Khidmat Sokongan (n0ta Exam)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

untuk rujukan sahabat2...

Citation preview

KHIDMAT SOKONGAN

Khidmat sokongan merupakan satu kumpulan orang yang mempunyai kepakaran dan keperihatan dalam kerja kerja sosial . mereka terdiri daripada para professional yang mahir dalam bidang tertentu dan bekerja secara berpasukan san tidak berdasarkan bayaran. Mereka dikenali sebagai Pasukan pelbagai Disiplin. Khidmat Sokongan biasanya dalam bentuk bantuan atau pertolongan seperti khidmat kepakaran, penasihat, kemudahan, perundangan, kewangan atau psikologi dalam menangani murid- murid pemulihan bagi mencapai matlamat pendidikan. Pasukan Pelbagai Disiplin Mereka ini terdiri dari pakar-pakar dalam sesuatu bidang kemudian saling bekerjasama yang bertujuan untuk sama-sama membantu mereka yang kurang upaya, iaitu membauat ujian saringan, diagnosis, penempatan, perancangan program dan seterusanya penilaian individu. Menurut Kamus Dewan (2002), ahli bermaksud anggota (pertubuhan, persatuan). Manakala kumpulan ialah satu kelompok orang. Pelbagai pula membawa pengertian, bermacam-macam, sementara disiplin pula bermaksud satu bidang atau lapangan kajian. Dengan definisi di atas dapat kita rumuskan bahawaAhli kumpulan pelbagai disiplin ialah kumpulan yang akan membuat penaksiran asas dan penaksiran kemahiran. Seterusnya mereka inilah yang akan berperanan dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan kurang upaya. Menurut Overton (1992) mendefinisikan, kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi untuk mengenal pasti masalah pelajar bermasalah. Ia juga bertindak merancang program pendidikan serta membuat penilaian tentang perkembangan pelajar, bertujuan untuk memastikan perlaksanaan program berkesan. Zalizan (1990), pula menyatakan kumpulan pelbagai disiplin sebagai unit yang berfungsi yang dianggotai oleh individu- individu yang terlatih serta releven untuk bekerjasama dan berperanan menjadi penggerak kepada aktivitiaktiviti perkhidmatan.

Manakala Reynolds dan Elaine (1990), pula menyatakan kumpulan pelbagai disiplin merupakan satu unit yang berfungsi dalam penaksiran kanak-kanak khas yang terdiri daripada pelbagai kemahiran dan pakar dalam bidang tertentu serta bergabung tenaga dalam menyediakan perkhidmatan kepada individu berkeperluan khas. Dalam Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya atau (IDEA) 1997, telah memberikan mandat yang membolehkan kanak-kanak dan keluarga diberi jaminan bahawa penilaian lengkap dikendalikan oleh pakar-pakar yang berbeza untuk mengurangkan sebarang kemungkinan akan berlaku pelbagai keadaan seperti andaianandaian sendiri dan ia juga mengelak dari berlakunya diskriminasi dalam penaksiran. Kumpulan ini berfungsi dalam menaksir murid- murid pemulihan berdasarkan kemahiran dan kepakaran masing-masing. Mereka bertanggungjawab membuat keputusan dalam menempatkan murid secara adil dan tepat atau menyediakan program pemulihan berdasarkan tahap kefungsian dan kompetensi murid. Kerjasama kolaborasi dengan pihak luar akan dapat membantu pembelajaran dan psikologi muridmurid.

Peranan Dan Tanggungjawab Kumpulan Pelbagai Disiplin Matlamat utama pasukan ini adalah memberikan perkhidmatan dan membantu golongan kurang upaya dalam menangani sebarang maslah yang mereka hadapi. Ianya bertanggungjawab mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kanak-kanak khas tersebut. Daripada dapatan maklumat yang diperolehi ini menjadi bahan rujukan bagi jawatankuasa seperti RPI dan pendidikan khas. Seterusnya segala maklumat yang diperolehi akan dikumpul dan digunakan bagi tujuan menentukan jenis alat penaksiran yang akan dijalankan. Menurut Giuliani, G.A dan Pierangelo R (2002), menyatakan antara peranan dan tanggungjawab pasukan pelbagai disiplin adalah sebagai satu unit yang memastikan sebab-sebab masalah tingkahlaku, status pendidikan, pronogsis dan menentukan kanak-kanak tersebut tidak berkupayaan dan layak sebagai pelajar khas. Manakala dalam Indvidual with Disabilites Eductions Act (IDEA, 1997),menyatakan peranan yang dijalankan oleh kumpulan pelbagai disiplin pula ialah bermula sejak dari indentifikasi pertama bagi kanak-kanak tersebut. Ini bertujuan bagi menentukan cara yang boleh membantu perkara yang berkaitan dengan faktor tingkah laku, status pendidikan, prognosis dan menyokong kanak-kanak yang bermasalah. Penilaian dibuat oleh para pakar yang merangkumi pelbagai bidang tertentu. Ia bertujuan untuk menjalankan ujian saringan, diagnosis, penempatan, program penilaian individu. Manakala peranan guru-guru khas pula berperanan menilai program serta pendekatan atau strategi pengajaran yang berkesan. Apabila telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan secara terperinci, maka guru-guru khas akan dapat memilih pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar mereka. Dengan demikian ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran yang diberikan kepada pelajar-pelajar khas di samping akan meningkatkan lagi pencapaian pelajar tersebut.

Kepentingan Kumpulan Pelbagai Disiplin Dalam Pendidikan Khas Mengikut Akta Pendidikan PL94 menegaskan bahawa untuk semua kanak-kanak cacat undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas menerima pendidikan, sekiranya ibu bapa gagal atau ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Manakala seksyen 504 (USA) pula menyatakan individu kurang upaya tidak boleh didiskriminasikan ataupun terkecuali daripada menerima perkhdimatan dan bantuan khas. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, peranan dan tanggungjawab kumpulan pelbagai disiplin adalah amat penting sekali. Ia bukan saja dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah kanak-kanak khas tetapi seterusnya dapat meningkatkan perkembangan individu khas tersebut. Dalam IDEA (1997) juga menyatakan keputusan yang dibuat daripada penaksiran tersebut adalah untuk memastikan pelajar-pelajar itu mendapat pendidikan yang sesuai dan dapat membantu kanak-kanak tersebut. Peranan dan tangungjawab penaksiran kumpulan pelbagai disiplin dalam pendidikan khas adalah amat jelas. Di mana tanpa adanya kumpulan ini tidak mungkin sesuatu program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerana kerjasama amat perlu di antara pakar tertentu yang lebih mengetahui tentang tugas mereka. Menurut A. Rahim (1997) dalam hasil kajian beliau menyatakan sebanyak 95.4 peratus responden mengakui bahawa peranan kumpulan pelbagai disiplin adalah sangat penting dalam pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Norshidah, Aliza dan Zuria (2003), menyatakan, melalui kolaborasi antara kumpulan pelbagai disiplin akan mewujudkan perkongsian meklumat dan kemahiran antara ibu bapa dan guru untuk meningkatkan perkembangan dan potensi anak-anak istimewa ini. Dettmer, Dyek dan Thurstone (1994) menjelaskan bahawa dengan adanya kumpulan pelbagai disiplin akan dapat memberikan ruang masa yang singkat untuk menyelesaikan sesuatu tugas, dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan, dapat memberikan rawatan kepada masalah yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak khas

