Upload
vannguyet
View
324
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
1
KERTAS KERJA PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
DAN INTERSEKOLAH 2015
TARIKH
29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
TEMPAT
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK) DAN
PANGGUNG SENI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN EKSEKUTIF KEBUDAYAAN DAN WARISAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KIZ
DENGAN KERJASAMA PUSAT KEBUDAYAAN UKM
TEMA “MELESTARI PANTUN MENGINTEGRASI BUDAYA”
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
2
KERTAS KERJA
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 EKSEKUTIF KEBUDAYAAN DAN WARISAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan dari Kolej Ibu Zain dan Pusat Pembangunan
Mahasiswa dan Perhubungan Alumni UKM untuk mengadakan Pesta Pantun
Integrasi Budaya IPT Dan Intersekolah 2015 pada 29, 30, 31 Januari & 1
Februari 2015 di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK) dan
Panggung Seni UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.0 PENGENALAN
Eksekutif Kebudayaan dan Warisan merupakan bahagian di bawah naungan
Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain (KIZ). Bahagian ini bertujuan
memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i berkenaan seni dan budaya
serta mengintegrasikan perpaduan kaum di antara mahasiswa/i.
Eksekutif Kebudayaan dan Warisan akan menganjurkan Pesta Pantun
Integrasi Budaya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dan Intersekolah 2015.
Program ini adalah penganjuran tahunan Eksekutif Kebudayaan dan Warisan,
Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibu Zain yang melibatkan keseluruhan IPT di
Malaysia. Namun, sedikit kelainan pada panganjuran kali ini kerana ianya
akan melibatkan pemantun dari sekolah menengah sekitar UKM. Pesta
pantun ini diadakan bertujuan untuk dijadikan sebagai satu medium
mengeratkan jaringan sosial di kalangan mahasiswa/i dari segenap Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia dan pelajar
sekolah menengah sekitar UKM. Program ini turut diadakan dengan tujuan
untuk menonjolkan bakat dan kemahiran yang ada pada setiap mahasiswa/i
dan pelajar tempatan mahupun antarabangsa dalam bidang seni dan
memberi peluang dan ruang untuk para mahasiswa/i dan pelajar belajar
mengenai budaya dan tradisi rakyat Malaysia. Ia juga bertujuan untuk
meningkatkan lagi penghayatan terhadap kesenian dan warisan semua kaum
yang terdapat di Malaysia serta menganjurkan hubungan yang erat antara
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
3
mahasiswa/i dan pelajar yang berbeza latarbelakang dan berlainan bangsa.
Setiap IPTA/IPTS dan sekolah akan diwakili oleh 4 orang peserta dan diiringi
oleh seorang pengiring. Para peserta akan melalui pertandingan peringkat
saringan yang akan diadili oleh para juri bertauliah yang dilantik oleh pihak
penganjur. Para peserta akan diberikan tema untuk setiap peringkat saringan.
Hanya dua kumpulan peserta sahaja yang akan mara ke peringkat akhir
Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT Dan Intersekolah dan Intersekolah 2015.
2.1 KEJAYAAN LEPAS
Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT Dan Intersekolah kini memasuki tahun ke
4 penganjurannya. Sepanjang tiga tahun bertapak dan menjadi antara acara
gemilang Kolej Ibu Zain dan Pusat Kebudayaan UKM, Sekretariat Pesta
Pantun Integrasi Budaya telah banyak menjalinkan hubungan luar dengan
organisasi kerajaan ataupun NGO, antaranya Dewan Bahasa Dan Pustaka
(DBP), Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA) dan 1 Malaysian For
Youth (iM4U) dan beberapa lagi organisasi luar yang berminat untuk
membantu meningkatkan citra tradisi masyarakat Melayu masa kini.
Pada tahun pertama penganjuran PPIB hanya 12 IPT yang
menyertai pertandingan ini merangkumi IPTA, Institut Pendidikan Guru dan
juga IPTS. Penyertaan ini terus berkembang kepada 14 pasukan pada tahun
kedua dan 10 pasukan pada tahun ketiga penganjurannya. Pada tahun ini
pihak sekretariat mensasarkan 14 pasukan bertandingan merangkumi IPTA
dan IPTS seluruh Malaysia dan 6 pasukan mewakili sekolah menengah
sekitar UKM. Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT ini juga telah berdiri sama
tinggi dengan Pesta Pantun Bestari (UM) yang telah masuk ke panganjuran
kali ke-6 dan menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun oleh pencinta
pantun di seluruh IPT.
