Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    1/14

    KOLEJ TUNKU KURSHIAH

    KERJA KURSUS GEOGRAFI (23/2)PMR 2012

    TAJUK: Perniagaan Runcit (Pasar Malam) Di Taman Tun DrIsmail ,Bandar Kuala Lumpur,Negeri Wilayah Persekutuan

    NAMA: NUR IZZAH BINTI SHEIKH AZMIR

    NO K/P: 970313-14-5452

    TINGKATAN: 3C

    GURU PENILAI:MISS WONG SIEW CHIN

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    2/14

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    3/14

    PENGHARGAAN

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sayauntuk menyiapkan folio ini,terutama sekali ibubapa saya yang telah membenarkan sayamenggunakan komputer di rumah dan memberi nasihat dan bimbingan kepada saya.

    Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaituCik Wong Siew Chin yang telah mengajar saya mata pelajaran Geografi dan akhirnya sayaingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Tun Dr Ismail yang telah memberikerjasama yang baik supaya saya boleh menghabiskan folio ini.

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    4/14

    PENDAHULUAN

    Saya Nur Izzah Binti Sheikh Azmir,pelajar tingkatan 3C dari Kolej Tunku Kurshiah.Sayatelah menjalankan kajian di kawasan kediaman saya.Saya menjalankan kajian tentangperniagaan runcit(Pasar malam) di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur, WilayahPersekutuan.Saya juga telah menjalankan temu bual tentang jenis perniagaan di kawasankajian.Kajian ini mengambil masa selama sebulan untuk menulis laporan.Saya telah memilihkawasan ini kerana kedudukannya yang strategik dan dekat dengan tempat tinggal saya diTaman Tun Dr Ismail.

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    5/14

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    6/14

    KAWASAN KAJIAN

    (b) Taman Tun Dr Ismail

    Lokasi:

    Taman Tun Dr Ismail ialah sebuah kawasan perbandaran utama yang terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia, berhampiran sempadan NegeriSelangor,iaitu berhampiran Bandar Utama,Damansara Utama dan Mutiara Damansara(kawasan sub bandar terbangun di Petaling Jaya, Selangor). Taman Tun Dr Ismail

    juga bersebelahan dengan Bukit Kiara dan Sri Hartamas dan juga dekat sekali denganBangsar dan Damansara Heights.

    Taman Tun Dr Ismail ini terletak dalam lingkungan Wilayah Persekutuan KualaLumpur yang dinaungi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Bandar iniboleh di capai melalui jalanraya utama seperti Damansara-PuchongExpressway(LDP) dan New Klang Valley Expressway (NKVE).

    Taman Tun Dr Ismail terletak di barat Bandaraya Kuala Lumpur. Ini termasuk dalam parlimen Segambut.Jarak relative dari Bandaraya Kuala Lumpur adalah 30minit manakala jarak mutlaknya adalah 11 kilometer.Jarak dari bandar terdekat iaituBandar Utama adalah satu kilometer.Tambang bas dari Taman Tun Dr Ismail ke PusatBandar Kuala Lumpur ialah RM 2.50.

    Di kawasan Taman Tun Dr Ismail terdapat pelbagai jenis rumah iaitukondominium, banglo, rumah berkembar dua tingkat, rumah teres dua tingkat, danrumah teres setingkat. Berhampiran dengan sekolah terdapat kedai dan pejabat tigatingkat, balai polis , taman permainan dan klinik kerajaan ibu mengandung.

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    7/14

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    8/14

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    9/14

    KAEDAH KAJIAN

    Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

    a) Kaedah pemerhatian

    Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian terhadap komposisi penduduk di TamanTun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan serta kaitannya dengan jenispekerjaan penduduk.

    b) Kaedah temubual

    Saya telah menemu bual penduduk Taman Tun Dr Ismail untuk mendapat maklumatuntuk menyiapkan laporan.

    c) Kaedah soal selidik

    Saya telah menggunakan kaedah soal selidik dan memberikan borang soal selidik kepada 30 orang penduduk Taman Tun Ismail.

    d)

    InternetSaya telah menggunakan Internet untuk mencari maklumat untuk folio saya.

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    10/14

    DAPATAN KAJIAN

    (A)Aktiviti perniagaan yang dijalankan di Malaysia dapat dibahagikan kepada

    dua jenis,iaitu perniagaan runcit dan perniagaan borongPerniagaan runcit melibatkanaktiviti jual beli pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang kecil.Peniaga yangmenjalankan perniagaan ini dinamakan peruncit.Peruncit mendapat bekalan daripadapemborong atau pengeluar lalu menjualnya kepada pelanggan mengikut kuantiti yangdikehendaki.

    Dalam kajian geografi tempatan ini saya dikehendaki mengkaji perniagaanruncit,Pasar malam di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur,Wilayah

    persekutuan.Pasar malam adalah perniagaan runcit kecil-keciln tanpa kedai tetap ataukekal.Mereka menjalankan perniagaan di gerai sementara yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

    Di pasar malam ini terdapat pelbagai jenis perniagaan runcit. Menurut buku teksperdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankanurusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lainseperti rakan dan jiran.

    Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaanruncit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contoh, penjual makanan dan minuman, penjualaiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yangdidirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ketempat yang lain.

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    11/14

    (B) Empat kepentingan perniagaan runcit.

    Kepentingan pertama yang boleh didapati daripada perniagaan runcit adalahmenyediakan peluang pekerjaan.Perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluangpekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil.Berniaga mungkin akan memberikan pandapatantambahan kepada para peniaga.Ini juga akan menerapkan sikap berdisiplin dalam parapeniaga untuk berusaha untuk mendapatkan wang untuk menyara diri atau menyara keluarga.

    Selain itu, kepentingan yang telah didapati adalah meningkatkan taraf hidup danpendapatan penduduk.Perniagaan pasar malam ini dapat member peluang kepada peniaga

    untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapat untuk menyara keluargamereka.Peniaga akan berkerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kawasan merekamendapat wang tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

    Seterusnya,kepentingan pasar malam adalah memudahkan penduduk tempatan membelibarangan.Pasar mala mini telah menyediakan pelbagai barangan dan memudahkanpembeli.Dengan cara ini, pembeli tidak perlu susah-susah untuk pergi ke pasar raya yangterdapat di Bandar.Harga barangan juga lebih murah berbanding dengan barangan di pasarraya.Pembeli bukan sahaja akan menjimatkan masa, namun wang yang dikeluarkan juga

    berkurangan.

    Akhirnya, kepentingan yang telah saya dapati adalah membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan mereka.Ada sebahagian daripada peniaga di sinimenjual barangan yang telah dibuat sendiri, sebagai contoh para peniaga telah bercucuk tanam dan ingin menjual hasil tanaman mereka.Pasar mala mini member peluang kepadapenduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti kerepek,hasilkraftangan dan juga barangan yang lain.

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    12/14

    (C)Empat faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit

    Faktor yang pertama ialah governan.Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan.

    Faktor yang kedua pula ialah modal. Pasar malam ini tidak memerlukan modal yangbesar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini.

    Seterusnya, infrastruktur .Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik,tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.

    Selain itu, pertambahan penduduk- kebiasaannya pasar malam ini menjadi tumpuanpenduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yangsemakin bertambah.Selain itu,penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar mingguini.

    Faktor yang terakhir ialah darjah ketersampaian. Lokasi pasar minggu ini sangat

    strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan Parit Sulong dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    13/14

    (D) Empat kesan negatif perniagaan runcit

    Antara kesan negatif yang boleh didapati adalah masalah sosial.Pasar malam inimenjadi sasaran pelajar sekolah untuk merayau dan melakukan perkara yang tidak senonohseperti berpeluk dan memakai pakaian yan mencolok mata.Para remaja bukan sahajamelakukan perkara yang sumbang, namun, mereka juga berani mencuri.

    Selain itu, kesan negatif yang terdapat di pasar malam ini adalah pelbagai jenispencemaran telah berlaku.Kawasan perniagaan akan dipenuhi sampah sarap yang akanmengakibatkan kehadiran haiwan-haiwan yang tidak diingini berkeliaran seperti anjing dan

    tikus.Peniaga yang menjual barangan yang perlu dibakar sudah tentu akan menyebabkanpencemaran udara di kawasan tersebut.

    Seterusnya,masalah yang dihadapi adalah masalah kesesakan lalu lintas. Masalahkesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan merekasesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.

    Kesan negatif yang terakhir adalah harga tanpa kawalan. Kebanyakan harga barang dipasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinanpengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.Peniagamungkin ingin mendapatkan untung yang lebih, tetapi mereka telah menggunakan cara yangsalah.

  • 7/31/2019 Kolej Tunku Kurshiah Geografi 2012

    14/14

    (E) Tiga cadangan bagi mengurangkan kesan negatif

    Antara cadangan untuk mengurangkan kesan negative adalah denganmenguatkuasakan undang-undang. Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda danhukuman yang berat kepada peniaga yang melakukan kesalahan sama ada yang berat atauyang ringan untuk mencegah kesalahan pada masa yang akan datang.Dengan cara ini,parapeniaga mungkin akan mendapat kesedaran dan takut untuk melakukan kesalahan.

    Di samping itu,pihak kerajaan juga boleh melaksanakan prinsip mengawal hargabarangan yang dijual.Kerajaan perlulah sentiasa memantau dan mengawal harga barangan

    yang dijual di pasar malam ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu olehpeniaga.Dengan cara ini juga, pelancong luar akan terpegun dengan kejujuran rakyatMalaysia yang tidak mengambil kesempatan ke atas mereka walaupun mereka merupakanorang luar dan bukanlah warganegara.

    Akhir sekali,pihak kerajaan perlulah sentiasa rajin mengadakan kempen kesedaranuntuk membuka mata para peniaga dan pembeli agar tidak berlakunya pencemaran di

    kawasan tersebut.Cara ini mungkin akan memupuk sikap ssyang terhadap Negara.Pihak kerajaan boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menjalankan kempen tersebut.Antaranyaadalah dengan mengedarkan risalah,menampal poster,mengadakan ceramah terbuka danmacam-macam lagi untuk memberikan kesedaran.