7
KONSEP BUDAYA Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu • Budaya kebendaan • Budaya bukan kebendaan Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang- undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya. Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya • Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti

Konsep Budaya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

b

Citation preview

Page 1: Konsep Budaya

KONSEP BUDAYA

 

Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran

manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu

• Budaya kebendaan

• Budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,

senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan

orang Inggeris atau orang Eskimo

Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya,

setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan

seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran

kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi

oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan

terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi

dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan

hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya

• Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti

• Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri

kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa

Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘budaya’ dan

budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya.

Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya

boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat

memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan

Page 2: Konsep Budaya

keadaan sekeliling.

Ciri-Ciri Budaya

• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada

tingkahlaku dan akal manusia :

*Dipelajari

Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, Budaya

tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu.

Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu

dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada

beberapa faktor iaitu:

a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan

sebagainya.

b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.

c. Umur seseorang.

d. Tahap pendidikan

e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

*Dikongsi

Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini

bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi

lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu

adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti

perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi

perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

*Sejagat

Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua

kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.

Page 3: Konsep Budaya

Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor

pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:

i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.

ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.

iii. sistem sosial.

iv. bahasa

v. kesenian

vi. sistem pengetahuan.

vii. agama dan kepercayaan.

(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)

*Diwarisi

Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa

budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya

terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga

diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil

teknologi awal manusia masa lampau.

*Berubah

Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak

mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang

berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah

tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti

perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya

kebendaan lebih cepat berubah.

•Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:

• i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.

• ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.

• iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.

• iv. pertembungan budaya.

• v. konflik yang berlaku.

Page 4: Konsep Budaya

• vi. perubahan alam sekitar.

*Perlambanggan

Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu

kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.

Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama

mereka seperti isyarat memanggil.

*Pandangan Semesta

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam

sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia

mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula

diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing,

ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan

Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang

sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan

dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.

1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan

Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia

menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan

sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan

aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka

akan dibina kapal

2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku

Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia

memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan

memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan

panduan, meliputi:

•i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.

•ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.

Page 5: Konsep Budaya

•iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia

Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan

sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran

Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan

mengatur hubungan sesama manusia.

4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta

Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo

memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada

penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.

5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti

Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali

bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun bukan sahaja

dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan

perindustrian. Manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat

kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu