Upload
riannordiansyah
View
56
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
assignment
Citation preview
Pengenalan
Konfrontasi dapatlah didefinisikan sebagai saling berhadapan antara dua orang
dan lain-lain yang bertentangan dan bersemuka. Konfrontasi juga dapat ditakrifkan sebagai
bertentangan secara langsung (yang boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan dan
sebagainya) masing-masing terhadap yang lain. Konfrontasi Indonesia - Malaysia atau yang
lebih dikenali sebagai Konfrontasi sahaja adalah sebuah penentangan bagi menentukan masa
depan pulau Kalimantan, antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1962-1966 Penentangan
tersebut adalah penentangan bersenjata antara kedua-dua buah negara yang melibatkan
perjuangan di mana sebuah negara cuba menghancurkan sebuah negara yang lain dengan
menggunakan kekuatan tentera. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman secara rasmi telah
mengemukakan cadangan beliau terhadap penubuhan Gagasan Malaysia.1 Gagasan ini
melalui proses yang sukar kerana mendapat pelbagai reaksi dari dalam dan luar Tanah
Melayu samada reaksi positif mahupun negatif.
Pengisytiharan pembentukan Malaysia pada Mei 1961 yang akan
menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, dan sebahagian Borneo iaitu Sabah,
Sarawak dan Brunei merupakan titik tolak tercetusnya situasi yang melibatkan hubungan
diplomatik Malaysia diantara Indonesia serta Filipina. Walaupun cadangan Tunku Abdul
Rahman telah diterima oleh British, namun British lebih gemar sekiranya Malaysia dan
Singapura bergabung terlebih dahulu sebelum membentuk gagasan dengan Borneo kerana
Singapura dianggap sebagai pulau yang boleh dijadikan pangkalan tentera bagi pertahanan
British dan sekutunya di Asia Tenggara. Tunku menolak cadangan tersebut atas alasan
masalah perkauman dan politik. Beliau hanya bersetuju dengan penggabungan Singapura
1 Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia Indonesia, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 2000, hlm 69.
1
sekiranya wilayah di Borneo turut disertakan dalam pencantuman Tanah Melayu dan
Singapura itu.
Selepas persetujuan antara Tunku dengan Macmillan berkaitan penggabungan
negera-negera tersebut pada 31 Ogos 1963, Indonesia pada asalnya tidak mempunyai
sebarang bantahan. Walau bagaimanapun, berlakunya satu revolusi di Brunei pada Disember
1962 yang telah memberi kesan terhadap Indonesia tentang isu pembentukan Malaysia.
Revolusi tersebut yang dilakukan oleh Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) di bawah
pimpinan Sheikh Ahmad Azahari cuba menggulingkan Sultan Brunei dan kaum kerabat dari
tampuk pimpinan kerajaan. Pada Januari 1963, bermulanya konfrontasi Indonesia terhadap
Malaysia setelah revolusi di Brunei Berjaya dipatahkan oleh tentera British pada penghujung
tahun 1962. Konfrontasi tersebut sebagai lanjutan konflik dingin yang telah wujud sejak
1950-an di antara Tanah Melayu dan Indonesia. Sebab-sebab peribadi serta perbezaan dalam
kefahaman berhubung dengan soal antaranbangsa antara dua negara tersebut. Pembebasan
Indonesia daripada jajahan Belanda melalui revolusi menyebabkan pemimpin negara tersebut
menganggap Indonesia memainkan peranan penting utama yang memperjuangkan semangat
antikolonialisme dan imperialisme dalam kalangan negara-negera berkecuali. Pembentukan
Malaysia sudah pasti bertentangan dengan polisi kerajaan Indonesia kerana pembentukan
tersebut dianggap sebagai bentuk neokolonialisme yang baru oleh British di Asia Tenggara
dan akan menyebabkan ancaman terhadap Indonesia sendiri. Selain daripada itu, gagasan
Malaysia bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan berlakunya konfrontasi namun
wujudnya beberapa faktor lain.