dan saling bekerjasama dalam membantu mereka. Mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM (1998) menyatakan kira-kira 10 kumpulan pakar yang terlibat dalam kumpulan pelbagai disiplin dan mereka ini terlibat dalam membuat penaksiran seterusnya membantu dalam proses mengenalpasti masalah kanak-kanak khas ini. Mereka yang terlibat ialah: 1. Guru Pemulihan Guru pemulihan berperanan memberikan panduan atau sebagai penasihat kepada guru-guru biasa yang mengajar di kelas-kelas inklusif atau kelas bercantum. Guru pemulihan juga berperanan membina ujian rujukan norma dan rujukan kriteria. Di samping itu mereka juga menjalankan tanggungjawab sebagai pembantu dalam membuat tafsiran dan merancang akan tujuan serta objektif Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dengan memberi cadangan dan corak pendidikan yang sesuai dengan pelajar-pelajar pemulihan serta menjalankan peranan sebagai penasihat kepada ibu bapa dan murid tersebut. Mereka bekerjasama dengan pakar-pakar pendidikan, pelajar normal, pelajar khas dan ibu bapa di samping memastikan persekitaran yang sesuai untuk para pelajar khas menerima pendidikan dan mempertingkatkan mutu pegajaran 2. Kaunselor Sekolah Kaunselor sekolah pula berperanan memberikan perkhidmatan sebagai penilai objektif dan meningkatkan pra rujukan dan juga memberikan menyediakan khidmat kaunseling kumpulan atau individu. Ia juga bertujuan untuk membantu individu dalam perkembangan emosi mereka dan ianya juga berfungsi sebagai mencari sumber maklumat samada formal atau tidak formal bagi mengenalpasti bentuk kerja berdasarkan keupayaan pelajar tersebut. 3. Pakar Klinikal Bahasa Dan Pertuturan Ia berperanan untuk mengkaji pertuturan dan perkembangan bahasa yang berkait dengan pendengaran. Kemudian menyediakan kemudahan terapi yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bermasalah seterusnya menjadi jururunding

pendidikan kepada guru kelas dan ibu bapa secara berterusan apabila diperlukan. 4. Juruterapi Pemulihan Fizikal Juruterapi pemulihan fizikal adalah mereka yang bertanggungjawap kepada melaksanakan penaksiran dalam kemahiran urus diri dan motor kasar, kemahiran hidup, serta kemahiran berkaitan dengan kerja secara maksima, iaitu kemahiran yang boleh dilakukan dan memberikan bimbingan yang berterusan. 5. Pakar Audiologi Khidmat pakar audiologi diperlukan apabila seseorang kanak-kanak atau individu mengalami masalah pendengaran. Mereka ini menjalankan peranan untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah pendengaran untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran mengikut kesesuaian yang mereka perlukan. 6. Juruterapi Mereka ini menjalankan peranan untuk melaksanakan penaksiran dalam kemahiran urus diri dan motor halus. Juruterapi akan memberikan bimbingan secara berterusan dan memberikan cadangan tentang perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian dengan murid. 7. Pembantu Perubatan Pembantu perubatan akan memberikan latihan-latihan fizikal kepada pelajar dan menyediakan ujian fizikal bergantung kepada masalah yang dialami oleh murid tersebut. Mereka ini juga berperanan membantu merujuk masalah kesihatan yang dialami kepada pakar perubatan atau terapi yang difikirkan perlu kepada murid tersebut.

8. Guru Kelas Tanggungjawab memberikan pendidikan kanak-kanak khas bukan saja hanya terletak di bahu guru pemulihan sahaja malah guru kelas juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah murid pemulihan ini. berpandukan bimbingan yang diberikan oleh guru pemulihan. Guru kelas akan mengenalpasti muridnya yang mempunyai masalah dalam pelajaran dan seterusnya mencadangkan nama kepada guru pemulihan. Guru kelas seharusnya sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan murid yang mengikuti kelas pemulihan dengan cara sentiasa berkolaborasi dengan guru pemulihan., 9. Ibu Bapa Dalam menentukan sesuatu proses pengajaran yang berkesan, peranan ibu bapa amat perlu untuk menjayakan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sentiasa memberikan kerjasama dan membentuk tingkah laku dan akademik anak mereka. Ibu bapa seharusnya memberi latihan kepada anak mereka sewaktu anak mereka berada di rumah dan memastikan anak mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. 10. Agensi Swasta 11.Pertubuhan Bukan Kerajaan 12. Individu Yang Prihatin Daripada 12 kumpulan pakar yang menjadi kumpulan pelbagi disiplin ini dapat kita membuat kesimpulan, masing-masing menjalankan peranannya. Setiap tugas atau peranan mereka saling bergantung antara satu sama lain. Saling bekerjasama bukan saja dapat mengumpul segala maklumat serta mengatasi masalah yang ada malah dapat meningkatkan serta membantu mereka yang memerlukan. Segala bentuk masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pemulihan atau kanak- kanak khas ini dapat dirujuk kepada pakar-pakar tertentu mengikut kepakaran mereka.