kissm 1a

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 kissm 1a

    1/13

    Cikgu Nadia ialah seorang guru yang berdedikasi dan pernah menerima Anugerah

    Perkhidmatan Cemerlang (APC) semasa bertugas di Sekolah Menengah Sultan

    Sulaiman, Kuala Terengganu. Beliau telah dinaikkan pangkat ke gred DG44 (hakiki)

    dan ditempatkan di sekolah yang baru iaitu Sekolah Menengah Bukit Payung Hulu

    Besut sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.

    Soalan 1A (i)

    Jelaskan syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh Lembaga Kenaikan

    Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut.

    Soalan 1A (ii)

    Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Cikgu Nadia.

  • 8/3/2019 kissm 1a

    2/13

    Soalan 1A (i)

    Jelaskan syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh Lembaga

    Kenaikan Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut.

    Guru merupakan tonggak kepada kemajuan negara. Negara yang maju

    semestinya bermula daripada keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, martabat

    kerjaya sebagai guru di anggap sebagai kerjaya yang professional. Dalam

    menjayakan misi ini banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk

    guru-guru dalam perkhidmatan seperti memberi insentif dan kenaikan pangkat

    supaya guru-guru sentiasa meningkatkan prestasi masing-masing. Tujuan utama

    Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat seperti Anugerah Guru

    Cemerlang (APC) adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-

    benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam

    bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara

    ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam

    sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi

    memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

    Bagi melayakkan Cikgu Nadia untuk memangku Guru Cemerlang , beliau

    perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat

    pemangkuan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu syarat-syarat umum dan syarat-

    syarat khusus. Antara syarat umum ialah Cikgu Nadia perlu disahkan jawatannya

    dalam perkhidmatan. Syarat ini amat penting bagi urusan pemangkuan ke Gred

    DG44(KUP). Cikgu Nadia juga perlu mencapai tahap prestasi yang ditetapkan

    berdasarkan Laporan Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3 tahun terakhir semasa

  • 8/3/2019 kissm 1a

    3/13

    perkhidmatannya di sekolah tersebut. LPNT ini akan disemak dan diselia oleh

    Guru Besar dan jemaah nazir yang telah terlibat.

    Selain itu syarat kenaikan pangkat juga menitikberatkan guru yang

    mempunyai sahsiah diri yang baik dan bebas dari tindakan tatatertib. Ini bagi

    memastikan setiap urusan kenaikan pangkat dibuat secara telus ,adil dan saksama.

    Justeru penilaian sifat-sifat peribadi Cikgu Nadia termasuk kesesuaiannya dengan

    jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan guru tersebut dinilai

    secara adil dengan mendapat kerjasama daripada guru besar dan jemaah nazir.

    Antara syarat untuk kenaikan pangkat juga ialah Lulus tapisan keutuhan

    SPRM. Ini bagi mengelakkan guru yang mempunyai kecekapan melaksanakan tugas

    tanpa penghayatan nilai-nilai murni, tanpa integriti akan mendedahkan kita kepada

    gejala rasuah dan keruntuhan moral yang akhirnya akan diterjemahkan kepada mutu

    penyampaian perkhidmatan yang mementingkan imbuhan, ketidak-adilan dan

    sebagainya. Melalui cara ini akan mengekang kita daripada melakukan sebarang

    penyelewengan dan pelanggaran peraturan.

    Guru Besar juga memainkan peranan dalam kenaikan pangkat Cikgu Nadia.

    Antara peranannya ialah bertanggungjawab membuat semakan bagi setiap

    permohonan berdasarkan kritiria senarai semak yang disediakan dalam Borang

    Permohonan kenaikan pangkat. Ini mengesahkan sama ada segala dokumen yang

    dilampirkan adalah benar dan sahih.

    Antara syarat khusus yang diperlukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat ialah

    tempoh perkhidmatan cikgu Nadia hendaklah sekurang-kurang mengajar 5 tahun

    termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar untuk gred DG 44

    (Hakiki). Mengikut teori Peringkat Perkembangan Guru, guru biasanya akan

  • 8/3/2019 kissm 1a

    4/13

    mencapai kemampuan kognitif yang tinggi untuk mencerakin dan menganalisis

    persekitaran pembelajaran secara kreatif dan tersendiri kerana mempunyai

    pengalaman mengajar selama 5 tahun.

    Kesimpulannya, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini bukanlah sesuatu

    yang mudah untuk dicapai dan bukan juga sesuatu yang sukar untuk diperolehi

    sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan

    Pangkat. Justeru, dengan wujudnya anugerah seperti ini secara tidak langsung

    meningkatkan semangat untuk mengajar di samping menjadi role model serta

    sumber inspirasi kepada guru-guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan

    lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru

    Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk

    meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.