2
Faktor Utama iaitu Gagasan Malaysia
Oleh kerana Indonesia merupakan jiran tetangga yang rapat dengan Tanah
Melayu, maka Tunku selepas mengumumkan tentang Gagasan Malaysia pada 27 Mei 1961,
mengambil inisiatif memberitahu Indonesia tentang cadangan penubuhan Malaysia supaya
tidak menimbulkan masalah. Selepas Tunku Abdul Rahman mengumumkan hasrat beliau
menubuhkan Gagasan Malaysia, Indonesia tidak memberikan respon yang negatif mahupun
bantahan. Hal ini kerana Indonesia tidak memberikan jawapan yang jelas terhadap penubuhan
gagasan tersebut. Pada bulan September 1962, wawancara dengan The Sidney Morning
Herald menjelaskan bahawa menurut Dr Subandrio yang merupakan Menteri Luar Indonesia,
persoalan Gagasan Malaysia adalah persoalan penduduk wilayah-wilayah yang terlibat.2 Jadi,
penubuhan tersebut terletak kepada rakyat dalam wilayah-wilayah tersebut untuk
menentukannya. Tidak cukup dengan itu, Dr Subandrio menguatkan lagi pendiriannya
dengan memberikan jaminan bahawa Indonesia tidak berhasrat untuk menuntut sebarang
wilayah British yang terdapat di Borneo.3
Sejak pengumuman tersebut, hubungan antara Tanah Melayu dan Indonesia
sudah kelihatan suram dan semakin renggang.4 Walaupun pada awalnya Indonesia
memberikan reaksi seakan-akan menyokong Gagasan Malaysia yang disuarakan oleh Tunku
Abdul Rahman, namun sebenarnya reaksi itu adalah palsu semata-mata. Indonesia sejak awal
lagi menentang Gagasan Malaysia namun tidak dapat dizahirkan kerana pada ketika itu,
Indonesia berada dalam krisis pertikaian hak tuntutan Irian Barat. Isu Irian barat telah
menghalang Indonesia untuk membantah penubuhan tersebut kerana tuntutan Irian Barat
melibatkan kuasa British dan Amerika Syarikat. Indonesia bimbang sekiranya reaksi negatif
2 Arifina, ‘Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966’, Tesis M.A., Fakultas Sastra, Univeristas Indonesia, Jakarta, 1994. hlm. 36.3 Kunaseelan al/Muniandy, Hubungan Malaysia Indonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1996, hlm. 136.4 Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia Indonesia, hlm 72.
3
dizahirkan terhadap penubuhan gagasan tersebut akan mempengaruhi keputusan tentang
status Irian Barat. Akan tetapi, atas dasar pengumuman Gagasan Malaysia inilah yang telah
membawa kepada penyebab berlakunya reaksi konfrontasi terhadap Tanah Melayu dan
Malaysia. Suara menentang Gagasan Malaysia semakin nyaring apabila masalah Irian Barat
selesai pada bulan Ogos 1962. Dr Ali Sastroamidjojo, bekas Perdana Menteri dan bekas
Pengerusi Persidangan Afro-Asian di Bandung pada tahun 1955, mengeluarkan kenyataan
akhbar di Semarang pada 12 September 1962 bahawa Indonesia mesti mengikuti
perkembangan itu secara dekat untuk menentukan sama ada Malaysia menguntung atau
merugikan rakyat Indonesia. Ini kerana Indonesia dan Malaysia akan mempunyai sempadan
yang sama di Borneo. Beliau juga menolak kenyataan Dr Subandrio bahawa Indonesia tidak
mempunyai tuntutan wilayah di luar bekas tanah jajahan Belanda di Hindia Timur.
Kenyataan tersebut ternyata mengecewa dan telah menyinggung perasaan Tunku.
Apabila diminta memberikan penjelasan dengan penyataan itu, Dr Subandrio
menjawab bahawa Indonesia tidak mampu berdiam diri dengan perkembangan tersebut.
Tambahan lagi, keadaan ini menjadi lebih teruk apabila hubungan Indonesia dan Malaysia
menjadi dingin dengan perang mulut yang semakin menjadi – jadi di antara pemimpin kedua
– dua negara tersebut. Keadaan semakin menjadi goyah lagi apabila, Tunku Abdul Rahman
dan Harold McMicheal yang merupakan Perdana Menteri British telah meluaskan perjanjian
Pertahanan Tanah Melayu-British (Anglo-Malayan Defence Agreement, AMDA) kepada
Perjanjian Pertahanan Malaysia-British pada 23 November 1961 dalam usaha merealisasikan
penubuhan Gagasan Malaysia. Melalui perluasan perjanjian tersebut, secara tidak langsung
telah mebabitkan Tanah Melayu dalam SEATO (Southeast Asia Treaty Organisation).5
Keadaan ini ditentang sendiri oleh Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengatakan
5 Kunaseelan al/Muniandy, Hubungan Malaysia Indonesia, hlm. 141.
4
sekiranya wujud pangkalan tentera asing di Malaysia, Indonesia juga akan bertindak sama
dengan menubuhkan pangkalan tentera asing iaitu pangkalan ketenteraan Rusia.6
Di peringkat antarabangsa pula, terdapat negara-negara yang menyokong
cadangan gagasan Malaysia. Contohnya, Australia telah menyokong langkah Tunku Abdul
Rahman, manakala Amerika Syarikat pula tidak menyatakan sokongan mereka lebih awal
kerana bimbangkan tuduhan bahawa rancangan penubuhan Malaysia adalah lebih merupakan
idea dari mereka dan bersifat neo-kolonialisme.7 Namun begitu, pada Jun 1961, Perdana
Menteri Britain, Mc Millan telah menyatakan pandangannya bahawa idea penubuhan
Malaysia merupakan sesuatu yang menarik. Namun, Indonesia berasa tergugat dengan
pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia disebabkan beberapa faktor yang lain. Namun,
tidak dapat dinafikan bahawa gagasan ini dilihat mengancam kedudukan Indonesia
memandangkan Tanah Melayu pada ketika itu di bawah pemerintahan British. Secara
umumnya, reaksi menentang gagasan Malaysia yang dilakukan oleh Indonesia melalui dua
tahap utama. Tahap pertama berlaku sebelum sebelum meletusnya pemberontakan di Brunei
iaitu dari tahun 27 Mei 1961 hingga 7 Disember 1962.8 Manakala tahap kedua pula telah
berlaku selepas pemberontakan di Brunei iaitu sejak 9 Disember 1962 sehingga 16 September
1963.
FAKTOR-FAKTOR LAIN
6 Arifina, ‘Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966’, hlm. 37.7 James P. Ongkili, Modernization In East Malaysia 1960 -1970, Oxford University Press, Kuala Lumpur. 1972, hlm. 7.8 Kunaseelan al/Muniandy, Hubungan Malaysia Indonesia, hlm. 130-131.
5
Perjuangan Sheikh Ahmad Azhari dan Revolusi di Brunei.
Di Brunei, Parti Rakyat Brunei (PRB) merupakan gerakan politik berhaluan kiri
yang menentang Gagasan Malaysia Parti ini diterajui oleh Sheikh Ahmad Azahari ini telah
menggesa Sultan Brunei agar menamatkan hasrat baginda untuk menyertai Malaysa. Selain
itu, Azahari juga menyimpan niat untuk menubuhkan taraf berkerajaan sendiri bagi Brunei.
Beliau juga berpendapat bahawa Gagasan Malaysia mengekang hasrat beliau dalam
memperjuangkan kemerdekaan dan taraf berkerajaan sendiri dan pembentukan Malaysia akan
menjejaskan impian beliau. Untuk mengagalkan pengelibatan Brunei dalam pembentukan
Malaysia, Sheikh Ahmad Azahari telah menjalankan hubungan sulit dan telah berunding
dengan kerajaan Indonesia di Jakarta. Azahari telah mengadakan lawatan ke Indonesia bagi
meminta bantuan daripada kerajaan Indonesia dalam melaksanakan perjuangan beliau.
Indonesia telah memberi bantuan berbentuk kewangan dan kebendaan selain mendirikan
pangkalan tentera di Malinau, Kalimantan, Indonesia. Pangkalan tentera ini dibina untuk
melatih tentera gerila yang dikenali sebagai Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
Pengaruh Sheikh Ahmad Azahari telah berkembang sehingga ke Singapura dan
Tanah Melayu apabila kumpulan anti-Malaysia memberi sokongan kepada PRB seperti
Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Malaya. Oleh sebab desakan daripada Azhari dan PRB
temtang kemasukan Brunei ke dalam gagasan Malaysia, tindak balas yang diharapkan tidak
kesampaian. Hal ini kerana Sultan Brunei tidak bersetuju dan juga mengharamkan
pertubuhan tersebut.9 Keadaan ini menyebabkan Sheikh Ahmad Azahari melakukan tindakan
yang ganas iaitu dengan melakukan pemberontakan. Revolusi tersebut yang dilakukan oleh
Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) di bawah pimpinan Sheikh Ahmad Azahari
cuba menggulingkan Sultan Brunei dan kaum kerabat dari tampuk pimpinan kerajaan. Walau
