Upload
voanh
View
250
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM
DI KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERAK : KAJIAN KES
ZURI BINTI AWANG ABU
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM
DI KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERAK : KAJIAN KES
ZURI BINTI AWANG ABU
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Syarat Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
MAC, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Menyusun jari, merafak sembah
Melembutkan leher, memfasihkan lidah
Dititipkan karya ini buat :
Suramli bin Abu Bakar, suami tercinta
Anak-anak tersayang:
Nur Haziqah binti Suramli,
Muhammad ‘Ammar Hasif bin Suramli,
Muhammad ‘Amirul Rusydi bin Suramli
Kasih sayang dan pengorbanan kalian menjadi penguat semangatku
Untuk meneruskan perjuangan mengejar ilmu….
Seluruh ahli keluarga , teristimewa
Awang Abu bin Hj. Ahmad, ayahanda yang dikasihi
Salasiah binti Ahmad (arwah), bonda yang sentiasa dalam ingatan
Redup matamu nan sayu menyimpan seribu rahsia
Akhirnya dapat kuungkaikan menjadi nyata….
Teman-teman seperjuangan,
Serta Pensyarah-pensyarah yang tidak pernah jemu
Menabur bakti….
Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama
Terima kasih yang tidak terhingga….
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Syukur Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah yang memiliki
segala kebesaran. Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
dan seluruh keluarga dan sahabat.
Pertamanya, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih yang tidak terbatas kepada Penyelia Pembimbing Projek Sarjana Muda
iaitu
Encik Mohd. Safarin bin Nordin di atas bimbingan, nasihat, teguran dan tunjuk ajar
yang bersungguh-sungguh sepanjang penyelidikan ini dijalankan daripada mula
hinggalah selesai.
Penulis juga mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada pihak EPRD,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pengetua-
pengetua Sekolah di negeri Perak yang terlibat dalam memberikan kerjasama kepada
penulis untuk menjayakan penyelidikan ini.
Akhir sekali tidak lupa juga, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah UTM, guru Bahasa Melayu SMK Taman Tasik, Taiping iaitu
Puan Yong Zaharah, guru mata pelajaran Reka Cipta KBSM SMK Taman Tasik,
Taiping iaitu Encik Wan Azni Alias, rakan-rakan serta semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah yang dapat membalas segala budi
baik kalian.
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk kajian kes ini telah dijalankan di kalangan guru-guru mata
pelajaran Reka Cipta KBSM di sekolah-sekolah menengah di Negeri Perak. Terdapat
lima aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu aspek konsep dan kemahiran berfikir,
pengetahuan asas Lukisan Kejuruteraan, kesediaan melakukan tunjukcara penggunaan
mesin yang berkaitan dengan mata pelajaran Reka Cipta KBSM dan kesediaan emosi
guru terhadap mata ini pelajaran ini. Data berbentuk deskriptif telah dikumpulkan
melalui borang soal selidik yang mengandungi 40 pernyataan telah diisi dengan
lengkap oleh 18 orang responden. Data-data yang diperoleh diproses dengan
menggunakan perisian SPSS dan dirumuskan dalam bentuk jadual berdasarkan
frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar daripada
responden (lebih daripada 70 peratus) memang mempunyai kesediaan dalam empat
daripada lima aspek yang dikaji iaitu pengetahuan asas dalam konsep dan kemahiran
berfikir, pengetahuan asas Lukisan Kejuruteraan dan kesediaan melakukan
tunjukcara penggunaan mesin, manakala bagi aspek kesediaan emosi guru pula
menunjukkan jumlah bilangan yang sederhana sahaja (hampir 60 peratus guru).
Selain itu juga, pengkaji turut membincangkan dapatan kajian dengan
membandingkan dapatan pengkaji dengan kajian-kajian lalu serta teori-teori yang
berkaitan. Pengkaji juga turut mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak yang
berkaitan untuk meningkatkan lagi kesediaan guru dalam mengajar mata pelajaran ini.
Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu para guru serta pihak-pihak yang terlibat
untuk memperbaiki lagi mutu pengajaran pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The research carried out was a study case on the teaching readiness in ‘Reka
Cipta KBSM’ among the teachers who teach this subject in upper secondary schools
in Perak. The aspects covered in this research includes the basic knowledge in
thinking concept, the knowledge in six kinds of Thinking Skills, the basic knowledge
in Technical Drawing that applied in this subject, the readiness in demonstrating the
usage some machines that involved in this subject and the emotion’s readiness among
the subject teachers. Information regarding the aspects of the research is gathered by
using questionnaires consisting of 40 various statements to portray the teaching
readiness. The study was carried out amongst 18 teachers who is teaching ‘Reka
Cipta KBSM’ subject. Then, all the data were processed by using SPSS software
including the frequency and percentage. The outcomes of the research shows that
most of the teachers (over than 70 percent) had readiness in four aspects. However,
there was about 60 percent of teachers had readiness in emotion aspect. The result
also were discussed by comparing to the past study and related theories. Some
immediate steps and early measures that should be taking in order to correct the
situations above are also suggested here in order to upgrade the quality and
effectiveness of teaching the subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN
xviii
viii
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Terminologi
1.8.1 Reka Cipta
1.8.2 Lukisan Kejuruteraan
1.8.3 Kesediaan
1.8.4 Pengetahuan
1.8.4.1 Pengetahuan diri
1.8.5 Kaedah Mengajar
1.8.6 Kaedah Tunjukcara
1.8.7 Mesin
1.8.8 Emosi
1.9 Kesimpulan
1
2
5
5
6
6
7
8
8
8
9
9
10
10
11
11
11
12
ix
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan
2.2 Maklumat Mengenai Mata Pelajaran
Reka Cipta KBSM
2.2.1 Tujuan Mata Pelajaran Reka
Cipta KBSM Diadakan
2.2.2 Matlamat Pelajaran Reka
Cipta KBSM
2.2.3 Objektif Kurikulum Reka
Cipta
2.2.4 Organisasi Kandungan
2.3 Pengetahuan
2.3.1 Pengetahuan Diri
2.3.2 Pengetahuan Kaedah
Mengajar
2.4 Kemahiran Mengajar
2.5 Konsep Berfikir dan Jenis-jenis
Kemahiran Berfikir Dalam Mata
Pelajaran Reka Cipta KBSM
2.5.1 Konsep Berfikir
2.5.1.1 Kemahiran Berfikir
Secara Sistematik
2.5.1.2 Berfikir Secara Objektif
2.5.1.3 Berfikir Secara Pragmatik
2.5.1.4 Berfikir Secara Kritikal
2.5.1.5 Berfikir Secara Lateral
2.5.1.6 Berfikir Secara Analitikal
2.6 Kemahiran Tunjukcara Penggunaan
Mesin
13
14
14
15
15
16
16
18
19
20
22
22
24
25
25
26
26
26
28
x
2.7 Pengetahuan Lukisan Kejuruteraan
2.8 Emosi
2.9 Kesimpulan
30
32
35
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
36
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka bentuk Kajian
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang
Responden
3.4.2 Bahagian B: Item Soal Selidik
3.5 Prosedur Kajian
3.6 Kesahan Soal Selidik
3.7 Kajian Rintis
3.8 Pengumpulan Data
3.9 Analisis Data
3.10 Analisis Akhir Dan Klasifikasi Semula
3.11 Kesimpulan
36
37
39
39
40
41
42
43
44
45
46
46
xi
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
BAB IV
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
47
4.1 Pengenalan
4.2 Profil Responden
4.2.1 Analisis Data Bahagian A:
Latar Belakang Responden
4.2.1.1 Jantina
4.2.1.2 Pengalaman Mengajar
4.2.1.3 Kelulusan Ikhtisas
4.2.1.4 Opsyen Semasa Di
Maktab / Universiti
4.2.1.5 Pengalaman Mengajar
Mata Pelajaran
Reka Cipta KBSM
4.3 Analisis Data Bahagian B: Aspek-
aspek Kesediaan Mengajar Mata
Pelajaran Reka Cipta KBSM Di
Kalangan Guru-guru Mata Pelajaran
Reka Cipta.
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian
1: “Adakah guru-guru
mempunyai pengetahuan asas
tentang konsep berfikir?”
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian
2: “Adakah guru mempunyai
pengetahuan dalam enam jenis
kemahiran berfikir?”
47
48
48
48
49
50
50
51
52
52
54
xii
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian
3: “Adakah guru mempunyai
pengetahuan asas Lukisan
Kejuruteraan dalam mata
pelajaran Reka Cipta KBSM?”
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian
4: “Adakah guru mempunyai
kesediaan untuk melakukan
tunjukcara penggunaan mesin
yang berkaitan dengan mata
pelajaran Reka Cipta KBSM?”
4.3.5 Analisis Data Persoalan Kajian
5: “Sejauh manakah kesediaan
emosi guru terhadap mata
pelajaran Reka Cipta KBSM?”
4.4 Kesimpulan
57
60
63
65
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
66
5.1 Pendahuluan
5.2 Rumusan Dapatan Kajian
5.2.1 Rumusan Profil Guru Reka
Cipta KBSM
5.2.2 Rumusan Berdasarkan
Persoalan Kajian
66
66
67
68
xiii
5.3 Perbincangan
5.3.1 Pengetahuan Guru Tentang Asas
Konsep Berfikir.
5.3.2 Pengetahuan Guru Dalam Enam
Jenis Kemahiran Berfikir
5.3.3 Pengetahuan Guru Mengenai
Asas Lukisan Kejuruteraan
Dalam Mata Pelajaran Reka
Cipta KBSM
5.3.4 Kesediaan Guru Melakukan
Tunjukcara Penggunaan Mesin
Yang Berkaitan Dengan Mata
Pelajaran Reka Cipta KBSM
5.3.5 Emosi Guru Terhadap Mata
Pelajaran Reka Cipta KBSM
5.4 Cadangan
5.4.1 Pengetahuan Asas Konsep
Berfikir dan Kemahiran Berfikir
5.4.2 Pengetahuan Asas Tentang
Lukisan Kejuruteraan Untuk
Kegunaan Dalam Mata Pelajaran
Reka Cipta KBSM.
5.4.3 Kesediaan Guru Melakukan
Tunjukcara Penggunaan Mesin
Yang Berkaitan Dengan Mata
Pelajaran Reka Cipta KBSM
5.4.4 Kesediaan Emosi Guru
Terhadap Mata Pelajaran Reka
Cipta KBSM
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
70
71
72
73
75
77
78
78
79
79
80
81
82
RUJUKAN 83
xiv
BAHAGIAN ENAM
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Lampiran A - G
88-106
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Tajuk-tajuk utama dan anggaran peruntukan
masa mata pelajaran Reka Cipta KBSM
3.1 Senarai bilangan guru mengikut sekolah
yang mengajar mata pelajaran Reka Cipta
KBSM
16
38
3.2 Senarai item soalan mengikut Persoalan Kajian 40
3.3 Senarai item mengikut jenis Pemikiran 40
3.4 Markat Skala Likert 5 Mata 41
3.5 Dapatan kajian rintis mengikut Pesoalan Kajian 43
3.6 Skala Pemeringkatan 45
3.7 Penilaian terhadap analisis kajian 46
4.1 Taburan frekuensi dan peratusan responden
mengikut jantina
48
4.2 Taburan frekuensi dan peratusan responden
mengikut pengalaman mengajar
49
4.3 Taburan frekuensi dan peratusan responden
mengikut kelulusan ikhtisas
50
4.4 Taburan frekuensi dan peratusan responden
mengikut opsyen semasa di maktab / universiti
50
xvi
4.5 Taburan frekuensi dan peratusan responden
mengikut pengalaman mengajar mata pelajaran
Reka Cipta KBSM
51
4.6 Taburan frekuensi dan peratusan responden
terhadap pengetahuan guru tentang asas
konsep berfikir
52
4.7 Taburan frekuensi dan peratusan responden
terhadap pengetahuan guru dalam enam jenis
kemahiran berfikir
54
4.8 Taburan frekuensi dan peratusan responden
terhadap pengetahuan asas Lukisan Kejuruteraan
dalam mata pelajaran Reka Cipta KBSM.
