3
KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Page 2: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Konsep dan matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih sempurna apabila

unsur-unsur rukun negera dan pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi

negara diterbitkan sebagai penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala

usaha pendidikan termasuk sistem pendidikan yang sedia ada, akan dapat

dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat Pendidikan Negara mengikut

haluan dan pedoman yang diperkenalkan oleh Falsafah pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan insan yang baik dan

sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna dan

memperkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang melalui

proses pendidikan. Negara dapat mencapai matlamat iaitu:

Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi

kewajibannya sebagai seorang warganegara.

Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan

prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.

Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif dan sempurna demi

memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.

Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cintakan negara.

Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip Rukun Negara

dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.

Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan

kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.