16

Click here to load reader

Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas konsep kolokium

Citation preview

Page 1: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

Program Kecemerlangan Pendidikan Murid Orang Asli SK Lanai: Kolaborasi antara Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan

dengan Rakan Lapangan

Aminuddin Mohamed, Mohamad Azhar Mat Ali, Phd, Mazlan Mohamad, DIMP Abd Shatar Che Abd Rahman, Phd, Mohd Rasdi Saamah

Abd Ghafar Jaafar & Sazali Yusof IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis, Pahang DM

(Telah dibentangkan di Kolokium Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Kurang Murid Orang Asli Penan pada 8-10 Ogos 2010 di IAB, Genting Highlands pada 8-

10 Ogos 2010)

Abstrak:.

Kajian ini bertujuan untuk melihat kolaborasi Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan dengan pihak sekolah sebagai rakan lapangan untuk memastikan ruang dan peluang dalam pendidikan bagi murid-murid orang Asli. Kajian yang dilaksanakan dengan kaedah kualitatif ini adalah berfokuSKan kepada sekolah guru, murid serta ibu bapa yang menyertai kelas dewasa (KEDAP) di SK. Lanai, Kuala Lipis. Kajian ini dilaksanakan dengan kaedah temu bual terhadap guru-guru, murid-murid dan para peserta serta lawatan ke perkampungan berhampiran. Kajian ini mendapati bahawa kolaborasi yang dilaksanakan antara Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi dengan SK. Lanai membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Pencapaian ini disebabkan beberapa faktor antaranya kesediaan pihak sekolah serta Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi berganding bahu secara bersama dalam Bina Insan Guru, Praktikum, Khidmat komuniti, Kelas Fardu Ain serta kegiatan KoKurikulum. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa permuafakatan antara sekolah dengan institusi dapat meningkatkan kualiti latihan perguruan dengan menempatkan guru pelatih menjalani praktikum di sekolah murid-murid orang Asli ini seterusnya para pelajar ini akan dapat mengaplikasi kaedah pengajaran yang ditimba di institusi di samping mempelajari bahasa dan budaya masyarakat setempat manakala di pihak sekolah dapat dibantu dari segi keperluan tenaga pengajar, alat bantu mengajar, bimbingan motivasi dan sebagainya. Kajian ini memberi implikasi bahawa permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah perlu disuburkan melalui program sekolah angkat ataupun mewujudkan tapak kajian penyelidikan pendidikan yang melibatkan beberapa rangkaian sekolah dengan institusi perlu diperkasakan .

Page 2: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

2

Pendahuluan

Pendidikan merupakan pengisian tuntutan asas manusia untuk kesejahteraan masyarakat sejagat, tetapi falsafahnya berbeza. Bagi negara kita Malaysia dengan mengambil kira sebelum merdeka, suasana politik, sejarah, budaya memainkan peranan dalam hala tuju membina sistem pendidikan. Namun situasi ini telah berubah secara beransur kerana dasar dan hala tuju pendidikan telah berbeza tekanannya. Pada awal tahun kemerdekaan, sistem pendidikan negara berfokus kepada pembinaan negara bangsa. Namun selepas 50 tahun negara merdeka, sistem pendidikan negara bukah sahaja berteraSKan kepada negara bangsa malah berusaha membangunkan modal insan dengan tumpuan kepada merapatkan jurang pencapaian pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi, kaum serta tahap keupayaan pelajar. Keupayaan negara dalam mencapai Wawasan 2020 memerlukan pengisian pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, Kementerian Pelajaran mempunyai amanah yang sangat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Dalam melaksanakan amanah tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengariSKan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan pendekatan pertama ke arah memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, orang Asli dan suku minoriti lain. Institut Pendidikan Guru Malaysia juga bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat murni negara. Cabaran dalam Teras ke-4, Merapatkan Jurang Pendidikan dan Teras ke- 6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan merupakan cabaran kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk memacu kecemerlangan dalam memastikan Wawasan 2020 bergerak dalam arus acuannya. Usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan dan keunggulan IPG sebagai pusat rujukan selaras dengan Akta 550, menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru dengan mewujudkan pusat kecemerlangan sebagai kebitaraan Institut Pendidikan Guru dalam merencanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dan dapat memenuhi aspirasi negara.

