Konsep sosiobudaya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sosio budaya

Citation preview

  • 1.0 Konsep sosiobudaya

    Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum pastinya akan mewujudkan corak

    sosiobudaya yang berbeza .perbezaan yang wujud tidak harus dijadikan sebagai tembok

    untuk mewujudkan pelbagai jurang dalam sistem masyarakat demokrasi di negara kita.

    Murid di sekolah haruslah didedahkan kepada kepelbagaian sosiobudaya dalam

    masyarakat agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Kepelbagaian

    sosiobudaya boleh ditinjau dari segi aspek bangsa, struktur masyarakat, kelas sosial

    ,kepercayaan ,bahasa ,adat resam dan jantina. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian

    sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka

    sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.

    2.1 Sosiobudaya

    Bangsa menurut Kamus Dewan sekumpulan manusia yang hidup bersama di

    sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya

    masyarakat. Bangsa juga merujuk kepada nilai-nilai social seperti bekerjasama, toleransi,

    hormat-menghormati, setia kawan, dedikasi dan persahabatan .Keperluan masyarakat

    adalah untuk kelangsungan hidup iaitu memahami cara hidup bermasyarakat ,memahami

    budaya masyarakat sendiri dan lain untuk memupuk kerjasama dalam masyarakat .Ciri-ciri

    utama masyarakat berkelompok berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi,

    mempunyai pemimpin dan mempunyai aturan sosialnya. Apabila membincangkan bangsa

    ,kita juga tidak terlepas daripada membincangkan aspek etnik .Kelompok ini wujud

    disebabkan perbezaan budaya.Ini termasuklah keseluruhan cara berfikir dan cara bertindak

    yang meliputi system politik, agama, kepercayaan, bahasa dan adat resam.

    Pada masa ini ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda

    pengenalan kolektif berasaskan cirri-ciri fizikal-biologi yang nyata seperti warna kulit, mata,

    rambut dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara penyerapan budaya dalam kepelbagaian

    kelompok dan agama ini .Melalui proses asimilasi yang mana minoriti menerima budaya

    dominan. Selain itu amalgamasi merujuk kepada proses percampuran yang membentuk

    kelompok baru yang berlaku melalui kahwin campur. Pluralisme adalah proses

    mempertahankan kepelbagaian budaya yang lebih menitikberatkan pengekalan cirri-ciri

    kebudayaan pelbagai kelompok.

    Kepercayaan juga merupakan satu keyakinan mengenai kebenaran berlakunya

    sesuatu, Kamus Dewan (1994).Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan

  • diterima secara turun temurun. Kepercayaan dan pantang larang bertujuan untuk mendidik

    tetapi disampaikan dengan cara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang

    ditegur.

    Bahasa juga merupakan alat menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat

    membentuk identity kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Orang Melayu bertutur

    menggunakan Bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri-negeri yang terdapat di Malaysia

    membezakannya.

    Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu

    yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai iaitu adat dan

    kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat .Adat resam mempunyai kesan

    kepada pelaku sama ada positif atau negatif .Terdapat pelbagai adat resam dari pelbagai

    kaum yang masih diamalkan sehingga kini antaranya adat resam Melayu iaitu melenggang

    perut. Adat ini merujuk satu amalan yang dijalankan ke atas wanita yang genap tujuh bulan

    hamil.

    Faktor jantina turut mempengaruhi pembentukan iklim dalam sesebuah masyarakat

    yang mana lelaki secara fitrahnya lebih bersikap keras dan agresif jika dibandingkan dengan

    perempuan yang pada lumrahnya lebih bersopan santun dan berhemah .Perempuan juga

    lebih cepat matang jika dibandingkan dengan lelaki tetapi pada satu tahap umur, lelaki akan

    sama tahap kematangannya dengan perempuan.