9 Kunaseelan al/Muniandy, Hubungan Malaysia Indonesia, hlm. 143.
6
bagaimanapun, revolusi di Brunei berjaya dipatahkan dengan bantuan tentera British pada
penghujung tahun 1962 dan keadaan ini menambahkan lagi ketegangan antara Indonesia dan
juga Tanah Melayu ketika itu. Hal ini menyebabkan Indonesia telah mengubah pendiriannya
daripada bersikap sederhana kepada agresif terhadap penentangan Gagasan Malaysia.
Tambahan pula, isu Irian Barat telah berjaya diselesaikan dan dimiliki oleh Indonesia pada
bulan Ogos 1962.10
Pengaruh Parti Komunis Indonesia (PKI)
Parti Komunis Indonesia (PKI) juga telah mengkritik penubuhan Malaysia. PKI
secara lantang menyuarakan bahawa penubuhan Gagasan Malaysia merupakan satu dasar
neokolonisme Barat yang ingin menguasai Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara, Singapura
dan Brunei. PKI merupakan parti politik pertama Indonesia yang menyuarakan rasa tidak
puas hati mereka terhadap gagasan tersebut.11 PKI menolak pembentukan Malaysia kerana
dikatakan pembentukan tersebut akan menindas keinginan rakyat wilayah-wilayah yang ingin
menentukan nasib sendiri tanpa perlu bergabung dengan negara lain.12 Dalam kongres PKI
pada bulan April 1962, pembentukan Malaysia sebenarnya dikendalikan oleh golongan
imperialis.13 Kenyataan tersebut jelas menunjukkan British yang sebenarnya merancang dan
akan memerintah negara baru itu. Pembantahan terhadap pembentukan Malaysia bukan
sahaja disebabkan konsep neokolonisme Barat, tetapi juga kerana PKI mempunyai hubungan
dengan komunis yang terdapat di Kalimantan.14 Pembentukan Malaysia akan menyebabkan
negara baru itu mengamalkan anti-komunis sepertimana yang terjadi di Persekutuan Tanah
Melayu. Penubuhan sebuah negara komunis di Kalimantan Utara tidak akan tercapai
sekiranya Malaysia ditubuhkan. Kegagalan pemberontakan di Brunei oleh Tentera Nasional
10 Roger William Snow, JR, A Comparative Analysis Of Confederation As An Instrument Of Indonesian Foreign Policy, University of Washington. 1973. hlm. 122.11 Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia Indonesia, hlm 71.12 Arifina, ‘Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966’, hlm. 38.13 Ibid.14 Ibid.
7
Kalimantan Utara memberi bukti bahawa gagasan Malaysia akan memberi ancaman kepada
Parti Komunis Indonesia dan juga pengaruh mereka di rantau Asia Tenggara. Tambahan lagi,
revolusi di Brunei memperkuatkan alasan PKI bahawa rakyat di Kalimantan Utara tidak
bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Dalam sidang perhimpunan PKI pada 30-31
Disember 1961, PKI telah bersetuju untuk menolak pembentukan Malaysia dan akan cuba
mengagalkan rancangan tersebut. Selepas resolusi itu diluluskan, maka PKI memainkan
peranannya dengan menghasut kerajaan Indonesia agar memerangi habis-habisan penubuhan
Gagasan Malaysia sekitar tahun 1961. Namun, Indonesia tidak mengeluarkan sebarang
tindakan terhadap Tunku kerana terhalang oleh isu Irian Barat.15
Pendirian Sukarno dan Indonesia Raya
Sukarno sebenarnya mempunyai hasrat yang serupa dengan hasrat Tunku Abdul
Rahman yang ingin menggabungkan wilayah-wilayah di kepulauan Nusantara sekitarnya
menjadi sebuah negara yang bersatu. Indonesia pada awalnya ingin mengemukakan cadangan
untuk menyatukan Indonesia dan wilayah sekitarnya yang meliputi Tanah Melayu, Borneo,
dan Filipina bagi membentuk satu kesatuan iaitu Indonesia Raya berdasarkan warisan
kerajaan Majapahit. Hasrat Sukarno untuk membentuk Indonesia Raya tidak kesampaian
setelah mendapati Tunku Abdul Rahman terlebih dahulu menyuarakan hasratnya untuk
menubuhkan Malaysia dan juga menunggu keputusan tentang Irian Barat.16 Keadaan ini
dilihat sebagai menutup impian Sukarno itu. Ekoran daripada itu, Sukarno dan Indonesia
telah melaksanakan dasar hubungan dingin terhadap penubuhan Gagasan Malaysia. Sukarno
berpendapat bahawa gagasan itu sepatutnya diumumkan oleh beliau dan bukannya disuarakan
oleh Tunku Abdul Rahman. Lantas dengan keputusan Tunku untuk membentuk Persekutuan
Malaysia, Indonesia dibawah pimpinan Sukarno melancarkan propaganda memburukkan
15 Kunaseelan al/Muniandy, Hubungan Malaysia Indonesia, hlm. 133.16 Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia Indonesia, hlm 70.
