4
KERTAS KERJA CADANGAN MAJLIS ZIKIR SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MATU, SARAWAK 1. MUQADDIMAH Sejak kebelakangan ini, isu moral di kalangan remaja masa kini sering diperkatakan samada oleh individu atau masyarakat dan sering dipaparkan samada di media cetak atau elektronik. Masyarakat sering menuding jari mengatakan perkara ini terjadi kerana kegagalan pihak tertentu membendung gejala tersebut khasnya pihak guru di sekolah serta ibubapa atau penjaga di rumah. Ini ditambah pula dengan suasana persekitaran yang menjadi pemangkin perkara tersebut berlaku secara berleluasa seperti pengaruh rakan sebaya, media cetak dan elektronik serta kekurangan pengetahuan agama di kalangan remaja tersebut. Semua pihak harus berganding bahu membendung perkara ini dari terus berlaku. Oleh yang demikian, kita sewajarnya menyusun pelbagai program dan aktiviti bagi mencegah perkara tersebut dan tidak hanya menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu perkara yang berkaitan dengan sahsiah murid di sekolah. Pihak Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Matu merasa terpanggil untuk menyusun aktiviti pemantapan sahsiah ini agar perkara tersebut dapat di atasi secara berperingat- peringkat sejak dari bangku sekolah lagi. Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak akan dapat mengatasi masalah sahsiah dan moral

Kertas Kerja Majlis Zikir

Embed Size (px)

DESCRIPTION

zikir dapat menenangkn hati pelajar

Citation preview

KERTAS KERJA CADANGAN

MAJLIS ZIKIR

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MATU, SARAWAK

1. MUQADDIMAH

Sejak kebelakangan ini, isu moral di kalangan remaja masa kini sering diperkatakan samada oleh individu atau masyarakat dan sering dipaparkan samada di media cetak atau elektronik. Masyarakat sering menuding jari mengatakan perkara ini terjadi kerana kegagalan pihak tertentu membendung gejala tersebut khasnya pihak guru di sekolah serta ibubapa atau penjaga di rumah. Ini ditambah pula dengan suasana persekitaran yang menjadi pemangkin perkara tersebut berlaku secara berleluasa seperti pengaruh rakan sebaya, media cetak dan elektronik serta kekurangan pengetahuan agama di kalangan remaja tersebut.

Semua pihak harus berganding bahu membendung perkara ini dari terus berlaku. Oleh yang demikian, kita sewajarnya menyusun pelbagai program dan aktiviti bagi mencegah perkara tersebut dan tidak hanya menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu perkara yang berkaitan dengan sahsiah murid di sekolah.Pihak Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Matu merasa terpanggil untuk menyusun aktiviti pemantapan sahsiah ini agar perkara tersebut dapat di atasi secara berperingat-peringkat sejak dari bangku sekolah lagi. Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak akan dapat mengatasi masalah sahsiah dan moral murid di sekolah seterusnya dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik. Semoga usaha yang sedikit ini akan mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT ke arah melahirkan modal insan yang berjiwa merdeka dari perkara-perkara yang tidak baik yang dilarang oleh agama Islam yang mulia ini.

2. MATLAMATMelahirkan modal insan yang mempunyai niat (qasad) yang betul di dalam memenuhi kewajipan menuntut ilmu (taradh) ke arah membudayakan sahsiah mithali di dalam kehidupan (tayin).3. OBJEKTIF

3.1 Dapat mendidik jiwa murid supaya lebih bersih dalam usaha

menuntut ilmu.

3.2 Murid dapat mengamalkan akhlak mulia dan berfikiran positif.

sepertimana yang dikehendaki oleh syarak.

3.3 Murid dapat menjadi contoh kepada orang lain samada dari segi

sahsiah, kepimpinan dan komited kepada ajaran Islam.

3.4 Murid dapat menambah ilmu sebagai persediaan sebelum keluar

ke masyarakat kelak selepas tamat persekolahan.

4. SASARAN

Semua murid dan guru SK Kuala Matu.

5. TARIKH DAN TEMPAT 5.2 Masa : Setiap pagi sebelum PdP bermula sepanjang tahun. 5.3 Tempat : SK Kuala Matu6. STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Berzikir7. JAWATANKUASA PROGRAM

Semua guru Pendidikan Islam dibantu guru-guru akademik.8. SUMBER KEWANGAN

Tiada9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada10. TENTATIF PROGRAM7.00 Pagi :Majlis Zikir bermula7.15 Pagi:Majlis zikir tamat dan pelajar masuk ke kelas11. PENUTUP

Usaha ke arah pembentukan modal insan yang berakhlak memerlukan berbagai persedian dan pengisian. Dengan berlakunya pembentukan persekitaran Iklim yang baik di sekolah adalah diharapkan ia dapat memberi kesan yang besar terhadap pertumbuhan dan penghayatan nilai akhlak yang mulia di kalangan pelajar seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dalam akhlak dan akademik.Disediakan olehGuru Pendidikan Islam SKKM