57
4.9 Taburan frekuensi dan peratusan responden
terhadap kesediaan guru untuk melakukan
tunjukcara penggunaan mesin yang berkaitan
dengan mata pelajaran Reka Cipta KBSM
60
4.10 Taburan frekuensi dan peratusan responden
terhadap kesediaan emosi guru terhadap mata
pelajaran Reka Cipta KBSM
63
xvii
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
AUTOCADD - Perisian ‘Computer Aided Drafting and Design’
SPSS - ‘Statistical Packages For The Social Science’
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 88
B Maklumat Mata Pelajaran Reka Cipta Tahun 2003
Negeri Perak : Senarai Sekolah dan Guru. 96
C Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 98
D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan
Negeri Perak Untuk Membuat Penyelidikan
Di Sekolah 100
E Surat Pengesahan Dari Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 101
F Surat Makluman Kepada Pengetua Sekolah Untuk
Menjalankan Kajian Ke Atas Guru Mata Pelajaran
Reka Cipta KBSM 102
G Keputusan Kebolehpercayaan Soal Selidik
(Alpha Cronbach) 104
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kepesatan pembangunan negara dalam sektor ekonomi selepas negara
mencapai kemerdekaan tidak dapat disangkal lagi. Terbaru, dalam Rancangan
Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005), pertumbuhan guna tenaga dijangka akan
lebih meningkat lagi selaras dengan penggunaan modal yang lebih besar dan proses
pengeluaran berasaskan pengetahuan, permintaan akan lebih tertumpu kepada guna
tenaga berkemahiran tinggi. Oleh itu, negara perlu mewujudkan lebih banyak tenaga
manusia terlatih, berkemahiran dan berpengetahuan untuk mengekalkan pertumbuhan
ekonomi dan berdaya saing (Amidah Amim, 2001).
Teras pembangunan RMK-8 telah menggariskan sembilan strategi utama yang
akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Antaranya yang sangat berkaitan dengan
bidang pendidikan ialah memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan
bekalan tenaga manusia yang mempunyai tahap pengetahuan teknikal dan kemahiran
berfikir yang tinggi. Teras ini juga adalah dirangka untuk menuju ke arah mengatasi
cabaran yang telah digariskan dalam Dasar Wawasan 2020.
Berdasarkan pernyataan di atas iaitu mahu melahirkan bekalan tenaga manusia
yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki, maka bidang pendidikan
merupakan teras utama yang sangat diberi perhatian oleh kerajaan. Mahu tidak mahu
sistem pendidikan negara perlu mengalami perubahan selaras dengan tuntutan
2
keperluan semasa. Menurut Wan Mohd Zahid (1993), istilah yang lebih sesuai
dengan Wawasan 2020 dan sistem pendidikan negara ialah pembangunan sumber
manusia iaitu merujuk kepada pembangunan kemahiran dan ketrampilan untuk
menggerakkan aktiviti ekonomi. Di sini, hasrat kerajaan ialah melalui sistem
pendidikan, tenaga kerja yang akan wujud kelak akan dapat membangunkan negara
dengan menggunakan teknologi dan kepakaran sendiri serta mengurangkan
penggantungan teknologi dan kepakaran daripada luar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Cabaran keenam dalam Wawasan 2020 yang diutarakan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika membentangkan kertas
kerjanya yang berjudul ‘Malaysia : Langkah Ke Hadapan’ di Kuala Lumpur pada 28
Februari 1991 ialah:
“Membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat inovatif dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.”
Untuk merealisasikan cabaran tersebut, maka bidang pendidikan merupakan
bidang yang paling penting untuk melahirkan insan seperti yang diaspirasikan itu.
Selaras dengan itu, bidang teknikal dan vokasional telah didedahkan kepada pelajar-
pelajar bermula peringkat sekolah rendah lagi iaitu melalui mata pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah. Di peringkat menengah rendah pula mata pelajaran
Kemahiran Hidup dikembangkan lagi kandungannya dengan menambahkan
komponen Reka Cipta.