Atas keupayaan dan kepercayaan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, maka IPG Tengku Ampuan Afzan telah diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan Program Pembangunan Pendidikan orang Asli dan Peribumi. Melalui Projek Rangkaian Gerbang Titiwangsa yang melibatkan kerjasama dengan IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah (Zon Utara) serta IPG Kampus Kota Baharu, Kelantan (Zon Timur), IPG Tun Hussein Onn (Zon Selatan), IPG Keningau (Zon Sabah), IPG Sarawak, Miri(Zon Sarawak) ke arah Merapatkan Jurang Pendidikan antara lokasi bandar dan luar bandar. Projek Rangkaian Gerbang Titiwangsa di bawah Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi adalah wawasan pendidikan bagi membina tambak merapatkan pencapaian prestasi pelajar serta peluang pengajaran dan pembelajaran bagi murid kumpulan minoriti di kawasan pedalaman agar mereka mendapat keadilan dan berperanan terhadap negara dan bangsa menjelang tahun 2020. Usaha IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai Pusat Rujukan Pendidikan Peribumi Kebangsaan melalui Projek Rangkaian Gerbang Titiwangsa perlu digerakkan

Page 3: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

3

secara terarah dan berterusan. Pusat Rujukan ini merupakan sebuah pusat yang berteraSKan sepenuhnya kepada metodologi penyelidikan, kajian dan pembangunan khusus menangani isu pendidikan di sekolah-sekolah orang Asli dan Peribumi. Pelestarian tentang budaya dan alam sekitar turut sama diberi perhatian dalam usaha untuk memastikan khazanah budaya akan terus terpelihara. Kekuatan IPGM Tengku Ampuan Afzan dalam jajaran Titiwangsa dapat memberikan dampak yang besar dalam pembangunan pendidikan masyarakat orang Asli dan peribumi di negara kita ini. Dalam usaha mencapai kecemerlangan ini, Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi telah memberikan keutamaan kepada tiga fokus utama iaitu, penjanaan ilmu, transisi dan aplikasi ilmu serta pemuliharaan dan pengekalan budaya. Melalui fokus ini, Pusat Kecemerlangan telah mewujudkan jaringan seperti rakan senergi, rakan ilmu, rakan lapangan serta rakan antarabangsa. Salah satu usaha yang diwujudkan ialah, mewujudkan satu permuafakatan ilmu dengan rakan lapangan iaitu, sekolah murid-murid orang Asli yang berhampiran. Dalam hal ini, SK. Lanai, Kuala Lipis dijadikan rakan lapangan penyelidikan Pusat Kecemerlangan ini.

Sekolah Kebangsaan Lanai

Sebelum ini Pos Lanai lebih di kenali dengan nama Pos Dicson. Dicson diambil sempena nama seorang pegawai tentera British yang di tugaSKan dikawasan berkenaan. Namun demikian nama Pos Dicson akhirnya ditukarkan kepada nama Pos Lanai. Pada zaman penjajahan tentera Jepun Pos Lanai merupakan kubu bagi aSKar Tanah Melayu. Kubu aSKar Melayu terletak di Pos Lanai manakala tentera Jepun berada di seberang Pos Lanai iaitu di Kampung Perangkap. Semua penduduknya dan masyarakat setempat terdiri daripada orang asli dari suku kaum Semai.

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1970-an. Pada masa itu sekolah ini diuruSKan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pada masa itu sekolah ini hanya mempunyai sebuah blok bangunan sekolah sahaja. Blok bangunan ini telah dibina dengan kerjasama penduduk kampung. Bangunan ini hanya berdindingkan buluh dan beratapkan rumbia. Tenaga pengajar di sekolah ini hanya menggunakan tenaga pengajar dari kakitangan JHEOA sahaja. Seorang kakitangan JHEOA ditempatkan di sekolah ini dan tenaga pengajar ini akan bertukar-tukar dari semasa ke semasa. Pada ketika itu masyarakat ini telah ketinggalan jauh jika di bandingkan dengan masyarakat yang berada di luar sana. Namun begitu dengan kesedaran yang ada pada diri mereka untuk tidak terus ketinggalan jauh, mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengurangkan jurang perbezaan diantara mereka dan masyarakat luar.

Setelah hampir 25 tahun sekolah ini dikendalikan oleh JHEOA, pada Disember 1995 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih operasi sekolah ini. Dengan pengambilalihan operasi sekolah daripada JHEOA, banyak perubahan telah dilakukan untuk meningkatkan taraf pendidikan dikalangan

Page 4: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

4

masyarakat orang asli ini. Pada tahun tersebut sekolah ini telah di tambah satu lagi blok banguan untuk kemudahan dan keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Bangunan yang lama telah dibaik pulih.

Pada Mei 2003 Sekolah Kebangsaan Lanai telah berpindah ke lokasi baru. Sekolah ini terletak di Kampung Pantos kira-kira 2 jam perjalanan ke lokasi asal di Kampung Lanai. Sekolah sekarang boleh dihubungi dengan menggunakan jalan air dan darat. Tetapi jalan darat hanya boleh dimasuki dengan menggunakan pacuan empat roda sahaja. Pada masa itu sekolah ini mempunyai 14 orang guru dan 8 orang staf sokongan.

Pada permulaan operasi, sekolah ini hanya menyediakan sesi persekolahan untuk pelajar tahun 1 sehingga tahun 3 sahaja. Manakala mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke tahun enam dan seterusnya akan di tempatkan di sekolah-sekolah di Bandar Kuala Lipis. Namur sejak tahun 2004 sekolah telah menyediakan sesi persekolahan untuk tahun 1 sehingga tahun 6. Sekolah pada ketika ini menggunakan bekalan elektrik daripada kuasa solar yang di sediakan oleh kementerian manakala bekalan air hanya di perolehi daripada sungai.

Bagi penempatan guru-guru, mereka tinggal di bangunan sekolah sahaja. Pada tahun 1997 kerajaan negeri telah membekalkan generator untuk sekolah. Begitu juga dengan bekalan air paip. Dengan usaha sama jabatan kesihatan menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk kampong sekolah ini turut mendapat manfaatnya. Bekalan air ini ditakungkan di Lata Nyuk. Sekolah Kebangsaan Lanai turut membina sebuah asrama desa bagi kemudahan pelajar-pelajar yang tinggal berjauhan dari sekolah.

Pada Mei 2003 Sekolah Kebangsaan Lanai telah berpindah ke lokasi baru. Sekolah ini terletak di Kampung Pantos kira-kira 2 jam perjalanan ke lokasi asal di Kampung Lanai. Di lokasi baru ini suasana agak berbeza jika dibandingkan dengan sekolah yang lama. Sekolah ini mempunyai sebuah blok pentadbiran, dua blok sekolah dan dua blok asrama 2 tingkat.

Sekolah ini juga mempunyai satu blok dewan makan dan satu blok surau untuk kemudahan penghuni asrama. Terdapat 4 buah rumah guru turut disediakan untuk kemudahan guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini. Terdapat sebuah padang bola sepak. Punca bekalan elektrik adalah dari generator yang dibekalkan. Terdapat 3 buah generator yang mana dibahagikan kepada sekolah, asrama dan penyaman udara. Bekalan air pula didapati daripada takungan air bukit. Sekolah ini boleh dihubungi dengan mengunakan jalan darat mahupun menggunakan sungai. Kini, SK Lanai boleh dihubungi dengan jalan raya berturap serta telah mempunyai kemudahan yang sama dengan sekolah lain dan bilangan staf juga bertambah dengan bilangan guru seramai 15 orang, manakala staf sokongan meningkat kepada 9 orang.

Page 5: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

5

Namun semua warga SK. Lanai amat yakin dengan visi dan misi

kecemerlangan sekolah ini iaitu :

VISI

Memastikan semua murid dapat membaca, menulis dan mengira pada tahun 2011.

MISI

1. Mengadakan kelas yang ceria dan kondusif;

2. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh;

3. Melahirkan pelajar-pelajar yang cergas dan cerdas dengan mengamalkan

budaya sihat;

4. Mewujudkan suasana harmoni bagi keseimbangan jasmani, emosi,

rohani, dan intelek (JERI).

Keyakinan ini amat bermakna dengan kehadiran institusi perguruan sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi bersama bangun sederap, mara sepakat berganding bahu untuk memastikan kejayaan SK. Lanai.

1.1 OBJEKTIF PUSAT KECEMERLANGAN

• Peranan IPG Kampus Ampuan Afzan sebagai Pusat Pendidikan Guru dalam jajaran Titiwangsa.

• Menangani pendidikan murid-murid dan masyarakat orang Asli.

• Penghargaan atas kesedaran rumpun masyarakat yang mempunyai hak yang sama dalam negara. Pendokumentasian bahasa dan budaya masyarakat melalui Muzium Budaya.

• Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan sekolah orang Asli.

• Menjadikan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai pusat kajian serantau yang menjurus kepada pendidikan murid orang Asli.

• Sebagai hub-pendidikan yang melibatkan jaringan seranta di dalam atau di luar negara

.

Page 6: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

6

1.2 . MATLAMAT

.Matlamat Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi ini ialah;

• Ensiklopedia & Ijtadik- Menyediakan pensyarah dan guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam bidang pendidikan peribumi.

• Hub-Pendidikan- Sebagai Pusat Kajian dan Pembangunan Latihan guru dalam perkhidmatan

• Jaringan seranta- Membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Hal Ehwal orang Asli dalam meningkatkan jalinan kerjasama dalam pembangunan pendidikan masyarakat orang Asli.

