai ketentuan adat mengatur tentang bentuk, corak (motif), warna, pemakaian, dan penggunaan pakaian. Ketentuan-ketentuan adat itu diwujudkan untuk mendidik dan meningkatkan akhlak dan peribadi si pemakainya.

Page 13: Kostum tarian inang

Pakaian Melayu dari hujung kaki sampai ke hujung rambut mempunyai makna dan gunanya. ”Semuanya dikaitkan dengan norma sosial, agama, dan adat-istiadat sehingga pakaian berkembang dengan makna yang beraneka ragam. Makna pakaian Melayu juga dikaitkan dengan fungsinya, iaitu pakaian sebagai penutup malu, pakaian sebagai penjemput budi, dan pakaian sebagai penolak bala.

Dapat dilihat pada Baju Melayu Cekak Musang yang mempunyai 5 butang pada baju yang membawa maksud 5 Rukun Islam yang perlu dipatuhi oleh semua Umat Islam.

Baju Melayu Teluk Belanga yang mempunyai 1 butang pada baju pula bermaksud hanya Tuhan (ALLAH) yang wajib di sembah dan tiadalah yang lain yang wajib disembah. (Bagi Umat Islam)

Page 14: Kostum tarian inang

Cucuk sanggul pula di katakan sebagai lambang pertahanan diri wanita.

Setelah memakai cucuk sanggul, selendang pula diletakkan di kepala sebagai simbolik kepada “melindungi diri” dan martabat seseorang wanita.

Tambahan, keronsang-keronsang yang dipin pada baju penari wanita atau selendang pula, memperlihatkan darjat seseorang.

CUCUK SANGGUL

Page 15: Kostum tarian inang

SEKIAN TERIMA KASIH

Ku kait puisi untaian madah.Buat hiasan di hujung laman,Tari Inang lenggoknya indah,Lestari budaya sepanjang zaman.

Kumpulan 9 | 3 April 2012