Pada sesi persekolahan 1994/1995, berlaku perubahan kurikulum di peringkat
menengah atas iaitu diperkenalkan kurikulum Reka Cipta KBSM sebagai mata
pelajaran elektif yang diletakkan dalam Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi).
Pada peringkat pecubaan, sebanyak 64 buah sekolah telah dipilih dengan tenaga
3
pengajarnya terdiri daripada guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu. Pelaksanaan
penuh kurikulum ini dijalankan pada sesi persekolahan 1995/1996.
Tujuan kurikulum Reka Cipta KBSM diwujudkan adalah untuk melahirkan
pelajar-pelajar yang kreatif, inovatif, inventif serta boleh menyesuaikan diri dengan
perkembangan teknologi melalui penghasilan projek reka cipta. Untuk menghasilkan
projek reka cipta, pelajar-pelajar perlu melalui beberapa proses yang sistematis
bermula daripada pengenalpastian masalah, pencetusan idea, perekaan projek,
perancangan, pemilihan konsep, pembinaan model, pembinaan prototaip, pengujian,
pengubahsuaian dan pendokumentasian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996).
Sebahagian besar daripada proses membuat reka cipta melibatkan pengaplikasian
beberapa jenis kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran melakar, kemahiran
melukis dalam bentuk 2D dan 3D serta kemahiran membuat yang melibatkan kerja
amali seperti penggunaan komponen-komponen elektrik dan elektronik, kayu dan
logam serta kemahiran penggunaan alat tangan dan mesin-mesin yang berkaitan.
Dalam aspek kemahiran berfikir, kesediaan guru untuk mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran seperti yang dituntut oleh sesuatu inovasi merupakan
salah satu daripada pembolehubah utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan
inovasi tersebut. Inovasi pendidikan pada tahun 1981 dan 1989 telah berusaha
mengubah pemikiran guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dengan harapan guru akan menjalankan sebahagian besar daripada
pengajarannya adalah berpusatkan pelajar dan akan menggunakan pelbagai strategi
dan teknik untuk melibatkan pelajar dengan aktif (Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam Rajendran, 1999).
Terdapat banyak faktor yang menghalang berlaku perubahan yang signifikan
dalam proses pengajaran di dalam kelas oleh guru. Salah satu daripadanya ialah sikap
guru yang lebih memonopoli proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara
tidak langsung akan menyebabkan pelajar menjadi pasif (Rajendran, 1999). Situasi
sebegini bertentangan dengan matlamat dan objektif mata pelajaran Reka Cipta
KBSM sedangkan kehendak mata pelajaran ini ialah untuk menggalakkan pelajar-
pelajar menggunakan pelbagai kemahiran berfikir supaya di akhirnya nanti pelajar
dapat menghasilkan projek yang bermutu.
4
Berdasarkan kepada perkara di atas, guru sebagai orang yang bertanggung-
jawab untuk melaksanakan mata pelajaran tersebut sudah semestinya perlu
mempunyai pengetahuan, kemahiran serta emosi yang bersesuaian untuk berhadapan
dengan cabaran-cabaran mata pelajaran tersebut serta perbezaan yang pelbagai di
kalangan pelajar. Kenyataan ini adalah sejajar dengan Mohd Salleh (1996) yang
menyatakan bahawa untuk menghasilkan pelajar yang kreatif, guru seharusnya
memahami terlebih dahulu model reka cipta agar mereka dapat mengajar dengan lebih
baik dan berkesan.
Pusat Perkembangan Kurikulum (dalam Ma Chau Wai, 2001) telah
menemubual guru-guru Reka Cipta pada tahun 1996 mendapati bahawa guru-guru
tersebut masih memerlukan lebih banyak latihan tambahan dan kursus untuk
membolehkan mereka mengajar mata pelajaran Reka Cipta. Aspek-aspek yang
memerlukan lebih banyak latihan dan kursus ialah kemahiran manipulatif seperti
kimpalan, proses reka cipta, elektrik dan elektronik, kerja kayu dan kerja logam, seni
reka atau reka bentuk, pengetahuan plastik, fiber, polivenaclorida, penggunaan alatan
bengkel dan lukisan teknik. Terdapat juga aspek kemahiran lain yang diperlukan oleh
guru-guru tersebut seperti penyelenggaraan komputer dan lukisan berbantu komputer.
