Click here to load reader
Upload
syedfazli
View
2.795
Download
10
Embed Size (px)
KERTAS KERJA
KEJOHANAN MERENTAS DESA
SK SANGLANG TAHUN 2011
SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG 06150 AYER HITAM, KEDAH DARUL AMAN.
KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SANGLANG TAHUN 2010
LATAR BELAKANG
Kejohanan Merentas Desa SK Sanglang merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini akan melibatkan semua murid Tahap 2 bagi acara merentas desa dan Tahap 1 bagi acara sukaneka. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan didik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.
RASIONAL
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
MATLAMAT
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid bagi menghadapi kejohanan Balapan dan Padang SK Sanglang. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 murid 1 sukan yang diperkenalkan.
OBJEKTIF
Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid. Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan didalam diri murid-murid. Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan
murid. Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan. Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing –masing. Memastikan murid –murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani,rohani,
emosi dan intelektual.
Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.
TARIKH
SELASA - 01 MAC 2011
TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG (TREK MERENTAS DESA DILAMPIRKAN)
KUMPULAN SASARAN
TAHAP 1- ACARA MERENTAS DESA
TAHAP 2 – ACARA SUKANEKA
STRATEGI PELAKSANAAN
Penubuhan Jawatankuasa Merentas Desa Mengadakan Mesyuarat menentukan tempat, masa, dan tugas untuk memastikan
kejohanan berjalan dengan lancar. Menjalankan latihan merentas desa pada setiap kali perjumpaan latihan sukan. Menyediakan borang-borang penyertaan dan pemarkahan. Memberikan taklimat dan jadual serta pelan merentas desa kepada guru dan staf terbabit. Kejohanan diadakan pada 1 MAC 2011
JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SANGLANG 2010
Pengerusi Tn Hj Mohd Azham B. Hj Tajuddin Guru Besar SK Sanglang
Naib Pengerusi I Tn Syed Fazli Bin Syed Zainol Abidin Pen. Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi II Pn Siti Rogayah Bt Osman
Pen. Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi III En. Ibrahim B. Said
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha : En. Hayazi B. Yaacob Naib Setiausaha: En. Mohd Fadzli B. Ku Abdullah
AJK: En Mohd Fakhrulrozi B. Ibrahim Ketua Rumah Hijau
Pn Yusniza Bt JaafarKetua Rumah Biru
Pn Nurshafizah Bt BakarKetua Rumah Merah
Pn. Nor Azizah Bt Abd AzizKetua Rumah Kuning
JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SANGLANG 2011
Penyelaras En. Hayazi B. Yaacob
Pen. Penyelaras En. Mohd Fadzli B. Ku Abdullah
Rayuan GB, PK 1, PK HEM, PK KK
Pelepas Tuan Guru Besar
Permulaaan/Penamat Pn. Haslinda HarunPn. Hasnah IbrahimPn. Nor Azilawati Yaakub
Pegawai Check Point En. Ku Ammar Ku IsmailEn. Md Rani B. TaibEn. Ismail B. AbdullahEn. Ariffin AhmadPn. Nur Shafizah BakarPn. Yusniza JaafarCik Afifah Abd GhaniPn. Jafizah DaliPn. Nor Azizah Abdul AzizPn. Rosyati Ramli
Siaraya dan Alatan En. Md. Rani Taib
Fotografi Dokumentasi En. Hayazi B. Yaacob
Juruacara En. CheNasir Che Mat
Pengadil/Data Pn. Zanorwati DrahmanEn. Mansor RashidPn. Basharah ZainPn. Juwairah GhazaliPn. Hadishah Hassan
Kawalan Keselamatan dan Pasukan KecemasanEn. Tajudin Ismail En. Mohd. Fakrulrozi IbrahimEn. Abdul Hamid B. Sulaiman.
Kawalan Murid Tahap 1 & PRA/ Sukaneka En. Mohd Fadzli Ku AbdullahEn. Che Nasir B. Che MatPn. Rosni AbdullahPn. Mushitoh MansorPn. Barishah Zain
Minuman Murid & Jamuan RinganPn. Wan Suhaiza Wan SulaimanPn Noraini Bt Nayan
Hadiah dan CenderamataPn. Hasnah Bt IbrahimPn. Basharah Bt ZainPn Norazilawati Bt Yaakub
PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH1 Hadiah - Medal( acara merentas desa)
- Hamper (acara sukanekaRM 50.00RM 95.00
2 Bahan dan Alatan Untuk Acara Sukaneka RM 45.15
3 Air Mineral Pegawai RM 17.004 Jamuan Guru+ Jemputan Rela RM 80.00
JUMLAH BESAR RM287.15
ATURCARA MAJLIS
8.00 Pagi - Murid berkumpul di padang
Taklimat Setiausaha Sukan
Peserta mengambil tempat
8.15 Pagi - Taklimat pegawai / guru
8.30 Pagi - Perasmian Kejohanan Merentas
Desa oleh Tuan Guru Besar SK Sanglang
8.45 Pagi - Acara Merentas Desa dimulakan.
8.45 Pagi - Murid Perempuan Bawah 12
9.00 Pagi - Murid Lelaki Bawah 10
9.15 Pagi - Murid Perempuan Bawah 10
9.30 Pagi - Murid Lelaki Bawah 12
9.30 Pagi - Pertandingan Sukaneka Tahap 1
Prasekolah– Tiup Tepung
Tahun 1 –Isi Air Dalam Botol
Tahun 2 - Kepit Bola
Tahun 3 - Gelang Getah dan Straw
10.45 Pagi – Acara dijangka tamat.
10.45 - 11.30 Pagi – R E H A T
11.45 – Majlis Penyampaian hadiah.
12.45 Tengahari - Murid pulang
Disediakan Oleh:
………………………………………
MD. RANI B. TAIB Setiausaha Sukan SK Sanglang 06150 Ayer Hitam Kedah Darul Aman
Disemak Oleh:
…………………………………….
Diluluskan Oleh:
………………………………………….
Lampiran