Kertas Kerja Pertandingan Badminton IPGKS

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Kertas Kerja Pertandingan Badminton IPGKS

    1/3

    1.0 TAJUK

    Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Kejohanan Badminton IPG Kampus

    Sarawak.

    2.0 PENGENALAN

    Kertas kerja ini merupakan program yang dijalankan oleh kumpulan pelajar

    PISMP ambilan Januari 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

    Program ini merupakan aktiviti luar bilik darjah yang dapat menambahkan

    pengalaman kepada guru-guru pelatih dalam menyertai sesebuah pertandingan.

    3.0 RASIONAL PERTANDINGAN

    Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan guru-guru pelatih menceburkan

    diri secara aktif dalam bidang sukan khususnya permainan badminton. Selain itu,

    pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat dan kebolehan guru-guru

    pelatih bermain badminton dalam permainan badminton.

    4.0 OBJEKTIF

    a) Menggalakkan pelajar bergiat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum,

    khususnya dalam bidang sukan badminton.

    b) Mengasah bakat guru pelatih dalam bidang kesukanan badminton.

    c) Melatih ahli-ahli dalam bidang pengelolaan pertandingan badminton.

    d) Menggalakkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara guru-guru

    pelatih dan pensyarah yang terlibat dalam pertandingan ini.

    5.0 TARIKH / MASA / TEMPAT

    Tarikh : 7-9 Mac 2013

    Masa : 2.00 petang10 malam

    Tempat : Dewan Muhibah IPG Kampus Sarawak

  • 8/12/2019 Kertas Kerja Pertandingan Badminton IPGKS

    2/3

    6.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN KEJOHANAN BADMINTON

    Pengarah : Encik Bedui Bin Une

    Timbalan Pengarah : Encik Gumbang Anak Pura

    Ketua Unit Kokurikulum : Encik Jamal Bin Sabi

    Penyelaras Permainan : Encik Sain Anak Datok

    Pengerusi : Mohamad Afiq Bin Mohamad Azman

    Naib Pengerusi : Mohammad Fikhri Bin Kiprawi

    Setiausaha : Ihsanuddin Bin Jemat

    Bendahari : Afiq Ang Bin Amran

    6.1 Ahli Jawatankuasa Kecil

    1) Pertandingan : Rosman Bin Drahman

    2) Hadiah/Sijil : Hamzah Shibli

    3) Foto/Publisiti/Laporan : Awang Syarifuddin Afif

    4) Makanan/Minuman : Mohd Irwandy Bin Jali

    5) Pencatat Markah : Zahir Bin Mohd Mali

    6) Keselamatan/Peralatan : Rabani Bin Rali

    7.0 PELAKSANAAN

    Adalah dicadangkan pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Institut

    Pendidikan Guru Kampus Sarawak supaya mereka dapat menimba ilmu baru

    dan mencari pengalaman dalam pertandingan badminton serta memantapkan

    lagi kemahiran-kemahiran dalam permainan badminton.

    8.0 PERTANDINGAN

    Sila rujuk jadual pertandingan pada Lampiran 1.

    8.1 Tempoh Permainan

    1 set : 21 mata

    1 game : 2 set

    Permainan akan dibawa ke Rubber Game atau set yang ke 3 untukpenentuan pemenang. Mata Deuce juga akan digunakan.

  • 8/12/2019 Kertas Kerja Pertandingan Badminton IPGKS

    3/3

    9.0 PENUTUP

    Amatlah diharapkan agar pertandingan ini akan mendapat sokongan daripada

    pihak pentadbiran institut khususnya dari segi kewangan untuk menjayakan

    pertandingan.