• Galeri Budaya Masyarakat orang Asli- Pemugaran bahasa dan budaya masyarakat agar dapat didokumentasikan sebagai satu khazanah negara.

2. Siapa Orang Asli

Masyarakat Orang Asli merupakan penduduk asal bagi sesebuah negeri atau negara. Mengikut Perkara 3 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974:

(1) Dalam Akta ini Orang Asli ialah: (a) mana-mana orang yang bapanya ialah anggota kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuk seorang keturunan melalui jurai lelaki orang itu; (b) mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa bayi oleh Orang Asli yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan ialah anggota suatu masyarakat Orang Asli; atau (c) anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi anggota suatu masyarakat Orang Asli.

(2) Mana-mana Orang Asli yang oleh sebab memeluk mana-mana agama lain atau kerana apa-apa sebab lain tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.

(3) Apa-apa persoalan sama ada mana-mana orang ialah Orang Asli atau bukan Orang Asli hendaklah diputuSKan oleh Menteri.

(Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, 2006)

Page 7: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

7

Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA), setakat ini terdapat kira-kira 141,230 Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Negeri Pahang mempunyai penduduk Orang Asli paling ramai iaitu 50,792, diikuti Perak, 40,856 orang dan Selangor seramai 15,210 orang. Masyarakat Orang Asli ini terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Proto. Di bawah Senoi, terdapat enam suku kaum iaitu Temiar, Semai, Jahut, Che Wong (Pahang), Semoq Beri dan Mahmeri. Kebanyakan suku kaum ini terdapat di Perak Tengah, Perak Selatan, Pahang dan Selangor. Bagi Negrito pula, ada enam suku kaum iaitu Kensiu, Kintaq, Jahai, Mendriq, Bateq dan Lanoh. Suku kaum-suku kaum ini terdapat di bahagian utara Semenanjung iaitu di Kedah, Perak Utara, Kelantan (Gua Musang) dan Ulu Terengganu.

Kumpulan Melayu Proto pula mempunyai enam suku kaum iaitu Temuan, Jakun, Semelai, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Kanaq. Ramai daripada mereka ini tinggal di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selatan Pahang dan sebahagian Selangor. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA), Mohd Sani Mistam, taburan penduduk Orang Asli ini semakin berubah mengikut peredaran masa. Data kategori kampung Orang Asli menunjukkan sebanyak 323 (36.9 peratus) kampung terletak di kawasan pedalaman, 547 (62.4 peratus) di kawasan pinggir dan 6 kampung (0.7 peratus) di bandar (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia, 2009).

2.1. Pendidikan Orang Asli

Mengikut Perkara 17 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974:

Orang Asli tidak boleh dilarang masuk ke mana-mana sekolah

(1) Tiada kanak-kanak Orang Asli boleh dihalang daripada pergi ke mana-mana sekolah semata-mata oleh sebab dia Orang Asli.

Manakala mengikut Perkara 19 (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan maksud Akta ini dan khususnya bagi yang berikut:

(j) mengadakan peruntukan bagi penubuhan sekolah di dalam kawasan Orang Asli, rizab Orang Asli dan tempat yang diduduki oleh Orang Asli dan menetapkan kurikulum sekolah itu dan kelayakan bagi guru di sekolah itu;

(Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, 2006)

Page 8: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

8

Menurut Zainal Abidin Borhan (1984) pelaksanaan pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli dilaksanakan setelah penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada tahun 1953. Hal ini berlaku kerana penempatan masyarakat ini yang jauh di pedalaman. Mereka lebih mementingkan kesenambungan dalam hidup. Kitaran hidup mereka lebih hanya kepada kemahiran memburu, menangkap ikan, mengumpul hasil hutan seperti rotan, kayu gaharu, damar, madu dan sebagainya menyebabkan pelajaran formal tidak penting bagi mereka kerana sistem persekolahan tidak melatih mereka untuk hidup dalam hutan yang tebal.

Walau bagaimanapun, dasar JHEOA melalui pendidikan tetap memberi keutamaan kepada matlamat memberi pendidikan yang membolehkan masyarakat Orang Asli dapat membaca, menulis dan mengira. Sekolah-sekolah diadakan di pos-pos kawalan pertahanan anggota keselamatan di kawasan pedalaman. Pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ditempatkan di asrama. Tujuan utama untuk mengatasi masalah ibu bapa yang tinggal di kawasan pedalaman serta mengelakkan para pelajar daripada terus tercicir. Tenaga pengajar terdiri daripada kalangan pegawai luar atau pembantu luar yang ditempatkan di perkampungan Orang Asli.

