Keselamatan Dan Privasi Komputer

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Komputer

Citation preview

Kona Print Output rollup

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

114

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Versi Cetak

2698be

Keselamatan dan Privasi Komputer

Kursus E-Pembelajaran Microsoft Rasmi

LESEN PERJANJIAN PENGGUNA AKHIR UNTUK KANDUNGAN DILESENKAN MICROSOFT:

KURIKULUM LITERASI DIGITAL

SILA BACA DENGAN TELITI: Syarat-syarat perlesenan ini (Terma-terma Perlesenan) adalah perjanjian antara anda (seorang individu ataupun sebuah entiti) dan Microsoft Corporation (Microsoft), dan mengawal penggunaan semua bahan pembelajaran Microsoft yang mengiringi Syarat-syarat Perlesenan ini. DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN INI DAN/ATAU MENGGUNA ATAU MEMASANG PERISIAN YANG DISERTAKAN BERSAMA TERMA-TERMA PERLESENAN INI (SECARA KOLEKTIF, KANDUNGAN DILESENKAN"), ANDA BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA PERLESENAN INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU, JANGAN GUNAKAN KANDUNGAN DILESENKAN INI.

1.DEFINISI.

Pusat(-pusat) Pembelajaran yang Dibenarkan bermaksud pusat-pusat pembelajaran teknologi komuniti (CTLC(s)) yang bukan berasaskan keuntungan (atau berkeadaan sama), pusat-pusat komuniti, atau pun entiti-entiti atau tempat-tempat seumpamanya sepertimana yang dibenarkan oleh Microsoft untuk Penggunaan "Kurikulum Literasi Digital" Microsoft. Sesi(-sesi) Latihan Dibenarkan bermaksud sesi-sesi latihan bukan komersil yang menggunakan bahan-bahan Kursus yang dijalankan di atau oleh Pusat-pusat Pembelajaran Dibenarkan untuk melatih orang-orang dalam (a) kemahiran komputer asas dan teknologi maklumat dan/atau (b) penggunaan teknologi, produk-produk, atau perkhidmatan Microsoft. Setiap Sesi Latihan Dibenarkan akan menyediakan latihan bagi kandungan bagi satu (1) Kursus.Kurikulum bermaksud sebarang bahan yang disertakan dalam "Kurikulum Literasi Digital". Kurikulum ini terdiri daripada lima Kursus, setiap satunya menyediakan latihan bagi satu kandungan berkaitan teknologi secara khusus. Kursus bermaksud salah satu daripada kursus-kursus yang ditawarkan di bawah "Kurikulum Literasi Digital" Microsoft, setiap satunya menyediakan latihan bagi satu kandungan berkaitan teknologi dan terdiri daripada satu komponen pembelajaran dan satu penilaian. Peranti(-peranti) bermaksud sebuah komputer, peranti, stesen kerja, terminal, atau pun sebarang peranti elektronik digital atau analog di Pusat Pembelajaran Dibenarkan.Dokumen(-dokumen)" bermaksud dokumentasi bercetak atau elektronik seperti penilaian, manual, buku kerja, helaian data, dan Soalan-Soalan Lazim yang mungkin disertakan dalam Kandungan Dilesenkan.Kandungan Pengajar bermaksud Kandungan Dilesenkan yang disertakan bersama Terma-terma Perlesenan ini atau di laman Web yang hanya boleh Digunakan oleh Pengajar-pengajar untuk mengajar atau pun mengarahkan Pelajar-pelajar sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan.Kandungan Dilesenkan bermaksud bahan-bahan pembelajaran dari sesuatu Kursus yang disertakan bersama Terma-terma Perlesenan ini. Kandungan Dilesenkan mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, elemen-elemen berikut: (i) Bahan-bahan Kursus, (ii) Elemen-elemen Media, (iii) perisian, dan (iv) Dokumen-dokumen. "Elemen-elemen Media" bermaksud foto-foto, gambar gunting, animasi, bunyi, muzik, dan/atau klip video yang mungkin disertakan bersama Terma-terma Perlesenan ini.Latihan Mengikut Kadar Sendiri bermaksud program latihan kendiri Pelajar, pada kadar Pelajar sendiri, tanpa Pengajar, (a) melibatkan kandungan Kursus(-kursus) bagi Sesi Latihan Dibenarkan yang mereka berdaftar, menggunakan Peranti-peranti di Pusat-pusat Pembelajaran Dibenarkan, atau (b) bagi sesi-sesi latihan dalam talian yang menggunakan sesuatu Kursus melalui laman Web dan/atau sesuatu Kursus yang telah pelajar muat turun dari laman Web dan/atau memasang daripada CD Menggunakan peranti-peranti peribadi mereka. Pelajar(-pelajar) bermaksud pelajar-pelajar yang berdaftar bagi sesuatu Sesi Latihan yang Dibenarkan di sesebuah Pusat Pembelajaran Dibenarkan dan/atau pelajar-pelajar yang menyertai Latihan Mengikut Kadar Sendiri. Pengajar(-pengajar) bermaksud mana-mana kakitangan yang diambil kerja oleh Pusat Pembelajaran Dibenarkan untuk mengajar atau memudahkan Pelajar-pelajar dalam Sesi Latihan Dibenarkan. Penggunaan bermaksud penggunaan bukan komersil Kandungan Dilesenkan oleh a) Pelajar-pelajar hanya untuk menjalankan Latihan Mengikut Kadar Sendiri dan b) Pengajar-pengajar hanya untuk menjalankan kelas-kelas pendidikan, makmal-makmal atau program-program berkaitan yang direka bentuk untuk melatih Pengajar-pengajar dan/atau Pelajar-pelajar lain dalam penggunaan teknologi, produk-produk, atau perkhidmatan yang berkaitan dengan isi Kandungan Dilesenkan dan /atau konsep-konsep yang berkaitan dengan teknologi, produk-produk, atau pun perkhidmatan sedemikian. Penggunaan di bawah Terma-terma Perlesenan ini tidak akan termasuk penggunaan Kandungan Dilesenkan untuk tujuan perniagaan am atau komersil.

Anda bermaksud Pengajar(-pengajar), dan/atau Pelajar-pelajar Pusat(-pusat) Pembelajaran Dibenarkan di mana berkaitan.

2.AM. Terma-terma Perlesenan ini digunakan kepada kemaskini, tambahan, komponen-komponen tambahan, dan komponen-komponen perkhidmatan berasaskan Internet bagi Kandungan Dilesenkan yang mungkin diberikan atau disediakan oleh Microsoft untuk Anda (setiap satu, satu Komponen), walau bagaimanapun dengan syarat, jika terma-terma perlesenan berasingan terpapar semasa pemasangan sesuatu Komponen (Terma-terma Perlesenan Komponen) terma-terma bagi Terma-terma Perlesenan Komponen akan mengawal Komponen yang berkaitan. Microsoft berhak untuk menghentikan sebarang perkhidmatan berasaskan Internet yang diberikan kepada Anda atau disediakan kepada Anda melalui Penggunaan Kandungan Dilesenkan. Terma-terma Perlesenan ini juga mengawal mana-mana, jika ada, perkhidmatan-perkhidmatan sokongan produk yang berkaitan dengan Kandungan Dilesenkan kecuali sepertimana yang dimasukkan di dalam perjanjian lain antara Anda dan Microsoft. Sesuatu pindaan atau tambahan kepada Terma-terma Perlesenan ini mungkin digunakan bersama Kandungan Dilesenkan.

3.HAK PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN. Dengan syarat Anda mematuhi Terma-terma Perlesenan ini, Anda boleh menggunakan hak-hak berikut:

3.1Pelajar-pelajar

Anda boleh (a) mengakses dan Menggunakan satu salinan Kandungan Dilesenkan melalui laman Web, dan/atau (b) muat turun Kandungan Dilesenkan dari laman Web atau pun memasangnya dari CD dan Menggunakan satu salinan daripada Kandungan Dilesenkan yang sama pada peranti tunggal bagi Penggunaan latihan peribadi anda sahaja. Anda tidak boleh berkongsi hak ini, atau pun Kandungan Dilesenkan, dengan orang lain.

3.2Pusat-pusat Latihan Dibenarkan

Anda boleh melesenkan pula kepada Pelajar-pelajar individu hak untuk Menggunakan satu (1) salinan Kandungan Dilesenkan pada peranti tunggal hanya untuk Penggunaan latihan peribadi pelajar bagi kandungan Kursus yang Pelajar berkenaan telah berdaftar (i) semasa sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan dan (ii) bagi Latihan Mengikut Kadar Sendiri untuk Kursus seumpamanya.

3.3Pusat-pusat Latihan atau Pengajar-pengajar Dibenarkan

(a) Bagi setiap Sesi Latihan Dibenarkan, Pengajar-pengajar atau Pusat Pembelajaran Dibenarkan boleh sama ada

(i) memasang salinan-salinan individu Kandungan Yang Dilesenkan bagi setiap Kursus pada Peranti-peranti bilik darjah untuk Digunakan oleh Pelajar-pelajar di Sesi Latihan Dibenarkan, dengan syarat bilangan salinan yang Digunakan tidak melebihi bilangan Pelajar bagi Sesi Latihan Dibenarkan yang berkenaan; ATAU

(ii) memasang satu salinan Kandungan Dilesenkan bagi setiap Kursus pada pelayan rangkaian, dengan syarat bilangan Peranti yang mengakses Kandungan Dilesenkan pada pelayan sepertinya tidak melebihi bilangan Pelajar bagi Sesi Latihan Dibenarkan.

(b)Bagi Latihan Pelajar Mengikut Kadar Sendiri, Pengajar-pengajar atau Pusat Pembelajaran Dibenarkan boleh sama ada

(i) memasang salinan-salinan individu Kandungan Dilesenkan bagi setiap Kursus pada Peranti-peranti bilik darjah untuk Digunakan oleh Pelajar-pelajar bagi Latihan Mengikut Kadar Sendiri, dengan syarat bilangan salinan yang Digunakan tidak melebihi bilangan Pelajar berdaftar yang sepatutnya bagi kandungan Kursus berkenaan; ATAU

(ii) memasang satu salinan Kandungan Dilesenkan bagi setiap Kursus pada pelayan rangkaian, dengan syarat bilangan Peranti yang mengakses Kandungan Dilesenkan ini tidak melebihi bilangan Pelajar yang berdaftar bagi kandungan Kursus berkenaan, dan dengan syarat selanjutnya Pusat Pembelajaran Dibenarkan menyediakan monitor di dalam bilik darjah di mana Kandungan Dilesenkan dipasang ketika Pusat Pembelajaran Dibenarkan membenarkan Pelajar-pelajar menyertai Latihan Mengikut Kadar Sendiri.

Seseorang Pengajar bagi Sesi Latihan Dibenarkan, atau Pusat Pembelajaran Dibenarkan yang berkaitan, boleh memasang dan Menggunakan satu (1) salinan Kandungan Dilesenkan yang merupakan kandungan bagi Sesi Latihan Dibenarkan pada Peranti tunggal hanya untuk Kegunaan latihan peribadi Pengajar dan bagi persediaan bagi Sesi Latihan Dibenarkan. Setiap Pengajar boleh juga membuat salinan kedua Kandungan Dilesenkan berkenaan dan memasangnya pada peranti peribadi Pengajar bagi Kegunaan eksklusif setiap Pengajar tersebut.

TANPA MENGHADKAN YANGDINYATAKANSEBELUM INI, MENYALIN ATAU MENGELUARKAN SEMULA KANDUNGAN DILESENKAN KE MANA-MANA PELAYAN ATAU LOKASI BAGI TUJUAN PENGELUARAN SEMULA SETERUSNYA PADA PENGEDARAN SEMULA DENGAN JELAS DILARANG.

4.PENERANGAN HAK-HAK LAIN DAN BATASAN-BATASAN LESEN

4.1Kesalahan; Perubahan; Nama-nama Rekaan.

(a) Anda mengaku dan bersetuju bahawa (i) Kandungan Dilesenkan ini, termasuk tanpa batasan Dokumen-dokumen, grafik-grafik berkaitan, dan Komponen-komponen lain yang termasuk di sini, boleh termasuk ketidaktepatan teknikal atau kesalahan tipografi, dan (ii) Microsoft boleh melakukan penambahbaikan dan/atau perubahan dalam Kandungan Dilesenkan atau mana-mana bahagian selepas itu pada bila-bila masa tanpa notis.