  • 8/3/2019 kissm 1a

    5/13

    Soalan 1A (ii)

    Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Cikgu Nadia.

    Guru memainkan peranan yang penting untuk mengenal pasti dan

    membangunkan potensi pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan

    corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga

    kini sebahagian besar adalah hasil sumbangan kejayaan keguruan. Pihak

    Kementerian sentiasa memikirkan dan melakukan penambahbaikan dalam aspek

    kemudahan guru-guru misalnya pemberian elaun, kemudahahan rumah guru,

    biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya lagi. Bagi guru-guru yang

    menunjukkan khidmat dan prestasi cemerlang pelbagai kemudahan kemudahan

    elaun disediakan untuk mereka terutamanya yang bertugas di Sabah dan Sarawak

    mahupan di semenanjung malaysia berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1,

    1980.

    Kebajikan para guru sentiasa dijaga oleh pihak kementerian pelajaran dengan

    memberikan pelbagai elaun sebagai imbuhan kepada mereka. Merujuk kepada

    situasi Cikgu Nadia yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG44 (hakiki) dan

    kemudiannya ditempatkan di sekolah yang baru iaitu Sekolah menengah Bukit

    Payung beliau layak untuk menikmati Elaun Bertukar /Berpindah Rumah. Elaun-

    elaun kerana bertukar (242) memperuntukkan seseorang pegawai yang bertukar

    termasuk pertukaran kerana mendapat jawatan baru yang lain dalam kerajaan.

  • 8/3/2019 kissm 1a

    6/13

    Jika merujuk kepada elaun elaun kerana bertukar (242) (b), Cikgu Nadia

    juga berhak memperolehi elaun-elaun lain seperti berikut:

    i. Perbelanjaan makan dan lojing yang dikeluarkan semasa dalam

    perjalanan untuk pertukaran itu.

    ii. Perbelanjaan sebenar mengangkut barang, serta tambang pegawai

    dan keluarga.

    iii. Elaun makan dan lojing.

    iv. Pemberian pindahan.

    Ini adalah kerana Cikgu Nadia telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan atas arahan

    bukannya disebabkan atas permintaan mereka sendiri.

    Tambahan pula, Cikgu Nadia layak menuntut atau menikmati perbelanjaan

    pengangkutan barang-barang (242) dengan syarat setiap Tuntutan balik

    perbelanjaan pengangkutan barang-barang hendaklah disertai dengan resit.

    Dalam masa yang sama beliau juga layak menuntut bayaran sewa hotel

    semasa bertukar bermula hari perjalanan beliau. Sekiranya perjalanan beliau

    memerlukan beliau dan keluarga bermalam di hotel, beliau boleh membuat tuntutan

    tersebut yang disokong dengan resit bayaran seperti yang terkandung dalam

    Perintah Am 15.

    Berdasarkan Perintah Am 4, seseorang pegawai yang bertukar boleh

    dibayar elaun makan bagi diri dan keluarganya pada hari pertama dalam masa

    perjalanan pertukaran itu, mengikut kadar yang ditetapkan iaitu sekiranya beliau

    tidak membuat tuntutan elaun makan mengikut Perintah Am 15(c) pada hari yang

    sama. Dalam situasi ini, Cikgu Nadia berhak untuk menuntut elaun makanan tanpa

    menunjukkan resit bayaran kerana perjalanan dari Sekolah menengah Sultan

  • 8/3/2019 kissm 1a

    7/13

    Sulaiman, Kuala Terengganu ke Sekolah Menengah Bukit Payung Hulu besut tidak

    mengambil masa lebih daripada sehari.

    Kesimpulannya, usaha kerajaan yang memberikan pelbagai elaun seharusnya

    dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru. Kerajaan dan kementerian Pelajaran

    Malaysia sentiasa peka dengan kebajikan guru agar keperluan dan kemudahan

    guru-guru dapat disediakan sebaik mungkin dalam usaha membantu kelancaran

    kualiti kerja-kerja guru.

  • 8/3/2019 kissm 1a

    8/13

    Bagi memastikan imej negatif terhadap penjawat awam dapat ditangani, etika

    perkhidmatan awam telah diperkenalkan oleh kerajaan. Justeru etika ini perlu

    difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh semua penjawat awam terutamanya guru

    baharu yang menyertai perkhidmatan awam.

    SOALAN 2B (i)

    Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.

