Kertas Kerja Klinik Bola Jaring

  • Upload
    sitara

  • View
    519

  • Download
    20

Embed Size (px)

Citation preview

Sharhan2011

KERTAS KERJA KLINIK BOLA JARING KELAB BOLA JARING SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2011

TEMPAT : PADANG SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 TARIKH 16 HB FEBRUARI 2011 MASA : 4.oo PETANG HINNGA 6.00 PETANG ANJURAN : KELAB BOLA JARING S.K.JITRA 3

1

Sharhan2011

MENGADAKAN KLINIK BOLA JARING BAGI AHLI KELAB BOLA JARING ANJURAN KELAB BOLA JARING SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3 SESI 2011. PENDAHULUAN Klinik ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh kelab bola jaring Sekolah Kebangsaan Jitra 3.Klinik ini disertai oleh pelajar tahun 4 dan 5 yang merupakan ahli kelab bola jaring S.K.Jitra 3 sesi 2011. Setiap guru penasihat dari setiap kelab dan permainan wajib menghantar seorang wakil bagi klinik ini. Klinik ini akan diadakan di bilik SAC berdekatan dengan padang sekolah .Penggunaan padang sekolah kemungkinann diperlukan bagi aktiviti yang memerlukan tunjuk cara diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan mdal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum. MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan. OBJEKTIF 1. Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan. 2. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. 3. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam esebuah pasukan.. 4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. 5. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.2

Sharhan2011

6. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 7. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN1. 2. 3. 4.

Tarikh yang dirancang ialah 16hb Februari 2011 iaitu pada hari Rabu. Dilaksanakan selama 2 jam. Masa pelaksanaan melibatkan waktu petang. Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT) Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang sekolah berdekatan dengan bilik SAC.1. Kawasan padang yang berdekatan dengan tempat klinik.

2. 3.

Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran. Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

PERASMIAN Program Klinik Bola Jaring ini akan dirasmikan oleh Encik Zulkeflee Bin Alwi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jitra 3. Ia akan berlangsung di padang sekolah. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 10 minit kerana Encik Zulkeflee Bin Alwi akan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini. KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN1. Jumlah peserta :50 orang 2. Jumlah ajk klinik :10 orang

3

Sharhan2011

PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: BIL PERKARA KUANTITI 1 2 3 4 5 MINUMAN MAKANAN BELANJA TAK TERDUGA CENDERAHATI JUMLAH BESAR 2 BEKAS BESAR 50 BUNGKUS ROTI 1

JUMLAH(RM) RM 50.00 1.50X50= RM 75.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 325.00

Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet yang disenaraikan kerana klinik ini dilaksanakan pada waktu persekolahan maka ianya mungkin berubah mengikut keperluan.

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang akan disampaikan di dalam aktiviti klinik Bola Jaring ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: . (Pn. Siti Hajar Binti Abdul Rahim) Guru Pembimbing Kelab Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Jitra 3.

4