Situasinya sekarang ialah guru-guru mata pelajaran Reka Cipta KBSM yang
sedia ada adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang pengalaman mengajar dalam
mata pelajaran yang berlainan. Meskipun guru-guru Kemahiran Hidup kelihatan
lebih cenderung untuk dipilih bagi mengajar mata pelajaran ini, guru-guru daripada
mata pelajaran lain juga tidak terkecuali memandangkan belum ada lagi opsyen Reka
Cipta dalam bidang perguruan. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan kemungkinan
terdapat masalah yang dihadapi oleh guru untuk mengajar mata pelajaran tersebut
seperti yang dinyatakan oleh Rajendran (1999) mengenai masalah yang dihadapi oleh
guru dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir dan kesimpulan daripada temubual
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (dalam Ma Chau Wai, 2001) terhadap guru-
guru mata pelajaran Reka Cipta tersebut.
5
1.3 Penyataan Masalah.
Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan, terdapat beberapa
aspek yang menjadi masalah di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Reka
Cipta KBSM. Pengkaji dapat merumuskan bahawa aspek yang menjadi masalah ialah
aspek kemahiran berfikir, ketukangan, lukisan teknik, seni reka dan reka bentuk dan
lukisan berbantu komputer serta penyelenggaraan komputer. Aspek-aspek ini sangat
penting dikuasai dengan baik oleh guru-guru supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai matlamat kurikulum
Reka Cipta KBSM diadakan.
Berdasarkan kepada permasalahan tersebut, satu kajian diadakan bertujuan
untuk mengkaji kesediaan mengajar mata pelajaran Reka Cipta KBSM di kalangan
guru-guru dalam mata pelajaran Reka Cipta di sekolah-sekolah menengah di Negeri
Perak.
1.4 Objektif Kajian
Secara spesifik, kajian ini dijalankan untuk:
i. Mengenal pasti kesediaan guru dalam aspek kemahiran berfikir yang
digunakan dalam mata pelajaran Reka Cipta KBSM.
ii. Mengenal pasti pengetahuan guru terhadap asas Lukisan Kejuruteraan dalam
mata pelajaran Reka Cipta KBSM.
iii. Mengenal pasti pengetahuan guru dalam menggunakan kaedah tunjukcara
penggunaan mesin yang berkaitan dengan mata pelajaran Reka Cipta KBSM.
iv. Mengenal pasti aspek kesediaan emosi guru terhadap mata pelajaran Reka
Cipta KBSM.
6
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian yang dikemukakan, persoalan kajian yang
boleh ditimbulkan adalah seperti berikut:
i. Adakah guru mempunyai pengetahuan asas tentang konsep berfikir?
ii. Adakah guru mempunyai pengetahuan dalam enam jenis kemahiran berfikir?
iii. Adakah guru mempunyai pengetahuan asas Lukisan Kejuruteraan dalam mata
pelajaran Reka Cipta KBSM?
iv. Adakah guru mempunyai kesediaan untuk melakukan tunjukcara penggunaan
mesin yang berkaitan dengan mata pelajaran Reka Cipta KBSM?
v. Sejauh manakah kesediaan emosi guru terhadap mata pelajaran Reka Cipta
KBSM?
1.6 Kepentingan Kajian
Dengan adanya kajian ini, pengkaji akan memperoleh satu garis panduan
tentang apa yang diperlukan oleh guru-guru mata pelajaran Reka Cipta KBSM dalam
melaksanakan proses pengajaran mereka.
Hasil daripada keputusan kajian ini juga membolehkan pengkaji membuat
saranan-saranan yang berguna kepada guru-guru, Jabatan Pendidikan, Bahagian
Latihan Guru dan Kementerian Pendidikan dalam mencari pendekatan yang lebih
sesuai untuk menyediakan guru bagi mengajar mata pelajaran Reka Cipta supaya
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan lancar serta berkesan.