Pada tahun 1996, JHEOA telah memindahkan tanggungjawab untuk memajukan pendidikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan sukatan pelajaran yang sama dengan sekolah aliran perdana. Di bawah Kementerian Pelajaran, dasar pendidikan bagi masyarakat Orang Asli menyerupai Dasar Pendidikan Negara. Matlamat pendidikan masyarakat Orang Asli bukan sahaja untuk mempertingkatkan pencapaian dan kemajuan Orang Asli dalam pendidikan, tetapi fokus yang lebih besar ialah bagi memastikan peningkatan sosial dalam pembasmian kemiSKinan dan pembangunan masyarakat Orang Asli agar setanding dengan masyarakat lain di Malaysia.

Bagi melaksanakan hasrat pendidikan masyarakat Orang Asli, selepas tahun 1980-an guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah Orang Asli telah diberi peluang mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) bagi melengkapkan diri mereka dengan pedagogi pengajaran yang berkesan. Dalam melaksanakan perubahan pendidikan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pengambilan guru daripada kalangan masyarakat Orang Asli sendiri dengan harapan dapat meningkatkan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli setelah tamat latihan perguruan dengan berkhidmat di kampung halaman mereka sendiri. Pihak Kementerian Pelajaran juga menyediakan pendidikan tidak formal kepada anak-anak masyarakat Orang Asli, manakala KEMAS dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar pula telah menubuhkan kelas bimbingan kanak-kanak di kawasan pedalaman.

Page 9: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

9

2.2 Kolaborasi melalui penjanaan ilmu serta transisi dan aplikasi ilmu.

Usaha Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan mewujudkan tapak kajian penyelidikan iaitu Projek Penyelidikan yang dikenali Lanai, Betau, Koyan (LBK) memberi penekanan kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi pendidikan. Dengan mewujudkan ekosistem penyelidikan dan inovasi dari dalam dan luar negara, Pusat Kecemerlangan ini melaksanakan pelan tindakan melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan strategi melalui program praktikum guru pelatih. Dalam hal ini juga, khidmat komuniti dengan memberi tumpuan kepada program Bina Insan Guru, Kelas Fardu Ain, khidmat bantu dalam Kelas Dewasa membolehkan institusi dan pihak sekolah berganding bahu dalam meningkatkan kredibiliti dan kredential pensyarah, guru pelatih melalui ekosistem penyelidikan dan latihan manakala di pihak sekolah pula akan dapat dibantu dari segi kadar keciciran, ketidak hadiran ke sekolah, ransangan serta motivasi kepada murid-murid kerana mereka diberi perhatian untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan. Melalui transisi dan aplikasi ilmu, pembangunan kurikulum yang melibatkan murid-murid orang Asli akan dipelbagaikan dan disesuaikan mengikut kaedah, teknik yang sesuai secara kontekstual iaitu, melibatkan pendidikan alam sekeliling. Melalui kolaborasi ini, pihak PKPP telah melaksanakan beberapa program pembangunan kecemerlangan di SK. Lanai.

3. Program Kecemerlangan Pendidikan yang dijalankan oleh Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan (PKPPK) di Sekolah Kebangsaan Lanai.

3.1 Program KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain)

Ekoran kekurangan guru agama dan tiada Guru J-QAF di sekolah ini pihak PKPP telah mengambil inisiatif untuk membantu sekolah ini menjalankan kelas KAFA. Program ini dijalankan secara khusus untuk membantu murid-murid sekolah ini memahami hal-hal fardhu ain dan al-Quran secara teori dan praktikal. Kelas KAFA ini telah dijalankan mulai 30 Jun 2010 hingga 24 Nov 2010. Kelas ini dijalankan sekali seminggu iaitu pada setiap Hari Rabu jam 3.00 hingga 4 petang oleh para pelajar jurusan Pengajian Agama Islam. Kelas KAFA pada hari lain djalankan oleh guru agama sekolah ini. Kelas ini disasarkan kepada murid-murid yang beragama Islam dari Darjah 1 hingga Darjah 6, seramai 70 orang. Murid ini dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil untuk memudahkan proses P & P secara lisan, praktikal, demostrasi serta memberikan lembaran kerja. Antara topik yang dititikberatkan ialah,asas Fardhu Ain (Wudhuk, Puasa, Solat, Akhlak dan Adab Harian) dan bacaan Quran (Iqra’).

Tujuan utama program ini ialah;

Page 10: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

10

- Memberi pendedahan ilmu-ilmu asas fardhu ain kepada murid-murid orang asli yang beragama Islam

- Membiasakan guru-guru pelatih tentang aspek P & P murid-murid orang asli di luar bandar

- Membantu pihak sekolah mengatasi masalah buta Al-Quran dan perkara asas fardhu ain di kalangan murid Islam Orang Asli di sekolah ini.

