6
SJK(C) BIN CHONG RIMBA TERJUN, PONTIAN JBC 6001 KERTAS KERJA INOVASI TANDAS SEKOLAH TARIKH : 08 JULAI 2013 - 26 JULAI 2013 TEMPAT : DEWAN DAN TANDAS SEKOLAH

Kertas Kerja Inovasi Tandas 2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja tandas

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Inovasi Tandas 2013

SJK(C) BIN CHONGRIMBA TERJUN, PONTIAN

JBC 6001

KERTAS KERJA

INOVASI TANDAS SEKOLAH

TARIKH :

08 JULAI 2013 - 26 JULAI 2013

TEMPAT :

DEWAN DAN TANDAS SEKOLAH

Page 2: Kertas Kerja Inovasi Tandas 2013

1.0 Nama Projek Inovasi Tandas Sekolah

2.0 Pengenalan Inovasi Tandas Sekolah merupakan satu usaha yang dijalankan

bagi meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan murid mengenai

tatacara penggunaan dan penjagaan kebersihan tandas secara

menyeluruh. Inovasi Tandas Sekolah mengandungi dua jenis aktiviti yang

akan dilaksanakan. Aktiviti pertama merupakan taklimat mengenai

tatacara penggunaan tandas dan kesan kekotoran pada tandas. Aktiviti

kedua merupakan pertandingan kebersihan tandas mingguan. Masa

pelaksanaan Inovasi Tandas Sekolah adalah secara berterusan.

Tumpuan akan diberikan kepada pemupukan amalan budaya

kebersihan dalam kalangan murid bagi penggunaan tandas dengan

bersih. Di samping itu, Inovasi Tandas ini juga bertujuan untuk

mengubah sikap pengguna tandas yang kurang berhemah.

3.0 Rasional Inovasi Tandas Sekolah memberikan peluang secara menyeluruh

kepada semua murid agar melibatkan diri dalam menjaga kebersihan

tandas dan menggunakan tandas secara berhemah. Fokus Inovasi

Tandas Sekolah adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran dalam

kalangan murid terhadap tanggungjawab meraka kepada tandas. Murid-

murid dapat menyedari tentang kepentingan kebersihan tandas dalam

sekolah. Selain itu, Inovasi Tandas Sekolah juga membantu murid untuk

membuat refleksi kendiri terhadap sikapnya ketika menggunakan tandas

di sekolah dan seterusnya mengubah sikap yang kurang berhemah.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dipercayai dapat menyemaikan sikap

bekerjasama dalam kalangan murid bagi menjaga kebersihan tandas dan

dijadikan sebagai satu tanggungjawab bersama.

Page 3: Kertas Kerja Inovasi Tandas 2013

4.0 Matlamat 4.1 Memupuk sikap menggunakan tandas secara berhemah.

4.2 Melibatkan murid secara aktif dalam menjaga kebersihan tandas.

4.3 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid agar menghargai

kelengkapan/kemudahan yang disediakan dalam tandas.

4.4 Meningkatkan taraf kehidupan sekolah.

5.0 Objektif 5.1 Untuk menyedarkan murid tentang kepentingan amalan kebersihan

tandas yang menyumbang kepada kesihatan tubuh badan.

5.2 Untuk menggalakkan murid menjaga dan mengekalkan kebersihan

tandas sepanjang masa.

5.3 Untuk memberi peluang kepada murid membuat perubahan sikap

semasa menggunakan tandas.

5.4 Untuk memberi keselesaan kepada semua pengguna.

6.0 Sasaran KumpulanSemua murid sekolah.

7.0 Pelaksanaan (1) Tarikh : 08 Julai 2013 – 26 Julai 2013

(2) Masa Taklimat : 07.20pm – 07.30pm ( Setiap hari Isnin)

Masa Pertandingan : Setiap minggu

(3) Tempat : Dewan dan tandas sekolah

8.0 JawatankuasaPenasihat : Pn. Ooi Yean Sien

Pengerusi : Pn. Sin Lay Hun

Timbalan Pengerusi 1: Pn. Tan Lian Kim

Timbalan Pengerusi 2: Pn. Kong Ai Yong

Page 4: Kertas Kerja Inovasi Tandas 2013

Mentor : Cik Cheong Fong Wun

Setiausaha : (1) Cik Chew Sheau Pey

(2) Cik Leiw Lee Peen

Bendahari : (1) Cik Cheng Leh Seng

(2) Cik Khoo Hui Xin

Pelaksana : (1) Cik Chew Sheau Pey

(2) Cik Khoo Hui Xin

(3) Cik Leiw Lee Peen

(4) Cik Cheng Leh Seng

9.0 Pelaksanaan

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN / LOKASI

08/07/2013 Hingga

26/07/2013

Setiap Hari Isnin

07.10am – 07.30am

Taklimat:

Tatacara penggunaan

tandas

Kesan Kekotoran Tandas

Dewan Sekolah

08/07/2013 Hingga

26/07/2013

Setiap Minggu

(i) Sebelum waktu P&P (07.30)am

(i) Selepas waktu rehat (09.50am)

(ii) Sebelum waktu tuisyen sekolah

(01.30pm)

Pertandingan Kebersihan Tandas

Mingguan

Tandas Sekolah

Page 5: Kertas Kerja Inovasi Tandas 2013

10.0 PerbelanjaanAnggaran Perbelanjaan Inovasi Tandas Sekolah :

Bil. Perkara RM1 Sijil Penghargaan 10.00

Jumlah 10.00

Jumlah perbelanjaan keseluruhan - RM 10.00

Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak sekolah.

11.0 PenutupKesedaran awal adalah penting bagi membantu murid sekolah

menjadi seorang yang bertanggungjawab. Oleh itu, proses

pembentukan nilai dan norma kebersihan perlu disemai

secara berterusan supaya ia menjadi sebati dalam diri setiap

orang. Kejayaan Inovasi Tandas Sekolah amat bergantung

kepada komitmen semua murid yang terlibat. Aktiviti yang

dijalankan diharapkan akan menjadi amalan yang berkekalan dalam

kehidupan seharian dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab

dan seterusnya menyumbang kepada wawasan negara yang

berusaha membina model insan yang cemerlang.

Page 6: Kertas Kerja Inovasi Tandas 2013

Disediakan oleh, Disediakan oleh,

(CHENG LEH SENG) (KHOO HUI XIN)

Guru Pelatih IPG KTI Guru Pelatih IPG KTI

Disediakan oleh, Disediakan oleh,

(CHEW SHEAU PEY) (LEIW LEE PEEN)

Guru Pelatih IPG KTI Guru Pelatih IPG KTI

Disemak oleh,

__________________

(PN. LIM SIEW HONG)

Guru Bertugas

SJK(C) Bin Chong, Johor.

Disahkan oleh,

__________________

(PN. OOI YEAN SIEN)

Guru Besar

SJK(C) Bin Chong,

Johor.

Disemak oleh,

__________________

(CIK. NUR ZAHIDAH BT KHOZA )

Guru Bertugas SJK(C) Bin Chong, Johor.