‘KHEMAH NERAKA’

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bacaan umum

Citation preview

KHEMAH NERAKAAda sebuah kampung,diberi nama Kampung Brimbun.Dalam kampung itu tinggal seorang pemuda, Awie namanya.Awie ini yatim piatu, juga bekas seorang banduan.Dia dimasukkan ke penjara atas tuduhan menyimpan dadah.Kerana statusnya yang bekas banduan dan merempat, dia dipulau oleh orang-orang kampung, termasuklah Imam Kadir.Imam Kadir cukup tak suka dengan Awie.Di kampung itu juga ada seorang cikgu yang dikenali dengan sikap alimnya.Cikgu Jabar ini sahaja yang mahu berkawan dengan Awie. Perlahan-lahan cikgu Jabar ajak Awie berjemaah di surau dan bergaul dengan orang kampung.Awie bukan tak mahu pergi, tapi dia tahu Imam Kadir tentu tak suka.Suatu malam di kampung itu diadakan satu Ceramah Perdana dengan menjemput seorg ustaz terkenal ala-ala Ustaz Azhar.Ramailah orang-orang kampung yang dating sebab mahu melihat ustaz itu dengan lebih dekat. Ada dua khemah disediakan untuk yang hadir. Satu khemah cukup dengan lampu dan kipas dan hamparan karpet untuk bersila.Satu khemah lagi gelap tanpa berlampu, tiada kipas, karpet, mahupun kerusi.Orang-orang kampung sudah huru hara; Takkan lelaki dan perempuan nak bercampur di bawah satu khemah yang terang dan sejuk itu.Ustaz : Assalamualaikum dan terima kasih buat orang-orang kampung Brimbun yg sudi hadir.Saya sengaja buat dua khemah dengan satu terang dan satu gelap.Begini... sebelum saya memulakan ceramah,saya nak bahagikan pakcik makcik, abang kakak semua dalam dua kumpulan.Imam Kadir sudah tersengih, Inilah masanya orang-orang kampung yang liat turun surau ni sedar.Ustaz mesti nak banci yang mana rajin ke surau yang mana tak nak turun ke surau. Kena brain wash lah yang tak ke surau ni nanti. Rasakan kau Awie!!Ustaz : Baiklah.. Andai kata kita semua mati pada malam ini, siapa rasa diri dia tiada dosa dan layak sebagai ahli syurga, sila bawa diri anda yang mulia ke khemah yang terang ini. Yang rasa diri dia banyak dosa dan dia calon ahli neraka pula, masukkan diri anda yang hina ke dalam khemah yang gelap itu. Tu diaa... Seorang demi seorang sudah terkebil-kebil, terkulat-kulat.Dengan gerak perlahan, seorang demi seorang keluar dari khemah yang terang. Mana tidaknya, Cikgu Jabar yang alim pun masuk ke khemah neraka.Imam Kadir and the gang sudah panas punggung.Khemah terang sudah tinggal anak-anak kecil sahaja yang leka bermain sesama mereka. Budak-budak bukan tahu apa-apa. Ada ibu-ibu yang panggil anak-anak mereka keluar.Ustaz : Aik kak? Anak-anak akak duduk main-main dalam syurga apasal panggil masuk neraka? Anak2 kita takde dosa kak... kalau mereka mati malam ini, memang syurga tempat mereka.Biar mereka bermain-main kat situ.. Akak duduk di neraka tu diam-diam. Ada isteri yang tarik suami sekali.Mana aci isteri je berpanas gelap.Awak bukan baik benor.. kata isteri.Kelam kabut jadinya.Mahu tak mahu Imam Kadir kena join juga khemah neraka.Ketika bersesak-sesak dalam khemah yang gelap dan panas itu,Imam Kadir terasa ada jari mencuit bahunya.Awie : Aik Imam ?! Jumpa juga kita kat sini.. kita sekhemah rupanya

Sila jawab soalan-soalan berikut :