8
Tanah Melayu dan gagasan itu sendiri. Namun demikian, pendirian Sukarno ini pada awalnya
terhad kepada sindiran dan ungkapan dingin terhadap Tanah Melayu memandangkan pada
ketika itu tuntutan terhadap Irian Barat belum selesai. Beliau bimbang jika reaksi negatif itu
dizahirkan ianya akan mempengaruhi keputusan tuntutan Irian Barat tersebut. Namun,
memandang secara rasional terhadap isu ini menyebabkan beliau terpaksa menerima gagasan
tersebut dengan syarat Tunku mampu untuk merealisasikan matlamat tersebut. Jadi, sikap dan
pendirian Sukarno ini jelas menunjukkan bahawa ianya merupakan salah satu sebab utama
yang menyebabkan reaksi konfrontasi terhadap pembentukan Gagasan Malaysia.
Neokolonialisme
Sukarno telah menyuarakan pendirian beliau terhadap pembentukan Gagasan
Malaysia dengan menyatakan bahawa usaha dan perjuangan Indonesia menentang penjajahan
dan imperialism Barat belum tamat walaupun isu Irian Barat berjaya diselesaikan. Atas dasar
ini, Sukarno mengatakan bahawa pembentukan Malaysia adalah merupakan dasar perluasan
Imperialisme Barat dan Nekolonialisme. Sukarno juga mendakwa bahawa penubuhan
Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baharu dan memastikan pengusaaan British ke
atsas perusahaan getah, bijih timah dan minyak. Hal ini kerana Tanah Melayu sememangnya
terkenal dengan lombong bijih timah seperti di Larut, Perak dan hasil minyak yang kaya di
Brunei. Tambahan pula, Indonesia pada ketika itu masih dikelilingi dengan negara
Imperialisme dan Old Established Force. Dr Subandrio juga mengingatkan bahawa negara
Indonesia akan memberi tindak balas terhadap tindakan Tanah Melayu dan Malaysia yang
dianggap salah dan mengancam Indonesia. Sehubungan itu, Indonesia mengingatkan agar
pihak British tidak sesekali membina pangkalan tentera di kawasan Sabah, Sarawak dan
Brunei selepas penubuhan Malaysia.17. Kenyataan Dr Subandrio berkaitan tentera British itu
17 Thor Beng Chong, Malaya/ Indonesia Relations, Penchetak Kerajaan, Kuala Lumpur. 1963, hlm. 42.
9
telah disanggah oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura tidak perlu risau tentang
soal pangkalan tentera di Borneo Utara kerana tidak ada sesiapapun yang akan mendirikan
pangkalan tersebut ekoran kemunduran sistem komunikasi di kawasan tersebut. Jadi, faktor
neokolonialisme yang dibimbangkan oleh Indonesia ini jelas menunjukkan bahawa ia
merupakan salah satu sebab utama yang menyebabkan reaksi konfrontasi diantara Indonesia
dan Malaysia.