3.2 Aktiviti Kemasyarakatan/Ko-Kurikulum

Kursus “First Aider In Every Home” pada Ibubapa pelajar cemas seperti CPR, Heimlich’s maneuver, balutan dan bebatan dan rawatan biasa. Tujuannya adalah untuk mendidik ibubapa supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku kepada ahli keluarga mereka di rumah. Dengan pengetahuan dan kemahiran ini ibubapa telah bersedia menghulurkan bantuan yang sesuai dengan kemungkinan yang boleh berlaku. Kursus ini diadakan untuk melatih ibubapa dengan kemahiran pertolongan . Tempoh masa yang diambil ialah dari jam 9.00 pagi sehingga jam 1.15 petang (4 jam 15 min). Peserta kursus terdiri daripada kaum Ibu dan kaum Bapa pelajar SK Lanai. Kehadiran peserta ialah 26 orang terdiri daripada 19 orang Lelaki dan 7 orang perempuan.

Kursus ini bertujuan untuk;

- Menunjukkan kemahiran balutan dan bebatan yang betul dalam jenis-jenis kecederaan yang ada.

- Menunjukkan kemahiran melakukan CPR yang teratur dan betul.

- Menunjukkan kemahiran melakukan ‘Heimlich’s maneuver’ dan ‘Abdomen Thrust’ pada mangsa tercekik.

- Memberitahu kaedah rawatan yang sesuai terhadap satu-satu penyakit atau kecederaan.

3.3 Latihan Praktikum

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru oleh Institut Pendidikan Guru malaysia. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan pemantauan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM seperti PPD, JPN, Pusat Kegiatan guru dan lain-lain. Untuk tujuan ini pihak

Page 11: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

11

IPGKTAA telah memilih SK Lanai sebagai salah sebuah sekolah untuk penempatan pelatih bagi latihan praktikum. Pemilihan ini bagi memberi ruang kepada pelatih untuk terdedah kepada ciri-ciri sekolah luar bandar dan bagi mendedahkan aspek kaedah dan strategi P & P yang baru kepada guru-guru sekolah ini. Latihan praktikum ini diadakan selama 8 minggu iaitu bermula 28 Jun 2010 hingga 20 Ogos 2010.

Jumlah pelatih IPGKTAA yang dihantar ke sekolah ini untuk menjalani latihan praktikum ialah seramai 4 orang. Dua orang daripadanya dalam opsyen Pra-sekolah manakala 2 orang lagi dalam opsyen Pendidikan Seni Visual. Pelatih yang menjalani latihan praktikum ini perlu menjalankan proses P & P sepertimana jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Bilangan waktu mengajar pelatih ialah antara 8 hingga 12 waktu seminggu. Bagi pelajar major pra sekolah pula, dikehendaki mengajar 2 hari pengajaran sepenuhnya dalam seminggu. Guru pelatih ini akan diberi tunjuk ajar oleh pihak Guru Pembimbing dan Pensyarah Pembimbing serta dipantau oleh Guru Besar sekolah ini. Guru Pelatih ini juga sangat digalakkan untuk membuat kerja-kerja khidmat masyarakat, mencadang, merancang dan melaksanakan aktiviti ko-kurikulum, membuat kelas tambahan atau kelas pemulihan yang di luar jadual waktu persekolahan.

Pelatih ini akan dilatih dan didedahkan dalam aspek P & P di bilik darjah, ko-kurikulum, khidmat masyarakat, program sekolah dan lain-lain yang berkaitan. Sesuai dengan fokus transisi dan aplikasi ilmu maka objektif utama praktikum ialah:

- menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran - mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan

pembelajaran - mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pembelajaran - menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti

ko-kurikulum

3.4 Bina Insan Guru (BIG)

Program BIG berasaSKan kepada tiga tema utama iaitu Konsep dan ciri-ciri dalam pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru dan Peranan dan tanggungjawab insan guru. SK Lanai dipilih untuk program ini bagi tahun 2010 untuk mendedahkan guru pelatih kepada suasana di luar bandar yang hampir keseluruhan muridnya terdiri daripada anak orang asli. Melalui program Bina Insan Guru yang melibatkan para pelajar PISMP semester 3 telah dijalankan selama 2 hari. Pada hari pertama, diadakan program ceramah dan bengkel berkaitan tajuk etika sosial dan protokol. Pada hari kedua pula, dijalankan aktiviti khidmat masyarakat di

Page 12: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

12

SK Lanai. Dua aktiviti utama iaitu program bengkel dan ceramah (Etika Sosial dan Protokol) dan Aktiviti Khidmat Masyarakat selama sehari .

