Upload
nurul-syahirah-abas
View
27
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kertas kerja
Citation preview
1.0: PENDAHULUAN
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk melahirkan murid-murid
berminda kelas pertama, panitia Sains Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Manaf
telah mengambil langkah yang proaktif untuk mengadakan minggu Sains.
Minggu sains diadakan sebagai salah satu pendedahan pembelajaran diluar
kelas yang dapat memperkembangkan ilmu Sains kepada murid-murid diluar
silibus sekolah. Di samping itu, minggu Sains ini diadakan sebagai satu langkah
menggalakkan pembelajaran yang menarik untuk murid-murid.
2.0: MATLAMAT
Antara matlamat utama minggu Sains ini diadakan adalah seperti berikut:
Menambah pengetahuan sains diluar silibus kepada murid-murid.
Sebagai pendedahan kepada murid-murid mengenai perkembangan sains
dalam situasi sebenar.
Menerapkan nilai pembelajaran inkuiri dalam diri murid-murid.
Menarik minat murid-murid bahawa pembelajaran sains merupakan subjek
yang menyeronokkan.
3.0: OBJEKTIF
KERTAS CADANGAN
Program Sains bersama murid Tahun 6.
“Science is awesome!”
SK KUBANG IKAN
2015
PANITIA SAINS SK KUBANG IKAN,
CHENDERING,21600,KUALA TERENGGANU
TERENGGANU.
Aktiviti ini dijalankan dengan berfokuskan kepada beberapa matlamat yang
dinyatakan:
Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya
ianya sangat menarik untuk dipelajari.
Memberi pengalaman menarik kepada murid-murid dengan melakukan aktiviti
hands-on.
Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan murid-murid.
Menggalakkan murid berfikir menggunakan pemikiran aras tinggi.
Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid seperti bekerjasama,
berkeyakinan dan bantu-membantu.
4.0 RASIONAL
Ilmu Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang sentiasa berkembang.
Perkembangan ilmu Sains ini perlu dipelajari oleh murid-murid bagi
meningkatkan tahap pengetahuan mereka dalam bidang yang lebih mencabar
pada masa hadapan. Sains merupakan satu bidang ilmu yang menarik untuk
dipelajari dan dapat menjana minda murid-murid supaya lebih kreatif dan
inovatif. Minggu Sains dapat dijadikan satu medium penyebaran ilmu dan
maklumat kepada murid-murid dengan pelaksanaan aktiviti yang terancang dan
sistemtik.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Seua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan.
6.0: KUMPULAN TERLIBAT.
a) Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan.
b) Guru pelatih:
1. Nadzirah Binti Razak (Sains)
2. Nurul Syahirah Binti Abas (Sains)
3. Fathin Binti Othman (Tesl)
4. Tajul Arif Bin Mohamad Rani (Pendidikan Khas)
5. Mohd Helmi Bin Mohd Amin (Pendidikan Khas)
7.0: TARIKH
18 Oktober 2015
8.0 TEMA
“ Science is Awesome”
9.0: AHLI JAWATANKUASA MINGGU SAINS
PENASIHAT: GURU BESAR
Pn
PENASIHAT : GURU BESAR
Pn Norlela Bt Ayob
PENGERUSI : GPK KURIKULUM
En Neezri Bin Arop @ Othman
NAIB PENGERUSI : GPK KO-KURIKULUM
Pn Aida Binti Hassan
PENYELARAS
En Shahrul Bin Ahmad
SETIAUSAHA
Nurul Syahirah Binti Abas
BENDAHARI
Nadzirah Binti Razak
AHLI JAWATANKUASA
Semua guru SKDAM
10.0: AKTIVITI YANG DIJALANKAN
HARI/
TARIKH MASA AKTIVITI SASARAN TEMPAT
Ahad
18 Oktober
2015
8.00-10.45
pagi
Gaint Bubble
Rainbow Snake
Bubble.
Murid Tahun 6 Padang SKKI
10.45-
12.00
tengahhari
Jom bina Gunung
Berapi!
Murid Tahun 6 Dewan SKKI
12.00-1.15
petang
Uji kaji Gunung
Berapi
Murid Tahun 6 Dewan SKKI
11.0: PERBELANJAAN
Bil. Perkara Perbelanjaan Jumlah
1. Gaint Bubble -Joy pencuci pinggan.
-Tepung ubi kayu.
-Tali.
= RM3.00
=RM2.00
=RM3.00
RM8.00
2. Rainbow Snake
Bubble
-Joy pencuci pinggan =RM 3.00
RM 3.00
3. Gunung Berapi -Soda bikarbonat
-Joy Pencuci pinggan
-Pewarna merah
-Mentos
-Coco Cola
-Cuka
= RM2.00
= RM3.00
= RM1.00
= RM 2.00 X 6
= RM 1.00 X 6
=RM 2,00
RM 26.00
JUMLAH BESAR RM37.00
12.0: PENUTUP
Semoga kertas cadangan ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada pihak
sekolah. Diharapkan projek ini dapat memberi manfaat kepada semua warga Sekolah
Kebangsaan Kubang Ikan dan dapat menarik minat murid untuk terus belajar dan
mendalami Sains.
Disediakan oleh:
……………………………………………..
(Nurul Syahirah Binti Abas )
Setiausaha program Sains Murid Tahun 6,
SK Kubang Ikan,
Chendering, K. Terengganu.
Disemak oleh,
…………………………………………….
( )
Disahkan oleh,
…………………………………………..
( )