KERTAS KERJA MPSAH 2012

Embed Size (px)

Citation preview

KERTAS KERJA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH 2012

MAJLIS KONVOKESYEN DAN PENYAMPAIAN SIJIH & HADIAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG MANIS, DARO7 NOVEMBER 20121.0 Pengenalan

Majlis Konvokesyen, Penyampaian Sijil dan Hadiah merupakan aktiviti tahunan Unit Kurikulum SK Mupong. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar sekolah yang menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang sepanjang tahun 2012. Selain itu, sijil penghargaan dianugerahkan kepada pelajar yang menjawat jawatan pengawas sekolah dan pengawas asrama serta pustakawan sekolah. Sijil penyertaan dan hadiah trofi juga diberikan kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam sukan dan permainan di peringkat MSSD Meradong.Majlis ini amat besar maknanya kepada para pelajar dan ibubapa serta para guru dalam menilai tahap pencapaian akademik mahupun dalam sukan permainan. Pihak sekolah merancang dan melaksanakan majlis ini dengan sedaya upaya bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan jayanya.

2.0Matlamat Majlis2.1Memberi penghargaan dan anugerah kepada pelajar yang berjaya menonjolkan

prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.2.2Memupuk komitmen, semangat bekerjasama dan hubungan erat di kalangan warga SK Mupong. 3.0Objektif Majlis3.1 Para pelajar merasa dihargai dan bangga di atas segala usaha bagi memajukan diri dalam bidang kurikulum serta ko-kurikulum..

3.2Para pelajar dapat meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab belajar, keyakinan dan kebolehan diri.

3.3Menyemai komitmen, semangat bekerjasama dan hubungan baik di kalangan warga SK Mupong.3.4Akhirnya pelajar dapat meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

4.0Aktiviti-aktiviti Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah

Majlis seperti ini khusus untuk upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-kurikulum. Penghargaan berbentuk sijil dan cenderamata juga disampaikan kepada guru, staf sokongan sekolah, ibubapa mahupun individu tertentu yang terpilih di atas sumbangan cemerlang sepanjang sesi persekolahan 2012. Persembahan murid menjadi tarikan dan memeriahkan lagi majlis ini.

4.1Penyampaian Sijil, Hadiah & Cenderamata

4.2Pelbagai jenis persembahan dari kumpulan pelajar

4.3Jamuan makanan dan minuman

4.4Ucapan-ucapan dan nyanyian lagu kebangsaan & negeri5.0Jawatan Kuasa MPSH SK Mupong 2012

Pengerusi

: En. Lingga anak Dagang (Guru Besar)

Naib Pengerusi: En. Hermanus Neil Jerenang anak Abraham Baling (PK1)

Setiausaha

: En. Ismail bin Rambli

Penolong Setiausaha : En. Wan Norazli Wan Bujang

Bendahari

: Pn. Ulot @ Ainur Fathini

Juruacara Majlis: Cik Nadia Maulad Zain & En. Wan Mohd Azham

JK Persembahan: Pn. Nommy Girin & Cik Melesa Ahmad

JK Persiapan Pentas : En. Wan Norazli Wan Bujang & Cik Nadia Maulad Zain

JK Siaraya

: En. Mohd Syuhaily Ab Manap & En. Wan Mohd Azham

JK Dewan & Disiplin Pelajar : En. Juti Jali, En. Wilfred & Cik Norazilah

Jurugambar

: En. Angking anak King

JK Makanan & Minuman : Cik Mastura Marsidi, Cik Adilah Kamarudin, En. Anuar, En. Tahir, Cik Melati Masani, En. Gawan6.0Jadual Aturcara MPSH

Program ini akan dilaksanakan minggu terakhir sesi persekolahan iaitu pada 7 November 2012, bertempat di Dewan Serbaguna SK Mupong, Meradong.

~ Rujuk jadual dalam Lampiran A.

7.0Anggaran Kos Perbelanjaan

Bil.PerkaraPerkiraanJumlah

1Jamuan Makanan & Minuman

Pelajar = 55 orang,

Guru dan staf = 19 orang

VIP & Para ibu bapa = 76 orangRM10 x 150 orgRM 1500.00

2Hadiah & Hamperi. Buku Kerja (RM5 x 30 = RM150)ii. Alat Tulis (RM5/set x 40 = RM200)

iii. Trofi (RM20 x 5= RM100)

iv. Hamper (RM30 x 5= RM150)

v. Buku tulis (RM4/set x 50 = RM200)RM150 + RM200 + RM100 + RM 150 +

RM 200RM 800.00

3Cenderamata RM50 X 4RM 200.00

JUMLAH BESAR :RM 2500.00

9.0 Kekangan

Berdasarkan pengalaman dalam menganjurkan majlis yang lepas, pihak sekolah mengalami beberapa kekangan yang sukar di atasi. Ianya sedikit sebanyak membantut kelancaran semasa program ini dijalankan. Antara kekangan tersebut ialah9.1Masalah kewangan

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Unit Kurikulum yanmemerlukan kos perbelanjaan yang besar. Sumber kewangan sekolah yang terhad menjadi penyebab utama program ini kurang lancar, kurang sambutan dan kurang sempurna.9.3Tiada jamuan makanan dan minuman khas

Pihak sekolah menghadapi masalah besar dalam menyediakan jamuan makanan dan minuman semasa program motivasi dijalankan. Hanya jamuan ringan sahaja yang dapat disediakan di atas sumber kewangan yang terbatas. 9.4Tidak dapat menyediakan hadiah khas sebagai ganjaran kepada pelajar

Ganjaran juga merupakan suatu cabang motivasi kepada pelajar yang dapat mencapai objektif majlis ini. Hadiah-hadiah khas dari sumber kewangan yang mencukupi amat diperlukan. Para pelajar yang berjaya perlu dan sepatutnya diberi ganjaran bermakna sebagai penghargaan di atas usaha dan sikapnya untuk memajukan diri dan terus bermotivasi setiap masa.10.0Penutup

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah yang dirancang pihak sekolah adalah satu usaha murni bertujuan memberi penghargaan kepada para pelajar yang derjaya mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-kurikulum sepanjang sesi persekolahan 2012.. Unit Kurikulum amat menitikberat program ini agar dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi kesan positif dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian akademik dan bukan akademik di kalangan pelajar sekolah.

Jawatankuasa Majlis amat memerlukan sumbangan kewangan dari pihak Yayasan Sarawak untuk keperluan yang tersenarai dalam perkara 7.0. Pihak sekolah menaruh harapan yang tinggi agar suatu peruntukan kewangan khas dapat disalurkan oleh Yayasan Sarawak dalam usaha membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak bangsa Sarawak sendiri. Sebagai makluman, SK Mupong merupakan satu daripada 7 buah sekolah yang disenaraikan oleh PPD Meradong untuk Kategori Sekolah Gemilang 2012 yang mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam UPSR selama 3 tahun kebelakangan ini.

Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih sekiranya permohonan peruntukan kewangan dari pihak Yayasan Sarawak mendapat perhatian dan disalurkan ke dalam akaun PIBG SK Mupong bagi menjayakan program ini. PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

.

( ISMAIL BIN RAMBLI )

( LINGGA ANAK DAGANG )

Setiausaha JK Induk,

Guru Besar,MPSH SK Mupong 2012

SK Mupong, Meradong.1Pokmael722012