Upload
kannadhass
View
231
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
koperasi stpm
Citation preview
Bab 3 – Koperasi dan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung
1. Koperasi
► Definisi koperasi
Koperasi ialah satu pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1995 yang bermatlamatkan kepentingan bersama dan meningkatkan kepentingan ahli-ahlinya melalui aktiviti koperasi yang dijalankan.
► Peranan koperasi
Memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya
Menggalakkan kerjasama dikalangan ahli
Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi.
Membantu usaha kerajaan dalam pembangunan manusia.
► Prinsip-prinsip koperasi
Keahlian secara sukarela dan terbuka
o Tiada sebarang sekatan dari segi sosial, politik, agama untuk menjadi ahli koperasi.
Pengurusan secara demokrasi
o Ditadbir oleh mereka yang telah dipilih atau dilantik dengan cara undian dimana setiap ahli berhak mendapat satu undi tanpa mengira sumbangan modal.
Faedah atas modal saham terhad
o menerima satu kadar faedah atau pulangan yang terhad jika ada.
o Dividen yanga diberi mestilah mendapat kebenaran ketua Pendaftar.
Pembahagian lebihan yang saksama
o Lebihan diagihkan kepada ahli secara sama rata dimana tiada ahli mendapat laba yang melampau.
Galakan kepada pendidikan koperasi
o membuat peruntukan untuk pendidikan ahli-ahli, pegawai dan kakitangan serta masyarakat tentang kebaikan koperasi.
Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftar
o memberi perkhidmatan terbaik kepada ahli dan masyarakat. Ahli koperasi harus aktif di semua peringkat dan saling membantu untuk memperkembangkan lagi ekonomi negara.
► Lima kelebihan menjadi ahli koperasi.
Hak sama rata
o Tidak membezakan berdasarkan kepada pegangan syer anggota.
Mengutamakan kebajikan ahli sebagai pengguna
o Kebajikan ekonomi
o Pendidkan koperasi
Kebajikan bersama
o Seperti kebajikan menerima pendidkan dan bantuan
Harga syer yang tetap
o tidak terdedah kepada turun naik harga saham
o tidak bergantung kepada permintaan dan penawaran saham secara terbuka
► Bentuk pertubuhan koperasi
Koperasi asas
o sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh individu orang perseorangan sahaja.
o Bermatlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
o Mepunyai keahlian minimun 100 orang.
Koperasi menengah
o koperasi dimana ahli-ahlinya terdiri daripada koperasi-koperasi asas sahaja.
o Bermatlamat untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi yang menjadi ahli.
o Keahlian minimum terdiri daripada 2 koperasi asas.
Koperasi atasan
o mempunyai keahlian yang terdiri daripada koperasi-koperasi menengah sahaja, atau koperasi menengah dan koperasi asas.
o Terdiri daripada minimum 2 koperasi menengah.
o Cth : Angkatan koperasi kebangsaan (ANGKASA)
► Jenis koperasi dan aktivitinya
Koperasi Kredit dan Bank
o menyediakan kemudahan kredit dan penerimaan deposit.
o memberi kadar faedah yang baik kepada ahli berbanding bukan ahli.
o Contoh : Bank Kerjasama Malaysia.
Koperasi Pengguna
o membekalkan barangan dan pekhidmatan
o memberikan bekalan produk yang bermutu.
o Contoh : Koperasi Kedai Buku
Koperasi Perumahan
o memajukan projek perumahan untuk ahli
o kemudahan kepada ahli mendapat rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.
o Contoh : Koperasi Perumahan Guru
Koperasi Pembangunan tanah
o membangunkan tanah yang luas untuk projek pertanian.
o Mengusahakan tanaman yang dijual.
o Contoh : Koperasi Pekebun Kecil
Koperasi Kenderaan Pengangkutan
o menyediakan pengangkutan kepada ahli-ahlinya
o menyediakan aktiviti mengangkut hasil dan juga pengangkutan awam
o Contoh : Koperasi pengangkutan
► Penubuhan dan pendaftaran koperasi
i. Proses penubuhan koperasi
Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui JPK Wilayah atau negeri.
ii. Setelah mendapat kelulusan JPK satu jawatankuasa penaja yang terdiri daripada 10 oarang dibentuk untuk melakukan tugas-tugas awalan seperti berikut :
o menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan
o menyediakan aturan0aturan kegiatan uatama dan kegiatan-kegiatan lain serta menentukan objektif penubuhan koperasi berkenaan
o menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh JPK.
o Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan butiran peribadi ahli. Jawantankuasa Penaja perlu memastikan terdapat tidak kurang daripada 100 orang ahli yang berdaftar sebelum mesyuarat agung penubuhan dijalankan.
iii. Mengadakan Mesyuarat Agung untuk :
o Mendapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi.
o Menerima undang-undang kecil.
o Memilih anggota Lembaga Koperasi.
o Seorang pegawai dari JPK akan hadir untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am
iv. Menghantar dokumen pendaftaran kepada Ketua Pendaftar Koperasi tidak lewat dari 7 hari selepas mesyuarat dan dokumen-dokumen yang perlu diserahkan ialah :
o Borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangani oleh 10 orang AJK penaja.
o 3 naskah undang-undang kecil.
o Minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani sekurang-kurangnya 50 orang yang hadir.
v. Setelah pendaftaran diluluskan, satu sijil perakuan dikeluarkan oleh JPK sebagai pengiktirafan bukti sah pendaftaran.