(b) Anda memahami bahawa nama-nama syarikat, produk, orang perseorangan, watak dan/atau data yang disebutkan dalam Kandungan Dilesenkan mungkin rekaan dan tidak sama-sekali bertujuan mewakili mana-mana individu sebenar, syarikat, produk atau peristiwa, kecuali dinyatakan sebaliknya.

4.2Penggunaan dan Pengeluaran Semula Dokumen-dokumen.

(a) Pusat-pusat Pembelajaran Dibenarkan dan Pengajar-pengajar.

Dengan syarat anda mematuhi Terma-terma Perlesenan ini, anda boleh mencetak dan/atau mengeluarkan semula versi cetakan (i) mana-mana Dokumen, atau bahagian-bahagian selepas itu, dan/atau (ii) bahan-bahan Kursus, atau bahagian-bahagian selepas itu, termasuklah mengeluarkan semula versi cetakan bahan-bahan Kursus secara keseluruhannya. Jika anda memilih untuk mengeluarkan semula Dokumen dan/atau bahan-bahan Kursus, Anda bersetuju bahawa:

(1) Dokumen-dokumen atau bahan-bahan Kursus seumpamanya akan hanya untuk Penggunaan dalam Sesi Latihan Dibenarkan.

(2) Dokumen-dokumen dan/atau bahan-bahan Kursus tidak akan diterbitkan semula atau pun diposkan di mana-mana komputer rangkaian (kecuali dibenarkan dengan jelas dalam Bahagian 3.3(a)(ii) dan/atau 3.3(b)(ii)di atas) atau disiarkan dalam mana-mana media.

(3) Salinan-salinan Dokumen atau bahagian-bahagian selepas itu, akan hanya diedarkan kepada Pelajar-pelajar dan Pengajar-pengajar bagi kandungan Kursus di mana Pelajar berdaftar atau di mana Pengajar menyediakan latihan, masing-masing.

(4) Versi cetakan bahan-bahan Kursus secara keseluruhannya, atau bahagian-bahagian selepas itu, akan hanya diedarkan kepada Pengajar-pengajar bagi kandungan Kursus di mana Pengajar menyediakan latihan dan/atau kepada Pelajar bagi kandungan Kursus di mana Pelajar berdaftar.

(5) Sebarang pengeluaran semula akan mengandungi sama ada notis asal hak cipta bahan-bahan Kursus dan/atau Dokumen atau jika tiada notis hak cipta sedemikian terdapat pada Dokumen tersebut, satu notis hak cipta bagi faedah Microsoft sebahagian besarnya dalam format yang disediakan di bawah.

(b) Pelajar-pelajar.

Dengan syarat anda mematuhi Terma-terma Perlesenan ini, anda boleh mencetak dan menyalin mana-mana Dokumen, atau bahagian-bahagian selepas itu, atau bahan-bahan Kursus, atau bahagian-bahagian selepas itu. Jika anda memilih untuk mengeluarkan semula Dokumen dan/atau bahan-bahan Kursus, Anda bersetuju bahawa:

(1)Anda akan menggunakan Dokumen-dokumen dan/atau bahagian-bahagian bahan-bahan Kursus bercetak berkenaan hanya bersama dengan penggunaan latihan persendirian anda.

(2)Anda tidak boleh menerbitkan semula, mengepos, menyiarkan atau menghantar Dokumen-dokumen atau bahan-bahan Kursus berkenaan kepada orang lain atau pun pada sesuatu rangkaian.

(3)Anda akan menyertakan pada setiap salinan sama ada hak cipta asal dan notis tanda dagang bahan-bahan Kursus dan/atau Dokumen-dokumen atau notis yang sebahagian besarnya adalah seperti berikut:

Bentuk Notis:

2009. Dicetak semula dengan kebenaran Microsoft Corporation. Semua hak cipta terpelihara.

Kebenaran diberikan untuk mengeluarkan semula bahan-bahan yang terkandung di sini dengan syarat bahawa bahan tersebut dikeluarkan semula hanya untuk digunakan bersama Kurikulum Literasi Digital Microsoft ini; dan diberikan kepada pelajar-pelajar dan pengajar-pengajar yang dinyatakan dengan jelas di dalam Terma-terma Perlesenan Microsoft Corporation yang disertakan bersama Kursus ini.

Microsoft dan Windows adalah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Nama-nama produk dan syarikat lain yang tertera di sini boleh merupakan tanda dagang pemilik-pemilik yang berkenaan.

4.3Penggunaan Elemen-elemen Media. Anda tidak boleh mengubahsuai Elemen-elemen Media.

4.4Penggunaan Komponen-komponen dalam Kandungan Pengajar. Hanya digunakan bersama semasa menyediakan Sesi Latihan Dibenarkan, dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat EULAini, Pengajar-pengajar boleh mengeluarkan semula atau menyesuaikan untuk kegunaan mereka, bahagian-bahagian Kandungan Dilesenkan yang berkaitan secara logik dengan pengajaran sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan, termasuk, tanpa batasan, nota, modul, dan item penilaian Pengajar bagi setiap Sesi Latihan Dibenarkan seumpamanya.

4.5Pengubahsuaian. Tertakluk kepada Terma-terma Perlesenan, Pengajar-pengajar atau Pelajar-pelajar boleh menyalin dan mengubahsuai versi Microsoft Word bahan-bahan Kursus; walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menggunakan hak sebelum ini, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat Terma-terma Perlesenan ini, termasuk tanpa had, Bahagian 4.5, 4.6, and 7.

4.6Pengubahsuaian yang dibenarkan. Jika Anda membuat sebarang pengubahsuaian di bawah Terma-terma Perlesenan ini, anda bersetuju: (a) bahawa pengubahsuaian berkenaan hanya akan digunakan untuk kegunaan latihan persendirian anda; (b) untuk secara jelas menyatakan bahawa pengubahsuaian berkenaan anda lakukan sendiri, dan tidak menyatakan atau membayangkan bahawa Microsoft telah melakukan ataupun menyokong pengubahsuaian berkenaan, (c) tidak melakukan pengubahsuaian berbentuk kerja-kerja lucah atau skandal, (d) untuk mempertahankan, melindungi, dan memastikan Microsoft selamat daripada mana-mana dan semua tuntutan, tuntutan mahkamah, kerosakan, kerugian, penalti, denda, kos, dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, disebabkan oleh pengubahsuaian berkenaan; dan (e)tidak akan memindahkan atau memberiakan sebarang hak kepada mana-mana pengubahsuaian berkenaan dan/atau versi Kandungan Dilesenkan yang telah diubahsuai kepada mana-mana pihak ketiga (selain daripada yang jelas dibenarkan untuk Pengajar-pengajar dalam bahagian (b) di bawah) tanpa kebenaran bertulis secara jelas Microsoft.

Jika Anda seorang Pengajar, sebagai tambahan kepada yang sebelum ini, Anda juga bersetuju: (a) bahawa pengubahsuaian sedemikian tidak akan digunakan untuk menyediakan latihan selain daripada di Sesi Latihan Dibenarkan atau untuk latihan persendirian Anda sendiri; (b) Anda hanya boleh mengedarkan versi-versi diubahsuai Kandungan Dilesenkan kepada Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan, atau kepada Pengajar-pengajar lain dalam Program Literasi Digital yang (i) memberikan latihan mengenai kandungan Kursus yang merupakan kandungan pengubahsuaian berkenaan dan (ii) yang diambil sebagai Pengajar di Pusat Latihan Dibenarkan yang anda berikan latihan, dan (c) bahawa Microsoft berhak untuk mengkaji semula dan/atau meluluskan mana-mana pengubahsuaian yang anda lakukan kepada Kandungan Dilesenkan.

4.7Pengeluaran Semulai/Pengedaran Semula Kandungan Dilesenkan. Kecuali dinyatakan secara jelas di dalam Terma-terma Perlesenan ini, Anda tidak boleh mengeluarkan semula atau mengedarkan semula Kandungan Dilesenkan atau mana-mana bahagian selepasnya (termasuk mana-mana pengubahsuaian yang dibenarkan) kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis secara jelas Microsoft.

5.PEMILIKAN. Terma-terma Perlesenan ini hanya memberi Anda beberapa hak terhadap Kandungan Dilesenkan. Kecuali dibenarkan oleh undang-undang yang digunakan, Anda boleh menggunakan Kandungan Dilesenkan hanya seperti dibenarkan secara jelas di bawah Terma-terma Perlesenan. Microsoft mempunyai semua hak lain. Kandungan Dilesenkan ini dilindungi oleh undang-undang dan perjanjian-perjanjian hak cipta dan harta intelek. Microsoft atau pembekalnya memiliki tajuk, hak cipta, dan lain-lain hak harta intelek di dalam Kandungan Dilesenkan. Anda tidak boleh mengeluarkan atau menyembunyikan mana-mana hak cipta, tanda dagang atau notis-notis lain yang ada pada Kandungan Dilesenkan, atau mana-mana komponen selepas itu, sepertimana yang dihantar kepada Anda. Kandungan Dilesenkan adalah dilesenkan, bukan dijual.

6.BATASAN TERHADAP KEJURUTERAAN SONGSANG, PENYAHKOMPOLASI, DAN PENYAHHIMPUNAN. Anda tidak boleh melakukan kejuruteraan songsang, menyahsusun, atau menyahhimpun Kandungan Dilesenkan, kecuali dan hanya jika aktiviti tersebut dibenarkan secara jelas oleh undang-undang yang digunakan walaupun terdapat batasan ini.

7.BATASAN MENGENAI PENJUALAN, PENYEWAAN, DLL DAN TUGASAN TERTENTU. Anda tidak boleh menyediakan perkhidmatan hos komersil yang, menjual, menyewa, memajak, meminjamkan, memberi lesen semula, atau menetapkan salinan-salinan Kandungan Dilesenkan atau mana-mana bahagian selepas itu (termasuk sebarang pengubahsuaian dibenarkan selepas itu) secara tersendiri atau sebagai sebahagian daripada mana-mana koleksi, produk atau perkhidmatan.

8.KEBENARAN BAGI PENGGUNAAN DATA. Anda bersetuju bahawa Microsoft dan gabungannya boleh mengumpulkan dan Menggunakan maklumat teknikal yang dikumpulkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan sokongan produk yang disediakan untuk Anda, jika ada, yang berkaitan dengan Kandungan Dilesenkan. Microsoft boleh Menggunakan maklumat ini hanya untuk memperbaiki produk-produk kami atau untuk menyediakan perkhidmatan atau pun teknologi yang disesuaikan untuk Anda dan tidak akan mendedahkan maklumat ini dalam bentuk yang mengenal pasti Anda secara peribadi.

9.PAUTAN KEPADA LAMAN PIHAK KETIGA. Anda boleh membuat pautan kepada laman pihak ketiga melalui Penggunaan Kandungan Dilesenkan ini. Laman pihak ketiga bukan di bawah kawalan Microsoft, dan Microsoft tidak bertanggungjawab ke atas kandungan mana-mana laman pihak ketiga, mana-mana pautan yang terdapat di laman pihak ketiga, atau sebarang perubahan atau pengemaskinian kepada laman pihak ketiga. Microsoft tidak bertanggungjawab untuk siaran web atau sebarang bentuk penyiaran lain yang diterima dari laman pihak ketiga. Microsoft menyediakan pautan-pautan ke laman pihak ketiga ini untuk Anda hanya sebagai satu kemudahan, dan pemasukan mana-mana pautan tidak bermaksud sokongan Microsoft kepada laman pihak ketiga.

10.KANDUNGAN DILESENKAN/PERKHIDMATAN TAMBAHAN. Terma-terma Perlesenan ini digunakan kepada Komponen-komponen yang mungkin diberikan oleh Microsoft kepada Anda atau disediakan untuk Anda selepas tarikh Anda mendapatkan salinan pertama Kandungan Dilesenkan Anda, kecuali kami menyediakan Terma-terma Perlesenan Komponen atau terma-terma Penggunaan lain bagi Komponen-komponen berkenaan. Microsoft berhak untuk menghentikan sebarang perkhidmatan berasaskan Internet yang diberikan kepada Anda atau disediakan kepada Anda melalui Penggunaan Kandungan Dilesenkan.

11.PENAMATAN. Tanpa prejudis kepada mana-mana hak lain, Microsoft boleh menamatkan TErma-terma Perlesenan ini jika Anda gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat dalam Terma-Terma Perlesenan ini. Sekiranya status Anda sebagai Pengajar a) luput, b) ditamatkan secara sukarela oleh Anda sendiri, dan/atau c) ditamatkan oleh Pusat Latihan Dibenarkan, Terma-terma Perlesenan ini akan tamat secara automatik. Sebaik sahaja mana-mana penamatan Terma-terma Perlesenan ini, Anda mesti memusnahkan semua salinan Kandungan Dilesenkan dan semua bahagian komponennya.

12.PENAFIAN. Microsoft menyediakan KANDUNGAN DILESENKAN dan SEBARANG perkhidmatan sokongan SEPERTI ADANYA, SEPERTI TERSEDIA DAN DENGAN SEMUA KEROSAKAN, dan menafikan semua jaminan LAIN dan syarat-syarat, sama ada jelas, tersirat atau mengikut undang-undang, termasuk, sebarang jaminan TERSIRAT, TANGGUNGJAWAB atau keadaan-keadaan KEBOLEHDAGANGAN, kesesuaian untuk tujuan tertentu, KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KETERSEDIAAN, KETEPATAN ATAU KELENGKAPAN JAWAPAN, KEPUTUSAN, TAJUK, KETIDAKLANGGARAN, USAHA YANG BAIK, KETIADAAN VIRUS, DAN KETIADAAN KECUAIAN, KESEMUANYA BERKAITAN KANDUNGAN DILESENKAN, DAN PERUNTUKAN UNTUK ATAU KEGAGALAN UNTUK MENYEDIAKAN SOKONGAN ATAU PERKHIDMATAN LAIN. KESELURUHAN RISIKO YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU PRESTASI KANDUNGAN DILESENKAN, DAN SEBARANG PERKHIDMATAN SOKONGAN, KEKAL BERSAMA ANDA.

13.PENGECUALIAN KEROSAKAN TERTENTU. tidak ada dalam mana-mana keadaan Microsoft akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan khas, sampingan, punitif, tidak langsung, atau akibat daripadanya (termasuk kerosakan ke atas kehilangan keuntungan atau maklumat rahsia atau maklumat lain, bagi gangguan perniagaan, bagi kecederaan peribadi, bagi kehilangan privasi, bagi kegagalan memenuhi tanggungjawab termasuk kejujuran atau penjagaan munasabah, bagi kecuaian, dan bagi sebarang kehilangan lain) yang timbul akibat penggunaan atau pun ketidakbolehan menggunakan KANDUNGAN DILESENKAN, penyediaan atau kegagalan untuk menyediakan Sokongan ATAU Perkhidmatan LAIN, maklumat, perisian, dan KANDUNGAN berkaitan melalui KANDUNGAN DILESENKAN, atau sebaliknya berkaitan dengan KANDUNGAN DILESENKAN ATAU Terma-terma Perlesenan ini, walaupun dalam keadaan kerosakan, undang-undang tort (termasuk kecuaian), liabiliti ketat, pelanggaran kontrak atau pelanggaran jaminan Microsoft, dan walaupun Microsoft telah diberi nasihat tentang kemungkinan kerosakan seumpamanya. OLEH KERANA BEBERAPA NEGERI/BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU BATASAN LIABILITI BAGI KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU AKIBATDARIPADANYA, BATASANDI ATAS MUNGKINTIDAK DIGUNAKAN KEPADA ANDA.

14.BATASAN LIABILITI. WALAUPUN TERDAPAT MANA-MANA KEROSAKAN YANG MUNGKIN ANDA ALAMI BAGI SEBARANG SEBAB (TERMASUK, TANPA BATASAN, SEMUA KEROSAKAN YANG DIRUJUK DI SINI DAN SEMUA KEROSAKAN LANGSUNG ATAU UMUM DI DALAM KONTRAK ATAU APA SAHAJA), KESELURUHAN LIABILITI MICROSOFT DI BAWAH TERMA-TERMA PERLESENAN INI DAN REMEDI EKSLUSIF ANDA DI BAWAH INI AKAN DIHADKAN KEPADA LEBIHAN KOS SEBENAR KEROSAKAN YANG ANDA ALAMI AKIBAT BERGANTUNG SECARA MUNASABAH KEPADA KANDUNGAN DILESENKAN HINGGA JUMLAH ANDA BAYAR BAGI KANDUNGAN DILESENKAN INI ATAU US$5.00. BATASAN-BATASAN SEBELUM INI, PENGECUALIAN DAN PENAFIAN DALAM SEKSYEN INI DAN SEKSYEN-SEKSYEN 12 DAN 13 DI ATAS AKAN DIGUNAKAN SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN, WALAUPUN MANA-MANA REMEDI TIDAK MEMENUHI TUJUAN ASASNYA.

15.UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di Amerika Syarikat, Terma-terma Perlesenan ini dikawal oleh undang-undang Negeri Washington, dan, jika terdapat sebarang pertikaian yang mungkin timbul di bawah ini, Anda bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah persekutuan dan negeri yang terletak di King County, Washington. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di Kanada, kecuali dilarang secara jelas oleh undang-undang tempatan, Terma-terma Perlesenan ini dikawal oleh undang-undang yang digunakan di Daerah Ontario, Kanada; dan, jika terdapat sebarang pertikaian yang mungkin timbul di bawah ini, Anda bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah persekutuan dan daerah yang terdapat di Toronto, Ontario. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di Kesatuan Europah, Iceland, Norway, atau Switzerland, maka undang-undang tempatan bagi bidang kuasa seumpamanya digunakan. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di mana-mana negara lain, maka undang-undang tempatan boleh digunakan.

16.KESELURUHAN PERJANJIAN; KEBOLEHASINGAN. Terma-terma Perlesenan ini (termasuk mana-mana tambahan atau pembetulan terhadap Terma-terma Perlesenan ini yang dimasukkan dalam Kandungan Dilesenkan) adalah perjanjian keseluruhan antara Anda dan Microsoft berkaitan Kandungan Dilesenkan dan perkhidmatan sokongan (jika ada) dan menggantikan semua komunikasi lisan atau bertulis semasa atau sebelumnya, cadangan dan representasi berkaitan Kandungan Dilesenkan atau mana-mana perkara yang diliputi oleh Terma-terma Perlesenan ini. Jika mana-mana peruntukan Terma-terma Perlesenan ini dianggap terbatal, tidak sah, tidak dapat dikuatkuasakan atau salah di sisi undang-undang, peruntukan-peruntukan lain akan terus berkuatkuasa sepenuhnya.

Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma-terma Perlesenan ini, atau jika Anda ingin menghubungi Microsoft bagi sebarang sebab, sila gunakan maklumat alamat yang disertakan dalam Kandungan Dilesenkan ini untuk berhubung dengan subsidiari Microsoft yang memberikan perkhidmatan di negara Anda atau layari Microsoft di World Wide Web di http://www.microsoft.com.

Maklumat dalam dokumen ini, termasuk URL dan rujukan laman Web Internet lain, adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. Kecuali dinyatakan sebaliknya, contoh syarikat, organisasi, produk, nama domain, alamat e-mel, logo, orang perseorangan, tempat, dan peristiwa yang dinyatakan di sini adalah rekaan, dan kaitan dengan mana-mana syarikat, organisasi, produk, nama domain, alamat e-mel, logo, orang perseorangan, tempat atau acara sebenar yang diniatkan atau boleh dibuat keseimpulan mengenainya. Pematuhan semua undang-undang hak cipta yang digunakan adalah tanggungjawab pengguna. Kecuali seperti dinyatakan sebaliknya di atas, tanpa membataskan hak-hak di bawah hak cipta, tiada bahagian dalam dokumen ini boleh dikeluarkan semula, disimpan dalam atau dimasukkan ke dalam sistem yang boleh mendapatkan kembali, atau dikeluarkan dalam sebarang bentuk atau melalui sebarang kaedah (elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau seumpamanya), atau bagi sebarang penggunaan, tanpa kebenaran bertulis secara jelas Microsoft Corporation.

Nama-nama pengeluar, produk, atau URL diberikan bagi tujuan maklumat sahaja dan Microsoft tidak membuat representasi dan jaminan, sama ada secara jelas, tersirat, atau mengikut undang-undang, mengenai pengeluar-pengeluar ini atau penggunaan produk-produk berkenaan dengan mana-mana teknologi Microsoft. Penyertaan sesuatu pengeluar atau produk tidak bermaksud sokongan Microsoft kepada pengeluar atau produk tersebut. Pautan diberikan kepada laman pihak ketiga. Laman-laman seumpama ini bukan di bawah kawalan Microsoft dan Microsoft tidak bertanggungjawab bagi kandungan bagi sebarang pautan laman atau mana-mana pautan yang terdapat di dalam laman pautan, atau sebarang perubahan atau pengemaskinian pada laman-laman berkenaan. Microsoft tidak bertanggungjawab bagi siaran web atau sebarang bentuk penyiaran yang diterima dari mana-mana laman pautan. Microsoft menyediakan pautan-pautan ini untuk anda hanya sebagai kemudahan, dan rangkuman mana-mana pautan tidak bermaksud sokongan Microsoft terhadap laman berkenaan atau kandungan produk di situ.

Microsoft mungkin mempunyai paten, permohonan paten, tanda dagang, hak cipta, atau hak harta intelek lain yang merangkumi kandungan dalam dokumen ini.Kecuali seperti dinyatakan secara jelas dan bertulis dalam mana-mana perjanjian perlesenan Microsoft, melengkapkan dokumen ini tidak memberi anda sebarang lesen untuk paten, tanda dagang, hak cipta ini, atau harta intelek lain.

2009 Microsoft Corporation. Semua hak cipta terpelihara.

Microsoft, Encarta, FrontPage, Hotmail, MSN, Outlook, Windows Media, dan Windows adalah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikatdan/atau negara lain.

Semua tanda dagang lain adalah milik pemilik masing-masing.

Daftar Kandungan

Gambaran Keseluruhan Kursus

Maklumat Kursus

Modul 1: Keselamatan dan Privasi Komputer

Pengenalan kepada Keselamatan dan Privasi Komputer

Melindungi Komputer Anda

Melindungi Keluarga Anda daripada Ancaman Keselamatan

Memastikan Komputer Anda Selamat dan Dikemas kini

Etika Komputer

Ringkasan Modul

Glosari

Gambaran Keseluruhan Kursus

Maklumat Kursus

Kursus ini memberikan gambaran keseluruhan keselamatan dan privasi komputer. Anda akan mempelajari jenis-jenis ancaman terhadap komputer anda dan bagaimana untuk melindungi komputer anda daripada ancaman ini. Anda juga akan mempelajari mengenai cabaran etika yang wujud daripada komputer dan Internet berserta dengan kebimbangan undang-undang mengenai pertukaran maklumat.

Butiran Kursus

Perihalan

Perihalan Penonton

Kursus ini dirancang untuk sesiapa yang ingin mendapatkan kemahiran celik digital.

Prasyarat

Pelajar perlu mempunyai kemahiran asas kefahaman dan membaca pada tahap yang diperlukan untuk membaca akhbar tempatan.

Pelajar perlu terlebih dahulu melengkapkan kursus pertama tentang Asas Komputer, atau kemahiran komputer yang setaraf.

Objektif Kursus

Selepas melengkapkan kursus ini, anda akan dapat:

Menerangkan risiko utama pada perkakasan dan data daripada kemalangan, kegagalan peranti, persekitaran, kesilapan manusia dan tindakan niat jahat.Ambil langkah untuk meminimumkan risiko sedemikian.

Modul 1

Keselamatan dan Privasi Komputer

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

114

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Modul Kandungan

Pengenalan kepada Keselamatan dan Privasi Komputer

Melindungi Komputer Anda

Melindungi Keluarga Anda daripada Ancaman Keselamatan

Memastikan Komputer Anda Selamat dan Dikemas kini

Etika Komputer

Ringkasan Modul

Pengenalan Modul

Seperti sebarang peranti elektronik yang lain, komputer anda mempunyai risiko kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan atau dengan niat. Sesetengah kerosakan ini boleh menjadi kekal. Anda boleh mencegah sebilangan kerosakan perkakasan komputer, perisian, dan data yang disimpan padanya dengan mengambil langkah pencegahan yang tertentu.

