Upload
azlin-abdul-aziz
View
569
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
:)
Citation preview
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
KERTAS KERJA MINI SUKAN ( FUTSAL DAN BOLA JARING )
PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH
TAHUN 2012
1.0 PENDAHULUAN
Mini Sukan Futsal dan Bola Jaring adalah disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Prasekolah untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).
2.0 MATLAMAT
Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 57 Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah KPM di Daerah Alor Gajah4.2 10 orang murid lelaki dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah
Alor Gajah untuk futsal4.3 10 orang murid perempuan dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah
Daerah Alor Gajah untuk bola jaring
5.0 CADANGAN MINI SUKAN
5.1 Dijalankan selama 2 hari untuk 2 jenis permainan dijalankan di 2 kawasan iaitu :i. Kawasan Alor Gajah ( 7 JULAI 2012 ) – Permainan Futsalii. Kawasan Masjid Tanah( 14 JULAI 2012 ) – Permainan Bola Jaring
5.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Alor Gajah ke Peringkat Negeri
1
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
6.0 SUMBER KEWANGAN
6.1 Yuran penyertaan dari setiap sekolah yang menyertai kedua-dua pertandingan :RM 100.00 X 57 Sekolah = RM 5,700.00
7.0 PERBELANJAAN
7.1
Bil. Perkara Jumlah Catatan
1. Bayaran Pengadil RM 20.00 X 8 orang X 2 kawasan
RM 320.00
2. Hadiah Tempat Pertama Plak RM 5.00 X 20 orang X 2 kawasan
RM 200.00
3. Hadiah Tempat Kedua Plak RM 5.00 X 20 orang X 2 kawasan
RM 200.00
4. Hadiah Tempat Ketiga Plak RM 5.00 X 20 orang X 2 kawasan
RM 200.00
5. Saguhati (untuk semua peserta) RM 1.00 X 560 orang X 2 kawasan
RM 1120.00
6. Jamuan Guru dan Pegawai RM 3.00 X 100 orang X 2 kawasan
RM 600.00
7. Jamuan Murid RM 2.00 X 570 X 2 kawasan RM 2280.00
8. Lain-lain RM 460.00
JUMLAH RM 5700.00
8.0 PELAKSANAAN
8.1 PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL DAN BOLA JARING
Bilangan semua pemain untuk pertandingan futsal dan bola jaring termasuk simpanan ialah 10 orang.
Peraturan-peraturan semasa pertandingan futsal dan bola jaring diberi kelonggaran untuk murid peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak.
Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk Mini Sukan adalah muktamad.
2
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
8.2 NAMA PERTANDINGAN
Mini Sukan ( Futsal dan Bola Jaring ) Prasekolah Negeri Melaka
8.3 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA
Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Futsal dan Bola Jaring ialah seperti berikut:-
Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )
Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )
Peserta 10 orang ( setiap pertandingan )
8.4 PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Kelas Prasekolah Negeri Melaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan.
Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan.
Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan.
8.5 TEMPOH PERLAWANAN
Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:
Bahagian pertama 7 minit Rehat 3 minit
Bahagian kedua 7 minit
8.6 SISTEM PERTANDINGAN
Liga Kumpulan
A . Pusingan Permulaan
Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.
B. Pusingan Suku Akhir
3
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati
ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang
sebagai kumpulan X1 dan X2
iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.
Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2
C. Pusingan Separuh Akhir
i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.
ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1
iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.
D. Pertandingan akhir
i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.
ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.
8.7 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN
8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti
berikut :-
Menang - 2 Mata
Seri - 1 Mata
Kalah - 0 Mata
8.7.2 Keputusan Seri
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut:
i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai
jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.
ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang
iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan
4
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
diisytiharkan sebagai pemenang.
8.7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir
dan akhir :
i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa
sepenuh perlawanan.
ii. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan.
ii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan
yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.
iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.
v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran
Tengah berikutnya.
vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga
satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.
9.0 PERTUKARAN PEMAIN
9.1 Penggantian dan Pertukaran posisi
Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain.
Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.
Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi.
Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:
i. Masa rehat
ii. Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.
Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang
menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian
5
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
dan atau pertukaran posisi.
Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan
9.2 Kecederaan dan kesakitan
Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan
permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat.
Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya
atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang
terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke
gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.
9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas
waktu rehat separuh masa.
9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana
kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas
waktu rehat separuh masa.
10.0 PAKAIAN
Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama.
Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain.
Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.
Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.
11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN
Gelanggang futsal Gelanggang bola jaring merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai
mengikut kesesuaian murid Prasekolah.
6
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
1. Cadangan luas padang futsal ialah 25 m X 18 m ( panjang(p) X lebar(l) )
25 m
18 m
i. Gol adalah ukuran keluasan 3 m lebar di depan gol 5 mii. Lebar di tengah untuk separuh bulatan adalah 1.5 m
2. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 12 m ( panjang(p) X lebar(l) )
21m
7m 7m
bulatan tengah
7m
12m
280mm
bulatan gol
i. Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 1.5 m tinggi.