Bantahan Parti Politik dan Pemimpin Indonesia
Selain daripada Parti Komunis Indonesia yang menyatakan bantahan secara
terbuka terhadap penubuhan Malaysia, terdapat juga beberapa parti politik tempatan yang
menyuarakan pendapat yang sama. Salah satu parti yang menonjol dalam bantahannya
terhadap cadangan penubuhan Gagasan Malaysia ialah Parti Indonesia (Partindo). Partindo
merupakan sebuah parti politik Indonesia yang telah ditubuhkan pada tahun 1932. Parti ini
disertai oleh Presiden Sukarno dan mempunyai lebih seribu orang ahli pada awal
penubuhannya. Seperti pendirian Sukarno dan kenyataan PKI, Partindo juga menpunyai
pendapat yang serupa terhadap penubuhan Gagasan Malaysia. Partindo beranggapan bahawa
Gagasan Malaysia merupakan sebuah neokolonialisme British terhadap negara-negara di
Asia Tenggara. Melalui akhbar rasmi parti ini iaitu Bintang Timor menyatakan bahawa dasar
imperialism British telah mencetuskan Mighty Malaysia dan mempergunakan Tunku Abdul
Rahman bagi menutup neokolonialisme yang dibawa oleh penjajah tersebut. Partindo juga
menuduh Gagasan Malaysia sebagai usaha-usaha yang dilakukan oleh British untuk
menguatkan lagi kedudukan tentera British di Asia Tenggara selain ingin menguasai
kepentingan ekonomi dan sumber alam yang terdapat di Brunei, Sarawak dan Sabah melalui
saluran neokolonialisme tersebut.
10
Tidak cukup dengan reaksi Partindo terhadap Gagasan Malaysia, terdapat juga
reaksi yang menentang gagasan tersebut daripada Parti Nasional Indonesia. Parti Nasional
Indonesia (PNI) merupakan parti politik yang tertua di Indonesia. Parti ini telah ditubuhkan
pada 4 Julai 1927 oleh sekumpulan pelajar yang terlibat dalam Kelab Pembelajaran
Algemeene di Bandung Indonesia. Parti ini pada awalnya telah diketuai oleh Sukarno. Pada
tahun 1962, Ali Sastromidjojo yang merupakan bekas Perdana Menteri Indonesia dan juga
Pengerusi PNI telah mengisytiharkan bahawa Indonesia tidak sesekali akan menjadi boneka
terhadap penubuhan Malaysia. Sebaliknya, Indonesia harus menentukan sama ada penubuhan
gagasan tersebut menguntungkan atau merugikan Indonesia. Ali juga menimbulkan isu
persempadanan dalam kenyataan beliau sekaligus tidak bersetuju dengan pendirian Dr
Subandrio yang mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk menuntut wilayah di
luar bekas tanah jajahan Belanda di Borneo. Ali menyifatkan kenyataan Dr Subandrio adalah
satu kesilapan yang kurang cerdik.
Sebagai jawapan balas Tunku Abdul Rahman, beliau telah memberi jawapan
bahawa beliau gagal untuk memberi kefahaman terhadap Indonesia tentang kelebihan dan
kelemahan penubuhan Gagasan Malaysia. Namun, beliau menegaskan bahawa Tanah Melayu
tidak mempunyai niat untuk mencetuskan pergaduhan dengan Indonesia sebaliknya meminta
agar Indonesia dan negara lain mengikuti perkembangan gagasan tersebut dengan aman.
Beliau juga menegaskan kepada Indonesia agar tidak campur tangan dalam urusan Tanah
Melayu. Tunku terpaksa bersikap tegas terhadap kenyataan Ali tersebut kerana PNI empunyai
kaitan dengan Sukarno. Tunku bimbang sekiranya Ali akan menghasut Sukarno dengan kata-
kata itu yang boleh dijadikan dasar Indonesia. Dalam pada itu, walaupun Indonesia tidak
menyuarakan pendirian negatifnya terhadap penubuhan Malaysia secara terang-terangan,
pemimpin-pemimpin Indonesia sebenarnya sudah lantang menyatakan pendirian kontra
mereka terhadap penubuhan tersebut. Selain Sukarno, Dr Subandrio secara diam-diam
11
mengecam pembentukan Malaysia bersama Prof. Mohd Yamin. Bagi mereka, Malaysia
adalah pesaing yang menutup impian mereka untuk menubuhkan Indonesia Raya.
Kebimbangan Kedua-dua Negara.
Wujudnya kebimbangan diantara kedua –dua negara sama ada Malaysia mahupun
Indonesia juga menjadi faktor yang menyebabkan konfrontasi Indonesia dengan Malaysia.