Modul ini membantu anda mengenal pasti pelbagai ancaman terhadap komputer anda dan data yang disimpan padanya. Anda akan mempelajari cara untuk melindungi komputer anda daripada ancaman ini dengan mengambil beberapa langkah pencegahan. Akhir sekali, modul ini menerangkan isu etika dan isu undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan Internet.

Objektif Modul

Selepas melengkapkan modul ini, anda akan dapat:

Menerangkan keselamatan dan privasi komputer dan mengenal pasti jenis ancaman komputer.Mengenal pasti pelbagai kaedah untuk melindungi komputer anda daripada ancaman.Menerangkan tabiat kerja yang baik yang digunakan untuk mempertingkatkan keselamatan dan privasi. Menerangkan seting dan opsyen yang membantu memastikan komputer anda selamat.Kenal pasti cabaran etika asas yang diberikan oleh komputer dan Internet kepada pengguna.

Anda menggunakan komputer dalam hampir semua bidang kehidupan anda. Anda menggunakan komputer untuk pelbagai tujuan seperti menyimpan data, melakukan pengiraan, main permainan, mendengar muzik, melayari Internet dan berkomunikasi dengan orang lain melalui e-mel dan perbualan.

Walau bagaimanapun, komputer anda dan data yang disimpan padanya terdedah kepada kerosakan dan kemusnahan. Oleh itu, anda perlu melindungi komputer anda daripada ancaman dalam bentuk kerosakan fizikal akibat daripada bencana alam, kesalahan atau kesilapan manusia, atau tindakan yang berbahaya seperti akses yang tidak dibenarkan oleh penggodam atau serangan virus.

Anda boleh melindungi komputer anda daripada ancaman ini dengan menggunakan pelbagai kaedah keselamatan seperti menjalankan seting keselamatan yang sewajarnya dan mengemas kini perisian keselamatan dalam komputer anda. Ahli keluarga anda perlu menyedari akan langkah keselamatan untuk memastikan perlindungan lebih baik komputer anda.

Penting juga untuk disedari mengenai hak berkaitan dengan maklumat yang tersedia melalui Internet. Kandungan yang tersedia dalam kebanyakan laman Web adalah bahan yang dilindungi hak cipta, dan penggunaan tanpa kebenaran boleh mengundang masalah perundangan.

Modul ini mengenal pasti pelbagai ancaman terhadap komputer anda, kesan ancaman yang mungkin berlaku serta pemulihannya. Modul ini menerangkan langkah-langkah keselamatan yang boleh anda gunakan untuk memastikan komputer anda selamat dan dikemas kini. Tambahan kepada itu, modul ini menerangkan isu etika dan undang-undang yang perlu anda sedari semasa menggunakan Internet.

Pelajaran 1

Pengenalan kepada Keselamatan dan Privasi Komputer

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

114

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kandungan Pelajaran

Apakah Itu Keselamatan dan Privasi Komputer?

Ancaman Semula jadi

Langkah-langkah untuk Perlindungan Daripada Ancaman Semula jadi

Ancaman dari Tindakan Manusia

Langkah-langkah untuk Perlindungan Daripada Ancaman dari Tindakan Manusia

Ancaman Komputer dan Langkah-langkah untuk Perlindungan

Swauji

Pengenalan Pelajaran

Anda menyimpan dokumen penting anda seperti kertas cukai dengan selamat supaya ia tidak rosak atau hilang. Anda juga memastikan tiada sesiapa mempunyai akses kepadanya tanpa kebenaran anda.

Jika anda kerap menggunakan komputer, anda mungkin mempunyai banyak maklumat yang disimpan dalam komputer. Maklumat ini mungkin dalam bentuk butiran cukai, surat peribadi atau dokumen perniagaan. Anda perlu memastikan maklumat ini tidak dilihat oleh orang lain tanpa kebenaran anda. Anda juga perlu melindungi maklumat ini daripada rosak.

Dalam pelajaran ini, anda akan meneliti keperluan untuk melindungi perkakasan komputer, perisian dan data elektronik anda daripada rosak, hilang dan dicuri. Anda juga akan belajar mengenai pelbagai penyelesaian dan peranti yang boleh anda gunakan untuk melindungi data pada komputer anda.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

Menerangkan keselamatan dan privasi komputer.Mengenal pasti ancaman kepada komputer anda.Mengenal langkah-langkah untuk melindungi komputer anda daripada ancaman semula jadi.Mengenal pasti ancaman kepada komputer anda daripada tindakan manusia.Mengenal pasti langkah-langkah untuk melindungi komputer anda daripada tindakan manusia.

Topik:

Apakah Itu Keselamatan dan Privasi Komputer?

Sebarang faktor yang boleh merosakkan komputer anda atau data padanya adalah ancaman komputer. Kejadian semula jadi seperti gempa bumi atau taufan boleh menyebabkan kerosakan fizikal yang meluas. Anda atau orang lain mungkin secara tidak sengaja menghapuskan beberapa fail penting yang menyebabkan komputer malfungsi. Apabila komputer anda disambungkan kepada rangkaian, komputer menjadi lebih terdedah kepada ancaman komputer. Contohnya, pengguna lain mungkin menggunakan rangkaian untuk memperoleh akses tanpa kebenaran kepada komputer anda.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan ancaman ini dan mengurangkan kemungkinan untuk kehilangan disebabkan kerosakan tersebut. Dengan mengikut garis panduan asas, anda boleh meminimumkan risiko kerosakan pada komputer anda dan memastikan keselamatan serta privasinya.

Keselamatan Komputer

Perkakasan komputer boleh dirosakkan akibat kelalaian manusia atau sebab semula jadi. Juga, data dan perisian pada komputer perlu dilindungi daripada kehilangan dan diubahsuai secara tidak sengaja atau dengan niat. Keselamatan komputer bertindak dengan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan kerosakan sedemikian pada komputer dan datanya.

Privasi Komputer

Anda menyimpan fail atau dokumen peribadi anda pada komputer anda dan tidak mahu sesiapa pun membacanya. Privasi komputer bermaksud data anda seperti fail peribadi dan mesej e-mel tidak boleh diakses oleh sesiapa pun tanpa kebenaran anda. Privasi komputer bertindak dengan kaedah yang boleh anda ambil untuk mengehadkan akses kepada data anda. Privasi komputer juga termasuk berhati-hati semasa memberikan sebarang maklumat peribadi menerusi Internet. Sebarang maklumat seperti ini selalunya akan disalah gunakan untuk mengakses akaun peribadi anda seperti e-mel dan akaun bank anda.

Topik:

Ancaman Semula jadi

Malapetaka semula jadi seperti gempa bumi, banjir dan taufan boleh merosakkan komputer anda pada bila-bila masa. Malapetaka semula jadi boleh menyebabkan kebakaran, suhu lampau, dan panahan kilat yang menyebabkan kerosakan fizikal yang besar pada komputer dan kehilangan data.

Ilustrasi ini memerihalkan pelbagai ancaman semula jadi kepada keselamatan dan privasi komputer.

1.

Kebanyakan komponen komputer direka untuk beroperasi dalam julat suhu tertentu. Disebabkan oleh haba atau sejuk yang melampau, sesetengah komponen akan mula malfungsi dan anda mungkin perlu menggantikannya. Jika komputer anda terdedah kepada suhu yang melampau, kembalikannya ke suhu bilik sebelum anda menghidupkannya.

2.

Api boleh merosakkan komputer anda menjadikannya tidak boleh diperbaiki lagi. Walaupun komputer tidak terkena api secara langsung, habanya sudah cukup untuk mencairkan komponen halus di dalam komputer. Tambahan pula, asap boleh merosakkan kipas CPU, yang seterusnya boleh menyebabkan pemanasan lampau CPU dan merosakkannya.

3.

Kilat yang memancar dengan jumlah caj elektrik yang sangat besar boleh menyebabkan pusuan elektrik. Pusuan atau pemacakan meningkat secara tiba-tiba di dalam voltan yang dibekalkan yang mana boleh merosakkan sesetengah komponen komputer anda secara tetap. Contohnya, peningkatan secara tiba-tiba dalam voltan boleh memusnahkan papan induk komputer anda.

Topik:

Langkah-langkah untuk Perlindungan Daripada Ancaman Semula jadi

Ancaman semula jadi boleh mengakibatkan kerosakan serius pada komputer anda. Jadual yang berikut menerangkan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk melindungi data dan komputer anda daripada ancaman semula jadi.

Langkah-langkah

Perihalan

Sandarkan data

Membuat sandaran data melibatkan penciptaan berbilang salinan bagi data anda. Kejadian seperti banjir dan gempa bumi boleh berlaku tanpa sebarang amaran. Mencipta sandaran membantu anda mengambil semula data anda sekiranya berlaku kehilangan data. Untuk menyediakan kebolehpulihan yang lebih baik, simpan salinan data penting anda dalam lokasi yang berasingan secara fizikal, seperti dalam bangunan atau bandar yang lain.

Pasang komputer di tempat yang selamat

Pasang komputer anda di tempat yang tidak akan musnah akibat faktor semula jadi. Contohnya, elakkan memasang komputer dalam bilik yang terdedah kepada habuk atau kelembapan yang melampau.

Pasang peranti perlindungan elektrik

Pasang peranti seperti Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) yang boleh memberikan sandaran bateri dalam kejadian kehilangan kuasa. UPS mencegah kerosakan perisian yang terjadi akibat komputer anda dimatikan dengan tiba-tiba. UPS juga menyediakan perlindungan pusuan dan ciri-ciri penyesuaian talian, yang membantu melindungi komputer anda daripada cacakkan dan pusuan pada talian kuasa. Anda juga boleh memasang pelindung pusuan yang berasingan dan penyesuai talian. Walau bagaimanapun, dalam kejadian pusuan yang kuat, yang disebabkan oleh kejadian seperti ribut kuat, anda sepatutnya mematikan komputer dan mencabut palam daripada bekalan kuasa untuk mengelakkan kerosakan.

Lindungi komputer daripada api

Lindungi komputer daripada api dengan menempatkannya dalam persekitaran yang merencatkan api. Tambahan pada itu, anda boleh memasang peralatan keselamatan kebakaran yang mencukupi dan prosedur untuk kawalan kerosakan yang cepat.

Kekalkan suhu dan kelembapan yang sewajarnya

Anda harus kekalkan suhu dan tahap kelembapan optimum untuk memastikan kefungsian lancar komputer anda. Anda boleh berbuat demikian dengan memasang alat seperti penyaman udara dan pengawal kelembapan.

Topik:

Ancaman dari Tindakan Manusia

Sejenis ancaman kepada komputer anda adalah sumber manusia berniat jahat. Pekerja yang tidak berpuas hati dalam pejabat anda boleh mengubah suai atau memusnahkan data pada komputer anda dengan sengaja. Penggodam merupakan individu yang cuba mengakses komputer anda secara tidak sah apabila ia disambungkan kepada Internet. Selepas mengakses komputer anda, penggodam akan mencuri atau merosakkan data yang disimpan pada komputer. Selain daripada ancaman manusia berniat jahat, ralat manusia seperti penghapusan data yang tidak sengaja dan kerosakan fizikal turut merupakan ancaman pada komputer anda. Jadual yang berikut memerihalkan pelbagai ancaman daripada sumber manusia berniat jahat dan ralat manusia pada komputer anda.

Ancaman

Perihalan

Kecurian

Sesiapa sahaja boleh mencuri komputer atau komponennya, sekiranya mereka mempunyai akses kepadanya. Dengan kepopularan komputer mudah boleh alih seperi komputer riba, kecurian fizikal komputer telah menjadi sesuatu yang sangat lazim.

Anda juga boleh menjadi mangsa kecurian maya apabila komputer anda disambungkan kepada Internet. Satu contoh kecurian maya adalah kecurian identiti, iaitu apabila penggodam boleh mencuri maklumat peribadi anda untuk menyamar dengan identiti anda. Dengan menggunakan identiti palsu ini, penggodam boleh memperoleh akses kepada kewangan anda atau menjalankan aktiviti yang tidak sah. Contoh lain bagi kecurian maya adalah cetak rompak perisian, iaitu merujuk kepada kecurian reka bentuk atau atur cara komputer. Ia juga boleh bermaksud pengagihan dan penggunaan atur cara komputer dan dokumen sulit tanpa kebenaran.