    Soalan 2B (ii)

    Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan

    bagi merealisasikan etika tersebut.

  • 8/3/2019 kissm 1a

    9/13

    SOALAN 2B

    (i) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.

    Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang

    atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama

    masyarakat. Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan iktidal (

    temperance ) merupakan nilai-nilai utama masyarakat. Manakala etika bermaksud

    tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap

    masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami

    tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.

    Kajian menunjukkan bahawa wujud hubung kait antara kecemerlangan dan

    pengalaman etika yang baik bagi mencapai kejayaan. Faktor penting penyumbang

    kepada kejayaan ialah kualiti sumber manusia iaitu pekerja dan bagaimana

    usaha untuk pembentukan kualiti pekerja. Justeru, etika perkhidmatan awam

    diwujudkan adalah bertujuan untuk melahirkan kesedaran di kalangan anggota

    Perkhidmatan Awam tentang betapa pentingnya pembaharuan dilakukan dari segi

    budaya kerja, cara operasi, sistem dan prosedur serta teknologi. Pada hakikatnya,

    kejayaan usaha ini bergantung kepada komitmen dan sokongan semua anggota

    Perkhidmatan Awam.

    Kerajaan telah menggariskan panduan kepada kakitangan awam di Malaysia

    supaya dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Ini selaras

    dengan kehendak kerajaan yang ingin mencapai status negara maju pada tahun

    2020. Selain itu, ia akan mewujudkan persaingan yang sihat kerana permintaan

    rakyat terhadap perkhidmatan awam terus meningkat dan akan menghasilkan satu

    pentadbiran yang cemerlang.

    Kewujudan etika perkhidmatan ini juga di lihat sebagai usaha kerajaan untuk

    menyangkal pandangan yang negatifseperti adanya tuduhan,rasa curiga dan syak

    wasangka tentang kemampuan perkhidmatan awam. Terdapat pelbagai aduan

    tentang kecekapan perkhidmatan awam sama ada dari segi mutu perkhidmatan,

    layanan yang diberikan kepada orang ramai mahupun sikap serta tingkah laku

    penjawat awam itu sendiri. Untuk itu, etika perkhidmatan awam diwujudkan supaya

  • 8/3/2019 kissm 1a

    10/13

    dapat mengurangkan segala teguran dan pandangan negatif masyarakat terhadap

    perkhidmatan awam seterusnya dapat mewujudkan anggota perkhidmatan awam

    yang amanah, jujur dan bertanggungjawab. Adalah menjadi matlamat dan azam

    kerajaan untuk meninggikan kecekapan, imej dan mutu perkhidmatan awam.

    Dengan adanya etika ini, tahap kualiti dalam pemberian perkhidmatan kepada

    masyarakat dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pegawai perkhidmatan awam perlu

    berusaha untuk meningkatkan taraf dirinya. Ini dapat dilakukan dengan

    meningkatkan kemahiran menerusi latihan, pembacaan serta menghadiri seminar

    atau bengkel.

    Tambahan pula, etika perkhidmatan ini juga menjadi pemangkin kepada

    sektor pekhidmatan awam untuk membantu membaik pulih keadaan Negara

    seperti kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan di rantau ini dan berlakunya

    gejala-gejala yang kurang sihat seperti rasuah, penipuan serta penyelewengan

    dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Dalam petikan ucapan ketika

    melancarkan Panduan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1979, Ketua

    Setiausaha Negara telah mengatakan bahawa keputusan kerajaan untuk

    mewujudkan satu etika bagi Perkhidmatan Awam pada asasnya bertujuan untuk

    menyerapkan kepada semua kakitangan Kerajaan semangat kerja dan dedikasi bagi

    menentukan supaya mutu prestasi Perkhidmatan Awam dapat ditngkatkan lagi.

    Kesimpulannya, etika perkhidmatan awam ini diwujudkan adalah untuk

    menangani beberapa isu di samping memberi penghayatan dan penerapan nilai -

    nilai murni kepada pekerja sektor perkhidmatan awam. Oleh itu, penjawat awam

    seperti guru merupakan pasukan pendidik anak-anak bangsa yang inginkan modal

    insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kitalah yang

    seharusnya terlebih dahulu mengamalkan nilai-nilai murni dalam memberi

    perkhidmatan.

  • 8/3/2019 kissm 1a

    11/13

    Soalan 2B

    (ii) Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah

    organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut.