Dalam politik Indonesia, Sukarno telah menggunakan ketiga-tiga elemen utama iaitu Islam,
nasionalis dan komunis bagi mengukuhkan kuasanya. Walhal, pengaruh PKI yang didorong
oleh China dan USSR Soviet Union menyebabkan Indonesia seakan-akan menjadi pusat
penyebaran ideologi tersebut. Keadaan ini berbeza dengan Malaysia, terutamanya
Persekutuan Tanah Melayu serta pentadbiran British yang jelas menolak fahaman komunis.
Pengalaman Malaysia dalam menentang Parti Komunis Malaya (PKM) sepanjang tempoh
Darurat 1948-1960 merupakan satu perkara yang sangat mempengaruhi pendirian negara dan
Tunku sendiri terhadap komunis.
Hal ini membimbangkan Tunku jika pengaruh komunis menular di Semenanjung
Tanah Melayu dan menghalang pembentukan Malaysia. Begitu juga dengan Indonesia yang
bimbang kehadiran kuasa asing iaitu British di Tanah Melayu. Seperti pendirian Sukarno dan
kenyataan PKI yang beranggapan bahawa Gagasan Malaysia merupakan sebuah
neokolonialisme British terhadap negara-negara di Asia Tenggara.18 Disamping itu, sokongan
terbuka Indonesia terhadap perjuangan pembebasan rakyat Kalimantan iaitu pemberontakan
di Brunei yang tercetus pada 8 Disember 1962 telah mencetuskan kemarahan Tunku.19 Pada
11 Disember 1963, Tunku mendakwa pihak Indonesia terlibat dengan pemberontakan
tersebut. Tunku juga mendakwa bahawa latihan ketenteraan pemberontakan di taja oleh pihak
18 James P. Ongkili, Modernization In East Malaysia 1960 -1970, hlm. 7.19 Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia Indonesia, hlm 73.
12
Komunis dan pihak berhaluan kiri di Indonesia. Hal ini seterusnya menyebabkan
kebimbangan kedua – dua negara jika berlaku serangan hendap di antara Malaysia mahupun
Indonesia.
Pengaruh Orang Cina.
Tidak cukup dengan alasan-alasan tersebut, faktor konfrontasi Indonesia dan
Malaysia adalah disebabkan oleh pengaruh orang Cina. Indonesia mengatakan kebimbangan
mereka terhadap perluasan pengaruh Cina di Tanah Melayu dan Asia Tenggara akan berlaku
sekiranya Malaysia ditubuhkan. Indonesia juga menegaskan bahawa sekiranya Malaysia terus
dilaksanakan nescaya suatu hari nanti kaum Cina akan menguasai politik Tanah Melayu
seterusnya Malaysia. Kenyataan Indonesia ini diperkukuhkan lagi dengan menyatakan
bahawa apabila Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu dan Singapura dilaksanakan,
komposisi Melayu akan hanya 39 peratus berbanding kaum Cina yang memonopoli 42
peratus yang lain. Hal ini kerana negara Singapura mempunyai penduduk yang majoritinya
terdiri masyarakat kaum Cina. Disamping itu, negara Singapura pada masa itu dikuasai oleh
pemimpin yang terdiri daripada kaum Cina seperti Lee Kuan Yew dan ketika itu juga terdapat
ramai tokoh – tokoh politik yang membawa ideology politik yang fahaman komunis.20
Sekiranya Tunku yang mengambil tindakan, ianya dianggap sebagai A Malayan Government
acting against Chinese.21 Oleh sebab itu, pihak berkuasa Amerika mencadangkan Lee Kuan
Yew ataupun Kerajaan British mengambil tindakan ke atas tokoh – tokoh komunis. Namun
demikian, kebimbangan ini dijawab oleh Tunku Abdul Rahman dengan mengeluarkan
kenyataan beliau bahawa Malaysia yang ditubuhkan akan menggabungkan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Jadi masalah komposisi kaum akan dapat diatasi
dengan kehadiran bumiputera Sabah dan Sarawak. Tunku berpendapat bahawa kepentingan
20 Ibid, hlm. 57.21 Ibid.
13
Tanah Melayu adalah lebih terjamin percantuman Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak
dan Brunei.