Virus, cecacing, dan kuda Trojan

Virus adalah atur cara komputer yang boleh merosakkan data atau perisian pada komputer anda atau mencuri maklumat yang disimpan pada komputer anda. Virus ini boleh mencapai komputer anda tanpa pengetahuan anda menerusi Internet atau peranti penyimpanan seperti cakera liut dan CD-ROM. Cecacing adalah virus yang mereplikakan dirinya sendiri apabila ia menyerang komputer, menjadikannya sukar untuk dikeluarkan. Kuda Trojan juga merupakan virus yang menyamar sebagai perisian berguna seperti permainan atau utiliti. Apabila kuda Trojan mencapai komputer anda, ia akan mula bertindak seperti virus dan menyebabkan kerosakan pada data komputer.

Spyware

Spyware adalah atur cara yang dipasang pada komputer anda tanpa pengetahuan anda. Ia boleh menghantar maklumat mengenai tabiat menyemak imbas Web anda atau butiran peribadi lain secara rahsia kepada komputer lain menerusi rangkaian.

Penipuan Internet

Semasa menggunakan Internet, anda mungkin menemui tawaran yang menarik menerusi mesej e-mel atau komunikasi bilik bual. Anda seharusnya berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran tersebut kerana tawaran seperti ini boleh menjadi sebahagian daripada penipuan yang dirancang dengan teliti yang boleh menyebabkan anda kehilangan dari segi kewangan.

Pemangsa dalam talian

Pemangsa dalam talian adalah individu yang menggoda sesiapa sahaja dalam talian untuk terjebak ke dalam perhubungan yang tidak sesuai dan tidak beretika. Anda atau ahli keluarga anda boleh menjadi sasaran pemangsa dalam talian. Pemangsa dalam talian membangunkan hubungan dengan sasarannya menerusi e-mel atau komunikasi bilik bual.

Penghapusan data secara tidak sengaja

Kerap kali, kerosakan pada komputer adalah kerana kesilapan manusia yang tidak disengajakan. Penghapusan tidak sengaja fail yang penting boleh mengganggu integriti data atau menghalang fail atau atur cara yang lain daripada berfungsi. Contohnya, anda mungkin secara tidak sengaja menghapuskan fail penting dan menyebabkan komputer malfungsi.

Kerosakan perkakasan tidak sengaja

Komponen komputer, mudah rosak, mempunyai risiko untuk rosak akibat daripada kecuaian. Contohnya, jika anda terjatuhkan komputer riba anda dengan tidak sengaja, ini mungkin mengakibatkan kerosakan pada komponen perkakasan seperti papan induk atau CD ROM. Akibatnya, anda mungkin kehilangan data yang disimpan pada komputer. Selain itu, kerosakan fizikal pada data akibat tumpahan makanan dan minuman pada peranti penyimpanan atau persisian boleh menjejaskan komputer anda.

Topik:

Langkah-langkah untuk Perlindungan Daripada Ancaman dari Tindakan Manusia

Anda boleh mengamalkan langkah-langkah mudah untuk meminimumkan risiko yang berkaitan dengan ancaman niat jahat manusia dan kesalahan manusia. Jadual yang berikut memerihalkan langkah-langkah untuk melindungi komputer anda daripada sumber manusia berniat jahat dan kesalahan manusia.

Penyelesaian

Perihalan

Simpan data secara selamat

Simpan data anda dalam lokasi yang selamat dan terjamin yang mempunyai akses terhad kepada orang lain. Ini akan meminimumkan kemungkinan kecurian atau pengubahsuaian data.

Penyulitan data

Ciri BitLocker pada Windows Vista membantu anda menyulitkan data pada peringkat pemacu. Apabila anda menyulitkan data dengan menggunakan ciri ini, pengguna yang tiada kebenaran tidak boleh mengakses data dengan mengeluarkan pemacu keras dan memasangkan pada komputer yang lain.

Pasang atur cara antivirus dan antispyware

Perisian antivirus dan antispyware mempunyai kemampuan untuk memeriksa virus dan spyware yang hadir dalam memori komputer dan juga mencegah virus baru daripada memasuki. Anda mesti mengemas kini perisian antivirus dan antispyware secara kerap supaya ia mampu mengecam virus dan spyware baru. Kebanyakan perisian antivirus dan antispyware menawarkan ciri kemas kini automatik yang memasang versi perisian yang dikemas kini secara automatik pada komputer anda.

Ciri terbina dalam perisian e-mel, seperti Windows Mail, membenarkan anda menyekat mesej e-mel sarap dan menyediakan ciri untuk memeriksa virus dan cecacing. Windows Vista disertakan dengan Pembela Windows, atur cara antispyware terbina dalam, yang memberikan perlindungan masa nyata.

Pasang firewall

Memasang firewall merupakan langkah berkesan yang lain yang boleh anda ambil untuk melindungi daripada ancaman niat jahat. Firewall membolehkan anda menapis lalu lintas Internet sebelum ia mencapai komputer anda atau rangkaian peribadi. Ia menyediakan perlindungan tambahan daripada ancaman seperti penggodam dan virus. Firewall juga membantu memastikan privasi komputer dengan menyekat akses luaran kepada komputer anda oleh mana-mana pengguna tanpa kebenaran. Firewall Windows yang tersedia dengan Windows Vista menyekat akses yang tidak diingini kepada komputer anda.

Sandarkan data

Buat sandaran data komputer yang penting secara tetap. Membuat berbilang salinan data memberikan perlindungan daripada kehilangan data akibat penghapusan tidak sengaja atau pemusnahan data.

Simpan komputer dalam persekitaran yang selamat

Simpan komputer di kawasan bebas habuk, bebas daripada getaran dan jauh daripada kemungkinan impak. Meja atau rak yang menempatkan komputer haruslah kukuh dan stabil untuk mengelakkan komputer daripada terjatuh walaupun sekiranya komputer dilanggar.

Simpan komputer anda jauh daripada bahan magnet, air, atau nyahcas statik. Contohnya, jangan letakkan komputer di atas lantai atau di atas ambal. Elakkan makan dan minum berhampiran dengan papan kekunci dan gunakan pelindung papan kekunci untuk mencegah daripada sebarang tumpahan.

Topik:

Ancaman Komputer dan Langkah-langkah untuk Perlindungan

Susun langkah-langkah untuk perlindungan daripada pelbagai jenis ancaman ke dalam kategorinya yang berkaitan dengan menulis nombor penyataan dalam kotak opsyen yang bersamaan.

Penyata

1

Perlindungan pusuan dan penyesuaian talian

2

Penyulitan Data

3

Penebatan

4

Jarak yang mencukupi daripada bahan magnet

5

Pelantar Stabil

6

Penutup Papan kekunci

7

Penyaman udara dan pengawal kelembapan

8

Dinding Kebakaran

9

Perlindungan Spyware

10

Antivirus

Opsyen 1

Opsyen 2

Opsyen 3

Ancaman Semula jadi

Ancaman Niat Jahat Manusia

Kesilapan Manusia

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Opsyen 1

Opsyen 2

Opsyen 3

Ancaman Semula jadi

Ancaman Niat Jahat Manusia

Kesilapan Manusia

7, 3, 1

10, 9, 8, 2

6, 5, 4

Topik:

Swauji untuk Pelajaran: Pengenalan kepada Keselamatan dan Privasi Komputer

Soalan 1

Manakah antara pernyataan berikut memerihalkan dengan tepat privasi komputer?

Pilih satu jawapan yang terbaik.

Menjamin komputer daripada api dan gempa bumi.

Melindungi komputer daripada pusuan kuasa.

Mencegah rakan anda daripada melihat data komputer anda tanpa kebenaran anda.

Mencegah fail komputer yang penting daripada dihapuskan secara tidak sengaja.

Soalan 2

Kaedah keselamatan berikut yang manakah boleh anda amalkan untuk membantu melindungi komputer anda dan datanya daripada ancaman semula jadi?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Pelindungan pusuan.

Perisian Antivirus.

Firewall.

Kawalan kelembapan.

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Jawapan 1

Manakah antara pernyataan berikut memerihalkan dengan tepat privasi komputer?

Pilih satu jawapan yang terbaik.

Menjamin komputer daripada api dan gempa bumi.

Melindungi komputer daripada pusuan kuasa.

Mencegah rakan anda daripada melihat data komputer anda tanpa kebenaran anda.

Mencegah fail komputer yang penting daripada dihapuskan secara tidak sengaja.

Jawapan 2

Kaedah keselamatan berikut yang manakah boleh anda amalkan untuk membantu melindungi komputer anda dan datanya daripada ancaman semula jadi?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Pelindungan pusuan.

Perisian Antivirus.

Firewall.

Kawalan kelembapan.

Pelajaran 2

Melindungi Komputer Anda

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

114

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kandungan Pelajaran

Garis Panduan untuk Melindungi Komputer Anda

Amalan Terbaik untuk Menjamin Transaksi Dalam Talian dan Rangkaian

Langkah-langkah untuk Menjamin Keselamatan E-Mel dan Permesejan Segera

Langkah-langkah untuk Melindungi Komputer Anda

Swauji

Pengenalan Pelajaran

Anda perlu memberikan pengenalpastian anda untuk mengakses lokar bank anda atau peti deposit keselamatan anda. Pengenalpastian ini adalah untuk memastikan tiada orang lain yang boleh mengakses item anda.

Sama juga, anda boleh menggunakan pelbagai kaedah keselamatan untuk meminimumkan ancaman pada komputer anda dan data di dalamnya. Pelajaran ini memperkenalkan anda beberapa amalan terbaik lazim yang membantu anda melindungi sistem pengendalian, perisian dan data pada komputer anda.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

Mengenal pasti garis panduan untuk melindungi komputer anda.Mengenal pasti amalan terbaik untuk transaksi dalam talian dan rangkaian yang selamat.Mengenal pasti langkah-langkah untuk menjamin transaksi e-mel dan permesejan segera.

Topik:

Garis Panduan untuk Melindungi Komputer Anda

Bayangkan bahawa anda telah menyimpan laporan projek sulit pada komputer anda. Anda telah bekerja berminggu-minggu untuk menyediakan laporan ini dan sekarang anda mahu berkongsi laporan projek dengan penyelia anda. Anda mempunyai salinan tunggal laporan ini pada komputer anda dan adalah sangat penting untuk menjamin keselamatan laporan itu daripada diubahsuai atau dihapuskan. Walau bagaimanapun, pekerja lain menggunakan komputer anda semasa ketiadaan anda dan menghapuskan laporan projek itu daripada komputer anda. Untuk mengelakkan situasi seperti ini, anda boleh mengambil langkah untuk menjamin data pada komputer anda. Jadual yang berikut menerangkan tindakan yang boleh anda ambil untuk melindungi persekitaran pengendalian dan data pada komputer anda.

Garis panduan

Perihalan

Melaksanakan pengenalpastian pengguna

Cara yang berkesan untuk mengurangkan risiko pada persekitaran pengendalian dan data anda adalah dengan menghalang orang yang tidak dibenarkan daripada mengakses komputer anda. Satu cara untuk mencapainya adalah dengan mengeset akaun untuk pengguna komputer yang dibenarkan, atas dasar setiap pengguna mendapat tahap akses yang bersesuaian.

Contohnya, dalam Windows Vista, anda boleh menyediakan akaun pengguna untuk setiap ahli keluarga anda atau pengguna lain. Anda boleh memutuskan untuk memberikan diri anda lebih banyak keutamaan, atau dalam kes akaun anak-anak, anda boleh mengehadkan keupayaan akaun.

Setkan nama pengguna dan kata laluan

Anda juga boleh meningkatkan keselamatan dan mengehadkan akses yang tidak dibenarkan kepada komputer anda dengan mengeset nama pengguna dan kata laluan. Dalam kebanyakan pejabat, setiap pekerja mempunyai nama pengguna dan kata laluan yang unik. Pekerja perlu memberikan nama pengguna dan kata laluan yang betul untuk mengakses komputer mereka. Anda boleh menyediakan pengguna dan kata laluan dalam Windows Vista.