7
5 m 3m
3 m
1.5 m
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
ii. Bulatan tiang gol mempunyai diameter 280 mm
iii. Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150 mm atau 6 inci p
iv. Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar
3. Peralatan Futsal
2 biji bola perlu disediakan atau digunakan adalah bersaiz 3. Tiang gol seperti tiang gol Bola Baling.
4. Peralatan Bola Jaring
Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur
mengikut spesifikasi berikut:
i. Permainan di jalankan di atas gelanggang padang:
Jenis bola jaring : rubber
Ukuran bola : saiz 4
ii. Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen
Jenis bola jaring : synthetic leather
Ukuran bola : saiz 4
12.0 KELEWATAN
Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.
Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0.
Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi.
Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :-
i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di
8
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.
ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.
ii.Sebaik sahaja selepas rehat
13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN
Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.
Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.
14.0 JURI RAYUAN
Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada Kelas Prasekolah berkecuali.
Ahli juri rayuan terdiri daripada:
i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi.
ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya.
iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.
iv. Dua hingga empat orang wakil daripada Kelas Prasekolah yang berkecuali.
Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN
Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan Prasekolah dikehendaki menyediakan “First Aid Kit” sendiri.
9
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
16.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN
Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.
Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-
1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan
disambung mengikut baki masa yang tinggal.
2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah
dimainkan semula.
3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu
jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan
secara serta merta.
4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan menetapkan semula
perlawanan yang tertangguh itu.
17.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK
Sekolah Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Futsal dan Bola Jaring manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang menganjurkan Mini Sukan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.
18.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN
Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)
Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1
pencatat skor)
10
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)
Payung - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat)
Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan
Jam randik - 2 buah
Papan skor - 1 unit
Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandingan
19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.
20.0 JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : Adnan bin Isenin ( SK Parit Melana )Naib Pengerusi : Irmadila binti Mat Ismail ( SK Durian Daun ( K )Setiausaha : Julianty binti Idris ( SK Hutan Percha )Naib Setiausaha : Noraini binti Zammeri ( SK Sri Laksamana )Bendahari : Azila binti Ayob ( SK Dato’ Naning )Naib Bendahari : Noraini binti Abu Bakar ( SK Pengkalan Balak )Ahli Jawatankuasa :
i. Pendaftaran dan BorangNurhalawati Jannat binti Saad ( SK Tanjung Bidara )Yaw Mei Ting ( SJK C Pay Chee )
ii. Persiapan Tempat / PadangRohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau Panjang ) Nurul Hayati binti Amat ( SK Telok Berembang )
iii. Teknikal / PeralatanMohd Maizon bin Waham ( SK Alor Gajah 1 )Madhumathi a/p Sankaran Nair ( SJK T Alor Gajah )
iv. JamuanRosmala Melati binti Kamaruddin ( SK Pulau Sebang )Hanisah binti Hamid ( SK Simpang Empat )
v. Hadiah dan Cenderahati
11
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
Hazlinda binti Abdul Rahman ( SK Gangsa )Izazuzita binti Idrus ( SK Sungai Tuang )
vi. Buku Program / JemputanNoraini bin Zammeri ( SK Seri Laksamana )Mok Suit Kit ( SJK C Machap Umboo )
vii. JuruacaraMahani bin Ab Jalil ( SK Jeram )
viii. Penyelia PesertaIrwanimarzilla binti Abd Samad ( SK Durian Tunggal )
21.0 LAMPIRAN
1. Jadual Perlawanan secara Liga Futsal dan Bola Jaring2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan3. Borang Penyertaan Pertandingan4. Borang Senarai Nama Pasukan
12
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
LAMPIRAN 1
JADUAL PERLAWANAN SECARA LIGA
KUMPULAN A
KUMPULAN 1
SUKU AKHIR
KUMPULAN 2
SEPARUH AKHIR
KUMPULAN 3
SUKU AKHIR
KUMPULAN 4 AKHIR
KUMPULAN 5
SUKU AKHIR
KUMPULAN 6
SEPARUH AKHIR
13
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
KUMPULAN 7
SUKU AKHIR
KUMPULAN 8
LAMPIRAN 2
JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN
NAMA PASUKAN
PASUKAN 1 PASUKAN 2 PASUKAN 3 PASUKAN 4 JUMLAH
PASUKAN 1
PASUKAN 2
PASUKAN 3
PASUKAN 4
JUMLAH
Disahkan oleh,
……………………………………………………
14
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
LAMPIRAN 3
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN
NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………………………………………………………….
NAMA PASUKAN : ……………………………………………………………………………………………………………
NAMA GURU : …………………………………………………………………………………………………………….
NAMA PEMBANTU : …………………………………………………………………………………………………………….
WARNA BIP/JERSI : …………………………………………………………………………………………………………….
BIL NAMA PESERTA NO. SURAT BERANAK POSISI
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
15
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
…………………………………………….. ………………………………………….
LAMPIRAN 4
SENARAI NAMA PASUKAN
BIL NAMA SEKOLAH JURULATIH / PENGURUS PASUKAN
16
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012
17