Upload
nurul-shuhada
View
275
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
selamat membaca
Citation preview
KESEDARAN RUANG
S IT I NUR SYA IMA B INT I BADRUL AZAM
NURUL SHUHADA B INT I MAT NOH
PENGENALAN
Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadap bentuk, dan perkaitan yang wujud antara pelbagai jenis bentuk
Individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaan untuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek, dan ruang yang berkaitan.
BENTUK DUA MATRA (2D)
-Berada dalam satu satah.-Tidak mempunyai ketebalan.
-Mempunyai dua dimensi:panjanglebar.
PEPEJAL TIGA MATRA
Mempunyai tiga dimensi iaitu panjang (atau ketinggian), lebar, dan ketebalan (atau kedalaman)
Ciri-ciri: berpermukaan mendatar atau berpermukaan melengkung,
atau gabungan kedua-duanya. Ada pepejal mempunyai tapak berbentuk segiempat sama,
segiempat tepat, bulatan, heksagon dan lain-lain. Bilangan tepi dan bucu juga berbeza mengikut objek.
MEMBINA BENTUK DUA MATRA DAN PEPEJAL TIGA MATRA
MEMBINA BENTUK DUA MATRA
Boleh dibina dengan menggunakan geobot dan alat geometri seperti jangka lukis, sesiku dan pembaris.
ICT juga boleh digunakan dengan Geometer’s Sketchpad (GSP)
GeobodGSP
MEMBINA BENTUK TIGA MATRA
Lidi dan plastisin
Bentangan kertas
KONSEP RUANG DAN HUBUNGANNYA DENGAN AKTIVITI
PERINGKAT PEMIKIRAN GEOMETRI MODEL VAN HIELE
Kajian yang telah dijalankan oleh dua orang penyelidik,
Pierre van Hiele dan Dina van Hiele-Geldof pada
tahun 1959 telah memberi maklumat kepada kita
tentang perbezaan pemikiran geometri dalam
kalangan individu.
5 PERINGKAT GEOMETRI
MODEL VAN HIELE
PERINGKAT 0 (VISUALIZATION)
-level 0-2
-tentang bentuk dan bagaimana rupa sesuatu bentuk.
-seseorang dapat mengenali dan menamakan bentuk
berdasarkan pandangan dan ciri-cirinya yang umum.
“it’s a square because it looks like
a square”
1 ANALISIS
-level 3-5
kemampuan melihat bentuk secara berkelompok dan
bukannya secara berasingan.
Pelajar dapat mengenal bentuk berdasarkan ciri-ciri
“ squares have four sides, four right angles,
Their opposite sides are parallel”
PERINGKAT 2. DEDUKSI TAK FORMAL
-level 6-8
Setelah dapat berfikir tentang ciri-ciri objek geometri, seseorang akan
dapat mengembangkan pemikirannya berkaitan dengan hubungan
antara ciri-ciri bentuk, dan juga dalam kalangan ciri-ciri bentuk. Dia
berupaya untuk membuat penaakulan ”jika ... maka”. Sebagai
contoh, ”Jika semua sudut bagi suatu bentuk adalah bersudut tegak,
maka bentuk itu mestilah segiempat tepat. Jika suatu bentuk adalah
segiempat sama, maka bentuk itu juga adalah segiempat sama.”
PERINGKAT 3. DEDUKSI
kemampuan memperihalkan hubungan antara ciri-ciri geometri
sesuatu bentuk.
individu boleh menggunakan pernyataan yang abstrak tentang
ciri-ciri geometri yang berasaskan logik, bukan lagi sekadar
intuisi.
ia boleh melihat dengan mudah bahawa pepenjuru segiempat
tepat, membahagi dua sama antaranya, dan dalam masa
yang sama menghargai pembuktiaannya melalui hujah-
hujah deduksian.
Hasil daripada pemikiran peringkat 3 ialah sistem deduksian
aksiom tentang geometri.
PERINGKAT 4: RAPI (RIGOR)
sistem deduksian aksiom tentang geometri.
Pada peringkat paling tinggi dalam hirarki van Hiele, tumpuan
adalah tentang sistem aksiom.
Individu boleh membanding dan melihat hubungan antara sistem
aksiom yang berbeza. Sebagai contoh, geometri sfera adalah
berasaskan garisan yang dibina atas sfera, berbeza dengan
geometri satah.
Hasil daripada pemikiran peringkat 4 ialah pelajar dapat
membanding dan membezakan sistem aksiom yang berbeza
tentang geometri, menganalisis dan mencipta bentuk-bentuk
geometri tersendiri.
Berdasarkan teori van Hiele, pemikiran geometri
pelajar sekolah rendah perlu dibangunkan
sekurang-kurangnya hingga ke peringkat 2.
Pelajar perlu dibantu dengan memberi pengalaman
dan aktiviti yang bersesuaian supaya mereka
mempunyai kesediaan yang baik apabila belajar
tentang geometri di peringkat kolej atau universiti.
KonsepGeometri dalam Kehidupan Seharian
Kemahiran dalam geometri dapat menghasilkan corak yang menarik. Kefahaman tentang ciri-ciri yang ada bagi sesuatu bentuk, seperti simetri dan transformasi bentuk dapat dimanfaatkan