Simpan kata laluan dengan selamat

Kata laluan anda bertindak seperti kunci kepada komputer anda. Sesiapa sahaja yang mengetahui kata laluan anda boleh mengakses komputer anda dan mengubah suai datanya. Anda perlu menyimpan kata laluan anda dengan selamat.

Berhati-hati semasa menaip kata laluan anda untuk mengelakkan orang lain daripada melihatnya. Jangan kongsi kata laluan anda dengan orang lain. Jangan tulis kata laluan anda dan tinggalkannya di atas komputer atau meja anda. Jika anda fikir bahawa kata laluan tersebut telah dicuri, tukarkannya dengan segera sebelum orang lain dapat menyalahgunakannya.

Kunci komputer

Apabila anda membiarkan komputer anda hidup dan tanpa pengawasan, seseorang boleh mengubah suai perisian atau data komputer anda. Anda boleh mengelakkannya dengan mengunci komputer anda semasa anda tiada. Apabila komputer dikunci, ia segera menyembunyikan kandungan skrin dan tidak membenarkan sebarang pengendalian sehingga komputer dibuka kuncinya dengan gabungan nama pengguna dan kata laluan yang betul.

Langkah tepat untuk mengunci komputer anda bergantung pada sistem pengendalian yang anda gunakan. Contohnya, dalam Windows Vista, anda boleh mengunci komputer anda dengan menekan CTRL+ALT+DEL, dan kemudian dengan mengklik butang Kunci komputer ini. Sila ambil perhatian bahawa ciri mengunci komputer ini tidak tersedia dalam semua sistem pengendalian.

Pasang dan kemas kini perisian perlindungan

Anda perlu sentiasa menjaga komputer anda daripada ancaman seperti virus dan spyware. Kadangkala, kerosakan yang berlaku akibat daripada virus adalah besar dan anda mungkin kehilangan data penting atau perlu memasang semula sistem pengendalian dan perisian lain. Anda boleh melindungi komputer anda daripada virus dan spyware dengan memasang perisian antivirus dan antispyware. Atur cara perisian yang memberi pelindungan ini membantu anda mengesan dan mengeluarkan virus dan spyware yang ada dalam komputer anda. Ia juga mencegah virus baru daripada menjangkiti komputer anda.

Adalah satu amalan yang baik untuk memasang firewall yang menapis kandungan yang sampai ke komputer anda. Memasang firewall turut melindungi daripada penggodam dengan mengehadkan akses kepada pengguna dalam talian yang lain.

Memandangkan ancaman baru sentiasa muncul, syarikat perisian sentiasa membuat pengemaskinian yang boleh anda pasang pada komputer anda. Kemas kinian ini membuat tambahan pada perisian yang dipasangkan atau sistem pengendalian dalam komputer anda untuk menjadikannya kurang terdedah kepada ancaman keselamatan. Pastikan bahawa anda sentiasa mengemas kini perisian antivirus supaya ia boleh mengesan virus terbaru.

Windows Vista menyertakan Firewall Windows untuk melindungi komputer anda daripada akses tanpa kebenaran. Tambahan pada itu, Pembela Windows adalah atur cara antispyware terbina dalam yang melindungi daripada pop timbul dan ancaman keselamatan yang lain.

Penyulitan Data

Menukar data anda ke bentuk yang tidak boleh dibaca untuk melindunginya daripada akses yang tidak dibenarkan disebut penyulitan. Pengguna yang diizinkan boleh menukar kembali data yang disulitkan ke dalam bentuk yang boleh dibaca dan boleh digunakan. Ia disebut penyahsulitan. Pelbagai produk perisian pada masa ini menyertakan cara untuk menyulitkan data.

Dalam Windows Vista, penyulitan boleh dilihat oleh pengguna yang menyulitkan fail. Ini bermakna, anda tidak perlu menyahsulit fail yang disulitkan secara manual sebelum anda boleh menggunakannya. Anda boleh membuka dan menukar fail sepertimana anda biasa lakukan.

Sandarkan data

Anda juga boleh membantu melindungi fail anda daripada kehilangan atau kerosakan dengan membuat salinan fail yang penting dan menyimpannya pada pelbagai media penyimpanan yang berbeza, seperti CD, DVD, atau cakera liut. Proses ini dikenali sebagai membuat sandaran data. Anda harus menyimpan sandaran dalam lokasi yang selamat supaya anda dapat menggunakan data sandaran sekiranya data asalnya rosak atau dihapuskan.

Topik:

Amalan Terbaik untuk Menjamin Transaksi Dalam Talian dan Rangkaian

Apabila komputer anda disambungkan kepada Internet, ia diperkenalkan kepada dunia maklumat dan hiburan. Walau bagaimanapun, ia juga menyebabkan komputer anda terdedah kepada banyak ancaman dalam talian. Contohnya, mudah untuk virus menjangkiti komputer anda dari komputer lain yang sudah dijangkiti. Anda boleh mengurangkan risiko pada komputer anda daripada ancaman dalam talian ini dengan menggunakan kombinasi amalan terbaik seperti mencipta kata laluan yang kukuh, penyulitan data dan menggunakan perisian antivirus. Jadual yang berikut menerangkan pelbagai tindakan yang boleh anda ambil untuk menjamin keselamatan transaksi dalam talian dan rangkaian.

Tindakan

Perihalan

Gunakan kata laluan yang kukuh

Kata laluan yang kukuh adalah kata laluan yang rumit yang tidak boleh diteka dengan mudah. Kata laluan haruslah terdiri daripada gabungan huruf kecil dan besar, nombor, dan aksara khas seperti tanda ampersan dan nombor, dan tidak seharusnya mengandungi perkataan lengkap atau nama.

Kata laluan yang kukuh adalah pertahanan utama anda daripada ancaman keselamatan dan privasi. Kata laluan yang kukuh mesti dicipta untuk:

Akses tempatan kepada komputer yang lengkapAkses kepada rangkaianAkses kepada laman Web yang mempunyai maklumat sensitif seperti butiran peribadi dan kewanganAkses kepada sebarang data yang bernilaiData peribadi yang disimpan pada komputer anda

Perlindungan daripada digodam dan spyware

Semasa anda menyemak imbas Internet, atur cara perisian yang dipasang pada komputer anda berkemungkinan sedang menghantar maklumat peribadi anda kepada penggodam di negara lain. Atur cara perisian seperti itu adalah contoh spyware. Secara umumnya, atur cara ini dipasang pada komputer anda tanpa pengetahuan anda dan memindahkan data sulit dari komputer anda kepada penggodam secara rahsia. Kadangkala, majikan memasang spyware pada komputer yang digunakan oleh pekerja dengan sengaja untuk mengesan aktiviti pengkomputeran para pekerja.

Windows Vista disertakan dengan atur cara antispyware terbina dalam yang dipanggil Pembela Windows, yang membantu mencegah spyware daripada dipasang secara rahsia pada komputer.

Gunakan sokongan Pembekal perkhidmatan Internet (ISP) untuk mendapatkan keselamatan dalam talian. Sokongan boleh menjadi dalam bentuk perisian antivirus dan anti-spyware. Sesetengah ISP juga menyediakan perlindungan firewall, imbasan virus bagi e-mel, dan perlindungan spam.

Kosongkan sejarah menyemak imbas dari semasa ke semasa

Laman Web dan halaman Web yang anda lawati semasa menyemak imbas Internet akan disimpan pada Sejarah penyemak imbas anda. Di samping itu, semasa anda menyemak imbas Internet, beberapa fail akan disimpan dalam memori sementara komputer anda. Memori sementara ini dikenali sebagai memori cache. Fail yang disimpan dalam memori cache merakam maklumat mengenai halaman Web yang anda lawati.

Walau bagaimanapun, sesetengah fail Internet sementara ini mungkin mengandungi maklumat peribadi anda seperti nama pengguna dan kata laluan yang mana boleh diakses oleh penggodam. Untuk mencegah penggodam daripada mengakses maklumat peribadi anda, hapuskan dengan kerap kandungan yang terdapat dalam sejarah penyemak imbas dan dalam memori cache.

Semasa melawati laman Web, anda mungkin dapat melihat bahawa ia memaparkan nama anda. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kuki. Kuki adalah fail kecil yang dicipta pada komputer anda oleh laman Web yang dilawati sebelum ini untuk mengenal pasti dan mengesan keutamaan anda. Tujuannya adalah untuk memberikan lebih banyak pengalaman peribadi semasa melawati laman Web. Walau bagaimanapun, kuki juga boleh mengancam privasi komputer kerana ia mengandungi maklumat peribadi anda. Contohnya, kuki mungkin mengandungi butiran kad kredit anda yang anda gunakan semasa membeli belah dalam talian. Atas sebab ini, adalah menjadi amalan baik untuk memadam kuki dengan kerap untuk mencegah maklumat peribadi anda daripada disalah gunakan.

Elakkan berkongsi maklumat peribadi

Sesetengah laman Web meminta anda mengisi borang yang mengandungi maklumat peribadi seperti nama anda, jantina dan umur. Dalam kes laman e-dagang, anda mungkin perlu berkongsi butiran akaun bank anda atau nombor kad kredit. Tetapi, ingatlah bahawa penggodam boleh mengakses dan menyalahgunakan maklumat ini. Sesetengah syarikat mungkin juga menggunakan maklumat ini untuk menghantar anda mesej e-mel dagang yang tidak dikehendaki. Oleh itu, sebelum anda berkongsi sebarang maklumat peribadi pada laman Web, pastikan laman Web tersebut adalah selamat dan terdapat keperluan tertentu untuk memberikan maklumat itu.

Jalankan transaksi dalam talian hanya pada tapak yang selamat

Semasa membeli belah dalam talian, biasanya anda perlu memberikan maklumat sensitif seperti nombor akaun bank anda atau butiran kad kredit. Oleh itu, adalah penting untuk anda memastikan bahawa anda menjalankan transaksi dalam talian hanya pada laman Web yang selamat. Laman Web adalah selamat jika namanya mempunyai awalan https. Awalan itu menunjukkan bahawa laman Web itu menjalankan protokol Lapisan Soket Selamat (SSL). SSL adalah protokol keselamatan Internet yang menjamin komunikasi data yang selamat dengan menyulitkan maklumat yang dihantar. Protokol SSL mengiktiraf bahawa laman Web adalah tulen dan memastikan data yang anda berikan tidak disalah gunakan.

Apabila anda memasuki laman Web yang selamat, kebanyakan penyemak imbas Web memaparkan mesej yang mengesahkan anda telah memasuki laman Web selamat. Ikon mangga dikunci yang muncul dalam bar Alamat membantu anda mengenal pasti laman Web yang selamat. Anda juga boleh menyemak sijil keselamatan laman Web sebelum menjalankan sebarang transaksi dalam talian pada laman tersebut.

Konfigurasikan komponen keselamatan dengan menggunakan Pusat Keselamatan Windows.

Pusat Keselamatan Windows adalah ciri dalam Windows Vista, yang menyediakan anda utiliti yang mudah untuk menyemak status seting keselamatan yang penting dan mengesan perisian antivirus yang dipasang pada komputer anda. Anda boleh membuka Pusat Keselamatan dari Panel Kawalan. Pusat Keselamatan mempunyai empat komponen:

Firewall. Dalam Windows Vista, Firewall Windows diaktifkan secara automatik. Firewall membantu mencegah kandungan niat jahat seperti virus dan cecacing daripada memasuki komputer anda.Kemas kinian Automatik. Ciri ini menyemak kemas kini berkaitan keselamatan yang relevan yang tersedia pada laman Web Microsoft Update. Dengan mendayakan ciri ini, ia memastikan bahawa komputer anda sentiasa dikemas kini dan dilindungi daripada ancaman keselamatan terbaru pada Internet.Perlindungan Malware. Spyware dan perisian berkemungkinan tidak diingini yang lain boleh memasang secara sendiri pada komputer anda tanpa mendapatkan keizinan sewajarnya daripada anda. Pembela Windows memberikan perlindungan masa nyata terhadap perisian sedemikian semasa anda bersambung kepada Internet.Seting keselamatan yang lain. Seting keselamatan yang lain termasuk seting Internet dan seting Kawalan Akaun Pengguna. Menggunakan Opsyen Internet, anda boleh mengeset aras keselamatan kepada sederhana, sederhana tinggi, atau tinggi. Internet Explorer 7 mempunyai aras keselamatan yang lebih tinggi berbanding versi sebelumnya. Kawalan Akaun Pengguna menghalang perubahan tidak diizinkan pada komputer anda dengan meminta kata laluan sebelum melakukan perubahan.

