Click here to load reader
Upload
quan-lucas
View
597
Download
14
Embed Size (px)
DESCRIPTION
@@
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Permainan Tradisional merupakan salah satu aktiviti kokurikulum
yang dianjurkan oleh guru pelatih PISMP BC JUN 2013 yang bertempatkan di padang
IPGKBL. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan
membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih
bersistematik. Malahan, ia menjadi platform dan memberi peluang kepada guru pelatih
menguasai kemahiran mengelola sebuah program, melahirkan para guru pelatih yang
kritis, kreatif dan inovatif serta meningkatkan kerjasama antara para guru pelatih di
samping memupuk semangat kekitaan di kalangan murid. Antara contoh permainan
tradisional ialah Galah Panjang ,Teng Teng, Tarikh Upih dan Susun Selipar.
Justeru itu, AJK fotografi memainkan peranan yang amat penting dalam
menjayakan pertandingan permainan tradisional ini. AJK fotografi bertanggungjawab
mengambil gambar atau video sepanjang aktiviti dijalankan.
Diharap penganjuran aktiviti ini akan memberi pengetahuan serta kesedaran
terhadap generasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus
memelihara warisan ini dari terus pupus. Semoga pertandingan permainan tradisional
ini dapat memberi dedahan dan pengalaman kepada kami untuk menjadi bakal tenaga
pengajar yang berkaliber, berkeupayaan dan bertanggungjawab serta bersedia
menghadapai sebarang cabaran dalam menerajui arus globalisasi masa kini.
2.0 RASIONAL
AJK fotografi ditubuhkan adalah bertujuan mengambil gambar atau video
sepanjang aktiviti dijalankan dan mengumpulkan gambar itu sebagai dokumentasi .
3.0 MATLAMAT
Penganjuran program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan dalam cara
mengelola sesuatu pertandingan atau program dan pada masa yang sama memperoleh
pengalaman baru dalam pengurusan pertandingan agar dapat diaplikasikan dan
dijadikan garis panduan kepada bakal pendidik di sekolah kelak. Tambahan pula,
pertandingan ini dapat melahirkan guru pelatih yang mampu menghayati warisan
masyarakat ke mata generasi muda dan menjadi satu medan untuk mencungkil bakat-
bakat guru pelatih dan murid-murid dalam permainan tradisional.
4.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan AJK fotografi adalah seperti berikut :-
a.) Mengambil gambar atau video sepanjang aktiviti dijalankan.
b.) Menyimpan gambar atau video di dalam CD sebagai dokumentasi.
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 08 September 2015 (Selasa)
Masa : 7:00 am hingga 12:00 pm
Tempat : Padang IPG Kampus Batu Lintang
6.0 SASARAN
6.1Guru pelatih PPISMP
6.2(10 orang Guru Pelatih Perempuan dan 2 orang Guru Pelatih Lelaki dari setiap
kumpulan)
7.0 SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL YANG DIPERTANDINGKAN
Senarai permainan tradisional adalah seperti berikut :-
a) Permainan Galah Panjang
b) Permainan Teng Teng
c) Permainan Susun Selipar
8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Pengerusi AJK Fotografi : Wong Ai Bing
Ahli-ahli : Chung Shuk Fong
9.0BIDANG TUGAS AJK FOTOGRAFI
Jawatankuasa AJK fotografi berperanan penting dalam :-
a.) Mengambil gambar atau video sepanjang aktiviti dijalankan.
b.) Menyimpan gambar atau video di dalam CD sebagai dokumentasi.
10.0 JADUAL SPESIFIKASI TUGAS AJK FOTOGRAFI
FASA
PELAKSANAANSEBELUM SEMASA SELEPAS
Fotografi
Menyediakan kertas
kerja AJK Fotografi
Menyediakan kamera
untuk mengambil
gambar semasa aktiviti
dijalankan.
Mengambil
gambar atau video
sepanjang aktiviti
dijalankan.
Mengumpul semua
gambar yang diambil
untuk diselitkan dalam
video.
Membuat refleksi
kendiri bagi
memperolehi
pengalaman dan
mengetahui kekuatan
serta kelemahan
melalui aktiviti yang
dijalankan serta
cadangan
penambahbaikan
untuk masa kelak.
11.0 PERBELANJAAN
Tiada perbelanjaan untuk AJK Fotografi.
12.0 PENUTUP
Kesimpulannya, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah daripada
semua pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan agar pertandingan
permainan tradisional ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga harapan kita
untuk melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat direalisasikan.
Disediakan oleh,
__________________
(WONG AI BING)
Ketua AJK Fotografi,
Pertandingan Permainan Tradisional,
PISMP BC JUN 2013,
IPG Kampus Batu Lintang.
Disemak oleh,
__________________
(BONG CHYE SIA)
Pengerusi,
Pertandingan Permainan Tradisional,
PISMP BC JUN 2013,
IPG Kampus Batu Lintang.
Disahkan oleh,
_________________________________
(EN. ABANG ISMAIL BIN ABANG JULHI)
Pensyarah,
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM3123)
PISMP BC JUN 2013,
IPG Kampus Batu Lintang.
Tarikh : 14 Ogos 2015