KESIMPULAN
Penubuhan Gagasan Malaysia yang disuarakan oleh Tunku Abdul Rahman
mendapat pelbagai reaksi daripada negara jiran. Reaksi yang paling jelas adalah reaksi
negatif daripada negara Indonesia. Secara keseluruhannya ,reaksi terhadap penubuhan
Malaysia ini tidak dilihat keterlaluan kerana terhad oleh isu tuntutan Irian Barat. Namun,
setelah isu ini selesai pada bulan Ogos 1962, Indonesia telah mengubah sikap kepada lebih
agresif dengan kenyataan-kenyataan dan hasutan yang dilihat mencabar pendirian Tunku
Abdul Rahman. Tambahan lagi, Parti Komunis Indonesia (PKI) melancarkan perang
psikologi terhadap gagasan Malaysia. Malahan pengaruh PKI telah berjaya menyakin
pemimpin dan parti politik serta rakyat Indonesia sendiri untuk membantah pembentukan
Malaysia.
Kesudahannya, setelah Gagasan Malaysia ditubuhkan, konfrontasi Indonesia
terhadap Malaysia telah dilaksanakan melalui tiga aspek iaitu sekatan ekonomi, pemutusan
hubungan politik dan serangan ketenteraan. Pendaratan tentera Indonesia di Semenanjung
Tanah Melayu pada bukan Oktober 1964, memaksa kerajaan Malaysia mengadu dan
mengemukakakm bantahan kepada Majlis Keselamatan PBB. Akibatnya, satu resolusi, yang
dikenali sebagai Resolusi Norway, telah didraf tetapi malangnya telah dibatalkan oleh undi
Veto pihak USSR yang memihak kepada Indonesia. Pendaratan tentera Indonesia untuk kali
kedua pada bulan Oktober 1964 telah memaksa kerajaan Malaysia mengkaji semula polisi
pertahanannya. Justeru itu, kerajaan Malaysia telah menuntut British melaksanakan dasar
ofensif yang melibatkan operasi merentas sempadan sejauh 10 000 ela dan lebih. Akibat
14
tekanan dari Malaysia, beberapa operasi ofensif telah digubal, seperti rancangan Mason,
rancangan Addington dan Althorpe.22 Konfrontasi ini berakhir apabila Presiden Sukarno
berjaya digulingkan oleh kuasa Soeharto dan perundingan antara Indonesia-Malaysia telah
dimeterai pada 11 Ogos 1966.23 Menjelang akhir tahun 1965, Jeneral Soeharto mengambil
alih kekuasaan di Indonesia daripada Presiden Soekarno setelah berlangsungnya rampasan
kuasa. Oleh kerana konflik domestik ini, keinginan Indonesia untuk meneruskan perang
dengan Malaysia menjadi berkurangan dan peperangan pun turut reda. Pada 28 Mei 1966
sewaktu berlangsung sebuah persidangan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan kerajaan
Indonesia mengumumkan penyelesaian konflik antara kedua-dua negara. Konflik berakhir
pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua
hari kemudiannya. Perubahan politik dan kepimpinan negara di Filipina dan Indonesia serta
usaha gigih kerajaan dan masyarakat antarabangsa telah berjaya menamatkan peristiwa
konfrontasi. Dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 11 Ogos 1966, hubungan kedua-
dua negara, Malaysia dan Indonesia yang dianggap sebagai bersaudara, telah pulih seperti
sediakala.
Bibliografi
22Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia Indonesia, hlm 128.23 Marvin C.Ott, The Sources and Content of Malaysian Foreign Policy Towards Indonesian and Philippines: 1957 – 1965, Baltimore, Maryland. 1971, hlm. 354.
15
1. Arifina, ‘Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966’, Tesis M.A.,
Fakultas Sastra, Univeristas Indonesia, Jakarta, 1994.
2. Kunaseelan al/Muniandy, Hubungan Malaysia Indonesia, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. 1996.
3. James P. Ongkili, Modernization In East Malaysia 1960 -1970, Oxford University
Press, Kuala Lumpur. 1972.
4. Roger William Snow, JR, A Comparative Analysis Of Confederation As An
Instrument Of Indonesian Foreign Policy, University of Washington. 1973.
5. Thor Beng Chong, Malaya/ Indonesia Relations, Penchetak Kerajaan, Kuala Lumpur.
1963.
6. Marvin C.Ott, The Sources and Content of Malaysian Foreign Policy Towards
Indonesian and Philippines: 1957 – 1965, Baltimore, Maryland. 1971.
7. Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia Indonesia, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 2000.
16