Nyahdaya kandungan aktif

Kandungan aktif merujuk kepada atur cara kecil yang dipasang pada komputer anda semasa anda menyemak imbas Internet. Fungsi asasnya adalah untuk menyediakan anda dengan pengalaman Internet interaktif menerusi video dan bar alat. Walau bagaimanapun dalam sesetengah kes, atur cara ini boleh digunakan untuk merosakkan data yang disimpan pada komputer anda atau memasang perisian niat jahat tanpa keizinan anda. Dengan menggunakan seting penyemak imbas anda, anda boleh menyahdayakan kandungan aktif untuk mencegah pemasangan atur cara seperti itu.

Topik:

Langkah-langkah untuk Menjamin Keselamatan E-Mel dan Permesejan Segera

E-mel dan Permesejan Segera (IM) digunakan secara meluas dalam komunikasi perniagaan dan peribadi. Walau bagaimanapun, penggodam, pemangsa dalam talian dan orang yang mencipta cecacing dan virus menggunakan e-mel dan IM untuk tujuan niat jahat. Contohnya, orang ini boleh menghantar lampiran e-mel yang mengandungi perisian yang memudaratkan. Orang ini juga boleh menggunakan e-mel untuk mendapatkan maklumat sensitif atau untuk memujuk anda dengan tawaran palsu. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengambil kaedah tertentu untuk memastikan keselamatan e-mel dan IM.

Untuk memastikan keselamatan e-mel, elakkan daripada membuka e-mel dengan lampiran, jangan membalas kepada mel sarap, jangan membalas kepada mel komersial yang tidak diminta, dan lindungi diri anda daripada phishing. Untuk memastikan keselamatan IM, bual dengan orang yang dikenali sahaja dan jangan buka lampiran yang diterima menerusi IM. Jadual yang berikut menerangkan tindakan untuk memastikan keselamatan e-mel dan IM.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Berhati-hati semasa membuka mesej e-mel dengan lampiran

Anda boleh menghantar lampiran e-mel untuk berkongsi fail dengan rakan-rakan anda. Anda mungkin menerima gambar foto atau fail muzik sebagai lampiran dalam mesej e-mel. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati semasa membuka sebarang mel yang mengandungi lampiran kerana ia adalah laluan paling lazim untuk penyebaran virus.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Jangan balas kepada mel komersial yang tidak diminta

Anda mungkin menerima bilangan mesej e-mel yang tidak diingini daripada pengirim yang tidak dikenali termasuk individu dan syarikat yang mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka. Mesej ini mungkin dalam bentuk tinjauan dalam talian yang meminta anda mengisi maklumat peribadi anda. Mesej tidak diingini ini adalah dikenali sebagai mel sarap atau spam.

Mel sarap hampir sentiasa berserta kandungan yang memudaratkan komputer anda. Tambahan kepada itu, mel sarap sering kali digunakan untuk mencuri identiti, anda mungkin secara tidak sengaja berkongsi maklumat sensitif semasa menjawab mesej sebegitu. Oleh itu, anda harus mengelakkan daripada membalas mel sarap. Anda juga harus menghapuskan mel sarap setiap kali anda menerimanya. Atur cara e-mel, seperti Windows Mail, disertakan dengan folder mel sarap yang mana mel sarap mungkin diarahkan dan kemudiannya dihapuskan.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Lindungi diri anda daripada phishing

Phishing adalah aktiviti lazim yang digunakan untuk memetik maklumat peribadi daripada pengguna komputer dan kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan yang membahayakan. Sebagai contoh, seseorang menghantar mesej e-mel kepada anda, berpura-pura sebagai seseorang dari bank atau sebarang organisasi yang boleh dipercayai dan meminta maklumat sensitif, seperti nombor kad kredit atau kata laluan. Maklumat ini sama ada dijual seterusnya atau digunakan untuk menyebabkan kerugian kewangan kepada anda. Oleh itu, anda perlu mengesahkan ketulenan mesej e-mel yang sedemikian sebelum membalas dengan sebarang maklumat peribadi.

Mesej e-mel sebegitu digunakan oleh pelbagai laman Web phishing di Internet untuk mengumpul maklumat peribadi anda. Internet Explorer 7 disertakan dengan ciri Microsoft Phishing Filter yang berjalan di latar belakang semasa anda menyemak imbas Internet dan membantu mengesan laman Web phishing.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Hadkan aktiviti perbualan hanya dengan orang yang anda kenali

Anda perlu mengehadkan aktiviti perbualan anda dengan hanya orang yang anda kenal sahaja. Memulakan komunikasi dengan individu yang baru dan tidak dikenali menjadikan anda lebih terdedah kepada ancaman seperti pemangsa dan penipuan dalam talian.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Elakkan daripada membuka lampiran permesejan segera

Mesej segera adalah laluan lazim untuk lampiran yang berbahaya. Anda perlu mengelakkan membuka sebarang lampiran yang anda terima dalam mesej segera, melainkan anda benar-benar pasti tentang asalnya. Lampiran mesej segera mungkin mengandungi virus atau spyware, yang boleh memudaratkan komputer anda.

Topik:

Swauji untuk Pelajaran: Melindungi Komputer Anda

Soalan 1

Salah satu cara yang paling berkesan untuk melindungi perisian dan data dalam komputer anda adalah dengan mengehadkan penggunaan komputer anda kepada sekumpulan individu yang ditetapkan. Cara manakah antara yang berikut yang boleh anda gunakan bagi tujuan ini?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Kemas kini sistem pengendalian anda.

Sediakan akaun pengguna.

Pasang perisian antivirus.

Simpan kata laluan dengan selamat.

Soalan 2

Pelbagai jenis fail yang dicipta pada komputer anda semasa menggunakan Internet. Sesetengah daripadanya mungkin menjadi ancaman pada keselamatan tetapi sebenarnya membawa faedah kepada pengguna. Yang manakah antara yang berikut merupakan contoh fail tersebut?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Kuki.

Virus.

Fail Kandungan Aktif.

Cecacing.

Soalan 3

Cara manakah daripada yang berikut yang akan anda gunakan untuk menjamin transaksi e-mel dan IM anda?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Hapuskan mesej e-mel daripada pengirim yang tidak dikenali tanpa membukanya.

Majukan mesej e-mel yang tidak diminta kepada rakan untuk mendapatkan nasihat.

Balas dengan maklumat peribadi kepada mesej e-mel jika pengirim merupakan pekerja bank.

Elakkan membuka lampiran yang diterima dalam mesej segera.

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Jawapan 1

Salah satu cara yang paling berkesan untuk melindungi perisian dan data dalam komputer anda adalah dengan mengehadkan penggunaan komputer anda kepada sekumpulan individu yang ditetapkan. Cara manakah antara yang berikut yang boleh anda gunakan bagi tujuan ini?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Kemas kini sistem pengendalian anda.

Sediakan akaun pengguna.

Pasang perisian antivirus.

Simpan kata laluan dengan selamat.

Jawapan 2

Pelbagai jenis fail yang dicipta pada komputer anda semasa menggunakan Internet. Sesetengah daripadanya mungkin menjadi ancaman pada keselamatan tetapi sebenarnya membawa faedah kepada pengguna. Yang manakah antara yang berikut merupakan contoh fail tersebut?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Kuki.

Virus.

Fail Kandungan Aktif.

Cecacing.

Jawapan 3

Cara manakah daripada yang berikut yang akan anda gunakan untuk menjamin transaksi e-mel dan IM anda?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Hapuskan mesej e-mel daripada pengirim yang tidak dikenali tanpa membukanya.

Majukan mesej e-mel yang tidak diminta kepada rakan untuk mendapatkan nasihat.

Balas dengan maklumat peribadi kepada mesej e-mel jika pengirim merupakan pekerja bank.

Elakkan membuka lampiran yang diterima dalam mesej segera.

Pelajaran 3

Melindungi Keluarga Anda daripada Ancaman Keselamatan

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Keselamatan dan Privasi Komputer

114

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kandungan Pelajaran

Langkah-langkah untuk Melindungi Privasi Anda

Pemangsa Dalam Talian

Garis Panduan untuk Perlindungan daripada Pemangsa Dalam Talian

Swauji

Pengenalan Pelajaran

Lazimnya, komputer bukan sahaja digunakan di sekolah, kolej dan pejabat malah juga digunakan di rumah. Anda menggunakan komputer untuk pelbagai tujuan seperti menyimpan akaun isi rumah, bertukar mesej e-mel dengan keluarga dan rakan, menyemak imbas Internet dan bermain permainan serta muzik. Setiap ahli keluarga anda mempunyai kegunaan komputer untuk dirinya sendiri.

Dengan bertambahnya penggunaan komputer di rumah dan pejabat, penting untuk anda dan keluarga anda memahami pelbagai ancaman yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan Internet. Dalam pelajaran ini, anda akan mempelajari pelbagai kedah yang boleh membantu melindungi komputer anda daripada ancaman ini.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

Mengenal pasti langkah-langkah yang boleh anda gunakan untuk melindungi privasi anda.Menerangkan cara pemangsa dalam talian bertindak.Mengenal pasti garis panduan untuk melindungi keluarga anda daripada pemangsa dalam talian.

Topik:

Langkah-langkah untuk Melindungi Privasi Anda

Dengan perkembangan kepopularan komputer dan Internet, terdapat berbilang cara privasi anda dapat dicerobohi. Anda dan ahli keluarga anda perlu mencegah ancaman terhadap privasi ini. Anda boleh mengambil langkah-langkah mudah yang berikut untuk melindungi diri anda dan ahli keluarga anda daripada serangan terhadap privasi.

Lindungi Identiti Anda

Elakkan berkongsi maklumat peribadi anda dengan sesiapa pun melainkan anda mengenali orang itu. Ini adalah peraturan utama dalam perlindungan privasi. Semasa bertukar mesej e-mel atau berbual menerusi permesejan segera, pastikan bahawa anda tidak dedahkan butiran peribadi mengenai anda atau orang lain yang anda kenali. Di samping itu, gunakan kata laluan yang kukuh untuk mengakses sambungan komputer dan e-mel anda.

Buat Sandaran Tetap Komputer Anda dan Data Penting

Adalah menjadi amalan terbaik untuk membuat sandaran semua jenis data penting dan sensitif pada komputer anda. Data penting adalah seperti dokumen, pangkalan data atau maklumat hubungan. Anda boleh menggunakan pelbagai media penyimpanan seperti cakera padat atau cakera keras yang lain untuk membuat sandaran data anda. Jika anda sentiasa membuat sandaran data yang disimpan pada komputer anda, anda boleh mengambil semula data sekiranya data asal rosak atau dihapuskan. Juga, adalah dinasihatkan untuk menyimpan data sandaran dalam tempat yang selamat dan mengehadkan akses kepadanya dengan menggunakan kata laluan dan penyulitan.

Semak Keselamatan Semasa Sistem Anda dengan Kerap

Semak tahap keselamatan semasa komputer anda dengan kerap. Sistem pengendalian moden mempunyai ciri terbina dalam yang membantu anda mengesan kemampuan komputer anda untuk melindungi daripada pelbagai ancaman kepada keselamatan dan privasi. Contohnya, Pusat Keselamatan Windows adalah suatu komponen dalam Windows Vista, yang membantu anda menyelenggarakan seting firewall, menyediakan jadual bagi kemas kini perisian dan memeriksa kesahan perisian antivirus yang dipasang pada komputer anda.

Jalankan Imbasan Virus Harian

Setiap hari apabila anda mengakses Internet, terdapat peluang untuk komputer anda dijangkiti virus. Oleh itu, penting untuk anda menjalankan imbasan virus pada komputer anda setiap hari. Anda juga perlu memastikan perisian antivirus anda dikemas kini untuk melindungi komputer anda daripada virus baru.

Gunakan Antispyware

Atur cara spyware boleh memasuki komputer anda secara rahsia dan memindahkan maklumat peribadi mengenai anda dan keluarga. Gunakan perisian antispyware untuk sentiasa memeriksa atur cara niat jahat dan memastikan perisian sentiasa dikemas kini.

