13
PROGRAM BAKTI SOSIAL SEHATI, SEUMMAH 2015 (BAKSOS SEHATI, SEUMMAH 2015 ) HARI : SABTU TARIKH : 28 MAC 2015 TEMA : TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB, RAPATKAN UKHUWAH ANJURAN: Persatuan Pelajar Tajaan MARA Universitas Hasanuddin DENGAN SOKONGAN DAN KERJASAMA:

Kertas Kerja Bakti Sosial Sehati Seummah 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lol

Citation preview

PROGRAM BAKTI SOSIAL SEHATI, SEUMMAH 2015(BAKSOS SEHATI, SEUMMAH 2015 )

HARI : SABTUTARIKH : 28 MAC 2015

TEMA :TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB, RAPATKAN UKHUWAH

ANJURAN: Persatuan Pelajar Tajaan MARA Universitas Hasanuddin

DENGAN SOKONGAN DAN KERJASAMA:

BADAN EKSEKUTIF MAHASISWA FAKULTAS KEDOKTERAN UNHAS (BEM FK UNHAS)PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN MAKASSARMEDICAL MUSLIM FAMILY (M2F)

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja Program bakti Sosial Sehati Seummah II dihantar ke Pejabat MARA Luar Negara Jakarta bagi memohon pertimbangan bantuan kewangan daripada pihak MARA bagi menjayakan program ini. Program ini merupakan kesinambungan dari program yang pernah diadakan sebelumnya yang mana bertujuan untuk memberikan khidmat bakti sosial pada masyarakat setempat, disamping memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasi ilmu medis yang dipelajari melalui aktiviti yang ada dalam program ini.

2.0 LATAR BELAKANG

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

BAKSOS adalah singkatan daripada Bakti Sosial yang lazim digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan UNHAS dalam melaksanakan kerja-kerja sukarela di sekitar mahupun di luar Makassar. Program ini bermatlamat membantu penduduk tempatan mengurangkan beban penjagaan kesehatan baik melalui pemeriksaan kesehatan mahupun bersunat secara percuma. Dalam masa yang sama, program ini dapat merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar perubatan UNHAS sendiri dengan penduduk sekitar kota disamping memberikan peluang dan pendedahan kepada mereka untuk berbakti dan mengaplikasi ilmu perubatan yang dipelajari. Selain itu, dengan program ini diharapkan dapat membentuk pelajar-pelajar yang berakhlak tinggi dan peka kepada keperluan penduduk sekitar.

Dari manapun kita dilahirkan, tuhan telah menjadikan manusia ini hidup dengan berpuak-puak atau berbangsa-bangsa agar mereka berkenal-kenalan. Kami memilih nama BAKSOS Sehati, Seummah sebagai simbol tiada perbezaan antara pelajar-pelajar dan penduduk tempatan mahupun antara Malaysia dan Indonesia kerana kedua-duanya berasal dari satu rumpun malah satu akidah, serta dianjurkan saling membantu ke arah kebaikan. Sebenarnya, program ini adalah diadakan untuk kali yang kedua, walaupun pelaksanaannya hanya mengambil masa satu hari, namun program ini insyaAllah membawa kesan besar dalam diri pelajar-pelajar di sini. Dalam ilmu perubatan, kepakaran dan pengalaman seorang doktor sangatlah penting bagi membolehkan mereka menghadapi pelbagai bentuk penyakit dan menyelesaikan penyakit tersebut sampai sembuh. Melalui program ini, diharapkan dapat memberi peluang kepada peserta bertemu dengan banyak pesakit dan berbakti kepada mereka.

3.0 TEMA PROGRAM

Tema program ini ialah Tunaikan Tanggungjawab, Rapatkan Ukhuwah. Tema ini dipilih kerana BAKSOS pada kali ini diharap menjadi wadah untuk pelajar-pelajar berbakti dan menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat setempat, disamping menjalin hubungan baik antara persatuan mahupun masyarakat setempat.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

1) Membentuk sifat peduli dan peka serta sanggup mengeluarkan keringat demi memberi manfaat kepada yang memerlukan.2) Memberi peluang pelajar-pelajar mengaplikasi ilmu perubatan serta memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menimba pengalaman.3) Menyatukan hati dan mahabbah antara pelajar-pelajar perubatan Unhas.4) Melahirkan calon doktor berstandar lima bintang.

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH : 28 Mac 2015 (Sabtu)TEMPAT : Alfityan School, Jln Pallantikang, Sunguminasa, GowaPENYERTAAN : Urusetia PROGRAM : 50 Peserta : 150 Target pasien : 200

6.0 PENGLIBATAN Urusetia program Bakti Sosial Sehati, Seummah ini adalah Warga Keluarga Pelajar-pelajar FK Unhas bertindak di bawah Persatuan Pelajar Tajaan MARA dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indoneisa (PKPMI), serta para doktor penanggung jawab daripada Fakultas Perubatan Universitas Hasanuddin.

(Lihat lampiran 1)7.0 SUMBER KEWANGAN Kewangan pelajar Pendaftaran peserta Sumbangan dan bantuan kerajaan

8.0 RANCANGAN ANGGARAN KEWANGAN KEGIATAN(Lihat lampiran 2)

9.0 PENUTUPAkhir kata, kami sangat berbesar hati jika program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua pelajar dari Universitas Hasanuddin Makassar. Diakhir program ini juga kami akan mengeluarkan sijil atau sertifikat kepada semua peserta sebagai penghargaan mereka berpartisipasi dan menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat berlangsung dengan jayanya dan semoga Tuhan membalas jasa setiap anggota serta peserta yang bersama-sama mengerah keringat menjayakannya.