    2.2 Aspek perpaduan

    Proses perpaduan dan integrasi di Malaysia melalui 4 proses penting dan harus

    diberi perhatian iaitu asimilasi yang merupakan proses percantuman dan penyatuan antara

    kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan

    identity yang sama. Komuniti peranakan di Malaysia adalah satu contoh proses asimilasi

    juga bermaksud proses penyerapan budaya yang dapat dilihat melalui cara hidup sesuatu

    masyarakat migrant dan minority yang telah diserap oleh kebudayaan dominant tanpa

    membawa perubahan kebudayaan yang menyerapnya.

    Terdapat tiga konsep penting yang ditumpukan apabila menyebut perihal masyarakat

    iaitu budaya, perpaduan dan masyarakat. Sesuatu masyarakat hidup berkelompok,

    mempunyai budaya, sering mengalami perubahan, saling berinteraksi sama ada dalaman

    dan pihak luar, mempunyai kepimpinan, mempunyai aturan sosiobudaya. Kepelbagaian

    sosiobudaya ini boleh ditinjau dari segi bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa,

  • adat resam dan jantina .Lazimnya bangsa terjalin oleh kesamaan bahasa, budaya, kesatuan

    wilayah, sejarah dan agama.

    Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita

    melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan

    dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur

    ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan

    Perpaduan merupakan teras utama dalam hala tuju ke arah kecemerlangan. Apabila

    perpaduan telah mantap maka pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    Dalam hal ini, semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat

    menerusi tiga teras asas iaitu sikap penerimaan, penghayatan serta pembelaan kepada

    semua golongan yang memerlukan dapat dipupuk Untuk mewujudkan perpaduan di

    kalangan masyarakat majmuk maka pelbagai usaha telah diambil antaranya ialah Rukun

    Negara sebagai ideologi kebangsaan ,DEB, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar

    Kebudayaan Kebangsaan serta Jabatan Perpaduan Negara.

    2.3 Aspek pendidikan

    Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan

    masalah berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan

    pada tahun 1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada tahun

    1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai

    perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik. Sistem pendidikan melalui bahasa

    kebangsaan, pengalaman persekolahan yang sama dan peperiksaan yang selaras telah

    menyediakan pengalaman-pengalaman yang bertujuan mensosialisasikan pelajar-pelajar ke

    arah cara berfikir yang sama. Pada masa kini, murid-murid di sekolah dididik untuk

    memperkembangkan nilai-nilai positif yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum

    sekolah dibentuk sebegitu rupa agar ianya mempunyai hubungan yang erat dengan

    perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik

    sebagaimana yang dikehendaki oleh aspirasi negara.

    Oleh itu ,ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak

    mereka ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tidak ada sesiapa yang boleh

    memaksa atau menghalang mereka dalam membuat keputusan. Bagi rakyat yang peka

    kepada aspirasi dan identiti nasional, sudah tentu sekolah kebangsaan menjadi institusi

    pendidikan anak-anak. Bagaimanapun, apa yang kita lihat sekarang, terdapat ramai di

    kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat menghantar anak mereka ke sekolah

  • jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing. Lama-kelamaan ,ianya akan menjadi

    suatu gejala negatif di dalam masyarakat.

    Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan

    masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi

    dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. Dalam konteks ini, masyarakat harus

    peka dengan keadaan dan situasi yang berlaku. Tindakan perlu diambil bersama-sama

    untuk menjamin keharmonian sebuah negara. Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu

    elemen dalam menyatupadukan rakyat. Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31

    Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang

    menggunakan bahasa Melayu. Ianya bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu

    tetapi juga cuba memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui penggunaan

    satu bahasa.

    Namun begitu, Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi

    menyatupadukan rakyat. Di negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang

    melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul

    Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah

    aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1970.

    Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh

    semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan

    betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk ini.

    Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui

    pendidikan, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia

    pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah

    dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum

    begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di

    antara mereka.

    Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di

    negara ini menggunakan satu sistem berbanding pelbagai aliran ketika ini. Ia akan

    mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Mewujudkan sistem pendidikan yang

    menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa

    ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.