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
4
3.0 MISI
Program ini diadakan dengan bertujuan untuk menonjolkan bakat dan
kemahiran yang ada pada setiap mahasiswa/i tempatan mahupun
antarabangsa dan pelajar sekolah dalam bidang seni dan memberi peluang
dan ruang untuk mereka belajar mengenai budaya dan tradisi rakyat
Malaysia. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi penghayatan terhadap
kesenian dan warisan semua kaum yang terdapat di Malaysia serta
menganjurkan hubungan yang erat antara mahasiswa/i dan pelajar yang
berbeza latarbelakang dan berlainan bangsa.
4.0 MATLAMAT
Program ini dijalankan dengan matlamat untuk melebarkan sayap
mahasiswa/i dan pelajar sekolah dalam seni berpantun agar dapat bertapak
bermula dari peringkat mewakili sekolah atau universiti hingga ke peringkat
antarabangsa disamping, memupuk semangat kerjasama dan setiakawan
dalam kalangan mahasiswa/i melalui aktiviti program seperti ini.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menonjolkan bakat-bakat terpendam mahasiswa/i dalam bidang seni
agar dapat dikembangkan ke peringkat mewakili universiti dan
seterusnya ke peringkat global.
5.2 Memantapkan lagi keyakinan dan keberanian mahasiswa/i untuk
berinteraksi secara spontan di hadapan umum.
5.3 Mengeratkan jalinan perpaduan antara kaum dalam kalangan
mahasiwa/i melalui pesta pantun yang berkonsepkan perpaduan.
6.0 TEMA
“Melestari Pantun Mengintegrasi Budaya”
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
5
7.0 ANJURAN
Eksekutif Kebudayaan dan Warisan
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Dan,
Pusat Kebudayaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 29, 30, 31 Januari & 1 Februari 2015
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan adalah di Fakulti Sains Sosial Dan
Kemanusiaan (FSSK), UKM dan di Panggung Seni UKM, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).
10.0 PUBLISITI
Kami akan menggantung banner dan poster di tempat-tempat yang menjadi
tarikan pelajar di sekitar UKM. Kami juga akan menyediakan blog khas dan laman
sosial untuk memudahkan semua peserta mendapatkan maklumat mengenai
pesta pantun ini. Selain itu, paparan di “billboard” UKM juga akan dilaksanakan.
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
6
11.0 CADANGAN PERASMI
Majlis penutupan Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT Dan Intersekolah 2015 akan
disempurnakan oleh, YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib
Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM bertempat di Panggung Seni, UKM.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
12.1 Jumlah peserta : 70 orang
12.2 Jumlah juri : 10 orang
12.3 Jumlah AJK : 40 orang
12.4 Jumlah pengunjung : 500 orang
JUMLAH KESELURUHAN = 620 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Pesta pantun ini akan melibatkan para peserta dari segenap IPTA/IPTS yang
terdapat di Malaysia dan pelajar sekolah menengah sekitar UKM. Sebanyak
14 IPTA/IPTS dan 6 pasukan mewakili sekolah menengah yang akan
menyertai pesta pantun ini. Para peserta terdiri daripada 4 orang setiap
kumpulan. Setiap kumpulan peserta harus melalui beberapa pertandingan
peringkat saringan untuk dipilih sebagai 2 kumpulan peserta yang terbaik
untuk ke peringkat akhir Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT Dan Intersekolah
2015.
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
7
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat
menyurat, sila hubungi:
Mohamad Shahrul Fizree Bin Idris
Exco Pemantau
Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT Dan Intersekolah 2015
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-89215602 / 012-9141271
Faksimili : 03-89215600
Mel-e :[email protected]
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
8
18.0 PENUTUP
Diharap pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni UKM dapat
mempertimbangkan dan meluluskan kertas cadangan untuk Pesta Pantun Integrasi
Budaya IPT Dan Intersekolah 2015, seterusnya memberi bantuan kewangan untuk
menjayakan program ini. Pertandingan ini akan mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia, mahasiswa/i
dari IPTA/IPTS di Malaysia dan pelajar sekolah menengah sekitar UKM. Di samping
itu juga diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya yang
utama iaitu adalah untuk menjalinkan hubungan antara mahasiswa/i dan pelajar
sekolah yang berbeza dan berbilang bangsa. Setinggi penghargaan diucapkan
kepada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni UKM.