► Syarat penubuhan koperasi
Bilangan ahli
o tidak kurang daripada 100 orang ahli
o tiada had jumlah maksimum
Koperasi sedia ada
o tidak boleh sama jenis atau fungsi dengan koperasi sedia ada di kawasan yang sama.
Syarat ahli
o warganegara Malaysia
o berumur 18 tahun ke atas atau berumur 12 tahun ke atas untuk menjadi ahli kopersi sekolah
o bermastautin di Malaysia, bekerja atau mempunyai tanah di kawasan operasi koperasi. Untuk menjadi ahli kopersi sekolah, ahlinya harus merupakan seorang pelajar di sekolah tersebut atau jika ahli koperasi nelayan ahlinya dari kalangan nelayan.
► Keadan yang boleh menyebabkan seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli koperasi.
Diisytiharkan bankrup oleh mahkamah
Tidak siuman dan disahkan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.
Dilucutkan keanggotaan oleh Ahli Lembaga Pengarah Koperasi.
Disabitkan dengan kesalahan kerana melanggar undang-undang kecil dan peraturan koperasi.
► Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)
Mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi
Memberi khidmat nasihat/latihan/bimbingan kepada koperasi
Memberi dan meluluskan program-program yang dirancang oleh koperasi
Memberi nasihat/pandangan kepada menteri tentang perkara berkaitan koperasi.
Mewujudkan persekitaran yang sihat untuk pembangunan koperasi.
Membantu dan menggalakkan koperasi yang ingin terlibat dalam sektor utama.
► Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
Mengadakan kursus dalam pengajian koperasi dan memberi diploma bagi kursus-kursus sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh MKM.
Mencetak dan menerbitkan buku-buku mengenai koperasi atau perkara-perkara yang berhubung dengannya seperti Dimensi Koperasi, Berita MKM dll.
Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi.
Memberi latihan berkualiti, seminar, kursus kepada pemimpin dan anggota koperasi.
► Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Menyatukan semua koperasi di Malaysia sebagai wakil koperasi yang menjadi ahli ANGKASA
Mentadbir kumpulan wang am dan wang khas bagi menjamin kelancaran aktiviti koperasi.
Menumpukan terhadap aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan koperasi melalui kursus, seminar, dll.
Menyumbangkan idea-idea baru bagi melancarkan gerakan koperasi di Malaysia.
Mencetak dan menerbitkan bahan bercetak seperti majalah, buletin – PELANCAR
Membantu koperasi meningkatkan kecekapan pengurusan koperasi dengan meberi panduan
Bekerjasama dengan pihak swasta dan memainkan peranan aktif dalam bidang perindustrian.
Mengawas dan menjaga kepentingan ahli dan menyelesaikan masalah ahli.
►Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)
► Definisi OBBU
o Ditubuhkan untuk menjaga kebajikan ahli
o Bukan bermatlamatkan keuntungan
o Contoh OBBU ialah persatuan, kelab badan kebajikan dan pertubuhan.
► Prinsip OBBU
Keanggotaan secara sukarela
Keahlian sesebuah pertubuhan adalah secara sukarela tanpa tekanan atau paksaan dari mana-mana pihak.
Pengurusan secara demokrasi
Ditadbirkan oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang dipersetujui oleh ahli-ahli pertubuhan berkenaan.
Pertubuhan faedah bersama
Memberi faedah kepada ahli-ahli dari segi kebajikan dan pengiktirafan. Hak bersuara individu mendapat pengiktirafan.
Faedah kebajikan dan keahlian
Setiap ahli organisasi bukan bermotif untung mendapat hak bersama melalui pertubuhan. Sebarang pandangan ahli-ahli pertubuhan diambil kira sebagai satu kemajuan dan peningkatan untuk menjaga kebajikan dan keahlian organisasi tersebut.
► Jenis-jenis organisasi bukan bermotifkan untung
Belia
o memberi tumpuan kepada kegiatan-kegiatan yang memberi manfaat kepada belia dengan penglibatan aktif golongan tersebut.
o Contoh : Majlis Belia Negeri Melaka
Kebajikan
o organisasi yang meberi kebajikan kepada golongan tertentu yang perlu menerima bantuan yang mana keahliannya terdiri daripada sukarelawan yang bergiat aktif membuat kerja-kerja amal.
o Contoh : Persatuan Warisan Negeri Johor
Kebudayaan
o organisasi yang keahliannya terdiri daripada golongan yang berminat dalam kebudayaan seperti tarian, lakonan, dan lain-lain.
o Contoh : Persatuan Warisan Negeri Johor.
