8
KONSEP IHSAN iHSAN merupakan pencapaian tertinggi dalam pelaksanaan ibad mahupun kerja seharian seorang hamba. Iana juga menjadi to kepada ranting agama selari dengan iman dan Islam dimana ia menjadi penentu kepada amalan kita sama ada diterima ataupu sebalikna disisi Allah S!". Namun begitu# ramai dikalangan diri kita ang memandang ent dengan konsep ihsan sepertimana ang telah dinatakan dalam ri$aat Imam Na$a$i sehingga kita terlupa akan kepentingann dalam kehidupan. Suatu ketika %alaikat &ibril a.s menemui 'asulullah s.a.$ b para sahabat dalam keadaan ber$ajahkan manusia untuk mengajarkan mereka tentang agama. %alaikat &ibril a.s berta tentang tiga perkara akni tentang Islam# Iman dan IHSAN. Kemudian# 'asulullah s.a.$ menja$abna dan dibenarkan pula %alaikat &ibril a.s.

Konsep Ihsan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

chill

Citation preview

  • KONSEP IHSANiHSAN merupakan pencapaian tertinggi dalam pelaksanaan ibadah mahupun kerja seharian seorang hamba. Ianya juga menjadi tonggak kepada ranting agama selari dengan iman dan Islam dimana ia menjadi penentu kepada amalan kita sama ada diterima ataupun sebaliknya disisi Allah SWT.

    Namun begitu, ramai dikalangan diri kita yang memandang enteng dengan konsep ihsan sepertimana yang telah dinyatakan dalam hadis riwayat Imam Nawawi sehingga kita terlupa akan kepentingannya dalam kehidupan.

    Suatu ketika Malaikat Jibril a.s menemui Rasulullah s.a.w bersama para sahabat dalam keadaan berwajahkan manusia untuk mengajarkan mereka tentang agama. Malaikat Jibril a.s bertanyakan tentang tiga perkara yakni tentang Islam, Iman dan IHSAN. Kemudian, Rasulullah s.a.w menjawabnya dan dibenarkan pula oleh Malaikat Jibril a.s.

  • Justeru, apa yang ingin ditekankan dalam kisah ini adalah pentingnya ihsan sepertimana pentingnya Islam dan iman dalam menentukan hala tuju diri kita sebagai seorang hamba dalam meniti kehidupan di dunia mahupun di akhirat sepertimana suruhan Allah s.w.t didalam surah an-nahl ayat 90 yang bermaksud:

    "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan Nya) supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya." APAKAH ITU IHSAN Kita acapkali melafazkan ihsan dalam kehidupan sehingga perkataan ini sudah menjadi lali dipendengaran.

  • Namun begitu, pernahkah kita terdetik untuk mendalami dan menghayati maksud sebenar ihsan? Ihsan dari segi lughahnya bermaksud berbuat baik dan didefinisikan sebagai bersungguh-sungguh dalam melaksanakan satu penghasilan yang berkualiti tinggi, mengabdikan diri serta menginfakkan kebaikannya kepada makhluk Allah SWT yang lain melalui saluran yang dimiliki seperti harta, ilmu meskipun jiwa dan raganya.

    Adapun yang dimaksudkan ihsan itu ditujukan kepada pengabdian diri kita kepada Allah SWT sepertimana yang diriwayatkan dalam hadis Jibril a.s bahawa ihsan adalah,Engkau beribadah kepada Allah SWT seakan-akan engkau melihat-Nya, dan jika engkau tidak mampu melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat kamu

  • Namun begitu, konsep ihsan ini bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah SWT dalam beribadah semata-mata kerana konsep ihsan merangkumi setiap tingkah laku kita samada bersangkut dengan duniawi mahupun ukhrawi. MENGAPLIKASIKAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN Ihsan mencakupi dua aspek yakni ihsan dalam beribadah kepada Allah SWT dan ihsan dalam menunaikan hak sesama makhluk. Ihsan dalam beribadah kepada Allah SWT adalah dengan mencampakkan rasa didalam hati bahawa diri sentiasa diawasi dan dihitung bagi setiap gerak-geri. Dengan hadirnya rasa ini, kita akan lebih cenderung untuk menahan diri kita dari melakukan perkara mungkar dan gerun untuk meninggalkan perintah Allah SWT. Malah, kita akan lebih khusyuk dan tawadu serta ikhlas dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.

  • Berbeza pula dengan ihsan dalam menunaikan hak sesama makhluk yang terbahagi kepada dua hukum yakni wajib dan sunat. Ihsan menjadi kewajiban bagi setiap individu dalam menunaikan hak kedua ibubapa kita dan bersikap baik dalam bermuamalah.

    Misalnya, setiap dari kita merupakan seorang anak kepada kedua orang tua dan adalah wajib kita berbakti kepada mereka dan memberi layanan terbaik selagimana mereka masih hidup dimuka bumi ini sepertimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 23. Manakala, ihsan menjadi sunat terhadap perkara yang menjangkaui batas kemampuan dan kadar kewajiban kita seperti memberikan sumbangan tenaga dan harta.

    Namun begitu, antara ihsan yang paling dituntut dan dipandang mulia adalah berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat terhadap diri kita dari sudut perbuatan mahupun sekadar ucapan.

  • REFLEKSI DIRI Sempena cuti semester ini, mari kita singkapkan kembali tingkat ihsan dalam diri kita. Sejauh mana kita beramal dengan ihsan sebagai seorang anak, seorang pelajar dan masyarakat. Sudahkah sempurna kita menunaikan hak-hak mereka yang kita miliki?

    Sekiranya kita seorang anak, penuhilah tuntutan seorang anak dengan meringankan beban ibubapa kita. Misalnya, kita boleh sumbangkan tenaga untuk mengambil alih tugas asas mereka semasa di rumah seperti mengemas, memasak dan urus adik-adik kecil.

    Sekiranya, ada keikhlasan dan kesungguhan, maka rumah adalah tempat yang terbaik untuk kita tingkatkan amalan dan pahala disisi-Nya. Sekiranya kita seorang pelajar, penuhilah tuntutan seorang pelajar untuk meneruskan jariah guru-guru kita dengan menyampaikan apa yang telah dipelajari.

    Misalnya, jika diri kita aktif di laman sosial, manfaatkannya untuk berkongsi ilmu dan menimba pengalaman.

  • Kemaskan konsep sampaikan walaupun satu ayat dengan rapi didalam diri. Tuliskan kalimah-kalimah yang akan mengembirakan kita di Hari Perhitungan dan jaga batas-batas tutur kata kerana hilang adab maka hilanglah nilai ilmu yang kita pelajari.

    Dan sekiranya kita adalah kelompok masyarakat, masa cuti inilah kita raikan peluang yang ada untuk mengenali jiran tetangga dan menjaga kebajikan mereka kerana mereka juga ada hak diatas diri kita dan akan dipersoal diakhirat kelak.Berbuat baiklah pada mereka sepertimana Allah SWT berbuat baik kepada kamu, 385:77.

    Oleh itu, sikap ihsan ini seharusnya diusahakan bagi setiap individu untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian kerana ia menjadi kekuatan kepada pegangan kita yang disandarkan kepada Allah SWT dalam setiap perbuatan

  • Misalnya, saat hati kita terdetik untuk melakukan perkara-perkara mungkar, justeru sikap ihsan ini yang akan memadamkan segala niat untuk berbuat kejahatan dan sikap ihsan ini juga membuatkan kita mengoptimumkan kesungguhan dalam melakukan ibadah-ibadah harian kerana keyakinan kita bahawa Allah SWT sedang melihat sebagaimana didalam surah al-fajr ayat 14 yang bermaksud:

    "Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawasi dan membalas, (terutama balasan akhirat)" Akhirul kalam, semoga Allah SWT mengurniakan nikmat IHSAN dan mewujudkan IHSAN dalam diri kita semua yang menyedari akan tuntutan agama ini serta digolongkan kita dalam golongan orang-orang yang bertaqwa sepertimana firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 128.

    "Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertaqwa dan orang yang berusaha memperbaiki