Towards Global Entrepreneurship and Education

URUSETIA PROGRAMBAKSOS SEHATI SEUMMAH 2015

Disediakan oleh,

.......................................(JEFRIZAL BIN MAT ZAIN)PengerusiPersatuan Pelajar Tajaan MARAUniversitas HasanuddinEmel: [email protected]

Makassar, 2 Mac 2015

Lampiran 1URUSETIA PROGRAM BAKTI SOSIAL SEHATI SEUMMAH 2015FAKULTAS PERUBATAN UNIVERSITAS HASANUDDIN

Pengarah Program:Jefrizal bin Mat Zain

Timbalan Pengarah program:Mohammad Taufik bin Awang

Setiausaha program:Nor Shamimi binti Mohd Zulkamal PunniaZaidatul Hidayah binti Idris

Bendahari program:

Muhammad Farid bin RoslanNurul Safiah Hamizah binti Suhaimi

Ahli jawatankuasa program:

1. Acara:Elisa Farhana Binti OmarWan Asyekal Wan NazuanHamizah Binti HasbullahNurul Atika Binti John Nusip

2. Tempat:Aldha Bn Nor ZainiMuhd. Fawwaz bin Mohd.Sujangi Mohamed Aidil bin HamdanKamilah Binti Maketar

3. Peralatan dan Sterilisasi:Siti Nur Ain Binti DulmatThania Binti RadzuanHanna Amiera Binti Abd Razak BurkeAmir Farid Bin Aminuddin

4. Ubat-ubatan:Muhammad Radhi Bin AriffinMuhammad Syahir Bin TajuddinSiti Nur Izzah Binti KasimNurul Fathin Hamamah Binti Termizi

5. Promosi dan DokumentasiOmar Nafiis Bin HairuddinKhairun liyana Binti Mat ShahAsyira Nur Idayu Binti AsriAbdul Hannan Bin Ghazali

6. Makanan dan Kebersihan:Zaidatul Hidayah Binti IdrisNurul Diyana binti YahyaNik Fauzan Bin Nik YahyaHawa Binti Mat Khalid

7. Pengangkutan:Mohd. Aizat Kamal Md.Shamuddin Syamil Bin RoslanPuteri Adeeba Binti Ahmad NasaieeSakinah bt Saffar

8. Cenderahati :

Nur Syahidah Binti Mat JusohSyaufyqyn Binti EzaniAhmad Jairullah JohariSiti Hawa binti Abd Rani

9. Dana dan usaha :Nur Asyikin AliasNurul Amirah bt SalimZulakha Nur Ahmad Azhar

Lampiran 2Perkiraan Belanjawan Program Bakti Sosial Sehati Seummah 2015A. Sunat( 200 orang)

Lidocain comp 1500 bh @ Rp. 2.000Rp. 3.000.000

Amoxilin 250 mg @ Rp.300 x 4000 tabletRp. 1.200.000

Antalgin 500 mg @ Rp. 300 x 4000 tabletRp. 1.200.000

Iodine 12 bh @ Rp. 60.000Rp. 720.000

Alkohol 70% 20 btl @ Rp. 30.000Rp. 600.000

Adrenalin @ Rp. 3.000 x 30Rp. 90.000

Penicillin @ Rp. 3.000 x 115Rp. 345.000

Oxytetracyclin @ Rp. 4.000 x 100Rp. 400.000

Toxoid tetanus @ Rp. 45.000 x 60Rp. 2.700.000

Spoit 3 ml @ Rp. 3.000 x 500Rp. 1.500.000

Kasa Steril @ Rp. 4.000 x 100 Rp. 400.000

Catgut 3.0 erhom @ Rp. 7.000/1,5m x 140Rp. 980.000

Jarum Hecting no.13 @ Rp. 20.000 x 25Rp. 500.000

Lekoplast @ Rp. 6.000 x 35 Rp. 210.000

Kapas Rp. 200.000

Plester KasarRp. 300.000

Alat Steril (sikat gigi)Rp. 30.000

Spray Rp. 38.000

Plastik BesarRp. 50.000

Kantongan Rp. 30.000

Handschoen 800 bh @ 7.000Rp. 5.600.000+

Rp. 20.093.000RM 6,697.67

B. Makanan

Aqua @ Rp.15.000 x 30 dos Rp. 450.000

Snack @ Rp.1.500 x 300orgMakanan @ Rp 15.000 x 200 orgRp. 450.000 Rp. 3,000.000 +

C. Pengangkutan

Bus @ Rp. 2.000.000 x 5

D. Cenderahati

Kain pelekat @ Rp 15,000 x 200 Cenderahati doktor @ Rp 20,000 x 3Cenderahati sekolah @ Rp 50,000Rp. 3.900.000RM 1,300.00

Rp 10.000.000 +RM 3,333.33

Rp 3.000,000Rp 60,000Rp 50,000RP 3.110,000RM 1,036.67

JUMLAH PERUNTUKAN Rp 37.103.000 / RM 12,367.67 (nilai matawang ditukar RM1.00 = Rp3000)

Lampiran 3JADUAL KEGIATAN BAKTI SOSIAL SEHATI SEUMMAH FAKULTAS PERUBATAN UNIVERSITAS HASANUDDIN

MasaAktiviti

6.30 pagiBerkumpul di rusunawa

7.00 pagiSarapan dan berangkat

8.00 pagiPenerangan kumpulan

8.30 pagiKUMPULAN 1

9.30 pagiKUMPULAN 2

10.30 pagiKUMPULAN 3

11.30 pagiIstirehat dan makan tengahari

12.00 tengah hariSolat zohor dan KUMPULAN 4

1.00 petangKUMPULAN 5

2.00 petangKUMPULAN 6

3.00 petangSolat asar dan KUMPULAN 7

4.00 petangKUMPULAN 8

5.00 petangKemas dan bersurai

2