BIG bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat masyarakat. Pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah etiket sosial dan protokol, pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian.

3.5. Program Kelas Dewasa Bagi Ibubapa Murid Orang Asli dan Peribumi

Program KEDAP ini dijalankan bagi mengatasi masalah buta huruf di kalangan masayrakat Orang Asli dan Peribumi. Apabila masalah ini dapat diatasi diharapkan ibubapa murid orang asli ini akan cuba untuk membantu anak-anaknya di rumah untuk pengajaran membaca dan menulis. Kelas dijalankan pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis selama 70 hari atau 140 jam bermula 12 Julai 2010. P&P dijalankan secara lisan, Latihan Praktikal, Demonstrasi dan Lembaran Kerja yang melibatkan tiga teras utama iaitu, Tambat, Teroka dan Taksir. Dalam fokus penjanaan ilmu yang memberi keutamaan kepada perkembangan kurikulum maka kelas dewasa ini mempunyai tujuan utama iaitu,

- Membasmi buta huruf di kalangan masyarakat orang asli - Penguasaan kemahiran asas 3M - Menggalakkan anak-anak ke sekolah - Membantu anak-anak di dalam bidang pelajaran di rumah - MeneruSKan usaha kerajaan membasmi kemiSKinan tegar menerusi

agenda pendidikan

4. Implikasi Kecemerlangan

Usaha yang telah dijalankan oleh Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi ini merupakan lonjakan pendidikan dalam membantu murid-murid orang Asli dan Peribumi. Usaha yang dilaksanakan dapat dilihat dalam pelbagai sudut:

4.1. Program KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) sebagai fokus penjanaan ilmu dapat memberikan pengalaman kepada guru pelatih untuk;

- mempraktikan amalan fardu ain secara praktikal.

- membantu murid dan sekolah dalam mengurangkan kadar buta huruf Al-Quran.

Page 13: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

13

- membantu murid-murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid orang Asli.

Murid di SK. Lanai.

- murid didedahkan dengan kem ibadah dan ditunjukkan cara melaksankan solat dan mengambil wuduk.

- murid terhibur

- berdisiplin

- boleh membaca mukaddam dengan betul

4.2. Program khidmat masyarakat dengan mengadakan kursus yang melibatkan penerangan dan demostrasi penggunaan bahan bantu dengan betul. Melalui program yang dijalankan para peserta program telah didiedahkan dengan pengunaan :First Aid” dan panduan kecemasan secara teratur.

4.3. Latihan praktikum

Murid/pihak sekolah.

- murid-murid didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.

- membantu pihak sekolah dalam kegiatan kokurkulum.

4.4. Bina Insan Guru.

Murid/pihak sekolah

- murid-murid dilibatkan secara aktif dalam kegiatan atau aktiviti yang dijalankan.

- murid-murid didedahkan dengan kemahiran interpersonal.

- murid-murid dilibatkan dengan pelbagai aktiviti.

- masyarakat di Kampung berhampiran memberikan kerjasama yang terbaik.

4.5. Khidmat sosial

Ibu bapa/sekolah

Page 14: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

14

- Ibu bapa mempunyai kesedaran dan semangat yang tinggi dalam kelas.

- Mempunyai keyakinan dan berani mencuba menjawab soalan yang diberikan.

Pihak IPG sentiasa memberi khidmat bantu dalam memberi pendapat, bimbingan dalam mengendalikan kelas dewasa secara andragogi.