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
9
Disediakan oleh,
Siti Nur Najah Binti Nasruddin Ketua Pengarah Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT Dan Intersekolah 2015 Kolej Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia No. Tel : 012-9141271 Disahkan oleh,
Dayang Rozieqah Binti Ussin
Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia No Tel : 014-8010677
Diluluskan Oleh,
Encik Anuar Ahmad
Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia No Tel : 012-6030881
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
10
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2014
Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM
Pengerusi
YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tuan Hj. Abdul Aziz Abu Bakar Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, UKM
Penasihat
En. Anuar Ahmad Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
Penasihat
En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad Timbalan Pengetua Kolej Ibu Zain(KIZ)
Felo Penasihat
Encik Nor Adlyizan bin Theis Felo Penasihat Bahagian Kebudayaan & Warisan
Eksekutif Kebudayaan Dan Warisan(KIZ)
Mohamad Shahrul Fizree Bin Idris FST/2 A145848 012-9141271
Ketua Pengarah
Siti Nur Najah Binti Nasruddin FSSK/2 A145039
Timbalan Ketua Pengarah Nur Azliza binti Shahidan
FSSK/2 A145133
Setiausaha Siti Hawa Binti Alias
FST/1 A144806 A147862
Timbalan Setiausaha Mardhiyah Binti Nordin@Muslim FEP/2 A143199 014-5179622
Bendahari
Muhammad Aeiman Farhan Bin Arziallah
FST/1 A150024
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
11
Timbalan Bendahari
Azreen Sofea Binti Adnan
FSSK/2 A145066
Penyelaras Program : Norsyafiqah Idayu Binti Idris FSSK/1 A151739
Pen. Penyelaras Program :
1. Muhammad Hazim Bin Ishak FSSK/2 A145283
2. Nik Firdaus Irwan Bin Hazni FKAB/2 A146857
3. Mohammad Syafiq Bin Muhd Al Aqsza FKAB/2 A143923
4. Mohamad Adli Imran Bin Arzemi FSSK/2 A145092
Pengurusan Juri :
1. Rozeanah Binti Alip FST/2 A145851
2. Ili Nurizyan Binti Md Sah FST/1 A150493
Penyelaras Protokol : Nur Hanisah Binti Mohd Noor FEP/1 A147743
Pen. Penyelaras Protokol :
1. Nurul Nadia Binti Abdul Patah FST/1 A150625
2. Nur Syaqeera Binti Misman FKAB/2 A 143904
3. Nurul Fazirah Binti Mohd Yusoff FKAB/2 A144216
Penyelaras Teknikal : Muhamad Mustaqim Bin Abdul Latiff FSSK/1 A144163
Pen. Penyelaras Teknikal :
1. Mohd Aliff Azroy Bin Rozali FKAB/2 A144264
2. Mohamad Zulfahmi Bin Johari FSSK/2 A145287
Penyelaras Cenderamata : Nurfarahin Binti Kamaruzaman FSSK/2 A145088
Pen. Penyelaras Cenderamata : Nur Aina Binti Hashim FKAB/2 A143935
Penyelaras Publisiti : Mohd Azrulshafik Bin BasriI FPEND/2 A143835
Pen. Penyelaras Publisiti : Muhammad Hafizi Bin Manap FEP/2 A143142
Penyelaras Jemputan :
1. Nur Izzati Binti Izlan FST/1 A151930
2. Syahanif Bin Daud FEP/1 A147838
Penyelaras Jamuan : Siti Nur Adilah Binti Ishak FEP/2 A143396
Pen. Penyelaras Jamuan : Nur „Aqila Binti Md Hafidz FPEND/2 A143887
Penyelaras Peralatan : Ahmad Zaki Bin Mohd Senari FEP/1 A148140
Pen. Penyelaras Peralatan : Muhammad Firdaus Bin Baharom FST/1 A14933
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
12
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
TENTATIF PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015
29 JANUARI 2015 ( KHAMIS )
MASA PERKARA TEMPAT
2.00 petang Pendaftaran / Check in
Kolej Ibu Zain
(KIZ)
8.00 malam Taklimat dan cabutan undi
