Upload
ashraff189
View
4.106
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
1
SK BATU TININGKANGWDT 12
89907 TENOMSABAH
TEL: 087-720 274
PROGRAM PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010
DISEDIAKAN OLEH:
ENCIK MOHD ASHRAFF BIN MUSASETIAUSAHA PROGRAM
DI BAWAH KENDALIANUNIT KO-KURIKULUM
DAN SEMUA GURU SERTA KTBMSK BATU TININGKANG, TENOM
ISI KANDUNGAN M/S
PENDAHULUAN 3
OBJEKTIF PROGRAM 4
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 6
CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM 11
LAMPIRAN 13
PENUTUP 20
2
Pendahuluan
Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Batu Tiningkang ini adalah suatu
program yang dirancang oleh Unit Ko-kurikulum untuk Tahun 2010 hasil dari idea
En. Mohd Ashraff bin Musa, Guru Penasihat TKRS SK Batu Tiningkang. Umum
mengetahui bahawa aktiviti perkhemahan amat sinonim dengan kegiatan unit
beruniform di peringkat sekolah rendah, menengah sehinggalah universiti.
Oleh sebab itu, Unit Ko-kurikulum berhasrat untuk melaksanakan program ini
dengan kerjasama semua warga SK Batu Tiningkang sama ada pihak pentadbiran
sekolah, guru-guru, ibu bapa mahupun murid-murid itu sendiri. Program ini
dirasakan bertepatan sebagai langkah pertama pihak sekolah untuk memantapkan
kemahiran-kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan
dan simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya di kalangan murid-murid SK Batu
Tiningkang.
Memandangkan ini merupakan pertama kali program sebegini akan diadakan
di sekolah ini, mungkin terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki misalnya
dari segi pelaksanaan dan tahap keberkesanan program. Adalah menjadi harapan
supaya sebarang cadangan untuk penambahbaikan program ini dapat diutarakan
dari semasa ke semasa demi manfaaat kita bersama.
3
4
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif Program
Memantapkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas dalam kegiatan unit
beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan
sebagainya
Menarik minat murid-murid dalam kegiatan unit beruniform sebagai aktiviti
tambahan selain pembelajaran di dalam kelas
Meningkatkan tahap keyakinan murid-murid dalam aktiviti unit beruniform
Menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam kegiatan ko-kurikulum
khususnya unit beruniform apabila mereka berada di sekolah menengah nanti
5
6
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010
SK BATU TININGKANG, TENOM
Penaung : Pegawai Pelajaran Daerah Tenom
Penasihat : Pn. Musiah Pansoi, Guru Besar
Pengerusi : Pn. Siti Alinah Bukari, Penolong Kanan Ko-kurikulum
Naib Pengerusi 1 : En. Rayner Chu, Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 2 : En. Augustine Yen, Penolong Kanan HEM
Setiausaha : En. Mohd Ashraff Musa
Bendahari : Cik Masrah Md. Yussof
AJK Pelaksana:-
Kem Komandan : En. Ridzuan Razlee
Timb. Kem Komandan : En. Razalie Sahimin
Cenderamata : Cik Misnah Misree
Disiplin & Keselamatan : En. Mohd Fauzil Kaimah
Juruteknik & Peralatan : En. Balaludin Gapul & En. Sabrin Dewin
Kerohanian : Ust. Mohd Azril Mat Soom & Pn. Oliyana Yamuk
Makanan : Pn. Noraida Aziz & Cik Misnah Misree
Persiapan Dewan : Cik Hapsah Awas & Pn. Surina Suparman
Penginapan : En. Rauzly Awah
Tugas-tugas Khas : Pn. Surina Suparman
Urusetia dan Jemputan : Pn. Annie Mumin
Dokumentasi : En. C’hng Kai Siong
Penyelaras Aktiviti : En. Augustine Yen
7
BIDANG TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA
PENAUNG : Pegawai Pelajaran Daerah Tenom sebagai Penaung akan memberi sokongan terhadap apa jua
penambahbaikan supaya program ini mencapai matlamatnya
PENASIHAT : Guru Besar sebagai Penasihat akan memberi kata putus ataupun idea terhadap perjalanan program ini
