Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri

    1/4

    KERTAS KERJA PERKHEMAHAN

    UNIT BERUNIFORM

    KADET PANDU PUTERI MALAYSIAKUMPULAN PISMP SEMESTER 4

    2012

  • 7/31/2019 Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri

    2/4

    KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET PANDU PUTERI

    1.0 PENGENALAN

    Aktiviti perkhemahan Unit beruniform adalah antara aktiviti yang utama dalam

    kegiatan ko-kurikulum. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan

    kemanusiaan dapat dipupuk secara hands - on dengan para peserta dipupuk

    dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong,

    berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan

    peribadi. Aktiviti juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal

    dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan

    berkeyakinan diri masing-masing.

    Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampumengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah

    pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap

    dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa

    profesional yang tinggi serta senantiasa bersedia dan mampu menangani

    pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

    2.0 RASIONAL

    Aktiviti perkhemahan unit beruniform ini bertujuan memenuhi syarat tamat kursus

    GERKO unit uniform bagi pelajar Semester 4.

    3.0 OBJEKTIF

    3.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada

    keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

    3.2 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,

    amalan atau aktiviti.

    3.3 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

    3.4 Membina perwatakan berdisplin dan bertanggungjawab.

    3.5 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-

    masing.

    3.6 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

    3.7 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian

    secara teratur dan berdisiplin.

  • 7/31/2019 Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri

    3/4

    4.0 TARIKH DAN MASA

    Tarik : 1 Oktober 2012 4 Oktober 2012 (Isnin Khamis)

    Masa : 8.00 pagi (Isnin) 10. 30 pagi ( Khamis)

    5.0 TEMPAT

    Pusat Latihan Kokurikulum ( PULAKO) , Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

    6.0 KUMPULAN SASARAN

    Ahli Persatuan Pandu Puteri Semester 4

    7.0 SUMBER KEWANGAN

    Peruntukan Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

    8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

    ( Sila rujuk lampiran A )

    9.0 PROGRAM TENTATIF

    ( Sila rujuk lampiran B )

    10.0 AJK PERKHEMAHAN

    ( Sila rujuk lampiran C)

  • 7/31/2019 Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri

    4/4

    11.0 PENUTUP

    Semoga dengan adanya kertas kerja ini, diharap ia akan lebih memudahkan lagi

    pihak tuan untuk merujuk kepada butiran perancangan perkhemahan unit beruniform

    Kadet Pandu Puteri ini. Diharap semua cadangan yang disertakan di dalam kertas

    kerja ini mendapat maklum balas yang positif dari pihak tuan.

    Disediakan oleh,

    _________________________

    ( NADZIRAH BINTI LATIP )

    Setiausaha AJK Perkhemahan Unit Beruniform,

    Persatuan Pandu Puteri,

    IPG Kampus Rajang.