10.00 malam Minum malam / rehat
30 JANUARI 2015 ( JUMAAT )
8.00 pagi Sarapan / persediaan
Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, UKM
9.00 pagi Pertandingan Saringan 1
10.30 pagi Pertandingan Saringan 1
11.30 pagi Makan tengah hari/ rehat / solat
3.00 petang Pertandingan Saringan 2
4.30 petang Pertandingan Saringan 2
6.00 petang Minum petang / solat / rehat
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
13
31 JANUARI 2015 ( SABTU )
8.00 pagi Sarapan / persediaan
Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, UKM
9.00 pagi Pertandingan Saringan 3
10.30 pagi Pertandingan Saringan 3
11.30 pagi Makan tengah hari/ rehat / solat
3.00 petang Pertandingan Suku Akhir 1
4.30 petang Pertandingan Suku Akhir 2
6.00 petang Minum petang / solat / rehat
1 FEBRUARI 2015 ( AHAD )
MASA PERKARA TEMPAT
8.00 pagi Sarapan / persediaan
Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, UKM
9.00 pagi Separuh Akhir 1
10.30 pagi Separuh Akhir 2
11.30 pagi Pertandingan ditangguhkan
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
14
PERTANDINGAN AKHIR PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN
INTERSEKOLAH 2015
1 FEBRUARI 2015 ( AHAD )
MASA PERKARA TEMPAT
8.30 malam Ketibaan dif-dif jemputan
Panggung Seni, UKM
8.45 malam Nyanyian lagu “Negaraku” &
“Varsiti Kita”
Bacaan Doa
8.55 malam Persembahan Pembukaan
9.05 malam Perarakan masuk peserta akhir
9.15 malam Pertandingan Akhir
10.15 malam Persembahan Penutup dan Tayangan
Video
10.35 malam Ulasan ketua juri
10.50 malam Ucapan Pengetua Kolej En. Anuar Ahmad
11.05 malam Ucapan perasmi Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)
11.20 malam Penyampaian hadiah dan cenderamata
11.45 malam Jamuan ringan
12.00 pagi Penutup
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
15
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA RM
1. Sumbangan Pusat Pembangunan Mahasiswa dan
Perhubungan Alumni UKM
2000.00
2. Yuran Pendaftaran
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
RM800 X 14
Sekolah Menengah
RM300 X 6
11200.00
1800.00
3. Tabung MEP 500.00
4. Pemasaran 4100.00
JUMLAH 19600.00
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM
1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Kertas A4, Alat Tulis, Pencetakan
300.00
2. JAMUAN
VIP (RM20.00 X 25 org X 3 hari)
Peserta ( 20 pasukan X 5 org X RM 10 X 3 hari)
Juri ( 10 org X 3 Hari X RM 15)
AJK ( 40 org X 3 Hari X RM 10 )
1500.00
3000.00
450.00
1200.00
PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA IPT DAN INTERSEKOLAH 2015 29, 30, 31 JANUARI & 1 FEBRUARI 2015
16
3. HADIAH
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Johan : RM1500 + Hamper (4 X RM50)
+ Piala (RM120)
Naib Johan : RM1000 + Hamper (4 X RM40) + Piala (RM 120)
Tempat Ke-3 : RM 800 + Hamper (4 X RM30) + Piala (RM 120)
Pemantun Terbaik : RM 200 + Hamper (RM30) + Piala (RM 30)
Sekolah Menengah Johan : RM800 + Hamper (4 X RM50)
+ Piala (RM120)
Naib Johan : RM500 + Hamper (4 X RM40) + Piala (RM 120)
Tempat Ke-3 : RM300 + Hamper (4 X RM30) + Piala (RM 120)
Pemantun Terbaik : RM 200 + Hamper (RM30) + Piala (RM 30)
1820.00
1280.00
1040.00
260.00
1120.00
780.00
540.00
260.00
4. CENDERAMATA
Juri : Wang Tunai ( RM 400 X 10) Cenderamata ( RM 25 X 10)
Perasmi : (RM150.00 X 1)
Pengetua : (RM120 X 1)
Persembahan Jemputan : (RM200 X 3)
4000.00
250.00
150.00
120.00
600.00
5. TEKNIKAL 250.00
6. RENCAM 680.00
JUMLAH 19600.00