sama ada dari segi pelaksanaan, jawatankuasa ataupun apa jua yang dirasakan perlu
PENGERUSI : Penolong Kanan Ko-kurikulum sebagai Pengerusi bertindak menguruskan perjalanan program seperti
mesyuarat pra program, pemantauan dan lain-lain lagi
NAIB PENGERUSI : Naib Pengerusi yang terdiri dari Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Penolong Kanan HEM akan
membantu tugas Pengerusi
SETIAUSAHA : Menyediakan kertas kerja serta minit-minit mesyuarat, maklumat-maklumat program dan hal-hal lain
berkaitan kesetiausahaan
BENDAHARI : Mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kewangan program seperti kutipan yuran,
bayaran dan lain-lain
8
KEM KOMANDAN : Bertindak sebagai Guru Pemimpin kepada semua ahli unit beruniform
TIMB. KEM KOMANDAN : Membantu Kem Komandan
CENDERAMATA : Menguruskan cenderamata untuk para tetamu jemputan serta hadiah untuk murid-murid
DISIPLIN & KESELAMATAN : Menyediakan peraturan-peraturan program seperti peraturan tapak perkhemahan,
peraturan pakaian dan sebagainya di samping memastikan tahap disiplin para peserta
sentiasa terkawal
JURUTEKNIK & PERALATAN : Menyediakan segala jenis peralatan yang diperlukan untuk keperluan sepanjang program
KEROHANIAN : Menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian kepada para peserta sama ada
yang beragama Islam atau pun yang bukan beragama Islam
MAKANAN : Menguruskan makanan dan minuman untuk para guru, staf dan peserta program
PERSIAPAN DEWAN : Menyiapkan hiasan dewan bagi tujuan majlis perasmian program dan juga aktiviti-aktiviti
sepanjang program
PENGINAPAN : Menyediakan pelan tapak perkhemahan dan menguruskan peralatan khemah kepada
para peserta
9
TUGAS-TUGAS KHAS : Menjaga kebajikan para peserta seperti hal kecemasan, kesihatan dan lain-lain lagi seperti
kemudahan ampaian dan tandas para peserta
URUSETIA DAN JEMPUTAN : Membantu setiausaha dan juga menyediakan surat jemputan kepada para tetamu
jemputan program
DOKUMENTASI : Merakam gambar serta video sepanjang program berjalan dan menyediakan satu laporan
aktiviti (bergambar) selepas program tamat
PENYELARAS AKTIVITI : Memastikan setiap aktiviti diselaraskan mengikut jadual program dan memastikan
perjalanan program berjalan lancar
10
11
CADANGAN PELAKSANAAN
PROGRAM
CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : Mac 2010 (3 hari 2 malam)
Tempat : Pusat Rekreasi Paamilan, Tenom
Kumpulan sasar : - 20 orang ahli dari setiap Pasukan Pengakap, Tunas Pandu Puteri, Persatuan Puteri Islam Malaysia dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) - Semua guru dan KTBM SK Batu Tiningkang, Tenom- Jurulatih Luar
Anggaran : Rujuk Lampiran 1 Perbelanjaan
Sumber Kewangan : - Unit Ko-kurikulum sekolah- Sumbangan luar (Ibu bapa, pembekal dan lain-lain)- Sumbangan semua guru dan KTBM
Strategik : 1. Menyediakan kertas kerja dan pembentangan kepada Guru Besar2. Mengadakan mesyuarat gerak kerja semua ahli jawatankuasa program3. Mengadakan mesyuarat kemajuan gerak kerja program4. Pelaksanaan program5. Mengadakan mesyuarat laporan post-mortem
Tentatif Program : Rujuk Lampiran 2
Pelan Perkhemahan : Rujuk Lampiran 3
Keperluan Peserta : Rujuk Lampiran 4 dan 5
Senarai Tugas AJK : Rujuk mukasurat 8 – 10
12
LAMPIRAN
13
LAMPIRAN 1
PERINCIAN ANGGARAN PERBELANJAAN SEPANJANG PROGRAM
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA (RM) CATATAN
1. Alat Tulis - 500.00
2. T-shirt Belum ditentukan
1640.00 - T-shirt 22 orang Guru dan staf (RM20.00 seorang)- T-shirt 80 orang Peserta(RM 15.00 seorang)
3. Makanan Belum ditentukan
1500.00 Ibu bapa akan memberi sumbangan dalam bentuk makanan kering seperti beras, gula dan roti
4. Sewa tempat dan peralatan
Belum ditentukan
500.00
5. Kos Luar Jangka
- 500.00
JUMLAH 4640.00
14
LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010SK BATU TININGKANG, TENOM, SABAH
Masa/
Hari
0445 - 0800 0815 - 1015 1030 – 1230 1245 – 1400 1415 – 1600 1615 – 1730 1745 – 2000 2030 – 2200 2215 - 0430
Mac
2010
(Jumaat)
Peserta berkumpul di
sekolah/ Pergerakan ke
tapak perkhemahan
Pendaftaran para peserta/
Taklimat Program
Memasang khemah/
Minum Pagi
Makan Tengahari/
Solat/ Rehat
Pengenalan
kepada Ikhtiar
Hidup
Minum Petang/ Solat/ Riadah
Petang
Mandi/ Makan Malam/ Solat/
Ceramah MoralIkatan dan simpulan
Minum malam/ Tidur
Mac
2010
(Sabtu)
Mandi/ Solat/ Ceramah Moral
Latihan Asas Kawad Kaki Pengenalan
kepada Kompas danPandu Arah
Makan Tengahari/
Solat/ Rehat
Flying Fox/ Abseiling
Minum Petang/ Solat/ Aktiviti
Water confidence
Mandi/ Makan Malam/ Solat/
Ceramah Moral
Latihan asas bantu mula
Minum malam/
Tidur
Riadah Pagi/ Sarapan Pagi
Minum Pagi
Mac
2010
(Ahad)
Mandi/ Solat/ Ceramah Moral
Majlis Perasmian Penutup Program Taklimat
sebelum pulang/
berkemas
Khidmat Masyarakat (KHIDMAS)
Pergerakan pulang ke sekolah
Riadah Pagi/ Sarapan Pagi
Jamuan
15
LAMPIRAN 3
CADANGAN PELAN TAPAK PERKHEMAHAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010
KHEMAH PESERTA
(L)
KHEMAH GURU (L)
DEWAN AKTIVITI KHEMAH GURU (P)
KHEMAH PESERTA
(P)
TAPAK PERHIMPUNAN
KHEMAH MEMASAK/ PERALATAN/ QUARTER MASTER
TANDAS PESERTA
(P)
TANDAS GURU (P)
TANDAS GURU (L)
TANDAS PESERTA
(L)
AMPAIAN (L) AMPAIAN (P)
16
LAMPIRAN 4
SENARAI PERALATAN (PERLU DIBAWA OLEH PESERTA) PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010SK BATU TININGKANG, TENOM, SABAH
BIL. PERKARA KETERANGAN CATATAN
1. Pakaian Uniform lengkap
T-shirt berkolar
Pakaian sukan (baju berkolar, seluar tracksuit panjang, stokin, kasut sukan)
Pakaian solat (baju melayu, kain sarung, telekung dan lain-lain)
Untuk murid-murid islam sahaja
Pakaian tidur Sila bawa keperluan untuk tidur seperti bantal, selimut dan sebagainya
Pakaian basah Untuk mandi
2. Peralatan aktiviti Pen, pensel, buku log dan lain-lain
Tali, kain anduh, lampu suluh, wisel dan sebagainya
3. Peralatan mandi Selipar, sabun mandi, sabun basuh, berus baju
Berus gigi dan ubat gigi
4. Makanan Air minum, biskut, roti Jika perlu
5. Ubat-ubatan sendiri Jika ada
* Sila bawa peralatan yang dinyatakan secukupnya. * Sekiranya para peserta ingin membawa peralatan-peralatan lain yang dirasakan perlu, sila maklumkan kepada Kem Komandan
17
LAMPIRAN 5
SENARAI PERALATANPROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010SK BATU TININGKANG, TENOM, SABAH
BIL. PERKARA KETERANGAN CATATAN
1. Peralatan aktiviti Walkie-talkie
PA System
Tali nylon, mancis
Kompas
2. Peralatan khemah Generator
Khemah
Dapur memasak
3. Makanan Rujuk Lampiran 1
4. Ubat-ubatan Peti kecemasan
18
PENUTUP
19
PENUTUP
Program ini dirangka bukan semata-mata untuk memenuhi takwim Unit Ko-
kurikulum SK Batu Tiningkang pada tahun ini, tetapi objektif utamanya ialah untuk
meningkatkan lagi minat murid-murid terhadap kegiatan ko-kurikulum seperti unit
beruniform dan pelbagai lagi. Mudah-mudahan program ini dapat berjalan dengan
lancar dan memberi seribu satu pengalaman baru kepada para peserta program ini.
Justeru itu, diharap semua warga SK Batu Tiningkang dapat bersama-sama
berganding bahu dalam menjayakan program Perkhemahan Unit Beruniform Tahun
2010 ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
............................................. .............................................(En. Mohd Ashraff bin Musa) (Pn. Siti Alinah binti Bukari) Setiausaha, Guru Penolong Kanan KOKUM,Program Perkhemahan UB 2010, SK Batu Tiningkang,SK Batu Tiningkang, Tenom.Tenom.
Disahkan oleh,
.............................................(Pn. Musiah binti Pansoi)Guru Besar,SK Batu Tiningkang,Tenom.
20