9
http://tntigeofizik.blogspot.com/2011/05/memahami-kesan-rumah-hijau.html MEMAHAMI KESAN RUMAH HIJAU Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan FAKTOR DAN KESANYA 1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin. 2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global. Komponen gas -gas rumah hijau 1. • Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon. • Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

Kesan Rumah Hijau

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GEOGRAFI STPM

Citation preview

Page 1: Kesan Rumah Hijau

http://tntigeofizik.blogspot.com/2011/05/memahami-kesan-rumah-hijau.html

MEMAHAMI KESAN RUMAH HIJAU

Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan

FAKTOR DAN KESANYA

1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.

2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global.

Komponen gas -gas rumah hijau

1. • Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.• Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

• Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.• Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases (“High GWP gases”).

Page 2: Kesan Rumah Hijau

Impak Rumah Hijau

• Kenaikan suhu bumi• Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)• Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global• Kemarau• Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera• Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun• Penipisan lapisan ozon

Kedahsyatan Kesan Rumah Hijau15 June 2004

Kepintaran manusia membayangkan perakhiran dunia memang menakjubkan apatah ia dengan penuh keyakinan dipaparkan di hadapan mata masyarakat betapa tenatnya dunia sekarang di tangan manusia.

´The Day After Tomorrow´( TDAT), adalah sebuah filem garapan Roland Emmerich adalah visi manusia yang agak tegas memikirkan apa akan terus berlaku jika masyarakat terus alpa dengan kesalahan mereka hingga keberhasilannya begitu ngeri malah tidak seorang pun mampu menghalangnya walaupun dengan berbekalkan kemajuan sains dan teknologi yang terlampau hebat di dunia.

Filem ini yang pada mulanya membawa audien melihat bagaimana sikap manusia yang dengan acuh dan tidak menganggap permasalahan pemanasan global ini adalah perkara yang kecil kerana pengurusan masalah yang wujud melibatkan penggunaan wang yang banyak. Akibatnya, persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pengkaji yang prihatin ini dibiarkan sehingga kesan yang dijangka hanya hadir pada 1000 tahun lagi telah mula melanda.

Lebih ironis manusia masih tidak mengambil kisah dengan permasalahan yang telah timbul malah menganggap ia hanya kesan sementara sehinggalah kejadian itu menimpa ke batang hidung sendiri.

Memang menakjubkan apabila ´Hollywood´ berjaya menampilkan ketakutan dan kengerian, bagaimana sebuah bandaraya yang moden di dunia menjadi padang ais yang gersang, malah dalam pada itu ia mampu menimbulkan kesedaran kepada kita bertapa pentingnya manusia menjaga alam daripada terus tercemar.

Apa yang digambarkan dalam filem TDAT adalah fenomena kesan rumah hijau yang telah mengakibat, penurunan suhu yang hebat hingga mencatatkan -150 F, malah di kawasan yang tidak pernah ditimpa salji telah terjadi perkara sebegitu, hujan ais batu yang sebesar kelapa di Jepun, malah di hemisfera utara dunia telah sekali lagi dilanda zaman ais, seperti apa yang telah berlaku pada dunia 50 juta tahun yang lampau. Menakjubkan!

Malangnya isu kesan rumah hijau yang pernah hebat diperbincangkan serata dunia kerana kesan daripada kemajuan industri di seluruh dunia, sejak akhir-akhir ini isu itu seperti telah pupus dari pemikiran masyarakat seluruh dunia.Berkemungkinan mereka berpendapat kesannya hanya akan melanda baratus-ratus tahun lagi dan berkemungkinan ada daripada anggota masyarakat ini berfikir ia adalah takdir dan terus membiarkannya ia berlaku tanpa rasa tanggungjawab.

Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara berlaku kerana

Page 3: Kesan Rumah Hijau

pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.

Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah. Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini dan haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.

Menurut fakta, beberapa kejadian akibat daripada peningkatan kesan rumah hijau telah dicatatkan seperti berikut:

a. Kenaikan Paras Laut

Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kawasan pesisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh. Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untuk pertanian.

b. Perubahan Iklim

Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan. Kejadian iklim ekstrem telah mengakibatkan kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Afrika. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian selain itu, perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan kebolehdapatan air tawar telah membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.

c. Kesihatan Manusia Terganggu

Perubahan suhu boleh menyebabkan ´heatwave´ di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami ´heatstroke´. Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.

d. Kegiatan Harian Manusia dan Penempatan Manusia Terganggu

Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.

Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu ditempatkan di kawasan lain kerana banjir.Begitu tenatnya dunia kita sekarang yang tak pernah henti-henti di terokai oleh manusia kini.

Walaupun begitu, perkara penerokaan ini sememangnya amat penting buat kita dalam memajukan kehidupan tetapi pendekatan manusia dalam meneroka isi bumi ini amat bersalahan hingga memudaratkan bumi yang seolah-olah makin tidak selamat untuk manusia.

Fakta di atas tadi adalah kesan yang benar-benar telah terjadi akibat kesan rumah hijau dan telah menimbulkan banyak masalah kepada manusia di seluruh dunia setakat ini.

Mungkin pada masa hadapan kesan yang lebih hebat akan diterima oleh manusia dan jangan hairan jika suatu hari nanti kedahsyatan yang dipaparkan oleh TDAT akan menjadi realiti terus berada di hadapan anda. Pada masa itu, di manakah anda berada?

Page 4: Kesan Rumah Hijau

Konsep Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan OzonKesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon merupakan dua fenomena yang

berbeza tetapi memberikan dampak yang sama ke atas alam sekitar fizikalnya. Kesan

rumah hijau merujuk kepada pemerangkapan bahangan matahari oleh “Lapisan selimut

karbon dioksida” yang terbentuk di ruang atmosfera. Manakala penipisan lapisan ozon

pula merujuk kepada terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen (O3) yang selama

ini membentuk lapisan ozozn akibat serangan kloroflorokarbon (CFCs) di lapisan

stratosfera.

Perbezaan konsep kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

Penipisan Lapisan Ozon

Kesan Rumah Hijau

Ruang Berlaku di ruang stratosfera

Berlaku di ruang atmosfera.

Punca Akibat serangan CFCs dan halon ke atas ikatan O3

Akibat pengumpulan karbon dioksida si udara.

Mekanisme Sinaran UV memutuskan ikatan CFCs dan atom klorin yang bebas memutuskan ikatan oksigen dalam ozon-ozon menipis, lebihn tenaga suria memasuki atmosfera menyebabkan berlakunya pemanasan global.

Karbon dioksida bertindak sebagai lapisan penebat atmosfera, membenarkan bahangan suria masuk tetapi menghalang pembalikan bahangan bumi. Haba terperangkap akan meyebabkan berlakunya pulau haba dan pemanasan global.

Penipisan Lapisan Ozon

Page 5: Kesan Rumah Hijau

Kesan Rumah Hijau

http://pakreatif.blogspot.com/2011/07/gas-rumah-hijau.htmlTajuk Pembentangan: Kesan Rumah HijauPengertian Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global. Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.

Pencemaran akibat terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau. Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Punca kesan rumah hijau1. Punca semulajadi- kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga.

2. Secara buatan manusia-.Contoh:1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang dan kereta.(pencemaran udara)2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC seperti peti sejuk dan penghawa dingin.3.Penggunaan racun serangga [seperti penyembur aerosol] serta baja kimia4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbangpencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.

KesanKesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau.- Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi.- Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami

Page 6: Kesan Rumah Hijau

pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.- Hal ini akan mendatangkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar [mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia]

Kaedah mengurangkan Kesan Rumah Hijau1. Penjimatan tenaga- Jika manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .Anda mungkin juga meminati:Gas Rumah HijauKesan Gas Rumah HijauTeknologi HijauGAS RUMAH HIJAU

Gas rumah hijau (Greenhouse Gases (GHGs)) seperti karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui proses semulajadi dan juga aktiviti manusia. GHGs yang lain dilepaskan oleh aktiviti manusia semata-mata. GHGs ini adalah seperti berikut:

Karbon Dioksida (CO2)Karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, pokok-pokok, tindakbalas kimia seperti industri pembuatan simen. Karbon dioksida dikeluarkan daripada atmosfera apabila diserap oleh tumbuhan

Metana (CH4) Metana dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak mentah. Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal (landfill).

Nitrus Oksida (NO2) Nitrus oksida dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dann sisa pepejal.

Gas FlourinHidrofluorokarbon, perfluorokarbon dan sulfur heksafluorida merupakan GHGs sintetik yang kuat dan dibebaskan oleh beberapa proses industri. Gas fluorin kadang-kadang digunakan sebagai pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs, HCFCs dan halon. Gas-gas ini biasanya dibebaskan dalam kuantiti yang kecil tetapi disebabkan kekuatannya, mereka dikenali sebagai gas berpotensi tinggi untuk menyebabkan pemanasan global (High Global Warming Potential gases (High GWP gases.

Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani bersama oleh seluruh dunia.

KESAN RUMAH HIJAU ( GREEENHOUSE EFFECTS) Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan global.

FAKTOR DAN KESAN 1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.

2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam

Page 7: Kesan Rumah Hijau

atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global.

JENIS-JENIS GAS RUMAH HIJAU 1. • Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.

• Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

• Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.

• Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases (“High GWP gases”).

KESAN RUMAH HIJAU• Kenaikan suhu bumi • Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.) • Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global • Kemarau • Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera • Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun • Penipisan lapisan ozonAnda mungkin juga meminati:Kesan Gas Rumah HijauTajuk Pembentangan: Kesan Rumah HijauPemanasan Global