konsep

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sistem

Citation preview

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Perpaduan dan integrasi juga boleh didefinasikan sebagai Sat u proses bagi mewujudkan identiti nasiona l di kalan gan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit p olitik. Perpaduan amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Dan ini dibuktikan oleh pendapat Tun Abdul Razak iaitu; Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untukmemajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujuddaripada kepelbagaian tersebutPelbagai proses yang dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses asimilasi, amalgamasi dan pluralisme. a)Asimilasi proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan kelompok dengan satu budaya, satu bahasa da satu agama. b)Amalgamasi proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi (perkahwinan campur) yang akan membentuk kelompok baru dengan budaya baru. c)Pluralisme proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk perpaduan.