    Secara omongan mudahnya, kerja berkumpulan sepatutnya lebih

    meriah. Keseronokan lebih mudah dirasai jika semua individu dalam kumpulan

    memberikan komitmen yang terbaik kepada perjalanan aktiviti kerja. Namun, ada

    ketikanya sukar untuk mencapai etika perkhidmatan semasa bekerja pada tahap

    100% daripada semua. Tiada individu yang boleh memberikan 100% kemahiran,

    bakat, pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya walaupun menjanjikan

    sedemikian. Tiada manusia yang sempurna. Kelemahan dan kekurangan seorang

    individu ditampung dengan kekuatan dan kelebihan individu yang lainnya. Dalam

    aktiviti kerja berkumpulan ianya boleh dilakukan. Justeru, Ketua kepada organisasi

    aktiviti kerja perlu memainkan peranan untuk merealisasikan etika perkhidmatan

    awam kepada pekerjanya.

    Sokongan dan komitmen pihak pengurusan atasan dapat

    membantu mewujudkan suasana yang menyemarakkan pelaksanaan Amalan etika

    perkhidmatan selain mampu memberi kesan yang berpanjangan. Pihak pengurusan

    atasan akan memberikan hala tuju dan keputusan-keputusan untuk memastikan

    etika ini dapat dilaksanakan dalam organisasi dengan baik oleh anggotanya.

    Contohnya ialah pemberian anugerah penghargaan dalam bentuk pengesyoran

    untuk menerima pingat-pingat, sijil-sijil kepujian, cenderamata, pertimbangan untuk

    kursus-kursus dan lain-lain bagi mereka yang telah memberi perkhidmtan yang

    cemerlang. Selain itu, Anugerah penghargaan ini perlu dibuat setiap bulan dan tahun

    bagi merangsang untuk meningkatkan lagi prestasi kakitangan awam.

    Selain itu, pihak pengurusan membuat penilaian dan tahap kecekapan

    setiap pekerja supaya sentiasa selari dengan kehendak semasa. Ini kerana

    Dalam era ICT, maklumat, data, fakta dan pengetahuan menjadi lapuk setiap masa.

    Manakala kemahiran pula perlu diperbaharui setiap masa untuk membolehkan

    pengendalian peralatan yang sentiasa berubah dan semakin canggih supaya tidak

  • 8/3/2019 kissm 1a

    12/13

    ketinggalan. Pihak pengurusan yang bertanggungjawab akan memastikan Kursus

    dan latihan yang sesuai diberikan kepada pegawai-pegawai yang sedang

    berkhidmat atau yang dilantik supaya menambahkan kecekapan kerja.

    Organisasi yang mantap biasanya akan menjaga kebajikan pekerja dan tidak

    hanya mementingkan kualiti kerja semata mata. Pihak pengurusan perlu

    mewujudkan suasana kemesraan antara pekerja dan menanamkan semangat

    kekitaan seperti mengadakan jawantankuasa Kebajikan dan sosial. Penubuhan

    jawatankuasa ini dilihat membantu pihak pengurusan untuk mengadakan aktiviti

    seperti hari keluarga, jamuan tahunan dan aktiviti lain yang boleh mewujudkan

    suasana kemesraan antara satu sama lain.

    Sesebuah organisasi boleh mengadakan aktiviti kerohanian seperti

    menganjurkan tazkirah ringkas mengenai agama pada satu hari yang telah

    ditetapkan oleh kakitangan yang beragama Islam. Dalam Islam, menimba ilmu

    pengetahuan adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan. Akhir sekali, sesebuah

    organisasi perlu sentiasa mengutamakan kualiti dalam prestasi pengurusan

    perkhidmatan awam akan memberi kesan lansung dan nyata kepada rakyat

    berikutan dengan pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam. Ini adalah selaras dengan

    hasrat kerajaan yang berjiwa rakyat untuk melayan dan menunaikan semua

    permintaan dari aspirasi rakyat di Negara ini.

    Etika perkhidmatan yang digarapkan oleh kerajaan sememangnya mudah

    difahami oleh setiap anggota kerana perkara ini hanya memerlukan pengetahuan

    konvensional dan disiplin serta komitmen yang tinggi. Justeru amalan ini dilihat boleh

    dilaksanakan di semua organisasi kerana ia dapat memupuk semangat kerja

    berpasukan, disiplin diri dan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang

    kepada organisasi. Amalan sebegini juga dapat mewujudkan persekitaran kerja yang

    produktif, bersih dan selamat ke arah sistem penyampaian perkhidmatan JPA

    bertaraf dunia. Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan sertapenglibatan semua warga menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan Amalan

    etika perkhidmatan awam.

  • 8/3/2019 kissm 1a

    13/13