RUMUSAN

Walaupun kecemerlangan tidak dapat diperoleh dalam masa yang singkat, namun pihak Pusat Kecemerlangan Peribumi amat yakin melalui usaha yang dijalankan dengan rakan lapangan dalam pelbagai kegiatan secara berterusan seperti Program KEDAP ini didapati telah ada ibubapa yang telah mula celik huruf dan malah mencadangkan program ini diteruSKan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dari sudut ekonomi pula, ibubapa murid orang asli ini telah mula celik matemati terutama dalam aspek jual beli dan kiraan matematik asas. Dengan cara ini mereka sudah boleh membantu aspek pembelajaran anak-anak mereka ketika di rumah. Perkara ini mungkin tidak berlaku jika Program KEDAP ini tidak dijalankan. Begitu juga dengan program BIG ini memberi pendedahan kepada pelatih IPGKTAA berkenaan bina insan sebagai seorang guru. Aktiviti kejayaan khidmat masyarakat pula ialah menjalin hubungan yang mesra antara pelatih dengan guru serta masyarakat orang asli di SK Lanai yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Manakala Latihah praktikum di sekolah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelatih IPGKTAA tetapi juga kepada guru, murid dan kakitangan sekolah ini. Dalam masa menjalani praktikum di sekolah ini, guru pelatih di dapati lebih yakin dengan suasana sekolah luar bandar yang muridnya terdiri dari kaum orang asli. Dengan adanya guru pelatih, dengan tidak secara langsung para guru di sekolah ini juga sentiasa terdedah dengan kaedah, strategi serta Alat Bantu Mengajar yang pelbagai. Murid-murid pula sentiasa ternanti-nanti akan kehadiran guru pelatih ke kelas mereka kerana mereka merasu teruja dengan kaedah pengajaran guru-guru pelatih ini. Hal yang sama juga berlaku ketika sesi Ko-kurikulum dan program-program lain di sekolah ini. Penglibatan Pusat Kecemerlangan dalam program kelas KAFA ini, terdapat perubahan yang besar dari aspek ilmu fardhu ain di kalangan murid orang asli di sekolah ini. Murid-murid berkenaan didapati sudah mampu untuk mengambil wudhuk sendiri, solat berjamaah, membaca huruf asas Al-Quran dan membaca doa-doa pendek ( doa memulakan pembelajaran, doa makan dll). Pihak sekolah didapati sangat berpuas-hati dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKPP ini. Usaha untuk mencapai kecemerlangan ini akan diteruSKan oleh pihak Pusat Kecemerlangan secara koloboratif dalam memberi kebaikan secara menang-menang dalam membangunkan kejayaan pendidikan di sekolah orang Asli.

Page 15: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

15

RUJUKAN

Ab. Rahman Mahmud & Mohd. Kamal Mohd. Ali, Dr. 2009. Penggunaan kosa kata peribumi bagi meningkatkan ingatan pelajar sekolah Orang Asli dalam pengajaran – pembelajaran abjad dan suku kata mudah. Kertas kerja Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebitaraan Bahasa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009. IPGM Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. 20-22 Oktober.

Bahagian Pendidikan Guru KPM (2009), Garis Panduan Amalan Profesional Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral KPM (2007), Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR

Bahagian Pendidikan Guru KPM (2010), Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Pedalaman

Bahagian Pendidikan Guru KPM (2007), Pro Forma Kursus WAJ 3114 Bina Insan Guru Fasa 3

Carey, ISKandar. 1976. Orang Asli: The aboriginal tribes of peninsular Malaysia. Kuala Lumpur & New York: Oxford University Press.

Fatimah Md. Deni, Dato’. 2008. Merapatkan jurang pendidikan. Kertas Kerja Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008, Institut Aminuddin Baki, 24-27 November 2008.

Gregore, A. F. & Ward, H. B. 1977. ‘Implications for learning and teaching: A new definition for individual’, NASSP Bulletin, Vol. 61: 22-26.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA). 2009. Masyarakat Orang Asli (atas talian) http://jheoa.gov.my. (28 Oktober 2009)

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008. Kurikulum Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mazlan Mohamad , Mohamad Azhar Mat Ali, Aminuddin Mohamed (2009). Rancangan Lima Tahun (2010-2015) Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi. Pahang: IPG Tengku Ampuan Afzan.

Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. 2009. Perutusan Menteri Pelajaran sempena Minggu Pendidikan Untuk Semua 20-26 April 2009. (atas talian) http://www.moe.gov.my/?id=25&aid=247 (27 Oktober 2009)

Page 16: Kertas Konsep Kolokium IAB 8 - 100810

16

Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang. 2006. Undang-Undang Malaysia: Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974 (atas talian) http://poasm.org/doc/Akta%20134.pdf (28 Oktober 2009)

Shahril @ Charil Hj. Marzuki. 2004. Amalan pengajaran guru yang berkesan: Kajian di beberapa sekolah menengah di Malaysia. (atas talian) http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/shahrilUM.pdf (29 Oktober 2009)

Slavin, R. 1994. A theory of school and classroom organisation. Dalam R. Slavin (Ed.) School and Classroom Organisation, NJ: Erlbaun.

Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2008. Panduan SKim Insentif Pelaksanaan Kelas Orang Asli dan Penan (KEDAP). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tomlinson, H. 2004. Educational leadership - personal growth for professional development. Dlm. Kamaruzaman Moidunny, Norasmah Othman, Dr. & Siti Rahayah Ariffin, Prof. Datin Dr. 2009. Program kelayakan profesional kepengetuaan kebangsaan (NPQH): Sejauhmanakah keberkesanannya? Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali Ke-16 Tahun 2009.

Zainal Abidin Borhan. 1984. Perkembangan pelajaran di kalangan Orang Asli. Rampaian Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.