Pendidikan
o Menjalankan aktiviti utama yang berkaitan dengan pendidikan. Antaranya ceramah motivasi, kelas-kelas bimbingan dan khidmat nasihat kepada ahli-ahli berkaitan pendidikan
o Contoh : Kelab Siswazah Perak
Sukan
o menggalakkan jenis sukan tertentu di kalangan ahli. Aktiviti sukan menjadi agenda utama seperti latihan, penganjuran pertandingan.
o Contoh : Persatuan Badminton Malaysia
► Penubuhan dan pendaftaran pertubuhan
o Pendaftaran dibuat di Jabatan Pendaftaran pertubuhan Negeri.Beberapa dokumen pendaftaran perlu ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama. Antara dokumennya ialah :
i. Borang permohonan
ii. senarai jawatankuasa penaja dengan maklumat peribadi masing-masing.
iii. Undang-undang kecil penubuhan yang memohon pendaftran.
iv. Rekod minit mesyuarat penubuhan
o satu mesyuarat penubuhan diadakan dengan kehadiran tidak kurang 7 orang.Tujuan mesyuarat penubuhan diadakan untuk membuat ketetapan berikut :
i. meluluskan nama dan alamat pertubuhan yang akan didaftarkan.
ii. Melantik ahli jawatankuasa yang akan menguruskan pendaftaran.
iii. Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil pendaftaran pertubuhan.
o Sijil perakuan pendaftaran dikeluarkan oleh pendaftar pertubuhan sebagai bukti pengesahan pertubuhan.
► Kelebihan OBBU
Ahli tidak perlu menyumbangkan modal, hanya sumbangan yuran keahlian yang rendah.
Boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti sukan, kebajikan, kebudayaan dan lain-lain.
Penglibatan ahli adalah menyeluruh
Penubuhannya amat mudah kerana tidak banyak prosedur dan undang-undang.
Boelh menjalankan aktiviti perniagaan untuk meningkatkan tabungan kelab.
Perbandingan antara koperasi, organisasi bukan bermotifkan untung dan organisasi bermotifkan untung.
Dimensi Koperasi Organisasi bukan bermotifkan untung
Organisasi bermotifkan untung. (Syarikat)
Tujuan Tidak bermotifkan keuntungan tetapi nmenjaga kebajikan ahli
Tidak bermotifkan keuntungan dan aktiviti menjaga kebajikan ahli
Memaksimumkan keuntungan perniagaan
Kawalan Akta Akta Koperasi 1993 (Pindaan 1995)
Akta Pertubuhan 1966 Akta Syarikat 1965
Pengurusan Dalam koperasi terdapat ahli lembaga pengarah koperasi yang menguruskan perjalanan koperasi.
Terdapat AJK yang akan menguruskan perjalanan sesebuah organisasi.
Lembaga pengarah yang dipilih dalam mesyuarat agung tahunan akan menjalankan pengurusan perniagaan.
Pemilihan Anggota Pengurusan
Berdasarkan prinsip demokrasi, satu ahli hanya satu undi tanpa mengambil kira pegangan saham.
AJK organisasi dipilih melalui mesyuarat agung tahunan berdasarkan satu undi setiap ahli.
Undi pemegang saham bergantung pada bilangan unit saham yang dimiliki oleh pemegang saham.
Pengurusan Kewangan
Sumber kewangan
Modal saham - Yuran ahli
- Bantuan dan derma
- Jualan
- Saham
- Pinjaman
Penyata kewangan
- Penyata penerimaan - Pembayaran tunai
- Aliran Tunai
- Kunci kira-kira
- Penyata Untung Rugi
Modal saham
Tiada had dalam modal saham dan boleh ditambah dari semasa ke semasa
Had modal yang dibenarkan tertakluk kepada modal yang dibenarkan ketika membuat pendaftaran.
Pengagihan Terdapat pembayaran Tiada pembayaran dividen Tiada had maksimum
dividen dividen kepada ahli. Kadar dividen maksimum ialah 10% bagi koperasi kredit dan bank dan 6% bagi koperasi lain.
kepada ahli dalam pemberian kadar dividen mengikut keuntungan syarikat
Kelulusan Pendaftar koperasi
- permohonan dibuat
kepada pendaftar
koperasi kawasan
- Ahli lembaga pengarah
- melalui mesyuarat
ahli lembaga
pengarah
Keuntungan Keuntungan tidak ditolak cukai
Keuntungan adalah selepas ditolak cukai
Pengurusan Pemasaran
Tertumpu pada aktiviti dan kepentingan yang diperoleh ahli-ahli.
Tertumpu pada promosi keahlian kepada individu yang berpotensi menjadi ahli organisasi tersebut serta pihak yang mampu memberi sumbangan kewangan.
Memberi perkhidmatan dan kebajikan kepada ahli.
Tertumpu pada aktiviti campuran pemasaran untuk menjalankan fungsi perkhidmatan bagi menyampaikan produk kepada pengguna sasaran.
Produk yang dipasarkan akan memberi kepuasan maksimum kepada pengguna.