Jalankan Transaksi Dalam Talian pada Laman Web Selamat dengan Penjual Bereputasi Baik

Apabila anda menjalankan transaksi dalam talian, anda perlu memberikan maklumat peribadi anda seperti butiran akaun bank atau kad kredit kepada laman Web. Maklumat ini, jika didedahkan kepada orang lain boleh disalah gunakan untuk penipuan kewangan. Oleh itu, adalah penting untuk anda menjalankan transaksi dalam talian hanya pada laman Web yang selamat.

Laporkan Penyalahgunaan kepada ISP

Kebanyakan ISP yang bereputasi baik mempunyai rangkuman terma dan syarat yang tidak membenarkan pengguna mengikuti amalan yang tidak sah dan tidak beretika. Anda sepatutnya melaporkan kepada ISP apabila seseorang cuba melanggar privasi dalam talian anda dengan menghantar spam atau cubaan menggodam komputer anda. Ini membenarkan ISP mengambil tindakan terhadap individu seperti ini.

Tapis Mesej E-mel daripada Pengirim Tidak Dikenali/Tanpa Nama.

Anda mungkin menerima sebilangan mesej e-mel daripada individu yang anda tidak kenali. Mesej e-mel seperti itu, yang dikenali sebagai spam atau mel sarap selalunya membawa virus atau spyware. Penggodam yang cuba untuk mengambil maklumat peribadi anda juga boleh menghantar mel sarap kepada anda. Oleh itu, adalah penting untuk berhati-hati semasa berurusan dengan mereka. Dengan atur cara perisian e-mel, anda boleh mencipta penapis e-mel yang membantu anda menghalang mel sarap. Anda juga seharusnya tidak membalas kepada mel sarap kerana ia boleh membawa kepada peningkatan dalam mesej yang tidak dikehendaki serta berkongsi maklumat peribadi secara tidak sengaja.

Jika Boleh, Sulitkan Mesej E-mel Sensitif

Menggunakan penyulitan adalah kaedah yang mudah dan efektif untuk memastikan komunikasi e-mel anda kekal sulit. Penyulitan adalah proses mengekod mesej e-mel dengan cara yang mana ia akan muncul seperti tidak boleh dibaca kepada semua orang kecuali bagi pembaca yang ditujukan sahaja. Kebanyakan perisian e-mel seperti Windows Mail menyediakan ciri penyulitan e-mel ini.

Topik:

Pemangsa Dalam Talian

Internet adalah medium yang popular untuk berkomunikasi dengan orang di seluruh dunia. Anda boleh berkenalan dengan seseorang walaupun hanya mengetahui sangat sedikit mengenai identiti dan niat individu tersebut. Aspek komunikasi Internet ini boleh disalah gunakan oleh orang untuk memujuk orang muda ke dalam perhubungan yang tidak sesuai atau berbahaya. Orang yang terlibat dalam aktiviti seperti ini dikenali sebagai pemangsa dalam talian.

Secara amnya, pemangsa dalam talian menyasarkan kanak-kanak terutamanya remaja. Ini kerana semasa peringkat remaja, kanak-kanak ini beransur-ansur keluar daripada kawalan ibu bapa dan ingin mencari perhubungan baru. Pemangsa dalam talian cuba untuk mewujudkan perhubungan yang dipercayai dan mesra dengan kanak-kanak ini. Pemangsa dalam talian ini juga menyasarkan orang dewasa dengan objektif eksploitasi kewangan.

Pemangsa dalam talian memerangkap mangsa mereka dengan menjalin hubungan menerusi bilik bual, mesej segera atau forum perbincangan. Antara pelbagai alat, bilik bual merupakan alat yang lazim digunakan oleh pemangsa ini. Pemangsa dalam talian lazim menggunakan identiti palsu sebagai ahli dalam bilik bual tertentu. Contohnya, jika bilik bual adalah hanya untuk kanak-kanak, pemangsa dalam talian dengan mudah menggunakan identiti kanak-kanak untuk menyertai bilik bual tersebut.

Topik:

Garis Panduan untuk Perlindungan daripada Pemangsa Dalam Talian

Anda dan ahli keluarga anda boleh menjadi sasaran pemangsa dalam talian. Pemangsa ini mungkin akan mencuba mewujudkan hubungan dengan anda atau ahli keluarga anda untuk mengeksploitasi anda dari segi kewangan. Pemangsa juga akan cuba melibatkan anda dan ahli keluarga anda di dalam perhubungan yang tidak sesuai. Jadual yang berikut menyenaraikan beberapa garis panduan yang boleh anda ikuti untuk melindungi diri dan ahli keluarga anda daripada pemangsa dalam talian.

Garis panduan

Perihalan

Ketahui tanda-tanda kelakuan pemangsa

Pemangsa dalam talian mempunyai beberapa kelakuan yang boleh diramalkan yang boleh membantu anda mengenal pasti mereka dengan mudah. Pemangsa dalam talian mudah mesra dengan cepat. Mereka kerap menyatakan minat dan kemesraan yang mendalam terhadap sasaran mereka. Anda perlu memastikan bahawa anda dan ahli keluarga anda boleh mengesan sikap ini untuk mengelakkan kemungkinan hubungan dengan pemangsa dalam talian.

Berwaspada akan tawaran daripada orang yang tidak dikenali dalam talian

Pemangsa dalam talian biasanya menggoda dengan hadiah atau tawaran menarik yang lain. Anda harus berwaspada mengenai hadiah atau tawaran tersebut. Juga, beritahu ahli keluarga anda untuk berhati-hati dengan hadiah yang ditawarkan menerusi Internet.

Didik ahli keluarga anda mengenai kaedah keselamatan dalam talian

Didik ahli keluarga anda terhadap kelakuan bilik bual yang sesuai untuk mengelak daripada disasarkan oleh pemangsa dalam talian. Beritahu mereka untuk menggunakan nama skrin yang senonoh dan neutral. Nama skrin seharusnya tidak mendedahkan nama, umur, jantina sebenar atau maklumat hubungan kerana maklumat ini boleh disalah gunakan.

Sesetengah laman Web cuba untuk mendapatkan maklumat dengan dalih seperti maklum balas atau tinjauan. Beritahu keluarga anda untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada laman Web ini tanpa kebenaran anda. Juga, pastikan bahawa keluarga anda tidak memberikan sebarang butiran peribadi seperti nama, nama keluarga, alamat, dan nombor telefon di dalam bilik bual atau papan buletin. Ahli keluarga anda mestilah tidak berkongsi nama pengguna dan kata laluan mereka dengan sesiapa sahaja termasuklah rakan-rakan.

Bimbing kanak-kanak semasa mereka melawati laman Web

Sebagai ibu bapa, halang anak muda daripada melawati laman Web yang tidak sesuai untuk mereka atau laman Web yang boleh menghubungkan mereka dengan kemungkinan pemangsa dalam talian. Disyorkan supaya ibu bapa membimbing anak-anak muda mereka semasa anak mereka melawati sebarang laman Web.

Sebagai ibu bapa, arahkan anak anda untuk tidak melawati laman Web jika ia menjadikan mereka tidak selesa ataupun ia mengandungi sebarang kandungan yang tidak menyenangkan. Juga, bimbing anak anda supaya tidak melawati laman Web yang meminta maklumat peribadi yang berlebihan.

Ketahui tapak yang dilawati oleh kanak-kanak

Adalah penting bagi ibu bapa untuk menyemak jenis laman Web yang dilawati oleh anak mereka dengan kerap. Anda boleh mengesan laman Web yang telah dilawati sebelum ini dengan melihat sejarah penyemak imbas atau dengan menggunakan perisian yang membantu anda mengesan aktiviti dalam talian komputer.

Sekat akses kepada laman Web yang tidak sesuai

Anda boleh mendayakan ciri Penasihat Kandungan penyemak imbas anda untuk mengawal jenis laman Web yang boleh dilawati ahli keluarga anda semasa menyemak imbas Internet. Dengan menggunakan ciri ini, anda boleh menghalang kanak-kanak dari melawat laman Web yang mengandungi kandungan dewasa. Anda juga boleh memasang atur cara perisian tertentu yang membantu anda menghalang laman Web khusus.

Pantau aktiviti bual

Perisian yang dikhaskan boleh mengawasi aktiviti bual dan meletakkan bendera pada pertukaran maklumat yang tidak sesuai pada komputer anda. Anda boleh memasang perisian ini untuk mengesan aktiviti bual anak anda.

Topik:

Swauji

Setiap pasangan penyata mengandungi penyata yang benar dan penyata yang tidak benar. Bagi setiap pasangan penyata, nyatakan penyata manakah yang benar dengan meletakkan tanda dalam lajur Benar di sebelah kanan.

Penyata

Benar

Tidak benar

1

Membalas mel sarap TIDAK BOLEH menyebabkan anda untuk mendedahkan maklumat peribadi.

2

Membalas mel sarap BOLEH menyebabkan anda untuk mendedahkan maklumat peribadi.

3

Pemangsa dalam talian TIDAK MENJADI mesra dengan cepat.

4

Pemangsa dalam talian MENJADI mesra dengan cepat.

5

Perisian ANTISPYWARE membantu anda mengawasi atur cara niat jahat.

6

Perisian SPYWARE membantu anda mengawasi atur cara niat jahat.

7

Aktiviti bual BOLEH dipantau.

8

Aktiviti bual TIDAK BOLEH dipantau.

9

Penyulitan MEMAMPATKAN mesej e-mel supaya ia kelihatan tidak boleh dibaca.

10

Penyulitan MENGEKOD mesej e-mel supaya ia kelihatan tidak boleh dibaca.

11

Pemangsa dalam talian TIDAK MENYASARKAN kanak-kanak.

12

Pemangsa dalam talian MENYASARKAN kanak-kanak.

13

Kanak-kanak TIDAK SEPATUTNYA dibenarkan melayari laman Web secara sendirian.

14

Kanak-kanak SEPATUTNYA dibenarkan melayari laman Web secara sendirian.

15

Pemangsa dalam talian MENGGODA sasaran mereka dengan hadiah.

16

Pemangsa dalam talian TIDAK MENGGODA sasaran mereka dengan hadiah.

17

Nama skrin yang digunakan untuk berbual TIDAK HARUS merupakan nama sebenar anda.

18

Nama skrin yang digunakan untuk berbual HARUS merupakan nama sebenar anda.

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Penyata

Benar

Tidak benar

1

Membalas mel sarap TIDAK BOLEH menyebabkan anda untuk mendedahkan maklumat peribadi.

2

Membalas mel sarap BOLEH menyebabkan anda untuk mendedahkan maklumat peribadi.

3

Pemangsa dalam talian TIDAK MENJADI mesra dengan cepat.

4

Pemangsa dalam talian MENJADI mesra dengan cepat.

5

Perisian ANTISPYWARE membantu anda mengawasi atur cara niat jahat.

6

Perisian SPYWARE membantu anda mengawasi atur cara niat jahat.

7

Aktiviti bual BOLEH dipantau.

8

Aktiviti bual TIDAK BOLEH dipantau.

9

Penyulitan MEMAMPATKAN mesej e-mel supaya ia kelihatan tidak boleh dibaca.

10

Penyulitan MENGEKOD mesej e-mel supaya ia kelihatan tidak boleh dibaca.

11

Pemangsa dalam talian TIDAK MENYASARKAN kanak-kanak.

12

Pemangsa dalam talian MENYASARKAN kanak-kanak.

13

Kanak-kanak TIDAK SEPATUTNYA dibenarkan melayari laman Web secara sendirian.

14

Kanak-kanak SEPATUTNYA dibenarkan melayari laman Web secara sendirian.

15

Pemangsa dalam talian MENGGODA sasaran mereka dengan hadiah.

16

Pemangsa dalam talian TIDAK MENGGODA sasaran mereka dengan hadiah.

17

Nama skrin yang digunakan untuk berbual TIDAK HARUS merupakan nama sebenar anda.

18

Nama skrin yang digunakan untuk berbual HARUS merupakan nama sebenar anda.

Setiap jubin mengandungi pernyataan yang benar dan pernyataan yang tidak benar. Klik jubin dalam baris atau lajur sehingga setiap jubin memaparkan pernyataan yang benar, dan kemudian klik anak panah Serah di tepi baris atau di bahagian atas lajur untuk menyemak jawapan anda. Anda menggunakan satu pusingan apabila anda klik Serah atau jubin yang sa